Está en la página 1de 1

Disiplin Teras Kejayaan Akademik

Seseorang yang berjaya dalam hidup biasanya merupakan orang yang mematuhi peraturan,
menghargai masa dan mempunyai matlamat hidup. Dalam hal ini ,bagi seorang pelajar,disiplin
merupakan teras kejayaan akademik. Mengapakah disiplin begitu penting dalam kehidupan seorang
pelajar? Marilah kita lihat hubungan erat antara disiplin dengan kejayaan akademik seseorang itu.

Pelajar yang berdisiplin dapat menguruskan masa dengan sempurna . Mereka tidak membuang masa
dengan sia-sia kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Apabila pelajar belajar mengikut
masa yang ditetapkan dan mengikut jadual waktu yang disediakan,sudah tentu dia dapat belajar
dengan tenang dan dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan mudah. Akhirnya,pelajar
yang berdisiplin ini akan mendapat kejayaan dalam akademik. Di sini, jelas menunjukkan bahawa
disiplin merupakan teras kejayaan akademik.

Selain itu, pelajar yang berdisiplin juga dapat mengawal diri mereka daripada melakukan perkara-
perkara negatif seperti peras ugut, buli, vandalisme dan penyalahgunaan dadah. Mereka juga tidak
akan bergaul dengan rakan-rakan yang tidak bersekolah. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh
dan akhirnya berjaya dalam peperiksaan. Dalam hal ini, disiplin merupakan benteng yang ampuh yang
mampu mengekang remaja atau pelajar terjebak dalam kemelut sosial yang kian meruncing kini.

Di samping itu, pelajar yang berdisiplin biasanya mempunyai sahsiah yang baik. Mereka akan
menghormati ibu bapa,guru,dan orang-orang yang lebih tua. Hal ini bertepatan dengan hasrat
kerajaan menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu mewujudkan insan yang seimbang
dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Hanya pelajar yang berdisiplin dan memiliki akhlak yang
mulia sahaja yang mampu mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik.

Pelajar yang berdisiplin mampu mencipta kecemerlangan dalam akademik. Hal ini demikian kerana
pelajar yang menjalani kehidupan seharian dengan teratur dan sempurna mampu menjana fikiran
mereka untuk menghasilkan inovasi baru menerusi kajian dan penemuan baru serta eksperimen.
Komitmen serta beriltizamnya yang tinggi dalam kalangan remaja yang berdisiplin mampu
mewujudkan kejayaan,bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi dalam kerjaya mereka setelah
mereka meninggalkan alam persekolahan nanti.

Berdasarkan perbincangan di atas tadi, jelas menunjukkan bahawa disiplin merupakan teras kejayaan
akademik. Orang yang berdisiplin akan memperoleh kejayaan dalam hidup kerana dia mampu
membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang buruk. Oleh itu,marilah kita bersama-
sama mewujudkan generasi yang berdisiplin agar mereka dapat merealisasikan impian negara.

También podría gustarte