Está en la página 1de 57

1.

0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN LOMPAT GALAH

Lompat galah dipercayai berasal dari benua eropah. Pada waktu, galah
digunakan untuk melepasi rintangan atau halangan semulajadi di kawasan berpaya
seperti di wilayah Friesland yang terletak di negara Belanda. Kerja-kerja pengeringan di
kawasan ini telah menghasilkan jaringan saluran atau parit yang saling bersilang antara
satu sama lain. Disebabkan perkara ini, masyarakat pada ketika itu menyimpan galah
dirumah masing-masing bagi mengelakkan daripada terkena air semasa menyeberangi
parit. Selain itu, mereka juga ingin mengelakkan daripada perjalanan yang
membosankan di atas jambatan. Gondola venetian atau pengayuh sampan di venice
mengunakan galah untuk mengerakkan sampan mereka dari tebing.

Pertandingan lompat galah pada mulanya diukur berdasarkan jarak bukan


ketinggian. Pertandingan ini diadakan secara tahunan di kawasan tanah pamah sekitar
lautan utara. Pertandingan lompat galah yang mengambil kira ketinggian mula-mula
diadakan pada tahun 1843 bertempat di Kelab bola sepak dan kriket Ulverston,
Cumbria. Pelompat galah pada masa ini mengunakan galah yang dibuat daripada
buluh yang mempunyai hujung yang tajam. Pertandingan ini diadakan di kawasan
berumput. Fasa menanam galah dan mendarat dilakukan diatas rumput. Hal ini kerana
ketiadaan petak lonjak pada waktu ini.

Pertandingan lompat galah seperti yang terdapat pada zaman kini bermula pada 1850
di Jerman. Hal ini terjadi berikutan acara ini telah diambil sebagai salah satu displin
dalam gimnastik oleh kelab gimnastik Turner yang dimiliki oleh Johann C. F. GutsMuths
dan Frederich L. Jahn.

Versi moden bagi sukan lompat galah mula-mula dipertandingkan di Amerika


Syarikat pada hujung abad ke-19. Semasa sukan Olimpik 1896, rekod bagi acara ini
direkodkan iaitu, 3.2m. rekod ini dilakukan dengan mengunakan galah yang diperbuat
daripada buluh.

Disebabkan kemajuan manusia dalam bidang sains, sukan ini telah mengalami
inovasi dari segi pengunaan galah dalam sukan. Kini galah yang digunakan diperbuat
daripada gentian kaca atau karbon. Pengunaan tilam juga digunakan bagi memastikan
risiko atlet mendapat kecederaan semasa sukan ini dijalankan dapat dikurangkan
seminima yang mungkin.

1.1 Zaman Galah Daripada Keluli


Dalam tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua, galah daripada keluli
diperkenalkan, iaitu galah yang diubah suai daripada penggunaan aluminium,
yang diuji di Amerika Syarikat. Difahamkan, iaitu aluminium adalah ringan tetapi
mudah patah. Oleh itu penggunaan keluli dapat mengelakkan galah menjadi
mudah patah atau retak. Galah keluli walaupun agak berat sedikit, tetapi mudah
dibengkokkan menjadikan penggunaannya amat sesuai untuk acara lompat
bergalah ini. Lama kelamaan penggunaan galah keluli ini didapati kurang sesuai
lagi, khususnya untuk peserta melakukan lompatan yang lebih tinggi. Ini
menyebabkan para pengeluar dan pencipta galah berusaha untuk menghasilkan
galah daripada bahan lain yang mungkin lebih baik. Maka terhasil pula galah
yang dibuat daripada bahan yang lebih anjal yang sememangnya lebih sesuai
untuk acara ini. Orang yang bertanggungjawab terhadap penciptaan baru ini
ialah seorang jurutera Amerika, iaitu Richard Ganslen.

1.2 Zaman Galah Kaca Gentian


Zaman galah daripada keluli berakhir menjelang tahun-tahun \960-an, dengan
penggunaan galah daripada kaca gentian secara lebih meluas ke seluruh dunia.
Ini bermakna galah yang digunakan kini adalah galah tirtran yang diperbuat
daripada adunan bahan yang menjadikannya lebih anjal dan tidak pula berat.
Penggunaan galah baharu ini menyebabkan lompatan yang dibuat oleh
kebanyakan peserta lebih tinggi dari semasa ke semasa. Galah tiruan ini
membolehkan peserta memegang dengan kemas tanpa menghasilkan tekanan
dan kekuatan yang lebih. Kaedah melepasi palang lompat bergalah juga turut
berubah. Hasil ciptaan yang dilakukan dari semasa ke semasa menjadikan
wujud dua kaedah lompatan baru yang didapati amat sesuai dan digunakan
hingga kini oleh kebanyakan peserta lompat bergalah. Kedua-dua kaedah itu
ialah jack-knife dan fly- away. Dalam kaedah pertama, jack-knife, peserta dapat
melonjakkan kedua-dua kakinya ke atas sambil menolakkan badannya melepasi
palang, selalunya secara 'paksaan' menyebabkan kedudukan keseluruhan
badannya menegak dengan kaki ke atas. Dalam kaedah kedua pula, peserta
melakukan pergerakan badannya bersama galah dan melepaskannya dengan
kuat sebaik sahaja dirinya melepasi palang. Pergerakan peserta dalam kaedah
ini adalah lebih pantas, dan badannya melepasi palang pada kedudukan hampir
mendatar. Penggunaan galah jenis ini diteruskan hingga kini dengan
pengubahsuaian dilakukan dari semasa ke semasa untuk mendapatkan galah
terbaik bagi peserta dalam acara ini. Ketinggian lompatan terus meningkat dan
mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini turut meningkat sehingga
menjadikan acara lompat bergalah sebagai acara olahraga yang menarik serta
mendapat sambutan ramai, walaupun sukar bagi sesetengah orang.

Rajah 1.0 : Cara memegang galah


2.0 PERATURAN ACARA LOMPAT GALAH

Peraturan bagi acara ini dapat dilihat pada bahagian IV, seksyen IV, peraturan 180,181
dan 183. Seksyen IV dalam peraturan yang terkandung dalam buku peratutan
Persatuan Olahraga Antarabangsa(IAAF) merupakan semua peraturan yang
menerangkan mengenai acara-acara padang. Seksyen ini bermula pada peraturan 180
hingga 193 .Berikut merupakan butiran peraturan 180,181 dan 183 tersebut;

2.1 Peraturan 180

2.1.1Syarat-syarat Am

Memanaskan badan di kawasan pertandingan

1. Di kawasan pertandingan dan sebelum bermula sesuatu acara itu, setiap


peserta boleh diberikan percubaan latihan. Dalam kes acara balingan,
percubaan latihan ini diberikan mengikut giliran sebenar peserta dan
hendaklah sentiasa diawasi hakim-hakim.
2. Sebaik pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenarkan untuk
menggunakan, sebagai latihan,
a. Kawasan latihan
b. Peralatan-peralatan
c. Bulatan atau kawasan dalam sektor sama ada menggunakan
peralatan atau tidak.

Penanda

3.
a) Dalam semua acara padang yang melibatkan larian, penanda-penanda
hendaklah pi diletakkan di sepanjang tepi lorong larian kecuali bagi acara
Lomat Tinggi, penanda boleh diletakkan di atas kawasan larian.
Seseorang peserta boleh menggunakan satu atau dua penanda (yang
disediakan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengelola) bagi membantu
larian dan lompatannya. Sekiranya penanda tidak disediakan, Beliau
boleh menggunakan pita berperekat, tetapi bukanlah kapur atau apa jua
bahan yang boleh meninggalkan kesan yang sukar dipadam.

b) Bagi acara lontaran yang dibuat dari bulatan, seorang atlet boleh
menggunakan satu penanda sahaja. Penanda ini hanya boleh diletakkan
diatas lantai,baik saja di belakang atau bersebelahan bulatan. Ia mesti
sementara, berada di situ untuk tempoh setiap peserta membuat
percubaannya sendiri dan mesti tidak menghalang penglihatan Hakim-
hakim. Tiada penanda sendiri( selain daripada yang terdapat dibawah
peraturan 187.21) yang diletakkan didalam atau bersebelahan kawasan
mendarat.

