Está en la página 1de 12

Definisi Ketaksamaan Peluang Pendidikan:

Pendidikan adalah satu proses di mana seseorang memperoleh banyak


faedah sosial seperti pekerjaan, gaji yang mencukupi dan kemungkinan, kuasa
politik.Walau bagaimana pun semasa penjajahan British di negara kita, tidak semua
pelajar mempunyai peluang bersekolah kerana pada masa itu sekolah dibahagikan
mengikut kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum dan penempatan.Ketaksamaan
peluang dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang untuk
mengembangkan potensinya.

Konsep diskriminasi/ketaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran


dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota atau
kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.
Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan individu atau kelompok
etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.Ketaksamaan telah berlaku sejak
dahulu lagi (sistem feudal).Rakyat bawahan atau marhain, golongan pembesar, dan
golongan istana menerima sistem pendidikan yang berbeza.Sistem ini diteruskan
lagi pada zaman penjajah dengan kebanyakan sekolah Bandar mempunyai
kemudahan yang baik dan lengkap namun di luar Bandar sebaliknya.Namun
kesannya ia telah mengakibatkan golongan pembesar mewariskan kecerdikan
sebaliknya anak petani dan orang kampung terus ketinggalan.

Aspek Ketaksamaan Peluang Masa Kini :


i. Meliputi kemudahan mendapat guru
ii. Bahan-bahan rujukan
iii. Peluang kerjaya selepas tamat belajar.

Dalam membincangkan konsep kelas sosial kita tidak terlepas daripada


kejadian ‘sosial inequaliti’ atau ketidaksamaan sosial yang merujuk kepada
ketaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan
sosial yang berbeza akibat system stratifikasi. Rohand Meighan (1986)
menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa
yang sama.
Max Weber mengatakan ada lima kelas sosial iaitu golngan atasan atau
orang kaya dan ahli korporat. Mereka ini juga dikenali sebagai golongan bangsawan.
Golongan kedua adalah kumpulan pertengahan atasan iaitu yang berpendidikan
tinggi, professional dan memegang jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi.
Mereka ini kebanyakkan terdiri daripada golongan pembesar yang menguruskan
pentadbiran negara. Golongan ketiga adalah pertengahan bawahan yang mana
mereka terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil serta
pekerja kolar biruyang berpendidikan SPM dan PMR. Golongan terakhir adalah
golongan bawahan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang
amat rendah dan tidak pernah langsung melalui pendidikan formal.

Saifuddin Hj Masduki (1977) dalam kajiannya mendapati  terdapat hubungan


signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap
pendidikan ibu bapa. Beliau mendapati kedua-dua hubungan adalah positif, iaitu
semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tinggi
tahap pencapaian akademik anak-anak mereka.  Kajian ini membuktikan bahawa
tahap pendidikan yang secukupnya perlu diberikan kepada murid agar tahap
ekonomi mereka juga terus bertambah baik.

Rusli Md Zain (1998), dalam kajiannya melaporkan terdapat hubungan positif


diantara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Ini kerana mereka
yang berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan
anak-anak mereka.

Faktor kelas sosial yang jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid


adalah seperti tahap ekonomi sama ada murid miskin dan murid berada. Murid yang
berada tentunya menerima peluang pendidikan yang lebih baik. Tahap kesihatan,
makanan  berkhasiat dan kawalan penyakit menjadi faktor kepada penerimaan
peluang belajar dalam kalangan murid.

Suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas, fizikal rumah
dan keadaan persekitaran turut memberikan impak kepada jurang pendidikan.
Struktur keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes
perceraian, tahap pendidikan ibubapa, pengaruh luar terdiri dari masyarakat dan
rakan sebaya juga memainkan peranan terhadap pembentukan kelas sosial dalam
masyarakat.
Selain lokasi yang berkaitan terus dengan sosial, jurang pendidikan juga
wujud antara jenis sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini juga akan
memberikan impak terhadap pencapaian  murid termasuklah penyediaan
kemudahan fizikal untuk murid belajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang
secara ketara terhadap tahap sosioekonomi antara penduduk. Usaha menangani
jurang ini terus mendapat perhatian Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-30, dalam
perancangan ini, semua rakyat diberikan peluang yang sama untuk menerima
perubahan dalam system pendidikan negara.

Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketaksamaan


dalam pelunag pendidikan, masih ada sekolah yang belum mempunyai bekalan
elektrik 24 jam dan ada yang tidak cukup untuk menjanakuasa terutamanya bagi
pengunaan teknologi maklumat (ICT).

Terdapat jurang sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid atau


dipanggil SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang dari 250 orang. Hampir 90%
SKM berada dalam keadaan daif  dan menghadapi masalah kekurangan
peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak
bersesuaian dengan keperluan SKM seperti tiada perjawatan guru pemulihan.
Penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakkanya berada jauh di
pendalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil menyebabkan SKM mengamalkan
pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas
yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan.

Sekolah Bandar adalah sekolah yang berada di kawasan atau jaraknya di


bawah 10 kilometer dari kawasan Bandar.Sekolah Bandar biasanya telah
mempunyai infrastruktur yang lengkap dan mempunyai murid-murid yang ramai
jumlahnya.Sekolah Luar Bandar pula ialah sekolah yang berada jauh daripada
Bandar .Ia biasanya jumlah murid adalah sedikit dan kekurangan kemudahan asas
seperti air ,elektrik dan lain – lain.

Bagi saya ,ketaksamaan peluang pendidikan adalah perbezaan pendidikan di


sekolah Bandar dan luar Bandar yang telah diakibatkan faktor sejarah Negara dan
ianya mengakibatkan terdapat jurang yang tinggi dari segala aspek. Antara aspek-
aspek terlibat ialah kecemerlangan,pendidikan ,kemudahan dan lain-lain.
Faktor-faktor ketaksamaan peluang pendidikan antara sekolah Bandar dengan
sekolah Luar Bandar

Ketaksamaan peluang pendidikan di antara Bandar dan luar Bandar bukan


satu isu yang baru di Negara kita.Isu ini telah dikesan sejak Zaman Inggeris lagi.Hal
ini berterusan sehingga sekarang yang telah mengakibatkan jurang pendidikan yang
melebar di antara Bandar dan luar Bandar.Memandangkan isu ini membawa
implikasi yang tidak baik maka pihak atasan dari Kerajaan Malaysia , Kementerian
Pelajaran Malaysia dan tokoh akademik telah mengorak langkah dengan berganding
bahu untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mengakibatkan ketaksamaan peluang
pendidikan di Negara kita.Antara faktor-faktor yang menyebabkan ketaksamaan
peluang pendidikan ini adalah jarak sekolah ,dasar penjajah,penglibatan ibu
bapa,kemudahan pengajaran dan pembelajaran ,latar belakang sosioekonomi murid
,kurang tenaga pengajar yang baik dan perbezaan bahasa .

Faktor jarak sekolah adalah faktor utama ketaksamaan peluang pendidikan


ialah sekolah di kawasan Bandar dan Luar Bandar.Jarak amat memberikan kesan
kerana apabila melibatkan jarak yang jauh maka ia akan melibatkan kos,tenaga dan
komitmen yang tinggi.Sebagai contoh Jarak ke Sekolah pedalaman seperti Sekolah
Long Aton melibatkan perjalanan sehingga 2 hari dan SK Biak dan SK Bahagia (89
KM di Gua Musang) .Untuk memasuki kawasan sedemikian hanya terdapat
beberapa alternatif iaitu jalan darat (pacuan empat roda ) dan jalan air (sungai).Maka
ia akan mengakibatkan kesukaran menghantar bahan pengajaran,kos yang tinggi
dan masa yang lambat untuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini.

