Está en la página 1de 9

INTERNET

SUMBER-
SUMBER
LAIN
MAJALAH
Carta organisasi .

http://www.mbmb.gov.my/cartamajlis
Fungsi MBMB

 Merancang pembangunan bandaraya yang berterusan dan memperteguhkan fungsi-fungsi bandaraya sebagai

pusat kebudayaan, komersil, pendidikan dan pentadbiran. 

 Menjadikan Melaka sebuah bandaraya maju. 

 Menjana aktiviti-aktiviti ekonomi melalui perancangan komersil, perindustrian, pelancongan dan sektor kewangan

melalui dasar pelesenan yang bersepadu. 

 Menjadikan Melaka sebagai sebuah 'Bandaraya Dalam Taman' dengan menanam pokok-pokok dan bungaan di

sepanjang jalan serta kawasan awam dengan merekabentuk perabot, pencahayaan dan kaki lima jalan dengan
sempurna dan teratur. 

 Memastikan kehidupan yang bersih dan sihat dengan memantau pembuangan sisa pepejal, sistem kumbahan

serta pemotongan rumput dengan sempurna dan teratur. 

 Membina dan menyelenggara pembangunan infrastruktur bagi memenuhi tuntutan sosial serta memperbaiki taraf

hidup penduduk dan para pelancong. 

 Merancang, menyelaras dan menjalankan program-program dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dalam usaha

mempromosikan masyarakat majmuk yang bersatu-padu dan harmoni.

http://www.mbmb.gov.my/fungsi
http://www.mbmb.gov.my/ltrbelakang

Sejarah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) lahir bersama sejarah Melaka. Walaupun
Melaka telah melalui zaman jatuh bangunnya, Perbandaran Melaka terus wujud. Pada tahun
1824, Perbandaran Melaka dinamakan sebagai "The Town and The Fort of Malacca", ditadbir
oleh "Comittee of Assessors" di bawah Kerajaan Inggeris.

Pada tahun 1848, Akta East India XIX, telah menekankan supaya diwujudkan "Jawatankuasa
Perbandaran" bagi menggantikan "The Committee of Assessors". Akta ini
memperuntukkan lima orang Ahli Majlis yang diketuai oleh seorang "Resident Counsillor" yang
dikenali sebagai Pesuruhjaya Perbandaran.

Akta East India XXVII 1856 telah memberi kuasa kepada Pesuruhjaya-pesuruhjaya Perbandaran
menjadi pemegang amanah dan boleh mendakwa dan didakwa. Pada 1 Januari 1887, Ordinan
Perbandaran Negeri-negeri Selat telah meluluskan sempadan perbandaran seluas 1.4 batu persegi
dan diperluaskan kepada 4.2 batu persegi pada tahun 1930 di bawah Akta 133 pada tahun 1913.

Pada 1 Januari 1977 melalui Akta 171 (1976), kawasan Perbandaran Melaka telah dicantumkan
dengan Majlis Bandaraya Melaka  Bersejarah (MBMB) dengan kawasan pentadbirannya seluas
114.7 batu persegi (30.86 km persegi).

MPMBB  merupakan penggerak utama dalam menjadikan Melaka sebagai sebuah bandaraya 
yang dinamik, maju dan indah. Kawasan pentadbirannya maju serentak dengan pembangunan di
keseluruhan negeri Melaka, dimana tumpuan ditekankan kepada sektor-sektor pertanian,
perindustrian dan yang terkini perlancongan.

Pembangunan infrastruktur begitu menonjol sekali, menandingi negeri yang paling maju
di Malaysia. Keadaan ini mempercepatkan aliran masuk pelabur-pelabur untuk menanam modal
lantas mewujudkan peluang perkerjaan kepada penduduk-penduduknya.

Pada 15 April 2003, Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah telah dinaiktaraf kepada
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Dengan pengiktirafan ini, MBMB akan
mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada masyarakat di Melaka khususnya dan para
pelancong amnya. Kemajuan dan kemakmuran yang dicapai sungguh luar biasa.

Pada 1 Januari 2010, satu lagi Pihak Berkuasa Tempatan diwujudkan iaitu Majlis Perbandaran
Hang Tuah Jaya (MPHTJ). Kawasan pentadbiran MPHJT ini meliputi 57.66 km persegi daripada
kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Manakala bagi kawasan
MBMB adalah 246.34 km persegi. Cadangan kawasan pentadbiran baru MBMB pula adalah
sebanyak 30.86 km persegi.

http://www.mbmb.gov.my/ltrbelakang

También podría gustarte