Giliran bertanding

4. Peserta akan bertanding mengikut giliran yang diundi. Sekiranya terdapat


pusingan kelayakan, undian baru hendaklah dibuat untuk pusingan akhir
( lihat juga perenggan 5 dibawah).

Percubaan

5. Dalam semua acara padang, kecuali Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah,
apabila terdapat lebih daripada lapan orang, setiap peserta hendaklah
diberikan tiga percubaan dan lapan orang peserta terbaik yang
mencatatkan pencapaian sah akan diberikan tiga lagi percubaan.
Sekiranya terdapat seri dikedudukan lapan peserta terbaik. Perkara ini
mestilah diselesaikan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 20.
Sekiranya hanya ada lapan orang peserta atau kurang, semua mereka
hendaklah diberikan enam percubaan. Jika lebih dari satu gagal mencapai
percubaan yang sah semasa tiga percubaan pertama, atlet tersebut akan
bertanding dalam pusingan berikut dengan giliran yang pertama. Jika hal
ini tidak berlaku, atlet tersebut akan bertanding berdasarkan undian yang
dibuat pada awal pertandingan. Dalam kedua-dua keadaan ini:
a) Giliran bertanding untuk tiga percubaan terakhir akan dibuat menyongsang
susunan kedudukan yang dicapai pada tiga percubaan pertama. Untuk
pusingan terakhir, giliran pertandingan haruslah dalam urutan songsang
mengikut kedudukan yang dicapai pada pusingan kelima.
b) Apabila urutan bertanding diubah dan terdapat seri bagi mana-mana
kedudukan atlet-atlet yang seri mesti bertandingmengikut urutan dalam
undian asal.

Peringatan I: Dalam pertandingan di bawah peraturan 1(d) hingga (h) urutan


pertandingan untuk tiga pusingan akhir hendaklah dalam ururtan
songsang mengikut catatan terbaik selepas tiga percubaan
pertama.

Peringatan II:Untuk lompatan ketinggian lihat peraturan 181.2.

6. Kecuali dalam acara Lompat Tinggi dan Lompat Bergalah, tidak ada
peserta yang akan dibenarkan untuk merekodkan lebih daripada satu
percubaan bagi setiap pusingan pertandingan.
Kecuali dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan dibawah Peraturan
1.1(a),(b),(c), penganjur boleh menetapkan untuk menjlankan pertandingan
Lompatan Tegak dengan format yang berlainan daripada peruntukan dalam
peraturan ini, termasuk menghadkan bilangan ketinggian atau bilangan percubaan
yang boleh dibuat oleh seorang atlet.
7. Hakim mesti tidak boleh mengangkat bendera putih untuk menunjukkkan
percubaan yang sah sehingga percubaan itu dilangsai. Langsainya
sesuatu percubaan yang sah ditentukan seperti berikut:-
a) Dalam hal lompatan tegak, sebaik saja hakim pasti tiada kegagalan mengikut
peraturan 182.2, 183.2 atau 183.4.
b) Dalam hal lompatan mendatar, sebaik saja atlet meninggalkan kawasan
mendarat mengikut peraturan 187.17.

Pertandingan kelayakan
8. Satu pusingan kelayakan hendaklah diadakan bagi acara-acara padang
sekiranya bilangan terlalu ramai untuk membolehkan pertandingan
dijalankan dengan adil. Apabila pusingan kelayakan diadakan semua
peserta hendaklah bertanding, dan melayakkan diri dalam pusingan
tersebut. Pencapaian yang dibuat dalam pusingan kelayakan tidak akan
diambil kira sebagai pencapaian sebenar pertandingan.
9. Peserta-peserta hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan atau lebih.
Kecuali sekiranya kemudahan mencukupi yang membolehkan semua
kumpulan bertanding serentak dalam suasana yang sama, setiap
kumpulan akan memulakan pertandingan sebaik sahaja selesai
pertandingan kumpulan sebelumnya. Setiap kumpulan boleh
memanaskan badan sebaik sahaja selepas kumpulan sebelumnya tamat
10. Adalah dicadangkan, dalam kejohanan yang memakan masa tiga hari
atau lebih, rehat sehari diberikan kepada peserta-peserta lompatan
ketinggian Antara pusingan kelayakan dan pusingan akhir
11. Syarat-syarat kelayakan, standard kelayakan dan bilangan atlet ke
pusingan akhir hendaklah diputuskan oleh wakil-wakil teknik yag dilantik.
Jika wakil Teknikal tidak dilantik, syarat-syarat itu akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola. Bagi kejohanan mengikut peraturan 1(a),(b)
dan (c), hendaklah ada sekurang-kurangnya 12 orang atlet ke peringkat
akhir.
12. Dalam pertandingan kelayakan selain lompat tinggi dan lompat bergalah,
setiap peserta hanya akan diberikan hingga tiga percubaan sahaja.
Sebaik sahaja seorang peserta itu mencapai standard kelayakan, beliau
tidak dibenarkan meneruskan percubaan dalam pusingan seterusnya.
13. Dalam pertandingan kelayakan lompat tinggi dan lompat bergalah,
peserta-peserta, yang tidak dikeluarkan oleh tiga kegagalan berturut-turut,
hendaklah terus bertanding mengikut peraturan 181.2, sehingga ke
penghujung percubaan terakhir,pada ketinggian yang tekah ditetapkan
sebagai standard kelayakan. Sebaik saja seorang peserta telah mencapai
standard kelayakan, beliau tidak akan dibenarkan untuk terus bertanding
dalam pusingan tersebut melainkan bilangan atlet ke peringkat akhir telah
mencapai seperti Definisi 180.11.
14. Sekiranya tiada atlet, atau terdapat kurang atlet daripada yag diperlukan
untuk ke pusingan akhir yang layak, bilangan hendaklah dicukupkan
dengan menambah atlet-atlet lain berdasarkan pencapaian mereka dalam
pertandingan kelayakan tersebut. Seri di tempat terakhir yang layak untuk
pertandingan akhir hendaklah diselesaikan sama ada seperti yang
diterangkan di perenggan 20 atau peraturan 181.8, mengikut kesesuaian.
15. Apabila pertandingan kelayakan untuk lompat tinggi dan lompat bergalah
dijalankan serentak untuk kumpulan yang berasingan, adalah
dicadangkan palang kedua-dua kumpulan tersebut dinaikkan serentak
bagi setiap ketinggian. Juga dicadangkan, kedua-dua kumpulan
mempunyai bilangan peserta yang lebih kurang sama.

Gangguan

16. Jika, atas sebab-sebab tertentu, seseorang peserta terhalangdalam


percubaannya, refri mempunyai kuasa memberikannya percubaan gentian

Kelewatan

17. Seseorang peserta acara padang yang secara sengaja tanpa sebarang
sebab yang kukuh melengah-lengah percubaannya, boleh menyebabkan
percubaan tersebut tidak dibenarkan dan direkodkan sebagai faul.
Terpulanglah kepada refri untuk menafsirkan sebagai tanpa sebarang
sebab yang kukuh.
Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah memaklumkan peserta
segala-galanya telah sedia dan masa dikira dari ketika itu. Kemudian jika
seseorang atlet memutuskan untuk tidak membuat percubaannya,
tindakan ini akan dikira faul apabila tempoh yang dibenarkan
Bagi acara lompat bergalah masa bermula sejurus setelah tiang diubah
atur mengikut kehendak awal atlet. Tiada masa Tambahan dibenarkan
untuk tiang diubah atur lagi
Sebaliknya, jika tempoh itu berakhir sebaik sahaja peserta berkenan
memutuskan percubaannya, percubaan tersebut hendaklah dibenarkan.
Tempoh masa tersebut lazimnya tidak wajar.
Acara individu