Selain dari faktor jarak,faktor kedua ialah faktor dasar penjajah.Umum tahu
bahawa sejak dari penjajahan Inggeris pada kurun ke19, Pihak Inggeris
mengamalkan dasar pecah dan perintah di Negara kita.Kebanyakan kegiatan
banyak tertumpu di Bandar kerana faktor ekonominya.Sebagai contoh negeri-negeri
yang banyak menerima pembangunan adalah Pulau Pinang dan Kuala Lumpur
.Oleh demikian , ketaksamaan wujud dari segi ekonomi dan yang utama
pendidikan.Kegiatan Orang Melayu banyak tertumpu di kawasan kampung dan
perkampungan nelayan,Orang Cina pula banyak berniaga di Bandar-bandar
manakala Orang India di kawasan estet yang bekerja sebagai buruh .Pihak Inggeris
telah member fokus sepenuhnya di kawasan Bandar sehingga meninggalkan
kawasan luar Bandar.Ini juga mengakibatkan pendidikan di luar Bandar amat minima
dan masyarakat di Bandar dilengkapi kemudahan yang lengkap.Ini mengakibatkan
jurang ketaksamaan dalam pendidikan.

Faktor seterusnya penglibatan ibu bapa.Ibu bapa juga memainkan peranan


penting dalam pendidikan murid-murid.Ibu bapa yang akan menentukan kejayaan
pendidikan.Biasanya ,ibu bapa di kawasan Bandar amat mengambil berat akan
pendidikan anak-anak mereka berbanding Luar Bandar.Hal ini juga dapat dilihat
melalui iniasiatif menghantar murid ke kelas tambahan dan banyak lagi.Masyarakat
di luar Bandar pula sebaliknya.Mereka hanya memandang enteng pendidikan anak
mereka.Jika dapat menulis dan membaca sudah mencukupi .Hal ini dapat dilihat
dalam Cerita Gurukah Aku (2010) yang menunjukkan Masyarakat Asli di dalam
cerita tersebut pada mulanya tidak kisah akan pendidikan namun setelah
mendengar dan mendapat pengetahuan mereka sedar akan kepentingan pendidikan
untuk anak-anak mereka. Faktor kemudahan pengajaran dan pembelajaran adalah
faktor seterusnya.Faktor ini sememangnya penting untuk pendidikan yang
dengan .Dengan adanya kemudahan yang lengkap dan baik,maka Pengajaran dan
pembelajaran juga akan dengan sendirinya meningkat.Sebagai contoh,dengan
Bahan Bantu Mengajar dalam Pendidikan Muzik seperti alat –alat muzik dan
peralatan lain, maka guru akan dapat mengajar dengan berkesan.

Latar belakang sosioekonomi murid juga memainkan peranan dalam jurang


dalam pendidikan.Hal ini kerana murid yang biasanya datang dari keluarga yang
berada akan mendapat keputusan yang lebih baik.Ini kerana biasanya mereka akan
tinggal di Bandar dan bersekolah di sekolah yang baik.Hal ini sebaliknya di luar
Bandar kerana di sana biasanya murid dating dari keluarga yang susah maka jurang
pendidikan jelas dapat dilihat dalam ujian-ujian yang diadakan di sekolah Bandar
dan luar Bandar. Seterusnya, kurangnya tenaga pengajar yang baik di sekolah juga
mewujudkan perbezaan dan ketaksamaan dalam peluang pendidikan.Sharifah
(2000) ,majoriti guru sekarang kurang gemar untuk dihantar ke kawasan luar
bandar.Kesannya banyak guru yang tidak terlatih dan biasanya baru akan
ditempatkan di sana.Mutu pengajaran juga akan merosot berbanding sekolah-
sekolah di Bandar.Oleh yang demikian , kekurangan guru yang terlatih dan baik
menyebabkan jurang pendidikan antara Bandar dan luar Bandar amat besar.
KESAN KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN ANTARA SEKOLAH BANDAR
DAN LUAR BANDAR

