Está en la página 1de 6

konsep-konsep pengurusan strategik

Dalam perbualan sehari-hari kata strategi ini


memang popular. Ahli politik, pemain dan
peminat sukan bolasepak, para remaja, malah
masyarakat umum didapati suka menggunakan
kata ini. Para pengkaji ilmu pengurusan dan
perniagaan pula ada yang mendefinisinya
sebagai pola keputusan (Koch, 2004), sementara
Niven (2003: 130) pula menulis bahawa strategi
merujuk “...the broad, overall priorities of the
organization.” Tetapi apakah sebenarnya makna
kata, istilah atau konsep ini? Penulisan ini
bertujuan menjelaskan maksud konsep strategi

Apakah mengikut pandangan


perniagaan dan pengurusan.
para pengkaji ilmu

STRATEGI? Kata strategi atau strategy dalam bahasa


Inggeris berasal daripada bahasa Greek Kuno
iaitu stratos (bermaksud tentera) + ago
(bermaksud memimpin). Daripada dua kata itu
Oleh:
ABDUL AZIZ MAHMUDDIN terbinalah kata strategos yang bermaksud
pemimpin atau pemerintah ketumbukan tentera.
Daripada kata strategos terbina pula kata
strategia yang bermaksud jawatan jeneral atau
kepemimpinan jeneral (en.wiktionary.org/wiki/
strategy). Konsep awal strategi yang digunakan
tentera merujuk peranan utama yang dimainkan
seseorang jeneral yang memerintah bala
tenteranya. Peranan utama jeneral tentera,
_________________________________
Unit Pembangunan Korporat (UNIPEK) antara lain, ialah menyusunkan dan mengendali
bala tentera dan kelengkapan atau logistik
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS peperangan untuk menewaskan tentera musuh.

1
konsep-konsep pengurusan strategik

Matlamat akhirnya ialah menguasai atau menakluki sesebuah negara sama ada dari segi geopolitik,
ekonomi, pemikiran, budaya dan sebagainya. Perancangan yang disusunkan oleh seseorang jeneral
lazimnya sarat dengan taktik, helah dan tipu muslihat untuk mengelirukan musuh. Menurut Quinn (dalam
Mohd. Khairuddin Hashim, 2008) konsep strategi dalam dunia ketenteraan bermaksud “...various military
uses such as establishing military objectives, maintaining military routines and initiatives, developing
military might, conceding selected combative positions, and coordinating war making efforts” (hlm. 2).
Daripada kerangka pemikiran yang tersirat di dalamnya maksud „menyusunkan dan mengendali
bala tentera dan logistik‟ untuk mencapai apa jua matlamat yang disasarkan, maka pemikir-pemikir ilmu
perniagaan dan pengurusan seperti Henry Mintzberg, Henri Fayol, B.H. Liddell Hart, George Steiner, Peter
F. Drucker, dan Michael Porter menggunakan istilah strategi sebagai istilah dalam bidang ekonomi,
perniagaan dan pengurusan. Menurut Mohd. Khairuddin Hashim (2008) Daniel A. Wren, penulis buku The
Evolution of Management Thought dalam tahun 1994, telah membuat semakan yang menyeluruh tentang
persuratan pengurusan menjelaskan bahawa konsep polisi dan strategi dalam pengurusan moden pernah
digarap oleh Henri Fayol dan Peter Drucker. Wren (dalam Mohd. Khairuddin Hashim, 2008: 3) memberikan
penghargaan kepada Peter F. Drucker sebagai pengkaji yang mula-mula memperkenalkan konsep polisi
perniagaan dan strategi dalam pengurusan moden. Oleh sebab itu, ahli perniagaan sering dianalogikan
sebagai panglima angkatan tentera kerana sering berfikir dan bercakap tentang strategi sebagai suatu
perancangan untuk mengawal dan menggunakan sumber-sumber (manusia, infrastruktur, infostruktur,
teknologi dan kewangan) untuk mengenengahkan atau mempromosikan kelebihan (syarikat, produk,
perkhidmatan) dengan harapan dapat mencapai hasrat atau memenuhi impiannya (Harvard Business
Essentials, 2005: xi), misalnya penganugerahan projek, mempertahan maruah diri dan/atau syarikat
(meskipun mendapat sesuatu yang tidak memberikan keuntungan) dan yang paling diharapkan dan
diutamakan pastinya keuntungan.
Harvard Business Essentials (2005) menyimpulkan bahawa strategi ialah suatu pelan atau cara
untuk mencapai sesuatu. Pelan dirancangkan supaya tercipta kelebihan daya saing (competitive
advantage) sesebuah organisasi berbanding dengan pesaingnya. Kelebihan daya saing dapat dimiliki jika
tindakan atau proses pembedaan (differentiation) dilaksana. Buku ini menjelaskan juga bahawa strategi
ialah proses berfikir yang dilaksana oleh seseorang atau sekumpulan orang (lazimnya pemilik atau
kepemimpinan organisasi) yang mencuba memahami dan mencari jawaban bagi pertanyaan-pertanyaan
tentang „what you do and what you don’t do‟, „what you want to become‟, dan – yang paling penting –
„focusing on how you plan to get there.‟ Pelan ini menggariskan sempadan di sekeliling skop hasrat