Jumlah atlet yang masih tinggal Lompat Lompat


Lain-lain
dalam pertandingan Tinggi Bergalah
Lebih dari 3 1 min 1 min 1 min
2atau 3 1.5 min 2 min 1 min
1 3 min 5 min -
Percubaan berturut-turut 2 min 3 min 2 min

Acara bercampur

Jumlah atlet yang masih tinggal Lompat Lompat


dalam pertandingan Tinggi Bergalah Lain-lain
Lebih dari 3 1 min 1 min 1 min
2 atau 3 1.5 min 2 min 1 min
1 2 min* 3 min* -

Percubaan berturut-turut
2 min 3 min 2 min
Apabila tinggal hanya seorang sahaja atlet, masa yang disebutkan di atas
adalah hang untuk percubaan yang pertama sahaja jika percubaan itu
dibuat oleh atlet yang sank

Peringatan I: Sebuah jam yang menunjukkan baki masa yang dibenarkan


hendaklah dapat dilihat oleh peserta. Sebagai tambahan,
seorang pegawai hendaklah memberikan isyarat dengan
mengangkat bendera kuning atau dengan kaedah lain yang
dinyatakan, bila baki masa dibenarkan tinggal 15 saat.
Peringatan II: Dalam acara lompat tinggi dan lompat bergalah sebarang
pertukaran dalam masa yang dibenarkan membuat percubaan
tidak boleh digunakan sehingga paling dinaikkan ke satu
ketinggian baru, kecuali masa tertentu untuk cubaan berturut-
turut akan digunakan apabila sebarang atlet mempunyai dua
atau lebih percubaan berturut-turut.

Peringatan III: Bagi percubaan pertama seorang atlet yang bertanding,


masa yang dibenarkan adalah satu minit.

Peringatan IV: Apabila membilang bilangan peserta yang masih ada dalam
pertandingan, ini mestilah termasuk atlet-atlet yang mungkin
terlibat dalam lompatan penentu untuk tempat pertama.

Meninggalkan Tempat Pertandingan


18.Dalam acara-acara padang, seorang peserta boleh, dengan kebenaran,
dan diiringi seorang Hakim, meninggalkan tapak pemulaan acara semasa
pertandingan sedang berjalan.

Mengubah Kawasan Pertandingan


19. Refri yang berkenaan mempunyai bidang kuasa untuk mengubah tempat
pertandingan jika pada hematnya ada alasan yang kuat untuk dilakukan.
Pengubahan itu, jika terpaksa, hendaklah dilakukan selepas selesai satu
pusingan.

Peringatan: Kekuatan atau pertukaran arah tiupan angin tidak


memadai untuk dijadikan sebab untuk mengubah kawasan pertandingan

Seri .

20. Dalam acara-acara padang, kecuali Lompat Tinggi clan Lompat Bergalah,
pencapaian kedua yang terbaik di antara dua orang peserta yang terikat
hendaklah diambil kira dalam memecahkan ikatan seri. Jika masih lagi
seri, beralih ke tempat ketiga terbaik, dan begitulah seterusnya. Jika
ikatan seri masih juga tidak dapat diselesaikan, dan ia membabitkan
tempat pertama, peserta-peserta berkenaan akan kena bertanding
semula mengikut giliran yang sama sehinggalah ikatan seri tersebut
diselesaikan.

Peringatan: Untuk Lompatan Ketinggian, sila lihat, juga Peraturan 181.8.


keputusan
21. Setiap peserta akan diberikan keputusan yang terbaik daripada semua
percubaannya, termasuklah pencapaian yang dibuat semasa memecahkan
ikatan seri tempat pertama.
A. LOMPATAN KETINGGIAN

3.0 PERATURAN 181 Syarat-Syarat Am

1. Sebelum pertandingan dimulakan, Ketua Hakim hendaklah mengumumkan


kepada peserta-peserta ketinggian pemulaan dan julat ketinggian palang yang
akan dinaikkan selepas setiap pusingan, sehinggalah tinggal hanya seorang
peserta yang menang, atau terdapat ikatan seri di tempat pertama.

Percubaan
2. seseorang peserta boleh mula melompat pada mana-mana ketinggian yang
telah diumumkan oleh Ketua Hakim tadi dan beliau mempunyai kebebasan untuk
melompat pada mana-mana ketinggian. Tiga kegagalan berturut-turut, tidak
kira di ketinggian mana kegagalan tersebut berlaku, membatalkan peserta
untuk terus melompat, kecuali dalam kes menyelesaikan ikatan seri di tempat
pertama.

Intipati daripada Peraturan ini ialah seseorang peserta boleh melangkaukan


lompatan kedua dan ketiganya pada satu-satu ketinggian (setelah gagal dalam
percubaan pertama atau keduanya) masih boleh melompat pada ketinggian
berikutnya.

Jika seseorang peserta itu melangkau pada ketinggian tertentu, beliau tidak
dibenarkan lagi melompat pada ketinggian tersebut kemudiannya, kecuali
dalam, kes untuk menyelesaikan ikatan seri di tempat pertama.

3. Walaupun setelah semua peserta lain gagal, seseorang peserta itu masih
berhak meneruskan percubaannya sehinggalah ia sendiri gagal untuk
meneruskan lompatan.

4. Kecuali hanya tinggal seorang peserta, dan beliau telah pun menjadi pemenang:

a. Palang tidak boleh dinaikkan kurang daripada 2sm bagi Lompat Tinggi
dan 5sm bagi lompat bergalah selepas setiap pusingan; dan
b. julat kenaikan palang tidak sekali-kali boleh ditinggikan.

Peraturan 181.4(a) & (b) tidak terpakai apabila hanya seorang peserta yang
tinggal tersebut bersetuju untuk palang dinaikkan terus ke ketinggian Rekod
Dunia.

Selepas seseorang peserta itu memenangi pertandingan tersebut, ketinggian


palang dan julat kenaikan palang terpulanglah kepadanya setelah berunding
dengan Hakim atau Refri yang berkaitan.

Peringatan : Keadaan ini tidak boleh diguna pakai dalam Pertandingan


Acara-Acara Bercampur

Dalam Pertandingan Acara-Acara Bercampur yang dijalankan mengikut


Peraturan (a), (b) dan (c), setiap kali palang dinaikkan hendaklah seragam 3sm
bagi Lompat Tinggi dan 10sm bagi Lompat Bergalah sepanjang pertandingan.

Pengukuran
5. Semua pengukuran hendaklah dibuat, dalam kiraan sentimeter penuh serenjang
dari bumi ke bahagian permukaan atas palang.

6. Sebarang pengukuran ketinggian baru hendaklah dibuat sebelum seseorang


peserta membuat lompatan pada ketinggian tersebut. Dalam hal membuat
lompatan rekod, Hakim-Hakim hendaklah memeriksa ukuran apabila palang
diletakkan di paras ketinggian rekod dan memeriksa semula ukuran
sebelum setiap percubaan memperbaharui seterus rekod sekiranya palang
telah tersentuh selepas diukur.

Peringatan: Hakim-Hakim hendaklah memastikan, sebelum memulakan


pertandingan,yang bahagian bawah dan depan palang
dapat dibezakan dan dengan demikian, palang hanya akan
diletakkan dengan arah permukaan tadi tidak diubah-ubah.

Palang

7. Palang hendaklah diperbuat daripada kaca gentian atau bahan lain yang
sesuai, bulat pada keratan rentasnya kecuali di kedua-dua hujungnya. Panjang
keseluruhan palang hendaklah 4.00m (+-2sm) bagi Lompat Tinggi dan 4.50m
(+-2sm) bagi Lompat Bergalah. Berat maksimumnya ialah 2kg bagi Lompat
Tinggi dan 2.25kg bagi Lompat Bergalah. Garis pusat di bahagian yang bulat
hendaklah 30mm (+-1mm).

P alang mempunyai tiga bahagian-bahagian yang bulat dan bahagian di kedua-


dua hujungnya, setiap satunya selebar 30-35mm dan panjangnya 15-20sm
dibuat supaya diletakkan diletakkan pada sangga tiang.