Kesan kepada Sosioekonomi masyarakat luar bandar

Sekiranya ketaksamaan peluang pendidikan ini berterusan, maka kesannya


terhadap sosioekonomi masyarakat luar bandar akan jelas kelihatan. Masyarakat
luar bandar akan terus ketinggalan dalam pencarian pendapatan yang boleh
menampung kehidupan mereka. Masyarakat luar bandar akan terus menghadapi
masalah dalam pendapatan untuk menyara kelaurga mereka. Disebabkan dengan
hal inilah jika kita perhatian anak luar bandar akan sentiasa memakai pakaian
seragam sekolah yang sama sepanjang sesi persekolahan mereka. Ibu bapa
mereka tidak mampu untuk membeli seragam sekolah. Malah buku tulis pun tidak
dapat dibeli, apatah lagi buku aktiviti dan buku rujukan.

Kesan Pembangunan

Pembangunan akan menjadi seolah-olah mustahil dilakukan di kawasan luar


bandar. Ha ini kerana, kebanyakan pembangunan dicetuskan oleh anak jati sesuatu
kawasan tersebut. Jika ketaksamaan peluang pendidikan ini berlaku berterusan
maka tiadalah wakil masyarakat luar bandar yang akan dengan lantang
menyuarakan pemabngunan luar bandar di Parlimen. Maka nasib masyarakat luar
bandar akan terus terpinggir dan terpinggir tatkala pembangunan bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan di tempat-tempat lain. Pembangunan juga
merupakan salah satu daripada asas ketamadunan dan permodenan. Jadi, tanpa
pembangunan, bagaimana ketamadunan dapat dibina kerana asasnya masih lagi
tidak kukuh?

Kesan Kepada Pembinaan Modal Insan

Pembinaan modal insan merupakan satu kerja yang bukan calang-calang


mudahnya. Setiap insan yang dilahirkan berpeluang menjadi modal insan terbaik
sekiranya diberikan didikan yang sepatutunya. Akan tetapi, dengan segala
kekurangan yang dialami oleh masyarakat luar bandar seperti yang diwar-warkan,
bagaimana modal insan yang seimbang hendak dicapai? Mereka hidup serba
kekurangan. Kekurangan ini menyebabkan modal insan yang dibina tidak seimbang
dari segi Intelek, Rohani, Emosi, Jasmani dan Sosial. Modal insan yang terbina
mungkin kekurangan dari segi sosial kerana tidak terdedah kepada sebarang
perubahan atau sebarang unsur-unsur luar. Mereka mungkin hebat dalam
kemahiran survival, akan tetapi kurang dalam segi interpersonal dan intrapersonal.
Ketidakseimbangan itu mewujudkan permasalahan seperti kegagalan untuk bergaul
dengan masyarakat yang lain.

Kesan kepada Dasar Keterbukaan

Disebabkan kekurangan pendedahan kepada dunia luar, masyarakat luar


bandar mungkin mengamalkan dasar pintu tertutup, di mana mereka susah untuk
menerima budaya atau cara hidup yang moden. Mereka menganggap bahawa
unsur-unsur luar itu tidak sesuai langsung diamalkan, sedangkan unsur itu baik
untuk mereka sendiri. Terutamanya kepada masyarakat yag tidak mempunyai
kepercayaan dan pegangan hidup. Mereka lebih cenderung untuk meletakkan
sesuatu hukuman di tangan mereka sendiri tanpa memikirkan kesannya kelak.
Mereka akan terus sebegitu tanpa sebarang perubahan dan akan kekal sebegitu.

Kesan kepada Pencapaian Akademik

Tahap pencapaian murid-murid di kawasan Bandar adalah jauh lebih tinggi


berbanding murid-murid-murid di kawasan luar Bandar.Masyarakat di Bandar juga
lebih mementingkan kepentingan pendidikan berbanding di luar Bandar.Masyarakat
Bandar juga sanggup menghabiskan wang demi mendapatkan pendidikan yang
berkualiti.Maka dengan sendirinya,keputusan peperiksaan akan menunjukan jurang
yang tinggi di antara Bandar dan luar Bandar.