2
konsep-konsep pengurusan strategik

sesebuah organisasi. Usul buku ini tentang konsep strategi menyamai pandangan yang dibuat lebih awal
oleh Porter (1996) apabila beliau mengatakan bahawa strategi “...renders choices about what not to do as
important as choices about what to do” (hlm. 77).
Porter berpendapat bahawa strategi yang mempunyai kelebihan daya saing “is about being
different” (hlm. 64). Semasa merangkakan strategi, yang dilakukan oleh organisasi ialah “... deliberately
choosing a different set of activities to deliver a unique mix of value” (hlm. 64). Beliau menegaskan bahawa
“A company can outperform rivals only if it can establish a difference that it can preserve. It must deliver
greater value to customers or create comparable value at a lower cost, or do both” (hlm. 62). Pada beliau,
intisari sesuatu strategi “...is in the activities – choosing to perform activities differently or to perform
different activities than rivals” (hlm. 62) yang dinamainya sebagai kedudukan strategik (strategic
positioning). Namun, jika organisasi memilih untuk melaksana aktiviti yang sama dengan aktiviti yang
dilaksana oleh organisasi lain, beliau mengusulkan agar organisasi itu “...performing similar activities better
than rivals perform them,” (hlm.62) yang juga merujuk konsep keberkesanan operasional (operational
effectiveness).
Secara ringkas, Porter (1980) menyimpulkan bahawa strategi ialah “...a broad formula for how a
business is going to compete.” Intisari strategi terletak pada aktiviti yang dilakukan – memilih untuk
melaksana aktiviti dengan cara yang berbeda daripada cara yang dilaksana oleh pesaing, atau melaksana
aktiviti-aktiviti yang berbeda daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pesaing. Dan, strategi yang
bermakna yang dilaksana secara terampil, dengan sasaran dan hala tuju yang jelas, menurut Porter,
diperlukan oleh setiap pengurus dan pekerja di setiap peringkat, supaya mereka dapat mengenalpasti dan
menentukan kerja yang sewajarnya dilaksana untuk menjadikan organisasi mereka organisasi yang
berjaya.
Bruce Henderson, pengasas The Boston Consulting Group yang menghasilkan buku The Origin of
Strategy dalam tahun 1989, juga mengaitkan idea tentang strategi ini dengan kelebihan daya saing
(competitive advantage), suatu istilah yang dipinjam daripada ilmu ekonomi iaitu kelebihan perbandingan
(comparative advantage). Kelebihan daya saing ialah suatu fungsi strategi yang berupaya mengangkat
sesuatu firma/syarikat atau organisasi ke suatu kedudukan yang lebih baik daripada pesaingnya dalam
usaha menciptakan nilai ekonomi kepada pelanggan. Henderson (rujuk Harvard Business Essentials,
2005) berpendapat bahawa strategi ialah usaha (berfikir, membuat pilihan dan membuat keputusan),
pencarian atau pertimbangan yang dibuat secara berhati-hati untuk menetapkan tindakan yang perlu
dilaksana dalam usaha meningkatkan dan/atau memperkembang kelebihan daya saing dan