Kedua-dua bahagian hujung ini hendaklah berbentuk bulat atau separa bulat,
dengan satu sahaja permukaan rata yang ditetapkan yang dapat diletakkan di
sangga tiang. Permukaan rata ini tidak boleh lebih tinggi dari titik pusat muka
keratan bahagian tegak palang. Ianya hendaklah kukuh dan licin.

Ia tidak boleh dibalut dengan getah atau apa-apa bahan lain yang boleh
meningkatkan geseran dengan sangga-sangga tersebut.

Palang tidak boleh melengkung, cuma apabila diletakkan hanya boleh melendut
pada kadar maksimum 2sm, bagi Lompat Tinggi dan 3sm bagi Lompat
Bergalah.
Kawalan keanjalan: Gantung pemberat 3kg di tengah-tengah palang semasa
diletakkan pada sangganya.. la dibenarkan melendut ke
maksimum 7sm bagi lompat tinggi dan 11sm bagi lompat
bergalah.
Rajah 2: Alternatif lain untuk hujung palang
Seri
8. Ikatan Seri hendaklah diselesaikan seperti berikut:
a. Peserta yang mempunyai lompatan paling sedikit pada ketinggian Seri
tersebut akan diistiharkan pemenang.
b. Jika seri juga, peserta yang mencatatkan jumlah kegagalan yang paling
kurang sepanjang pertandingan tersebut sehingga dan termasuk ketinggian
terakhir yang dilepasi, akan diistiharkan pemenang.
c. Jika seri masih kekal :-
i. Jika ia membabitkan kedudukan tempat pertama, atlet-atlet yang
seri hendaklah diberi satu lompatan pada ketinggian berikutnya
seperti yang ditetapkan dalam Peraturan 181.1, selepas atlet-atlet
yang seri melepasi ketinggian terakhir dan kiranya keputusan
tidak tercapai, palang itu dinaikkan kalau atlet-atlet itu Berjaya
atau diturunkan kiranya gagal, 2sm untuk Lompat Tinggi dan 5 sm
untuk Lompat Bergalah. Kemudian mereka membuat satu
percubaan pada setiap, ketinggian sehingga seri itu diputuskan.
Atlet-atlet yang berseri itu mesti lompat pada setiap ketinggian
ketika memutuskan Seri (sila lihat contoh).
ii. Bagi kedudukan lain, Seri tidak akan diputuskan, maka kedudukan
yang diperolehi dalam pertandingan itu akan kekal.

Lompat Tinggi - Contoh


Ketinggian yang diumumkan oleh Ketua Hakim pada permulaan
pertandingan: 1.75m: 1.80m; 1.84m; 1.88m; 1.91m; 1.94m; 1.97m; 1.99m...
Ked
Pesert
a Ketinggian(m) Gagal Lompatan

1.94 1.92 1.94


1.75 1.80 1.84 1.88 1.91 1.94 1.97
A O XO 0 XO X XX 2 X 0 X 2
B - XO - X0 - XXX 2 X 0 0 1
C - XO XO XO XXX 2 X X 3
D - XO XO XO XXX 3 4
O= Lepas X= Gagal -= Tidak lompat
A, B, C dan D, semuanya melepasi ketinggian 1.88m.
Peraturan mengenai seri kini kena digunakan, dan Hakim akan mengira jumlah
kegagalan sehingga dan termasuk ketinggian terakhir yang dilepasi, iaitu 1.88m

“D” mempunyai lebih kegagalan berbanding “A”,”B” dan “C”, maka diberikan
tempat keempat. " A " , " B " dan " C " masih Seri dan oleh kerana w melibatkan
tempat pertama, mereka perlu membuat satu lagi lompatan pada ketinggian
1.94m di mana " A ", " B " dan " C " gagal untuk meneruskan lompatan mereka.
Oleh kerana ketiga-tiga atlet yang seri gagal membuat lompatan, palang,
diturunkan ke 1.92m untuk satu lagi lompatan. Oleh kerana " C " gagal melompat
ketinggian tersebut maka masih ada " A " dan " B " untuk meneruskan lompatan
dengan ketinggian yang dinaikkan iaitu 1.94m di mana " B " telah melepasinya
dan diisytiharkan sebagai pemenang.

Kuasa tidak tergolong

9. Bila ia adalah jelas palang itu dijatuhkan oleh kuasa yang tidak berkaitan dengan
peserta (contohnya tiupan angin)

a. Jika palang itu jatuh selepas peserta sudah melompat melepasi palang
tanpa menyentuhnya, Percubaannya akan dikira berjaya, atau

b. Jika palang itu jatuh dalam keadaan yang lain, satu percubaan baru akan
diberi.
PERATURAN 183

Lompat Bergalah

Pertandingan

1. Peserta-peserta boleh meminta tiang atau sangga dianjak ke arah kawasan


mendarat supaya hujung palang yang berhampiran kepada atlet boleh
diletakkan pada mana-mana tempat dari di atas hujung belakang petak lonjak
kepada satu tempat 80sm ke arah kawasan mendarat. Peserta-peserta
hendaklah memaklumkan kepada pegawai yang bertanggungjawab, sebelum
pertandingan mengenai kedudukan tiang dan sangga mengikut kemahuannya
untuk lompatan pertama dan kedudukan ini hendaklah direkodkan.

Sekiranya kemudian nanti peserta tersebut mahu diubah pula kedudukan yang
dimintanya tadi, hendaklah dengan segera memaklumkan kepada pegawai yang
bertanggungjawab,sebelum palangdan sangga tersebut diletakkan seperti
permintaan asalnya. Kegagalan berbuat demikian akan memakan had masa
membuat lompatannya.

Peringatan : Satu garisan putih selebar 1 sm dan warna yang jelas hendaklah
dibuat bersudut tepat dengan paksi landas lari separas dengan tepi
bahagian dalam permukaan alas petak lonjak. Garisan ini boleh
melanjur sehingga ke luar kawasan tiang. Satu garisan yang
serupa hendaklah berterusan di atas kawasan mendarat dan
berlanjutan sehingga bahagian luar tepi palang.

2. Seseorang peserta itu gagal sekiranya:

a. selepas sesuatu lompatan,Palang jatuh dari pasak penyangkutnya akibat


aksi peserta itu sendiri semasa melompat; atau

b. Peserta tersebut menyentuh bumi, termasuk kawasan mendarat melepas


datar tegak menerusi atas petak lonjak, dengan mana-mana bahagian
badannya atau dengan galahnya, sebelum terlebih dahulu melepasi
palang; atau
c. Semasa menaik peserta tersebut menukar genggaman tangan pada
galah sama pegangan di bawah dinaikkan ke atas atau menaikkan lagi
pegangan yang di atas.
d. Semasa melompat seseorang peserta itu dengan sengaja memantapkan
atau mengembalikan palang yang mungkin hendak jatuh dengan tangan
atau jarinya.
Peringatan I: Tidak dikira faul sekiranya seseorang peserta itu berlari, pada mana-
mana titik pun, di luar garisan putih yang menandakan landas lari.

Peringatan II: Ia bukan suatu kegagalan kiranya galah menyentuh tilam


mendarat semasa membuat percubaan, setelah mencucuk di
dalam kotak dengan betul

3. Peserta-peserta semasa bertanding dibenarkan meletakkan sesuatu benda pada


tapak tangan atau galahnya untuk memperoleh genggaman yang lebih baik.
Menggunakan pita di tapak tangan atau jari tidak dibenarkan kecuali membalut
luka.

4. Tiada sesiapa dibenarkan menyentuh galah melainkan jika galah tersebut mula
tumbang selepas lompatan. Walau bagaimanapun, jika tersentuh dan pada hemat
Refri jika tidak kerana sentuhan tersebut palang mungkin jatuh juga, lompatan
tersebut hendaklah direkodkan sebagai gaga].