Kesan kepada Sistem Penyampaian Terkini

Disebabkan tidak mendapat kemudahan teknologi yang secukup serta liputan


teknologi maklumat maka sekolah luar Bandar selalu terkebelakang.Hal ini
mengakibatkan kawasan luar sukar untuk dihubungi serta lamabat mendapat
maklumat.Bebanding dengan sekolah di Bandar yang serba canggih dengan
teknologi terkini,maka dengan sendirinya masyarakat akan terkedepan dan selalu
mendapat maklumat terbaharu dengan sekelip mata.
LANGKAH MENGATASI KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI BANDAR
DAN LUAR BANDAR

Ketaksamaan peluang pendidikan telah memberi kesan negatif kepada


sistem pendidikan Negara .Maka langkah-langkah perlu diambil untuk
mengurangkan jurang yang ada.Antara langkah-langkahnya adalah peningkatan
pembangunan luar Bandar,peningkatan kesedaran kepada pendidikan,memperkasa
sekolah yang dibina,perhatian lebih kepada sekolah luar Bandar dan menambah
dana kepada sekolah luar Bandar

Peningkatan pembangunan luar bandar

Pembangunan kawasan luar bandar secara terancang pastinya dapat


menjadikan masyarakat luar bandar sedar akan kepentingan kepada pembangunan
dan kesannya kepada kehidupan mereka kelak. Dengan pembanguanan, mereka
dapat melihat sendiri aplikasi pendidikan secara formal kepada anak-anak mereka.
Mereka juga tidak lagi risau kepada keselamatan anak-anak mereka sekiranya jalan
raya yang elok dibina dari kawasan rumah mereka ke sekolah. Anak anak tersebut
tidak perlu lagi bersusah payah merentas denai yang penuh dengan bahaya dan
tidak perlu lagi bersampan selama 2 jam lagi. Bantuan yang menyeluruh kepada
kawasan laur bandar juga perlu sentiasa disalurkan untuk menampung
permasalahan mereka.

Peningkatan kesedaran kepada pendidikan

Masyarakat luar bandar masih belum sedar akan peri pentingnya pendidikan
secara formal kepada mereka. Seharusnya mereka diberikan pendedahan akan
kepentingan pendidikan supaya mereka dapat mendapat pendidikan dan menjalani
kehidupan yang sewajarnya, sama dengan masyarakat bandar. Dengan pendidikan
juga mereka dapat menjaga kelangsunagn kehidupan mereka dan hak-hak mereka
tanpa ada orang tengah yang mengeksploitasi hak-hak masyarakat tersebut.

Memperkasa sekolah yang dibina

Sekolah yang dibina untuk mereka seharusnya setanding dengan sekolah di


bandar. Kemudahan yang sama seharusya diberikan kepada sekolah luar bandar.
Guru-guru pakar dan guru-guru cemerlang seharusnya ditempatkan disekolah ini
supaya mereka dapat menggunakan kepakaran mereka untuk mendidik anak luar
bandar yang dahagakan ilmu pengetahuan. Kelengkapan asrama seharusnya adlah
yang terbaik supaya anak-anak yang jauh dan yang berpotensi besar dapat ke
sekolah tanpa masalah dan dapat dipantau pencapaiannya. Murid-murid ini harus
diletakkan dalam kumpulan kawalan supaya pencapaian mereka adalah sentiasa
dalam yang terbaik kerana banyak belanja yang diperlukan untuk mereka. Pihak
pentadbir yang terbaik juga perlu ditempatkan bersama di sekolah ini. Pihak
pentadbir ibarat nakhoda yang akan menentukan hala tuju kapal dalam pelayaran.
Semoga dengan pihak pentadbir yang cemerlang mampu membawa sekolah ini
berserta anak-anak muridnya ke puncak kejayaan. Bantuan menyeluruh seperti
bantuan makanan, seragam sekolah, yuran sekolah dan bantuan biasiswa perlu
diberikan kepada anak-anak luar bandar yang berkelayakan supaya merka dapat
meneruskan pengajian tanpa sebarang permasalahan kewangan.

