Está en la página 1de 3

PERJUMPAAN DO & STAFF @ 1/12/2010

Prepare list of staff - carta organisasi


Senarai tugas
Senarai tanggungkerja - sbb perlu
Senarai KUP - tugas tambahan
Senarai kenaikan pangkat terbaru
Senarai pencalonan bintang
Senarai kehadiran kursus
Status semasa HRMIS
Minit mesyuarat MBJ
Minit mesyuarat Badan Kebajikan
Minit mesyuarat JKP
Status semasa kewangan jabatan - buku vot

PERJUMPAAN DO & PENGHULU @ 2/12/2010

Senarai Penghulu - pic - profile ringkas


Senarai Tanggungkerja - sebab perlu
Senarai tukar gred N - NP - kesan kenaikan
Senarai Penghulu terlibat banjir - laporan kerosakan & isu-isu berkaitan
Senarai Penghulu yang ada pejabat - tiada - sewa - jadual tugas
ISU-ISU YANG MUNGKIN BOLEH DIKETENGAHKAN DALAM MESYUARAT PEGAWAI-PEGAWAI DAERAH

1. PEJABAT PENGHULU

Terdapat 26 mukim dalam daerah Kota Setar, namun hanya 8 mukim yang mempunyai
Pejabat yang boleh dijadikan pusat rujukan dan perjumpaan antara Penghulu dan
masyarakat setempat.

Keperluan agak mendesak kerana terdapat banyak aduan dan rungutan orang ramai yang
sukar mengatur pertemuan dengan Penghulu berkenaan. Imej Penghulu juga terjejas kerana
terpaksa berurusan di merata tempat termasuk gerai/warung kopi. Sewaan yang diluluskan
kerajaan negeri sebanyak maksima RM500 (bagi sesetengah kawasan) adalah tidak
mencukupi dengan harga sewaan semasa.

Terdapat 11 lot tanah yang telah dikenalpasti dan sudah dibuat pengambilan seperti
Lampiran A. Pohon pertimbangan dari Kerajaan Negeri untuk membina pejabat-pejabat
Penghulu mengikut kesesuaian dan kebatasan peruntukan semasa.

2. PENGISIAN PERJAWATAN

Pohon ditarik perhatian kekosongan jawatan yang akan berlaku dalam masa terdekat (seperti
di Lampiran B).

Pohon turut diberi keutamaan kepada proses pengisian jawatan kosong yang telah
DILULUSKAN oleh Pejabat Kewangan Negeri (seperti Lampiran C).

3. PENTADBIRAN NURY

Pentadbiran NURY di Daerah Kota Setar telah dikesan mempunyai sedikit kelemahan dan isu-
isu berkaitan kewangan. Satu langkah siasatan dan mesyuarat bagi meleraikan isu yang
timbul telah diadakan bersama BSM, Pejabat Kewangan, NURY dan pentadbiran daerah.
Namun begitu, sedang elok perancangan dibuat bagi membetulkan keadaan dan
permasalahan yang wujud, pentadbiran NURY dipindahkan kepada JAIK.

Mesyuarat pelarasan berkaitan isu-isu pentadbiran NURY ini tidak pernah diadakan bersama
JAIK. Pohon perhatian semua pihak yang terlibat untuk bermesyuarat secara terperinci
sebelum pentadbiran NURY ini diserahkan sepenuhnya di bawah pentadbiran yang baru agar
masalah yang lama bertapuk tidak akan berulang.

4. LESEN HIBURAN

Terdapat pengusaha hiburan yang menjalankan perniagaan Internet Cafe/Komputer Game


yang memohon diubah ” had umur bawah 18 tahun kepada bawah 12 tahun adalah
dilarang memasuki premis hiburan berkenaan” dengan alasan golongan ini akan melayari
internet untuk tujuan mencari maklumat berkaitan pembelajaran. Terdapat daerah yang
telah meluluskan permohonan tersebut, termasuk Daerah Kota Setar. Namun perkara ini
semakin menjadi-jadi dan pohon satu konsensus dicapai antara semua pejabat daerah yang
terlibat agar TIDAK meluluskan ubah syarat berkenaan demi kepentingan sosial bersama.

Satu bengkel Peningkatan Kutipan Hasil Daerah-daerah telah diadakan Disember yang lalu
dan banyak isu yang telah dibangkitkan yang perlu dipersetujui bersama antara daerah dan
Pihak Berkuasa Negeri. Pohon dipercepatkan kata putus yang membolehkan satu prosedur
dan kadar yang seragam diselaraskan di semua daerah dalam negeri ini.

También podría gustarte