Documentos de Académico
Documentos de Profesional
Documentos de Cultura
MANUAL PENGGUNA
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
LAMPIRAN
-4-
1.0 PENGENALAN
Bagi memastikan sisMAKAN dipaparkan lebih baik, pastikan Resolusi Skrin ialah
1024 x 768. (Sila rujuk manual Windows XP atau Vista untuk menukar resolusi skrin)
2. Jika terdapat perkataan SALAH dipaparkan, sila klik butang Betulkan Secara
Automatik. Pastikan Bahasa/Negara ialah English (United States)/United
States. Jika Bahasa/Negara yang lain dipaparkan, sila klik butang Betulkan
Sendiri (Buka Control Panel). Skrin 3.2 akan dipaparkan
-8-
3. Pilih English (United States) dan klik butang OK. Restart komputer anda
terlebih dahulu untuk memastikan setting dapat berfungsi.
-9-
4.0 IMPORT MAKLUMAT SEKOLAH DARI SISTEM MAKLUMAT MURID
Satu lagi cara untuk memaparkan maklumat sekolah ialah dengan menggunakan
kaedah Carian. Taipkan KOD SEKOLAH atau NAMA SEKOLAH dan Klik Butang
. Nama sekolah tidak semestinya ditaip dengan lengkap.
Cara 1: Import maklumat sekolah dari Sistem Maklumat Murid yang telah dipasang
dalam komputer anda
Cara 2: Import maklumat sekolah dari Sistem Maklumat Murid yang dipasang dalam
komputer yang lain
Cara 3: Menaip maklumat sekolah dari sisMAKAN (Elakkan mengguna cara ini bagi
memastikan maklumat sekolah sejajar dengan Sistem Maklumat Murid)
Cara 1: Import dari SMM yang telah ada di dalam komputer anda. Sila ikuti
langkah-langkah berikut:
Cara 2: Import Maklumat Sekolah dari SMM yang dipasang di komputer lain. Sila
ikuti langkah-langkah berikut:
1. Sila dapatkan bantuan guru data SMM. Eksport Semua Maklumat dari SMM
tanpa menggunakan disket
2. Buka windows explorer dan salin fail TLBSek dari C:\HEM ke dalam disket
atau USB Drive.
3. Tukar nama fail TLBSek yang telah disalin dalam disket atau pemacu USB
kepada tblSekolah (pastikan file extension dikekalkan .txt)
4. Masukkan disket / Pemacu USB ke komputer yang telah dipasang
sisMAKAN
5. Klik butang Kemudahan - Import Data. Skrin 4.2 akan dipaparkan.
6. Klik butang SUMBER dan pilih sumber yang mengandungi fail tblsekolah
(disket atau pemacu USB)
7. Klik butang IMPORT DATA KE PANGKALAN DATA SEMENTARA. Jika
mesej seperti Rajah 2 dipaparkan, sila klik butang OK. Paparan status Import
hanya menunjukkan tblSekolah OK tetapi fail-fail lain GAGAL seperti dalam
skrin 4.3
Skrin 4.3: Fail tblSekolah telah berjaya diimport dari sumber yang dipilih
9. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama sisMAKAN. Pilih
Negeri dan PPD. Senarai sekolah akan dipaparkan.
- 12 -
Cara 3: Menaip maklumat sekolah dari sisMAKAN
Sekiranya sekolah tidak mempunyai maklumat SMM, maklumat sekolah boleh ditaip
menggunakan sisMAKAN. Sila ikuti langkah-langkah berikut:
1. Klik menu Rekod - Maklumat Sekolah dari Skrin Utama. Satu mesej ralat
akan dipaparkan. Klik OK. Skrin untuk memasukkan maklumat sekolah akan
dipaparkan seperti Skrin 4.5
2. Taipkan maklumat sekolah. Jika ada butang senarai, sila pilih dari butang
senarai. Apabila telah tamat, klik butang SKRIN UTAMA untuk kembali ke
Skrin Utama. Jika sekolah tiada kantin, sila pilih TIADA KANTIN dari butang
pilih STATUS.