Perhatian yang lebih kepada sekolah luar bandar

Sekolah luar bandar seharusnya diletakkan dalam perhatian yang serius oleh
pihak-pihak yang berkenaan. Hal ini kerana sekolah-sekolah tersebut menghadapi
banyak masalah, baik dari gurunya dan anak muridnya. Para guru mungkin
berhadapan masalah kekurangan motivasi untuk terus memberi perkhidmatan
mendidik kepada anak-anak luar bandar. Anak muridnya pula berhadapan dengan
masalah untuk ke sekolah, baik masalah pengangkutan atau tanggungjawab
menyara keluarga. Mereka berasa bertanggungjawab untuk menanggung keluarga
kerana kebanyakan ibu bapa mereka sudah lanjut usia tetapi masih lagi keluar
bekerja untuk menyara keluarganya. Anak-anak seperti inilah yang harus diletakkan
di asrama supaya ibu bapa mereka tidak perlu merasa risau lagi kepada keperluan
pendidikan anak-anak mereka.

Menambah dana untuk sekolah luar Bandar

Pihak berwajib Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM ) sebagai agen kerajaan yang
berperanan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah luar
Bandar.Kementerian Pelajaran telah bekerjasama dengan National Implementation
Task Force (NITF ) untk meningkat serta menambah baik dengan menambah
peruntukan sebanyak RM 2.6 Bilion di Sabah dan Sarawak untuk merapatkan jurang
pendidikan di sana.Dengan adanya dana yang disalurkan maka ketaksamarataan
pendidikan akan dapat dikurangkan di kawasan Bandar dan luar Bandar.
Kesimpulan

Ketaksamarataan peluang pendidikan yang wujud di sekolah Bandar dan luar


Bandar ini bukanlah isu baru di Negara kita kerana ia bermula sejak zaman
penjajahan British lagi.Tumpuan penjajah kepada sekolah –sekolah Bandar telah
mengakibatkan senario ini berlaku dan mengakibatkan sekola-sekolah di luar
Bandar ketinggalan berbanding sekolah Bandar.Dengan itu, kerajaan sepatutnya
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi permasalahan ketaksamaan
peluang pendidikan diantara murid luar bandar dan bandar. Hal ini kerana setiap
anak adalah berpotensi untuk berjaya, Cuma kejayaan proses itu bergantung
kepada pendidikan yang diterima olehnya. Setiap anak adalah permata kepada
negara. Mungkin dengan penyelesaian masalah ketaksamaan peluang pendidikan
ini dapat menyelesaikan permasalahan kekurangan tenaga pakar di bidang
perubatan, perundagan dan pembinaan dan masalah negara yang perlu
meluangkan sebahagaian besar pendapatan negara dalam membayar tenaga pakar
yang diimport dari luar akan menemui penyelesaiannya. Oleh yang demikian
,kepekaan pihak-pihak berwajib yang bertanggungjawab terhadap faktor-faktor
,kesan-kesan dan langkah-langkah mengatasi ketaksamaan peluang pendidikan ini
perlu teliti dan proaktif .Usaha-usaha sedemikian dan berterusan akan melahirkan
sistem pendidikan yang adil kepada semua murid di Negara ini.
RUMUSAN

Pada akhir tugasan ini ,saya dapati jurang pendidikan di sekolah-sekolah di


Bandar dan luar Bandar ini dapat diatasi .Namun ia melibatkan komitmen berterusan
semua termasuk pihak kerajaan,guru-guru,keluarga murid dan faktor-faktor lain
dalam menjayakan misi ini.Ketaksamaan peluang pendidikan inilah yang memberi
impak kepada sistem pendidikan di Negara kita ini.Maka kita perlu berganding bahu
untuk bukan sahaja memartabatkan pendidikan Negara malah mengelakkan
keciciran murid di sekolah sekolah luar Bandar.Dengan ini kita dapat mewujudkan
komuniti berilmu malah masyarakat berbilang kaum yang saling mendukungi.

También podría gustarte