3
konsep-konsep pengurusan strategik

mengukuhkannya secara berterusan (hlm. xii). Henderson juga mendakwa bahawa kelebihan daya saing
bergantung pada konsep pembedaan. Beliau mengatakan bahawa “The differences between you and your
competitors are the basis of your advantage” (hlm. xii). Didapati bahawa pandangan Henderson turut
berakar-umbi daripada pemikiran Porter.
Abraham (2006) pula menyimpulkan definisi strategi sebagai cara sesebuah syarikat bersaing. Ada
beberapa banyak cara untuk bersaing, misalnya mengeluarkan produk yang lebih baik, produk yang lebih
berkualiti, menjadi peneraju produk yang berharga murah, atau produk yang berbeda daripada produk
organisasi lain; memperbanyak pelanggan atau menciptakan pasaran baru; menawarkan perkhidmatan
pelanggan yang hebat dan unggul atau kombinasi antara beberapa strategi ini. Malah, strategi yang unggul
ialah strategi yang berupaya memberikan “superior customer value and a sustainable competitive
advantage” (Abraham, 2006: 8).
Selain itu, Johnson dan Scholes (2002:10) mendefinisi strategi sebagai:
“...the direction and scope of an organization over the long-term: which achieves
advantage for the organization through its configuration of resources within a changing
environment, to meet the needs of markets and to fulfil stakeholder expectations.”

Berdasarkan definisi ini dapatlah difahami bahawa proses menciptakan strategi ialah proses mental yang
bertanyakan soalan-soalan yang berikut:
 Apakah yang hendak dicapai oleh organisasi/perniagaan dalam jangka masa panjang? (hala
tuju atau direction)
 Hendak bersaing dalam industri/pasaran apa? Apakah aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam
industri/pasaran itu? (skop pasaran dan aktiviti atau scope)
 Bagaimana aktiviti dapat dilaksana dengan lebih baiknya berbanding dengan keupayaan
pesaing lain dalam industri/perniagaan yang dipilih? (kelebihan atau advantage)
 Apakah sumber (kemahiran, aset, kewangan, jaringan/hubungan, keupayaan teknikal,
kemudahan, infrastruktur, infostruktur) yang diperlukan untuk melaksana aktiviti dan bersaing?
(sumber atau resources)
 Apakah faktor-faktor persekitaran luaran yang mempengaruhi keupayaan untuk bersaing?
(persekitaran atau environment)
 Apakah nilai atau manfaat dan jangkaan orang-orang yang berkepentingan atau berkuasa
dalam organisasi/syarikat? (pemegang taruh atau stakeholders)
Oleh sebab itu, untuk bersaing sesebuah syarikat atau organisasi perlu:

