Está en la página 1de 1

ABSTRAK

KESAN PENAMBAHAN EM PADA PEMAKANAN IKAN SIAKAP PUTIH Lates


calcarifer ATAS KADAR PERTUMBUHAN DAN KADAR HIDUP
EM ialah singkatan untuk ‘effective microorganisms’ dan produk ini telah digunakan di
seluruh dunia kerana penggunaan EM adalah mudah dan tidak merbahaya. Kajian kesan
penambahan EM pada pemakanan ikan siakap putih Lates calcarifer air tawar atas kadar
pertumbuhan dan kadar hidup dijalankan di dalam makmal akuakultur selama 14 hari.
Tahap kualiti air adalah diseragamkan dan dipastikan sesuai bagi menternak ikan ini,
suhu adalah diantara 28-32oC. Kelompok ikan pertama (G1) diberi makan makanan
rumusan biasa manakala kelompok ikan kedua (G2) pula diberi makan makanan
rumusan yang mengandungi EM dua kali sehari dengan kadar pemakanan sebanyak
5%.h-1 dan ikan tersebut ditimbang setiap minggu. Kadar pertumbuhan tentu (SGR) yang
diperolehi adalah 3.24±1.08%.h-1 bagi kelompok ikan yang diberi makan makanan
rumusan biasa dan 3.55±1.16%.h-1 bagi kelompok ikan yang diberi makan makanan
rumusan yang mengandungi EM. Analisa statistik adalah didapati tidak terdapat
perbezaan dari segi kadar pertumbuhan ikan diantara kedua-dua kelompok ikan tersebut.
Kadar hidup diantara kedua-dua kelompok ikan tersebut adalah 100% dan tidak
menunjukkan sebarang perbezaan.

Kata kunci: EM; Effective microorganisms; Efektif mikroorganisma; Ikan siakap; Ikan
siakap putih; Ikan kakap; Ikan kakap putih; Lates calcarifer

ix

También podría gustarte