Está en la página 1de 18

KONSEP AKAL

PENDIDIDKAN ISLAM
SEMESTER 1
INDEX
PENDAHULUAN
PENGERTIAN AKAL
TABIAT AKAL
KEISTIMEWAAN AKAL
HAKIKAT AKAL DAN BAHAGIANNYA
PERANAN AKAL MENURUT AL-QURAN DAN
AL-SUNNAH
PERANAN AKAL MENURUT PEMIKIR ISLAM
KEMAMPUAN AKAL
PENDAHULUAN
Akal pemikiran adalah anugerah Allah yang menjadi
keistimewaan dan kelebihan kepada manusia berbanding
makhluk lain.
Akal digunakan untuk memikirkan dan mengkaji bukti-
bukti kebesaran Allah.

Firman Allah:
Surah al-Nahl (ayat 67)
 Maksudnya: dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman
yang memabukkan dan rezkii yang baik. Sesungguhnyapada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang
yang mahu menggunakan akalnya.
Manusia yang tidak menggunakan akal ke arah
kebaikan akan mendapat azab di akhirat.

Firman Allah:
Surah al-Maidah (ayat 58)
 Maksudnya: dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk
(mengerjakan) sembahyang, mereka menjadikannya buah
ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah kerana
mereka benar-benar kaum yang tidak mahu menggunakan
akal.
Manusia sentiasa menggunakan akal tetapi hasil
pemikiran tersebut tidak semestinya menepati
tujuan dan matlamat sebenar.

Walaubagaimanapun, para nabi dan rasul


terpelihara daripada menyimpang dari kebenaran.
Manusia dikurniakan akal dan oleh itu diamanahkan
tugas khalifah di muka bumi.

Firman Allah:
Surah al-Baqarah (ayat 30)
 Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada
Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan
Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami)
hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat
bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),
padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku
mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
PENGERTIAN AKAL
Kamus dewan: Segala kegiatan berfikir dan tahap
kecerdasan seseorang manusia.
Dalam mensyarahi hadis di atas, Allamah Majlisi
dalam kitab Mir’at al-‘Uqul menyatakan
bahwa ’aql (akal) secara bahasa berarti pengikatan dan
pemahaman terhadap sesuatu. Secara istilah, akal
digunakan untuk menunjukkan salah satu definisi
berikut ini:
1. Kemampuan untuk mengetahui sesuatu.
2. Kemampuan memilah-milah antara kebaikan dan
keburukan yang niscaya juga dapat digunakan untuk
mengetahui hal-ihwal yang mengakibatkannya dan
sarana-sarana yang dapat mencegah terjadinya
masing-masing dari keduanya.
3. Kemampuan dan keadaan (halah) dalam jiwa
manusia yang mengajak kepada kebaikan dan
keuntungan dan menjauhi kejelekan dan kerugian.
Justeru, akal menyebabkan manusia dipertanggung
jawabkan dengan taklif serta syarat.
Taklif : orang islam itu telah berakal dan baligh.
Sekiranya hilang salah satu daripada dua sifat ini maka
jatuhlah daripadanyasifat taklif. Apabila jatuh sifat taklif
maka dia tidak ditunutut sedikitpun melaksanakan
tugas-tugas keagamaan.
Islam melarang keras perbuatan merosakkan
kewarasan akal.
TABIAT AKAL
Menguji dan menunjukkan bahawa manusia
sebenarnya lemah dan cetek ilmunya.
Fitrah dan tabiat akal manusia bersifat positif iaitu
akal memandu manusia ke arah kebaikan dan
kemajuan.
Fitrah akal. fitrah manusia yg bersifat suci dan
bersih.
Fitrah akal & fitrah manusia kehendak
syarak.
KEISTIMEWAAN AKAL
‘Kejadian pertama yang dijadikan Allah ialah akal, lalu
Ia perintahkannya datang, akal pun datang. Kemudian
ia perintahkan supaya pergi, akal pun pergi. Kemudian
Allah berfirman kepada akal: Demi kebesaranKu dan
kemuliaanKu, tidak ada makhluk alin yang yang lebih
mulia di sisiKu daripada kejadianmu. Denganmu Aku
memberi dan mengambil. Denganmu Aku memberi
pahala dan menyiksa.’
Hadis riwayat al-Tabrani.
Aisyah telah menceritakan, “ Dimana aku telah
bertanya Rasulullah, “ Wahai Rasulullah; dengan apa
manusia itu berbeza darjat kelebihannya dalam
kehidupandi dunia?” Jawab baginda, “Dengan akal.”
Aku bertanya lagi, “Bagaimana pula dengan kehidupan
di akhirat? Bukankah manusiamanusia itu dibalas
menurut kadar amalan mereka?” Jawab Rasulullah, “
Wahai Aisyah; bukankah mereka beramal menurut
kadar akal yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka.
Maka mengikut kadar akal itulah amalan merka dan
mengikut kadar amalan itu pulalahmereka dibalas.”
Hadis riwayat al-Tabrani.
Akal yang waras adalah syarat taklif.
Dengan akal, manusia bebas memilih kufur atau
beriman sama ada mimilih jalan yang benar atau salah.

Firman Allah:
Surah al-Baqarah (ayat 256)
 Maksudnya : Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana
sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan
(kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia
pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah
berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak
akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.
PERANAN AKAL MENURUT Al-QURAN DAN
AL-SUNNAH
Firman Allah
Surah Ali Imran (ayat 190)
 Maksudnya: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi,
dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda
(kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi
orang-orang yang berakal;
Firman Allah:
Surah an_Nahl (ayat 43)
 Maksudnya: Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul
sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan
orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka.
Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada
orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak
mengetahui.
KEMAMPUAN AKAL
Terbatas dan terhad ruang lingkup kemampuannya.

Fiman Allah
Surah al-Isra’ (ayat 85)
 Maksudnya: Maksudnya : Dan mereka bertanya kepadamu
tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku;
dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan
sedikit sahaja”.
Tuntasnya, akal yang dikurniakan kepada manusia
sangat terbatas dan hanya izin Allah mereka mampu
mencapai sesuatu.

Firman Allah
Surah al-Isra’ (ayat 88)
 Maksudnya: katakanlah (wwahai Muhammad):
“Seungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun
dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan
sebanding dengan al-quran ini, mereka tidak akn dapat
membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya,
walaupun mereka membantu sesama sendiri”.
RUJUKAN
MARA COLLEGE BANTING INTERNATIONAL BACC
ALAUREATE-STUDENT’S HANDBOOK FOR PENDI
DIKAN ISLAM
http://aljawad.tripod.com/arsipbuletin/akal.htm
http://iiu.edu.my/deed/quran/malay/
http://www.ahmadrushdi.com/page/11/

También podría gustarte