5. Jika dalam usaha seseorang peserta itu melakukan percubaannya, dan jika
galahnya patah, percubaan tadi tidak dikira batal dan beliau hendaklah diberi
satu percubaan baru.

Landas Lari
6. Jarak minimum landas lari ialah 40m dan, di mana keadaan mengizinkan, 45m.
Lebar minimumnya ialah 1.22m+- 0.01m. Landas lari ini kenalah ditandakan
dengan garisan putih selebar 5sm.

Peringatan: Untuk semua balapan yang dibina sebelum I Januari 2004 lebar
landas lari maksimum ialah 1.25m.
7. Kecerunan maksimum sisi landas lari adalah I : 100 dan kecerunan
keseluruhan landas lari pada arah larian tidak boleh melebihi 1 : 1000.

Alat-Alat
8. Petak Lonjak. Pemulaan melonjak Lompat Bergalah ialah dari petak lonjak. la
hendaklah diperbuat daripada bahan sesuai yang tegap dengan tepi atau bulat
dan, terbenam separas dengan landas lari, mempunyai ukuran tapak membujur
sepanjang 1m, dengan lebarnya 60sm didepannya menirus menjadi 15sm
pada dasar titik penahan. Panjang pemukaan petak ini dan kedalamannya
ditentukan oleh sudut 105 darjah pada dasar titik penahan.

Rajah 3 : Petak Lonjak ( pandangan dari atas dan sisi)

Dasar petak tersebut mencuram dari pangkalnya bertemu dengan dasar titik
penahan Sedalam 20sm. Dasar petak ini juga meruncing dan pada pertemuan
dengan titik penahan, kecondongannya berada pada, anggaraan 120 darjah di
kedua-dua sisi tapak penahannya.

Jika petak tersebut diperbuat daripada kayu, ia hendaklah dilapiskan dengan


kepingan logam setebal 2.5mm sehingga ke paras 80sm dari pangkalnya.

9. Tiang. Apa jua bentuk tiang boleh digunakan asalkan ianya tegap, dan kukuh.
struktur logam di tapaknya dan bahagian tiang hendaklah disalut dengan bahan
sesuai sebagai memberi perlindungan kepada atlet.

10. Sangga Palang. Palang hendaklah terletak di atas pasak penyangkut supaya
apabila tersentuh oleh peserta atau galahnya, ia mudah jatuh ke arah tempat
mendarat. Pasak penyangkut tersebut hendaklah tidak mempunyai takuk atau
sebarang lekuk, mempunyai ketebalan yang seragam keseluruhannya, dan tidak
melebihi 13mm garis pusatnya. Juga, pasak ini tidak boleh menjulur lebih
daripada 55mm daripada tiang dan hendaklah menjulur antara 35mm-40mm ke
atas pasak penyangkut.

Jarak di antara sangga, atau di antara lanjuran tiang, jika digunakan, hendaklah
tidak kurang daripada 4.30m dan tidak melebihi 4.37m.

Pasak penyangkut tidak boleh disalut dengan getah atau apa jua bahan lain
yang akan memberi kesan meningkatkan geserannya dengan permukaan
palang, juga tidak boleh diletakkan sebarang spring.

Peringatan: Bagi mengurangkan kemungkinan peserta tercedera sekiranya


terjatuh ke atas tapak tiang, pasting penyangkut yang menyangga
palang boleti dilekatkan terns kepada lanjuran tiang supaya tiang
dapat dijarakkan lagi tanpa perlu menambah panjang palang (Lihat
Rajah).
Rajah 4: Sangga palang (Pandangan dari kawasan mendarat dan atas

Galah Lompat
11. Atlet-atlet boleh menggunakan galah sendiri. Mereka tidak dibenarkan
menggunakan galah orang lain kecuali mendapat kebenaran yang empunyanya.

Galah boleh diperbuat daripada sebarang bahan atau campuran bahan-bahan


tertentu, tidak kira panjang atau saiz garis pusatnya, tetapi yang penting
permukaan mesti rata.

Galah boleh mempunyai balutan Pita pelekat pada pemegang dan di penghujung
tapaknya
Walau bagaimanapun sekatan ini tidak terpakai kepada penyalutan pangkal
galah dengan pita sepanjang kira-kira 30sm bagi melindunginya daripada rosak
apabila diitujahkan ke dalam petak lonjak.

Kawasan Mendarat

12. Kawasan mendarat hendaklah berukuran tidak kurang daripada 5m x 5m.


Sisinya yang dekat dengan petak lonjak hendaklah dijauhkan sedikit antara
10sm hingga 15sm daripada petak tersebut dan condong keluar kira-kira 30
darjah (Lihat Rajah)
Rajah 5: Kawasan mendarat Lompat galah( Pandangan dari atas dan sisi)

Bagi pertandingan-pertandingan yang mengikut peraturan 1(a), (b) dan (1), adalah
disarankankan bahawa kawasan mendarat tidak kecil dari 6m panjang. (tidak termasuk
(kedua)bahagian depan)x6m lebar x 0.8m tinggi.(Kedua) Bahagian depan hendaklah
2m panjang.

SENARAI REKOD ACARA LOMPAT GALAH

Acara Rekod Nama Tempat Tempat Tarikh


Lahir
Rekod Rekod Rekod Rekod Rekod Rekod
Malaysia Malaysia Malaysia Malaysia Malaysia Malaysia
L.Bergalah 5.00m The Weng Perak Kuala 24/03/2002
Chang Lumpur
L.Bergalah 4.40m Roslinda Kedah Berentong 15/01/2006
Samsu Spain
Rekod Asia Rekod Asia Rekod Asia Rekod Rekod Asia Rekod Asia
Asia
Pole Vault 5.90m Grigoriy KAZ Stuttgart 19.08.1993
Yegorov
Pole Vault 5.90m Igor KAZ Nice 10.07.1996
Potapovich
Pole Vault 4.64m Gao Shuying CHN New York 02.06.2007

Rekod Rekod Rekod Dunia Rekod Rekod Rekod


Dunia Dunia Dunia Dunia Dunia
Pole Vault 6.14m Sergey Bubka UKR Sestriere 31/07/1994
Pole Vault 5.06m Elena RUS Zürich 28/08/2009
Isinbaeva
TEKNIK-TEKNIK YANG TERKANDUNG DALAM LOMPAT GALAH

