Está en la página 1de 15

JAHILIYAH DAN KESANNYA

KEPADA MASYARAKAT

AMEER NAUFAL BIN OMAR


E10A
OBJEKTIF
• Para pelajar dapat memahami pengertian jahiliyah menurut
Al-Quran dan masa berlakunya.
• Para pelajar dapat membezakan antara hidayah yang
berpunca dari makrifatullah dengan jahiliyah yang
berdasarkan hawa nafsu.
• Memberi panduan pelajar mengenali ciri-ciri masyarakat
jahiliyah
• Para pelajar boleh menganalisa dan menghayati kesan-kesan
jahiliyah dalam masyarakat manusia dalam semua bidang
• Para pelajar dapat menghindari dan menjauhkan diri dari
perkara-perkara yang dianggap sebagai jahiliyah.
Jahiliyah dan kesannya kepada masyarakat
• As-Sahid Sayeb Qutub berkata:-
“maka orang yang mengenali jahiliyah dialah orang yang dapat memahami
nilai islam dan dialah yang sangat menghargai rahmat Allah yang
terdapat dalam islam dan nikmat Allah yang terdapat dalam islam”
Pengertian Jahiliyah:-
Dari segi bahasa:-Bodoh atau jahil
Dari segi budaya:-sikap mental yang menolak pedoman dan petunjuk dari
Allah dan mencipta undang-undang yang berlawanan dari yang
diturunkan oleh Allah.
-Jahiliyah bukan bermaksud dari segi Ilmu tamadun dan kemajuan
kebendaan tapi dari segi berlawanan dengan makrifatullah iaitu tidak
berpandukan dengan hidayat Allah dan tidak berhakimkan dengan
hukuman Allah.
• MASA JAHILIYAH
-Fenomena Jahiliyah itu bukan lah muncul hanya pada tahap
masa tertentu sahaja dalam sejarah bahkan ia boleh berulang
pada sepanjang masa apabila wujud sebab dan musababnya.
• PERBEZAAN HIDAYAH DAN JAHILIYAH
Hidayah berpunca dari makrifatullah dan mengikut petunjukNya
sementara jahiliyah itu terbit dari kejahilan terhadap Allah dan
keenganan menurut titah perintahNya.
Kedua-dua dasar ini memberi pendapat berbeza dari segi
ekonomi,sosial politik,kebudayaan,Ilmu pengetahuan dan
sebagainya mengikut kemampuan akal dalam menganggapi
alam material .Daripada perbezaan dasar pendapat ini muncul
masyarakat islam yang terbahagi kepada dua iaitu
MASYARAKAT ISLAM DAN MASYARAKAT JAHILIYAH.
CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIYAH
• Masyarakat jahiliyah tidak hanya terbatas kepata masyarakat sebelum
islam sahaja .Ia boleh wujud sekiranya dalam sesuatu masyarakat itu
mempunyai ciri-ciri jahiliyah seperti berikut:-