3. Pilih Negeri dan PPD untuk memaparkan maklumat sekolah
4. Klik nama sekolah dari Senarai Sekolah. Maklumat Sekolah akan
dipaparkan dalam ruangan Maklumat Sekolah seperti dalam Skrin 4.6
- 13 -
1. Pilih Negeri, PPD dan klik nama sekolah dari Senarai Sekolah terlebih
dahulu
2. Klik menu Rekod - Maklumat Pengusaha. Skrin 5.1 akan dipaparkan
16. Nama Syarikat - Nama yang digunakan di dalam Sijil Pendaftaran Syarikat.
Jika menggunakan nama sendiri, pilih Y pada Ada Syarikat (Y/T)?
17. Alamat - Alamat yang dinyatakan di dalam Sijil Pendaftaran Perniagaan atau
Alamat terkini Pengusaha jika telah bertukar alamat.
21. Telefon (P) - Nombor telefon pejabat (Jika ada). Ditaip mengikut format
XX-XXXXXXXX. Contohnya 03-51628901
Klik butang tambah Rekod jika kantin sekolah mempunyai lebih dari satu pengusaha
dan ulang semula langkah 1 hingga 27.
Klik butang Skrin Utama untuk kembali semula ke Skrin Utama sisMAKAN
- 17 -
6.0 MAKLUMAT KONTRAK
10. Tarikh Kontrak Mula Disambung - Jika kontrak disambung setahun lagi
oleh pihak sekolah, nyatakan tarikh mula kontrak tersebut disambung. Format
tarikh ialah hh/bb/tttt
- 18 -
11. Tarikh Kontrak Disambung Tamat - Jika kontrak disambung setahun lagi
oleh pihak sekolah, nyatakan tarikh tamat kontrak tersebut. Format tarikh
ialah hh/bb/tttt
12. Tarikh Amaran Pertama - Jika kontrak ditamatkan sebelum tarikh tamat
kontrak, nyatakan tarikh Amaran Pertama diberikan kepada pengusaha.
Format tarikh ialah hh/bb/tttt
13. Tarikh Amaran Kedua - Jika kontrak ditamatkan sebelum tarikh tamat
kontrak, nyatakan tarikh Amaran Kedua diberikan kepada pengusaha. Tarikh
Amaran Pertama perlulah dinyatakan terlebih dahulu. Format tarikh ialah
hh/bb/tttt
14. Tarikh Amaran Terakhir - Jika kontrak ditamatkan sebelum tarikh tamat
kontrak, nyatakan tarikh Amaran Terakhir diberikan kepada pengusaha.
Tarikh Amaran Pertama dan Kedua perlulah dinyatakan terlebih dahulu.
Format tarikh ialah hh/bb/tttt
17. Klik butang Simpan Rekod. Maklumat kontrak akan dipaparkan dalam
senarai kontrak.
18. Klik butang Tambah Rekod untuk menambah maklumat kontrak pengusaha
yang sama.
19. Klik butang Padam Rekod jika maklumat kontrak yang dimasukkan adalah
salah. Elakkan memadam maklumat kontrak pengusaha kantin tersebut.
20. Klik butang Skrin Utama untuk kembali ke Skrin Utama sisMAKAN
- 19 -
7.0 MAKLUMAT PEKERJA
Borang kosong maklumat pekerja boleh dicetak melalui menu Laporan. Setiap
pekerja diberikan satu borang untuk diisi. Salinan sijil kursus asas pengendalian
makanan dan sijil suntikan Ty2/Ty6 perlulah diperolehi dan disimpan di dalam fail.
Pengusaha juga perlu dimasukkan sebagai salah seorang pekerja yang bekerja di
kantin berkenaan. Tujuannya adalah untuk merekodkan maklumat suntikan Ty2/Ty6
dan Kursus Asas Pengendalian Makanan.
7. Nama Pekerja - Taipkan nama pekerja seperti yang tercatat dalam No Kad
Pengenalan Baru atau Passport.