Sebelum seseorang itu memulakan lompatan, terlebih dahulu dia hendaklah


memastikan dia benar-benar bersedia untuk mengambil bahagian dalam acara ini,
berkesanggupan untuk mengikuti latihan yang dilaksanakan oleh jurulatihnya dan apa
peluang baginya untuk menuniukkan prestasi dan
seterusnya memenangi sesuatu pertandingan. Jika jawapan yang diberikan itu adalah
positif, maka bolehlah seseorang itu belajar dan mengambil bahagian dalam acara ini
yang mungkin sukar dan berisiko tinggi. Setelah bersedia, peserta hendaklah
mendapatkan galah yang sesuai mengikut peringkat umur dan ienis pertandingan yang
bakal disertainya. Jurulatih hendaklah memastikah supaya segala peralatan dan
kelengkapan khusus untuk acara ini disediakan terlebih dahulu. Begitu juga jika untuk
mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan, pihak penganjur hendaklah
menyediakan segala kemudahan sebelum pertandingan bermula. Untuk memudahkan
pembelajaran dan pemahaman, adalah lebih baik jika kita bahagikan teknik atau cara
melakukan lompatan dalam lompat bergalah ini kepada beberapa peringkat atau
pergerakan tertentu. Secara umumnya, terdapat enam peringkat atau pergerakan
dalam cara membuat lompatan dalam lompat bergalah, seperti berikut:
1. Memegang galah dan Menyediakan diri.
2. Membuat larian sambil membawa galah.
3. Menampan galah ke dalam kotak berlepas.
4. Membuat lonjakan daripada kotak pelepas.
5. Melepasi palang serta melepaskan galah di udara.
6. Mendarat di tempat yang disediakan.
Memegang Galah dan Berdiri Sedia
Bagi peserta yang membuat lonjakan pada kaki kiri, hendaklah membawa galah pada
sebelah kanan dengan lengan kiri separuh bengkok untuk menyokong galah dengan
tapak tangan pada tangan yang sama menunjuk ke bawah. Manakala tangan kanan
memegang sambil mencengkam pada galah lebih kurang 60 cm hingga 70 cm lebih
tinggi, dengan tangan sedikit menolak keluar untuk mendapatkan pegangan Yang
kemas dan baik, adalah lebih baik peserta membiasakan diri dengan pegangan pada
galah ini, kemudian berlatih berlari sambil membawa galah. Cara memegang galah
ialah Peserta hendaklah menegakkan galah sambil berdiri di belakangnya. Tangan
kanan hendaklah diletakkan pada bahagian atas galah sedikit melepasi kepala dengan
ibu jari tangan menunjuk ke atas, manakala tangan kiri diletakkan sedikit di bawah
Rajah 6 :Teknik melakukan lompatan
a) Membual larian
b) Bersedia untuk memacak galah
tangan kanan. Sebelum memulakan larian, peserta hendaklah bersedia dengan
pegangan galah serta berdiri sedia sambil perhatian dan tumpuan diberikan kepada
acara ini.
Membuat Larlan Sambil Membawa Galah
Dari segi jarak dan teknik, larian dalam acara lompat bergalah ini adalah hampir serupa
dengan larian yang dilakukan untuk acara lompat jauh atau lompat kijang. Apa yang
berbeza ialah larian dalam acara ini adalah bersama galah. Dengan demikian, larian
yang dibuat sudah tentu menjadi perlahan kerana peserta tidak dapat menggunakan
tangan untuk membuat hayunan. Larian dilakukan setelah peserta dalam kedudukan
sedia bersama galah dan dirinya juga bersedia termasuk daripada aspek mentalnya.
Peserta boleh membawa galah pada sebelah kiri atau kanan, iaitu mengikut
keselesaan. Biasanya peserta membawa galah pada sebelah kanan. Aturan membawa
galah adalah dengan meletakkan aras hujung hadapan galah lebih tinggi daripada
kepala peserta dan mengekalkan pegangan tangan atas di bawah pinggang, serta
menolak ke bawah. Kedua-dua tangan hendaklah dibengkokkan pada siku. Semasa
berlari, tumpuan pandangan peserta hendaklah pada kotak pelepas kerana peserta
akan mencacakkan galah di situ untuk melonjak. Bagi memudahkan larian, peserta
boleh membuat penanda untuk mendapatkan titik sebenar dalam memulakan larian.
Umumnya peserta yang menggunakan tangan kanan akan memulakan larian pada kaki
kiri dan peserta kiri pula akan memulakan larian dengan kaki kanan. Perkara yang
penting dalam larian membawa galah ini ialah peserta hendaklah memegang kemas
galah sambil melakukan larian. Pada masa yang sama/ keselamatan peserta hendaklah
diberikan perhatian dan bagi mengelakkan daripada berlaku kecederaan, peserta
hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang larian lompat galah seperti yang
ditetapkan.
Menampan Galah ke dalam Kotak Penahan
Perkara yang akan dilakukan seterusnya ialah menjunamkan galah di kotak penahan.
Peserta hendaklah memastikan ketika mana galah harus dijunamkan. Biasanya apabila
peserta berada tiga langkah dari kotak penahan, dia akan membenamkan galah ke
kotak tersebut. Ini bukanlah suatu kemestian kerana peserta boleh melakukannya
empat atau dua langkah sebelum tiba ke kotak penahan mengikut keselesaan
masingmasing. Apabila peserta memulakan larian untuk menampankan galah di kotak
penahan, masalah yang sering timbul ialah kordinasi antara satu perlakuan dengan
yang lain. Bagi mengelakkan masalah ini, peserta hendaklah berlari pantas, sambil
memastikan galah dapat ditampankan pada kotak mengikut langkah yang dikehendaki.
Seperti yang dinYatakan di atas, biasanya galah ditampankan pada kotak penahan tiga
langkah sebelurn peserta tiba di kotak tersebut. Cara menampan ialah dengan
mengarahkan bahagian penghujung galah menjunam menghala
Rajah 7: Teknik lompatan semasa fasa lonjakan
c) Menampan
d) Melonjak
e) Melompat
ke kotak penahan atau kotak penampan. Semasa kaki kanan menyentuh lorong larian
untuk kali terakhir tangan dan lengan peserta hendaklah bersedia untuk membuat
lonjakan. Selepas itu apabila kaki kiri menyentuh lorong larian kali akhir, sebelum
membuat lonjakan, galah hendaklah berada di bawah tangan atas dengan belakang
pada kedudukan mendatar, pinggang meninggi dan paha yang bebas menolak ke
hadapan untukmelakukan lompatan. Seperkara yang harus diberikan perhatian ialah
peserta hendaklah membuat larian yang deras bagi mendapatkan lonjakan dan
tampanan yang baik dan berkesan. Larian yang perlahan akan menjejaskan tampanan
galah pada kotak penampan.
Membuat Lonjakan
Pergerakan seterusnya ialah membuat lonjakan daripada penampanan galah di kotak
penahan, iaitu dalam gerakan ke hadapan dan ke atas. Untuk memastikan dapat
membuat lonjakan dengan betul dan berkesan, peserta hendaklah memastikan
perkara-perkara berikut:
1. Kepantasan larian terutama ketika melakukan lonjakan.
2. Ketinggian pegangan pada galah.
3. Arah pergerakan semasa membuat lonjakan.
4. Sama ada peserta memegang dengan kuat pada galah yakni daripada tangan
hadapan semasa peringkat membuat lonjakan.
5. Pergerakan peserta yang berbezabeza ketika menggabungkan kepantasan
larian dengan detik menjunamkan galah ke dalam kotak penahan.
Bagi mendapatkan lonjakan, peserta perlu membengkokkan galah seboleh mungkin.
Peserta akan melakukan lonjakan betul-betul di bawah tangan atas yang mengawal
galah. Tindakan peserta membengkokkan galah amat bergantung pada larian. Berikut
adalah Antara perkara-perkara yang harus dilakukan apabila proses membengkokkan
galah dilakukan:
1. Semasa menampan galah, peserta hendaklah melakukannya dengan segera.
2. Semasa menampan juga, peserta hendaklah meletakkan lengan pada
kedudukan yang betul. Lengan atas tidak seharusnya terlalu rigid, sebaliknya
harus bersedia menerima tekanan ketika membuat lonjakan.
3. Semasa melonjak, peserta hendaklah mendapatkan postur yang betul.
4. Semasa melonjak, peserta harus fikirkan lonjakan sebagai pergerakan melantun
ke atas dan ke hadapan.
5. Semasa melonjak juga, peserta hendaklah meletakkan paha yang bebas dalam
kedudukan yang betul.
Melepasi Palang dan Melepaskan Galah
Pergerakan melepasi palang dan pada waktu yang sama melepaskan galah
merupakanan tindakan penting dan utama dalam lompat bergalah. Pergerakan ini bakal
menentukan sama ada semua pergerakan terdahulu terhasil ataupun sebaliknya.
sekiranya peserta dapat melepasi palang dan melepaskan galah dengan sempurna
tanpa menjatuhkan palang, ini bermakna percubaan yang dibuat adalah berjaya. Jika
sebaliknya peserta gagal melakukan lompatan dengan baik dan sempurna, ini
bermakna lompatannya itu dikira sebagai gagal. Pada waktu ini galah berada dalam
kedudukan hampir menegak, manakala peserta pula berada pada kedudukan berdiri
dengan tangan memegang galah. Hal ini menujukkan peserta bersedia untuk
memulakan pergerakan menolak dan melepasi palang. Untuk melakukannya, peserta
hendaklah menolak galah dengan menggunakan tangannya sebaik sahaja berjaya
melepasi palang. Peserta hendaklah memulakan dengan tangan kiri dahulu dan diikuti
tangan kanan. Semasa melepasi palang, peserta hendaklah melepasi palang menerusi
perutnya dan menundukkan kepalanya. Terdapat dua cara untuk melepasi palang iaitu:
1. Cara Jack-knife
2. Cara fly-away
Bagaimanapun, Antara kedua-dua cara ini, tiada yang satu pun melebihi satu lagi dari
segi keberkesanannya. Hal ini terserah berdasarkan kesesuaian atlet tersebut untuk
melepasi palang hadapannya.
Rajah 8: Teknik melakukan fasa melepasi palang
Mendarat
Setelah berjaya melepasi palang dengan selesa, peserta kini hanya bersedia untuk
membuat pendaratan yang merupakan pergerakan akhir seseorang peserta lompat
bergalah. Disebabkan ketinggian yang dicapai seseorang peserta terutamanya dalam
kejohanan peringkat antarabangsa agak tinggi, pendaratan yang baik demi
keselamatan peserta itu adalah perlu dan penting. Biasanya peserta akan mendarat
pada bahagian belakangnya yang diikuti pula oleh putaran badan ke hadapan. Selepa
mendarat dengan baik, peserta hendaklah bangun daripada tempat pendaratannya
dengan bahagian belakangnya dan bukan daripada bahagian hadapan.
Rajah 9 : Teknik dalam melakukan fasa melepasi palang (h) ,(i) dan (j).
ASPEK BIOMEKANIK DALAM LOMPAT GALAH
Acara lompat bergalah merupakan acara yang menarik perhatian ramai pihak. Acara ini
memerlukan tahap kemampuan yang tinggi dalam aspek berlari, melompat dan abiliti
dalam melakukan gimnastik. Gambarajah dibawah menunjukkkan aturan pergerakan
atlet lompat bergalah bertaraf dunia.