Ciri-Ciri Huraian
Tidak beriman kepada Allah dengan -Ciri yang terpenting dalam masyarakat
keimanan yang sebenar jahiliyah.Ia merupakan asas yang
memperkembangkan Jahiliyah.
Tidak menjalankan Hukum Allah -Tidak melaksanakan hukum Allah atau
peraturan Allah kerana mengikut hawa nafsu
adalah dianggap sebagai jahiliyah.
Wujud taghut dalam masyarakat -Dalam masyarakat jahiliyah pasti wujud
taghut yang berusaha menyelewengkan
manusia dari beribadat kepada Allah dan
berhukum dengan syariatnya
Menurut hawa nafsu tanpa bimbingan -Apabila jauh dari minhaj Allah,maka manusia
hidayat Allah akan tenggelam dalam hawa nafsu.
CIRI-CIRI JAHILIYAH
• Tidak beriman kepada Allah
• Al Baqarah: 67
Ketika Musa a.s menyuruh kaumnya untuk
untuk mentaati perintah Allah agar mereka
menyembelih korban. Mereka berkata, apakah
engkau mengejek kami hai Musa. Musa
menjawab, aku berlindung dari orang-orang
yang bodoh.
• Tidak menjalankan hukum Allah
• Al Maidah:50
“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka
kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih
baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang
yang yakin?”
• Wujud taghut dalam masyarakat
• Ali Imran: 154
Sedang segolongan lagi telah dicemaskan oleh
diri mereka sendiri; mereka menyangka yang
tidak benar terhadap Allah seperti sangkaan
Jahiliyah. Mereka berkata: Apakah ada bagi
kita barang sesuatu( hak campur tangan)
dalam urusan ini?
• Menurut hawa nafsu tanpa bimbingan hidayat
Allah
• Al Ahzab: 33
Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu dan
janganlah kamu berhias dan bertingkah laku
seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu.
• Ibn Hajar:Fath al-Bari 6:61
Menurut Ibn Qutaybah, kaum jahiliyah gemar
membuat ramalan dan bertenung nasib.
Perbuatan itu dilarang pada zaman Rasulullah
SAW. Namun tedapat dikalangan mereka yang
enggan meninggalkan amalan khurafat
tersebut.
• Al Imran:14
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia:
kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu,
iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta
benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas
dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi
berlatih: dan binatang-binatang ternak serta kebun-
kebun tanaman semuanya itu kesenangan hidup di
dunia dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat
kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).
Kesan Jahiliyah
 Jahiliyah telah merosakkan tasawwur manusia tentang hubungannya
dengan Allah,dengan alam dan kehidupannya.
Dari segi akidah :-
menyebab berpuncanya penyelewengan falsafah pemikiran manusia.
Timbulnya kefahaman materialisme.Dari itu timbullah aliran sukaralisma
yang bertanggungjawab melahirkan kapitalisma,kominisme dan
sosialisme.Kesan yang paling buruk ialah memberikan hak hakimiah,hak
membuat hukum,hak mencipta minhaj(sistem hidup) dan hak
melepaskan nilai-nilai kehidupan yang menjadi hak mutlak Allah kepada
manusia
Dari segi politik:-
Manusia telah diracuni fahaman nasionalisme yang ditafsirkan
Rasulullah sebagai membantu saudara atau sesuatu kaum melakukan
kezaliman. Fahaman ini menimbulkan kebencian dan ketakutan sehingga
mencetuskan peperangan,penaklukan dan kehancuran
Dari sistem ekonomi:-
Membawa kepada prindip mencari keuntungan semata-mata
sehingga melahirkan penindasan dan eksploitasi.Hakikat kemanusiaan
telah dilupakan seolah-olah manusia itu hidup hanya untuk menajuan
ekonomi bukan ekonomi untuk kemajuan manusia. Akibatnya, niloai
kasih sayang akan ditenggelamkan dengan sifat tamak dan rakus.
Dari sistem sosial:-
Menyebabkan hubungan individu dengan masyarakat menjadi
tidak seimbang akibat penyelewenagn dari sistem Allah.keadaan ini
dapat diperhatikan dengan jelas dalam sistem Kapitalis yang
menganjurakan pemujaan kebendaaan.
Dalam sistem pendidikan:-
melahirkan fahaman dua lisma yang memberi penekanan
kepada aspek akliah dan maddiyah,mengabaikan aspek
rohaniah.Akibatnya ia hanya boleh melahirkan warganegara yang baik
dan bukan nya seorang insan yang soleh
• Manakala dalam masyarakat komunisme
,pengaruh jahiliyah memberi kesan kepada
manusia yang menjadikan masyarakat sebagai
tuhan .Sistem ini telah menyebabkan hak individu
seperti memiliki harta telah dirampas.Fahaman ini
telah melahirkan fahaman atisme.Sistem
pemerintahannya melahirkan konsep diktator
kerana mengamalkan politik totali tanpa
permesyuaratan rakyat.Komunisme membawa
slogan ‘’Berkhidmat untuk negara”yang
menghapuskan hak individu untuk bersuara.
Kesimpulan
• Pada hakikatnya keruntuhuan masyarakat jahiliyah adalah
kerana keruntuhan akhlak yang mulia dan mereka bersifat
dengan sifat-sifat jahiliyah sperti riak,takkabur,tamak dan
sebagainya.
Apabila munculnya islam ,islam telah meruntuhkan sifat
mazmumah tersebut dan menggantikannya dengan sifat-
sifat terpuji seperti tawaduk,amanah,bijaksana dan
sebagainya.
-Demikianlah kesan jahiliyah yang telah mengancam dan
memusnahkan akidah tauhid umat manusia sejak dahulu
kala hinggalah ke zaman jahiliyah ke 20 ini.Pemesongan
akidah ini telah meruntuhkan nilai-nilai kemanusiaan.

También podría gustarte