10. Tarikh Lahir - Taipkan tarikh lahir pekerja mengikut format hh/bb/tttt
13. Tarikh Mula Kerja - Taipkan tarikh pekerja mula bekerja dengan pengusaha
berkenaan. Jika pekerja adalah juga pengusaha, taipkan tarikh mula
mengusahakan kantin sekolah berkenaan
15. Status Kerja - Pilih dari senarai status kerja. Aktif bermakna pekerja
berkenaan masih bekerja dengan pengusaha. H=Pengusaha digunakan
untuk maklumat Pengusaha.
16. No Permit Kerja - Jika pekerja bukan warganegara, maklumat ini perlu
dimasukkan. Jika pekerja tidak mempunyai permit Kerja, sila taipkan TIADA.
18. Tarikh Tamat Permit - Taipkan tarikh tamat permit kerja mengikut format
hh/bb/tttt
19. Isikan Tarikh Mula Suntikan Ty2/Ty6 dan Tarikh Tamat Suntikan serta No Siri
Sijil Suntikan. Maklumat ini boleh diperoleh dari kad suntikan pekerja
20. Isikan Tarikh Mula Kursus (Tarikh Sijil Kursus Sah digunakan) dan Tarikh
Akhir Kursus (Tarikh Sah Sijil Kursus Tamat) Pengendalian Asas Makanan.
Taipkan Institusi Latihan yang mengendalikan kursus tersebut.
23. Untuk mengedit semua maklumat yang telah disimpan, klik rekod pekerja dari
Senarai Pekerja. Selepas perubahan dibuat, klik butang Simpan semula
- 21 -
Borang Kendiri 2 adalah borang pemarkahan yang dilakukan oleh guru bertugas
mingguan yang melibatkan kebersihan kantin sekolah. Hanya markah keseluruhan
dari Borang Kendiri 2 sahaja yang dimasukkan ke dalam sisMAKAN.
4. Taipkan markah bagi setiap bulan. Simbol peratus tidak dimasukkan. Markah
purata akan dikira secara automatik oleh komputer. Maklumat yang telah
dimasukkan akan disimpan secara automatik oleh komputer. Anda tidak
perlu klik butang Simpan.
5. Untuk mengisi markah bagi tahun berikutnya, klik pada tahun bagi rekod yang
bertanda *. Masukkan tahun dan markah setiap bulan.
6. Klik butang Padam untuk memadam rekod bagi tahun yang dipilih.
Rekod bayaran sewa kantin boleh diperolehi daripada Kerani Akaun di sekolah.
Borang Kosong untuk merekodkan bayaran sewa kantin boleh dicetak dari menu
Laporan - Borang Kosong.
5. Tarikh - Taipkan tarikh yang tercatat di dalam resit bayaran sewa kantin
6. Sewa (RM) - Taipkan jumlah sewaan yang bagi bulan tersebut. Tanda RM
tidak dimasukkan. Sekiranya bayaran sewa kantin dibayar sekaligus,
perekodan hendaklah berdasarkan bulan tetapi tarikh adalah mengikut resit
bayaran yang dikeluarkan.
8. Klik butang Padam Rekod untuk memadam rekod bayaran bagi tahun yang
dipilih (Elakkan memadam sebarang rekod bayaran kecuali jika rekod
tersebut adalah salah)
11. Tarikh Dilaporkan Dalam Akhbar - Jika kes keracunan disiarkan dalam
akhbar, nyatakan tarikh kes tersebut disiarkan. Biarkan kosong jika kes
keracunan tidak disiarkan oleh akhbar.
12. Nama Akhbar - Jika kes keracunan disiarkan dalam akhbar, Pilih Nama
Akhbar yang menyiarkan kes tersebut.
14. Catatan - Jika ada maklumat tambahan seperti nama virus yang
menyebabkan keracunan, sila nyatakan dalam ruangan ini.
17. Kod - Pilih Kod mengikut urutan S001 hingga S008. Keterangan Kod akan
dipaparkan secara automatik.
18. Y/T - Pilih Y jika tindakan bagi kod yang dipilih telah dilaksanakan oleh pihak
sekolah.