Rajah 10: Aturan pergerakan atlet lompat bergalah bertaraf dunia dihasilkan oleh
Ganslen(1979)
Galah mula melentur kesan daripada momentum yang dihasilkan oleh atlet
lompat bergalah semasa atlet tersebut mula mengambil langkah untuk melonjak di
petak lonjak. Pada masa yang sama tenaga kinetik yang terhasil semasa fasa larian
akan bertukar kepada tenaga keupayaan apabila atlet semakin jauh daripada
permukaan bumi. Apabila galah melentur, atlet akan memusingkan bahunya dan
seterusnya menarik galah ke atas supaya bahagian kaki terlebih dahulu melepasi
palang. Kemuncak ketinggian yang dapat dilakukan oleh seseorang atlet bergantung
kepada jumlah tenaga kinetik yang dihasilkan semasa fasa larian.
Acara lompat bergalah ini merupakan satu acara yang mengunakan prinsip
fizik dalam pertukaran tenaga. Acara ini menunjukkan bagaimana tenaga kinetik
bertukar kepada tenaga keupayaan.Gambarajah dibawah menerangkan bagaimana
proses ini berlaku:
Rajah 11
Pada mulanya, kedua-dua tenaganya iaitu, kinetik dan keupayaan atlet adalah sifar.

Rajah 12
Tenaga kinetik mula terhasil apabila atlet memulakan larian

Rajah 13
Kemudian, apabila dia memacakkan galahnya ke dalam petak lonjak dan memulakan
lompatan, tenaga kinetiknya berubah kepada tenaga keupayaan.
. Rajah 14
Apabila galah melentur, ini secara tidak langsung menyebabkan galah tersebut
berupaya menyerap daya kinetik yang dihasilkan oleh atlet kemudian bertindak seperti
spring.

Rajah 15
Atlet tersebut kemudian mengunakan tenaga keupayaan yang dihasilkan oleh galahnya
untuk menaikkan badannya supaya melepasi palang.
Rajah 16
Semasa kemuncak lompatannya, atlet lompat galah telah menukarkan hampir semua
tenaga kinetiknya kepada tenaga keupayaan. Para saintis telah mengkaji bahawa
seseorang atlet lompat galah boleh melakukan rekod dunia adalah dipengaruhi oleh
dua faktor ini iaitu, seseorang individu meningkatkan kelajuan lariannya. Perkara ini
boleh meningkatkan lagi jumlah tenaga kinetik yang boleh digunakannya. Kedua ialah,
mengunakan tenaga yang dihasilkan dengan efisien, hal ini dapat dilakukan dengan
seseorang atlet berlatih memperbaiki teknik lompatannya.
Selain itu, acara ini juga mementingkan penentuan pusat graviti. Bagi manusia
pusat graviti adalah kompleks dan berubah berdasarkan keadaan tubuh badan
seseorang. Pusat graviti bagi acara ini terletak dibahagian luar badan.
Rajah 17: Pusat graviti bagi atlet dalam acara lompat bergalah
Atlet dalam acara ini melepasi palang dengan bahagian pusat gravitinya melepasinya.
Penentuan pusat graviti dapat membantu atlet dalam menghasilkan fasa penerbangan
yang baik. Fasa penerbangan yang baik adalah berbentuk parabolik. Bentuk ini
dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu:
I. Kelajuan semasa melakukan lonjakan.
II. Aspek sudut yang dibuat semasa fasa penampan galah.
III. Ketinggian pusat graviti semasa lonjakan.

LATIHAN ACARA LOMPAT GALAH


Prinsip ansur maju dalam lompat bergalah
Peringkat permulaan
Lompat bergalah memerlukan gabungan beberapa aspek iaitu pecutan, lompatan dan
abiliti dalam melakukan gimnastik. Kemahiran alatan gimnastik dan latihannya dapat
membantu dalam pembinaan berkaitan dengan kuasa dan koordinasi dalam acara ini.
Pada peringkat permulaan, latihan untuk gimnastik elok digunakan dalam sebelum
memulakan latihan lompat bergalah.
Ansur maju yang pertama ialah memanjat tali.aktiviti ini dapat membina kekuatan
bahagian atas badan dan menjadi simulasi semasa proses menolak galah. Gambarajah
dibawah menunjukkan memanjat tali tanpa bantuan kaki. Aktiviti dapat dinaik
kesusahan dengan memegang tali sambil duduk dalam keadaan bersila atau kaki
berbentuk ‘v’ atau sebaliknya dengan cara mengunakan bantuan kaki.

Rajah 18: aktiviti memanjat tali.


Selain itu, aktiviti menghayun tali dengan mengangkat kaki juga boleh digunakan dalam
melatih atlet pada peringkat permulaan. Aktiviti ini dapat menguatkan bahagian
abdomen dan bahagian atas badan.
Rajah 20: Aktiviti menghayun tali sambil mengangkat kaki.
Latihan juga boleh dilakukan dengan dibantu oleh rakan. Misalnya latihan menghayun
tali dengan bantuan rakan. Latihan ini membolehkan pelatih merasai bagaimana untuk
melonjak dengan galah. Tambahan lagi, latihan ini dapat menguatkan bahagian
kekuatan abdomen dan bahagian atas badan.
Rajah 19: Aktivit menghayun dan bergayut pada tali dengan bantuan rakan

Pelatih dikehendaki untuk berlari dan kemudian memegang tali seterusnya mengangkat
lutut setinggi yang boleh. Terdapat banyak lagi jenis latihan yang dapat membantu atlet
dalam memahirkan diri dalam kemahiran atau kekuatan yang diperlukan dalam acara
lompat bergalah ini. Antaranya, bergayut pada tali sambil berpusing di atas kotak,
menarik dan berpusing pada tali, melompat dan berpusing pada tiang yang menegak,
berguling daripada dirian tangan, berguling dengan halangan, bangkit tubi berdinamik
bagi melepasi halangan rendah dan banyak lagi.
Rajah 20: Menghayun dan bergayut pada tali sambil berpusing di atas kotak

Rajah 21: Menarik tali dan berpusing


Rajah 22:

Rajah 23:
Rajah 24:

Rajah 25:

Langkah kedua

Langkah kedua ini adalah memastikan atlet atau murid dapat memahirkan diri dengan
galah dengan memperkenalkan murid dengan gaya bergayut dan memutar separuh
galah. Terdapat pelbagai cara atau aktiviti yang boleh dilakukan bagi membolehkan
murid mendapat kemahiran ini. Langkah ini bermula dengan menunjukkan murid
bagaimana mencari arah kelenturan galah. Caranya adalah dengan memegang hujung
galah dan biarkan galah tersebut berputar dengan sendirinya ataupun letakkan galah
pada pagar dan biarkan galah tersebut bergolek dengan sendiri. Kemudian, tandakan
bahagaian bawah lengkung. Perkara ini dilakukan kerana dapat membantu dalam
melakukan lompatan. Apabila seorang atlet lompat galah yang mempunyai tangan
kanan sebagai dominan melakukan larian sambil memegang galah. Tanda lengkungan
tersebut hendaklah menghadap ke bumi dan bersudut ke arah kanan. Bila galah
dinaikkan, diputarkan dan ditanam ke dalam petak lonjak, tanda tersebut akan mula
menghadap ke depan dan ke kiri. Atlet akan menghayun bahagian dalam lengkungan
dengan galah melengkung daripada kiri atlet. Perkara ini berlaku sebaliknya jika atlet
tersebut mempunyai tangan kiri sebagai dominan.

Selepas mengenal pasti arah lengkungan galah, murid mestilah diajar


bagaimana untuk mengayun galah daripada tempat rendah. Murid dikehendaki berdiri
atas meja dan meletakkan galah pada pasir tempat lompat jauh atau petak lonjak
lompat bergalah. Atlet yang mempunyai tangan kanan sebagai dominan memegang
bahagian hujung galah dengan tangan kiri setinggi bahu atlet dan tangan kanan
memanjang sepenuhnya.

Rajah 26:
Berikut merupakan turutan latihan bagi menguasai kemahiran pada langkah kedua ini.

Rajah 26: Aktiviti berhayun pada permukaan pasir.


Rajah 27: Menghayun galah daripada larian pendek

Rajah 28: Cara untuk mengenal pasti tahap capaian tangan .


Rajah 27 : Latihan lari lima langkah besar untuk atlet tangan kanan

Atlet yang mengunakan tangan kiri, adalah berlawanan dengan apa yang ditunjukkan.
Misalnya jika atlet tanga kanan bermula dengan kaki kiri, hal ini berlaku sebaliknya
terhadap atlet tangan kiri.
Rajah 28: Aktiviti larian sambil membawa galah

Rajah 29: Menghayun galah dengan kedudukan menegak.


Rajah 31: Berhayun dengan separuh putaran.

Latihan diatas merupakan aktiviti yang direka bagi memahirkan murid dengan
kemahiran bergayut sambil berputar separuh pada galah.

Apabila langkah kedua telah berjaya dikuasai oleh murid, langkah seterus menyusul.
Langkah yang ketiga adalah mengasah kemahiran sederhana dalam lompat bergalah.
Langkah yang terakhir ini lebih menekankan teknik-teknik bagaimana untuk lompat
bergalah dengan baik. Rajah 32(a) menunjukkan galah dibawa dengan pandangan sisi.
Semakin tinggi atlet mengangkat galah, semakin besar sudut bukaan bagi galah
tersebut. Rajah 32(b) menunjukkkan galah dibawa oleh atlet mengikut pandangan
belakang. Atlet membawa tiang di sisi tubuh dengan ujung tiang diangkat kira-kira
setinggi bahu. Cengkaman lebar membuat galah mudah dibawa. Pelompat tangan
kanan akan menumpukan galah pada ibu jari tangan kiri, yang diletakkan pada
ketinggian pinggang dan pinggul depan. Tangan kanan diputar ke depan dan menekan
telapak ke bawah bagi menyeimbangkan berat galah . Seterusnya ialah berlari sambil
membawa galah. Butiran ialah murid dikehendaki berlari sejauh 15 hingga 20 meter
dengan galah. Semasa berlari, murid seharusnya mengawal rentak larian. Pastikan
atlet tidak terlalu mengangkat bahu ke depan atau ke belakang. Pastkan atlet menjaga
kawalan galah agar bahagian hujung galah menunjuk lurus ke kepala.

Rajah 32: Dua pandangan yang beza atlet membawa galah.

Aktiviti simulasi penanaman galah dengan 5 langkah larian juga merupakan latihan
yang bagi mempertingkatkan tahap kemahiran atlet. Latihan ini mestilah dijalankan
diatas permukaan rumput yang rata. Atlet kemudian mesti mensimulasikan fasa
penanaman galah pada petak lonjak dengan menekan hujung galah di sepanjang
tanah. Pergerakan ini disertakan dengan pergerakan berjalan dan meningkatkan
kelajuan secara progresif seterus berlari.
Rajah 33: Berlatih simulasi fasa penanaman galah daripada 5 langkah larian.

Rajah 34: Berlari sambil membawa galah.

Setelah atlet atau murid menguasai kemahiran berlari sambil membawa galah. Murid
tersebut diajar bagaimana untuk melakukan fasa penanaman yang baik. Atlet juga
boleh mempraktikkan fasa penanaman galah secara perlahan-lahan dengan
mengunakan tiga langkah larian diatas bangku seperti yang ditunjukkan pada rajah 35
untuk memudahkan fasa penanaman dilakukan.Tinggi Tambahan pada bangku
membolehkan atlet lebih cepat untuk memperolehi kemahiran penanaman dengan lebih
sempurna. Semasa lakuan ini dibuat galah mestilah ditanam ke pasir lompat jauh.
Latihan seterusnya adalah dengan mengabungkan kedua-dua kemahiran iaitu berlari
dan melompat. Setiap atlet mengukur jarak 5 langkah daripada tempat lonjakan.
Turutan adalah seperti berikut.

Atlet meletakkan galah ke dalam petak lonjak, kemudian memegang galah pada
posisi lompatan dengan bahagian peha dinaikkan dan bahagian lengan memanjang
sepenuhnya. Tandakan posisi kaki kiri atlet. Selepas itu, atlet akan memulakan larian
daripada penanda yang diletakkan sebentar tadi. Larian dimulakan dengan kaki kiri bagi
pelompat tangan kanan dan berlaku sebaliknya bagi pelompat tangan kiri. Murid atau
atlet mula berlari lima langkah dan ditandakan langkah yang kelima.

Rajah 35: Latihan menanam dengan mengunakan bangku.

Selepas itu, atlet akan mula berlatih dengan menukarkan latihan di atas dengan gaya
larian untuk melonjak dan kemudian menambah jarak langkah dengan mengunakan
pita pelekat sebagai penanda. Seterusnya, latihan memahirkan diri atlet dengan gaya
semasa melenturkan galah. Latihan ini membantu atlet dalam menyesuaikan antara
penanaman galah dengan lakuan dalam melenturkan diri. Latihan ini tidak memerlukan
lonjakan dan semua lakuan dilakukan dengan kelajuan tinggi dan memerlukan dua
hingga tiga langkah unuk menyempurnakan latihan ini. Kemudian, murid akan
melakukan aktiviti bergayut pada galah selepas lonjakan. Turutan latihan adalah seprti
berikut.
Rajah 36: Latihan kemahiran melenturkan galah.

Rajah 37: Latihan bergayut pada galah.


Rajah 37: Latihan berputar pada galah.
Rajah 38: Berlatih menolak,berpusing dan menolak galah.

Rajah 39: latihan melepasi palang.


KESIMPULAN

Acara lompat galah merupakan salah satu acara padang dalam sukan olahraga. Acara
ini memerlukan seseorang mempunyai keupayaan dalam melakukan gerakan gimnastik
dan juga berlari dengan laju. Acara lompat bergalah merupakan salah satu acara yang
tidak begitu popular di kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, acara ini dilihat
sebagai acara yang berbahaya untuk diberikan latihan di peringkat sekolah. Selain itu,
masyarakat tidak mendapat pendedahan mengenai acara ini.

También podría gustarte