Está en la página 1de 3

 

Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926 di sebuah kampung dalam daerah kecil Chemor
di Perak. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu. Beliau meneruskan pelajaran di
Sekolah Anderson, Ipoh.Aminuddin belajar di sekolah tersebut dari tahun 1936 hingga
1941.Sekitar tahun 1945 hingga 1946 beliau mula menunjukkan minat dengan persatuan pelajar.
Beliau sangat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20
November 1945 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Aminuddiin telah menubuhkan Persatuan
Pelajar di Perak yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) pada
bulan April 1946.
  
Pada masa ini UMNO telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan Union. Dalam masa
yang sama pemimpin-pemimpin persatuan pelajar digalakkan berusaha ke arah pencapaian
matlamat mereka. Oleh kerana itu, Aminuddin dan pemimpin pelajar lain mengambil keputusan
untuk menubuhkan persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan telah bersidang selama dua hari
di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada persidangan itu terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar
Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948. Walau bagaimanapun pada tahun 1949
Aminuddin terpaksa berhenti bergiat aktif dalam persatuan pelajar kerana ditawarkan ke
Universiti Malaya, Singapura. Dalam tahun 1950, beliau bergiat aktif dalam GPMS dan dilantik
sebagai Yang Dipertua persatuan. Dalam tahun yang sama beliau telah lulus peperiksaan
Sarjana Sastera dan pada tahun berikutnya, lulus Ijazah Kepujian Sarjana Sastera.

  
Beliau kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah. Pada
tahun 1951 hingga Julai, 1952, beliau telah berkhidmat di Sekolah Anderson. Beliau telah
melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London dengan
Biasiswa Queen. Aminuddin menamatkan pengajiannya pada bulan Julai 1953 dengan mendapat
Ijazah Master of Methods dalam bidang pendidikan. Selepas pulang ke tanahair beliau
ditawarkan jawatan Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Sumbangan
besarnya kepada pelajar dengan memperkenalkan Sejarah Islam. Pada bulan September 1955
Aminuddin terlibat dalam menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun 1960 pula
beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman.

  
Pada usia 36 tahun beliau telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor. Pada
masa yang sama beliau aktif dalam persatuan dan pertubuhan lain seperti Senat Universiti
Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan
Pustaka. Beliau meninggal dunia pada 24 Disember 1965 pada usia muda 39 tahun.
Zainal Abidin Bin Ahmad ( ZA’BA )Pendeta Yang Bersemangat Waja.

ZA’BA merupakan seorang tokoh cendekiawan dan patriot Melayu yang ulung dan yang
amat prihatin terhadap masalah umat Melayu dalam pelbagai bidang terutama bahasa,
pendidikan, agama dan ekonomi.

Dilahirkan pada 16 September 1895 dan dibesarkan di Negeri Sembilan. Beliau


merupakan anak Melayu pertama di Negeri Sembilan yang menduduki peperiksaan
Senior Cambridge pada tahun 1915 dan memperolehi keputusan yang cemerlang, malah
beliau menjadi pelajar yang mendapat markah tertinggi dalam Ilmu Hisab, karangan
Bahasa Inggeris dan Geografi Fizikal.

Beliau mula bergiat dalam bidang penulisan semasa bertugas sebagai guru pada tahun
1916 dan mengajar bahasa Melayu di beberapa buah sekolah di Johor dan Perak. Beliau
telah menghasilkan beberapa majalah berbahasa Melayu seperti Utusan Melayu,
Lambaga Melayu dan Pengasuh yang memperjuangkan nasib dan masa depan orang
Melayu. Selain itu, beliau turut menghasilakn dua buah karya klasiknya tentang seni
karangan dan tatabahasa Melayu, iaitu Ilmu Mengarang Melayu (1927) dan Pelita
Bahasa(1934).  ZA’BA merupakana seorang pemikir, pejuang dan penulis yang prolifik.
Beliau menghasilkan karyanya dengan menggunkan bahasa Melayu dan Inggeris. Beliau
juga turut berjaya menghasilkan ratusan makalah dan tidak kurang daripada 20 judul
buku, termasuk Canai Bacaan(1924) dan Umbi Kemajuan (1932). 

Selain bergiat dalam bidang penulisan, beliau juga pernah menjadi penterjemah berita
dan juruhebah untuk pemerintahan Inggeris di Radio Malaya Singapura dan penterjemah
bahasa Melayu di Mahkamah Kuala Lumpur. Beliau juga turut memikul tugas sebagai
guru bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies, University of London
pada tahun 1949/50. Beliau turut memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dari universiti
tersebut ketika berusia 52 tahun dan kemudian beliau kembali ke tanah air dan
berkhidmat di UM Singapura.
Memandangkan sumbangannya yang luar biasa terhadap bahasa dan persuratan, pada
tahun 196, beliau telah dianugerahkan oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu
Ketiga suatu gelaran unik iaitu Pendeta Bahasa yang bermaksud ilmuan bahasa yang
ulung. Pada tahun 1973, beliau mendapat anugerah Ijazah Doktor Persuratan Kehormat
oleh UKM. Bersesuaian dengan kedudukannya sebagai pemikir bahasa, sastera dan
kebudayaan Melayu, beliau merupakan pengasas Jabatan Pengajian Melayu di UM
Singapura. Dari jabatan inilah kemudian tertegaknya Jabatan Pengajian Melayu, UM
Kuala Lumpur yang kini berkembang menjadi Akademi Penyajian Melayu.

ZA’BA yang merupakan seorang tokoh terbilang dalam bidang persuratan telah
meninggal pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78 tahun.

También podría gustarte