19. Tarikh - Taipkan Tarikh Tindakan tersebut diambil oleh pihak sekolah.
20. Rujukan - Bagi kod-kod S003, S004, S007 dan S008 - Nyatakan No
Rujukan Sekolah bagi surat laporan yang dihantar ke JPN dan KPM. Bagi
- 25 -
kod-kod lain, sekiranya ada surat iringan disertakan, sila nyatakan Nombor
Rujukan Sekolah bagi tindakan tersebut.
22. Jika terdapat kesilapan susunan, klik butang Padam yang terdapat dihujung
baris rekod Tindakan tersebut.
1. Dari Skrin Utama, klik menu Kemudahan - Eksport Data. Skrin 11.1 akan
dipaparkan.
3. Klik butang Sumber dan pilih lokasi disket atau pemacu USB
4. Untuk eksport data satu negeri, pilih Negeri dan kosongkan PPD serta
Sekolah.
5. Untuk eksport data satu PPD, pilih Negeri dan PPD tetapi kosongkan
Sekolah.
6. Untuk eksport data satu Sekolah, pilih Negeri, PPD dan sekolah.
- 27 -
7. Klik butang eksport. Terdapat 10 fail .TXT yang akan disalin masuk ke dalam
disket atau pemacu USB. Fail-fail tersebut ialah
a. tblSekolah.txt
b. tblPengusaha.txt
c. tblPekerja.txt
d. tblKursus.txt
e. tblSuntikan.txt
f. tblKontrak.txt
g. tblMarkah.txt
h. tblBayaran.txt
i. tblKeracunan.txt
j. tblTindakan.txt
8. Sila semak semua fail-fail di dalam disket atau pemacu USB melalui
Windows Explorer.
1. Dari Skrin Utama, klik menu Kemudahan - Import Data. Skrin 12.1 akan
dipaparkan
3. Klik butang SUMBER dan pilih sumber yang mempunyai data sisMAKAN
6. Klik nama sekolah dari Senarai Sekolah. Senarai nama pekerja akan
ditunjukkan dalam ruangan Senarai Pekerja.
4. Klik butang Cari Maklumat. Rekod carian akan dipaparkan dalam ruangan
Senarai Rekod
Sekiranya saiz fail telah mencapai satu tahap yang sangat besar, makan
rekod-rekod yang telah dimasukkan boleh dipadam. Untuk memadam rekod, ikuti
langkah-langkah berikut:
1. Dari Skrin Utama, klik menu Edit - Hapus Rekod. Skrin 14.1 akan dipaparkan
2. Pilih jenis rekod yang ingin dipadam dari senarai Pilihan Memadam Rekod.
6. Klik butang Padam Rekod Dipilih untuk memadam satu rekod yang dipilih
sahaja.
- 31 -
7. Klik butang Padam Semua Rekod untuk memadam semua rekod yang wujud
dalam sisMAKAN.
Bagi memastikan data-data yang telah dimasukkan merupakan data yang tepat,
lengkap dan terkini, proses penyemakan data perlu dilakukan. Sebarang
pembetulan data hendaklah dilakukan dari skrin sisMAKAN. Elakkan pembetulan
dari kaedah pintasan.
1. Dari Skrin Utama, klik menu Semak. Skrin 15.1 akan dipaparkan
2. Jika hendak menyemak satu Sekolah, pilih Kod Sekolah dari senarai Kod
Sekolah. Jika hendak menyemak semua data yang disimpan dalam
sisMAKAN, kosongkan ruangan Kod Sekolah.
5. Untuk menyemak satu jenis kesalahan sahaja, klik jenis semakan dari
Senarai Jenis Semakan dan klik butang MULA SEMAK BAGI JENIS
SEMAKAN YANG DIPILIH.
1. Dari Skrin Utama, klik menu Laporan. Skrin 16.1 akan dipaparkan.
4. Taipkan Tahun
5. Pilih Negeri dan kosongkan PPD untuk mencetak laporan mengikut Negeri.
7. Klik butang PAPAR LAPORAN. Contoh satu Laporan seperti Skrin 16.2
- 34 -
8. Klik ikon Mesin Cetak untuk mencetak Laporan. Pastikan kertas A4 telah
dimasukkan ke dalam pencetak.