4
konsep-konsep pengurusan strategik

(a) Memikirkan, memilih dan membuat keputusan tentang industri/perniagaan/urusan teras (core
business) yang hendak diceburinya,
(b) Menentukan produk/perkhidmatan yang hendak ditawarkannya berbeda daripada produk para
pesaingnya,
(c) Menentukan pelanggan sasarannya dan memastikan nilai atau manfaat yang diperoleh
pelanggan sasaran sentiasa melebihi nilai atau manfaat yang ditawarkan oleh para
pesaingnya,
(d) Memastikan proses-proses yang terlibat dalam penghasilan produk atau perkhidmatan
berbeda daripada yang dilaksana oleh pesaing,
(e) Menyediakan dan mengagihkan sumber-sumber yang dimilikinya supaya dapat
mencapai/meneruskan kelestarian kelebihannya (sustainable advantage).
(f) Sentiasa memantau perkembangan atau perubahan persekitaran yang dapat mempengaruhi
keupayaan syarikat/organisasinya bersaing, dan
(g) Berupaya memberikan manfaat kepada pemegang taruh sama ada dalam bentuk keuntungan
atau kepuasan hati mereka.
Ringkasnya, matlamat utama strategi ialah menciptakan nilai tertentu misalnya produk/perkhidmatan yang
berkualiti, perkhidmatan yang cekap, ciri-ciri produk/perkhidmatan yang menepati cita rasa pelanggan,
harga produk/perkhidmatan yang secara relatif lebih murah dan sebagainya supaya pemegang saham dan
pemegang taruh berpuas hati dengan prestasi (performance) dan pencapaian (achievement) syarikat atau
organisasi.
Dengan wujudnya strategi dapatlah pemimpin organisasi: (1) mengawal dan menggunakan
sumber secara efektif atau berkesan supaya dapat melaksana tindakan yang sewajarnya dilakukan (doing
the right things) seperti yang dirancangkan, dan cekap atau melakukan tindakan secara efisien (doing the
right things, right at the first time) dari segi penggunaan input sesuatu produk/perkhidmatan dan masa
(yang diambil untuk menghasilkan output) tanpa pembaziran, (2) mengenengahkan/mempromosikan
kelebihan syarikat atau produk/perkhidmatan, (3) melonjakkan organisasinya ke suatu kedudukan
(position) yang lebih baik daripada pesaingnya dalam usaha menciptakan nilai ekonomi atau manfaat
kepada pelanggan dan pemegang taruh.
Sebagai kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa strategi ialah:
(1) Suatu proses mental yang dilaksana oleh seseorang atau sekumpulan manusia untuk
menghasilkan suatu formula, pelan atau perancangan tentang cara bersaing.

5
konsep-konsep pengurusan strategik

(2) Pelan dirancangkan supaya tercipta kelebihan daya saing.


(3) Kelebihan daya saing akan wujud setelah proses pembedaan dilakukan.
(4) Proses pembedaan hanya berlaku jika (a) syarikat/organisasi memilih set aktiviti yang berbeda
daripada set aktiviti para pesaing, dan (b) syarikat/organisasi melaksana sesuatu
aktiviti/proses dengan cara yang berbeda atau melaksana aktiviti yang berbeda daripada
aktiviti/proses para pesaing.
Dan, strategi diperlukan oleh syarikat/organisasi supaya setiap staf dapat mengenalpasti dan menentukan
kerja/aktiviti yang sewajarnya dilaksana untuk menjadikan organisasi berjaya. Umumnya, organisasi yang
berjaya ialah organisasi yang berupaya memberikan nilai/manfaat kepada para pelanggan dan pemegang
taruhnya.

Rujukan
Abraham, Stanley C. (2006). Strategic planning: A practical guide for competitive success. United States:
Thomson South-Western.
Harvard Business Essentials (2005). Strategy: Create and implement the best strategy for your business.
Boston, Massachusettes: Harvard Business School Press.
http://en.wiktionary.org/wiki/strategy yang dicapai pada 2 Oktober 2008.
Johnson, Gerry; & Scholes, Kevan (2002). Exploring corporate strategy (sixth edition). Harlow, England:
Financial Times Hall.
Koch, Richard (2004). Smart strategy (second edition). United Kingdom: Capstone Publishing Limited.
Mohd. Khairuddin Hashim (2008). Strategic management: Text & cases (second edition). Kuala Lumpur:
Thomson.
Niven, Paul R. (2003). Balanced scorecard: Step-by-step for government and nonprofit agencies. Hoboken
New Jersey: John Wiley & Sons, Inc..
Porter, Michael E. (1996, November-December). What is strategy. Harvard Business Review, 61-78.

Abdul Aziz Mahmuddin ialah pensyarah kanan dan Pengarah Unit Pembangunan Korporat (UNIPEK) di
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

También podría gustarte