Está en la página 1de 4

GELARAN WARISAN

Gelaran warisan disebut juga sebagai gelaran keturunan. Gelaran ini diwarisi sejak
lahirnya seseorang itu. Gelaran warisan atau keturunan dapat dibahagikan kepada
empat jenis iaitu;

a) Gelaran warisan daripada keturunan raja-raja yang memerintah, sama ada pada
zaman dahulu atau sekarang seperti yang berikut:

Gelaran Negeri
Raja Perak dan Selangor
Tunku/Ungku Johor dan Kedah
Tuanku Negeri Sembilan
Tengku/Engku Kelantan, Pahang dan Terengganu
Pangeran, Pangeran Anak, dan Negara Brunei Darussalam
Pangeran Muda

b) Gelaran warisan daripada keturunan orang-orang besar adalah seperti yang


berikut:
Gelaran Negeri
Abang Sarawak
Awangku. Pangeran, Dayangku Negara Brunei Darussalam
Datu Sabah
Megat dan Puteri Perak
Meor Perak
Nik Kelantan
Tan Kedah
Tuan Terengganu
Wan Kelantan dan Terengganu

1|Page
c) Gelaran warisan daripada keturunan Nabi Muhammad S.A.W seperti Syed atau
Sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Ada sesetengah pihak yang
mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syeikh dan Siti juga tergolong dalam
gelaran jenis ini.
d) Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti
Raden dari Jawa, Daeng dari Tanah Bugis, Sidi dan Sutan dari Minangkabau,
serta Teuku dan Teungku dari Aceh.

GELARAN KURNIAAN

Gelaran kurniaan pula diperoleh melalui pencapaian dan sumbangan seseorang.


Gelaran ini dapat dibahagikan kepada gelaran kurniaan pemerintah dan gelaran
kurniaan akademik atau ikhtisas. Gelaran kurniaan pemerintah ialah gelaran yang
dianugerahkan oleh kerajaan kepada orang-orang yang banyak berjasa kepada
masyarakat, bangsa, negara dan sebagainya. Gelaran-gelaran tersebut ditunjukkan
dalam jadual yang berikut ini.

Gelaran kurniaan Catatan


Tun Gelaran kurniaan Kerajaan Persekutuan
yang tertinggi kepada lelaki dan
perempuan.
Toh Puan Gelaran untuk isteri Tun
Tan Sri Gelaran (di bawah Tun) kurniaan Kerajaan
Persekutuan kepada lelaki dan
perempuan.
Puan Sri Gelaran untuk isteri Tan Sri
Datuk (Dato’, Datuk Seri, Datuk Paduka, Gelaran kurniaan kerajaan-kerajaan negeri
Datuk Setia) kepada lelaki dan juga perempuan.
Datuk (Datuk Patinggi atau Datuk Amar) Gelaran kurniaan kerajaan Sarawak.
Datin Paduka Gelaran kurniaan kerajaan Selangor
kepada orang perempuan.
Tok Puan Gelaran untuk isteri Datuk di Terengganu.

2|Page
Orang yang menyandang gelaran tersebut iaitu gelaran kurniaan pemerintah, tidak
perlu diberi rujukan Tuan, Puan, Cik atau Encik lagi.

Gelaran kurniaan ikhtisas diperoleh sebagai hasil kejayaan seseorang dalam bidang
akademik atau ikhtisas.

Gelaran-gelaran ini adalah seperti yang berikut:

(a) Profesor Diraja – untuk professor lelaki atau perempuan yang sudah mencapai
kemuncak dalam lapangan akademik.
(b) Profesor Emeritus – untuk professor yang telah bersara tetapi mengekalkan
gelaran itu sebagai suatu penghormatan.
(c) Profesor – untuk lelaki atau perempuan yang sudah mencapai pangkat paling
tinggi dalam bidang akademiknya.
(d) Profesor Madya – untuk lelaki dan perempuan yang sudah mencapai pangkat
paling tinggi dalam bidang akademiknya.
(e) Doktor – untuk lelaki atau perempuan yang berkelulusan Doktor Falsafah, ilmu
perubatan dan pembedahan, pergigian dan perubatan veterinar (haiwan) serta
penerima Doktor Kehormat.
(f) Cikgu – untuk lelaki atau perempuan yang menjadi guru.
(g) Ustaz atau Ustazah – untuk lelaki atau perempuan yang menjadi guru agama
Islam.

Selain gelaran kurniaan pemerintah dan ikhtisas, gelaran kurniaan juga termasuklah
gelaran kurniaan yang diberikan oleh pertubuhan atau institusi tertentu. Contoh gelaran
ini adalah seperti:
(a) Gelaran Bapa Kemerdekaan yang diberikan kepada Almarhum Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj atau gelaran Bapa Pembangunan yang diberikan kepada
Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein.
(b) Gelaran Pendeta yang diberikan kepada Allahyarham Tan Sri Dr. Hj. Zainal
Abidin bin Ahmad (Za’ba).
(c) Gelaran Seniman Agung yang diberikan kepada Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
dan Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang.

3|Page
(d) Gelaran Biduan Negara yang diberikan kepada Allahyarhamah Puan Sri Saloma.

GELARAN KEAGAMAAN
Gelaran keagamaan biasanya diberikan kepada orang lelaki dan perempuan yang telah
menunaikan fardu haji dan kepada lelaki yang berpengetahuan dalam agama Islam.
Lelaki yang telah menunaikan fardu haji bergelar Haji manakala yang perempuan
bergelar Hajah. Lelaki yang berpengetahuan dalam agama Islam pula digelar Lebai.

Dalam komunikasi yang bersifat rasmi, gelaran Tuan hendaklah digunakan sebelum
gelaran Haji dan Lebai. Contohnya seperti Tuan Haji Baharudin Omar dan Tuan Lebai
Fuad. Sebaliknya, untuk gelaran Hajah, gelaran Puan mestilah digunakan sebelum
gelaran itu, misalnya Puan Hajah Maimunah Iskandar.

Dalam bahasa lisan pula, gelaran Cik dan Pak boleh digunakan di hadapan gelaran
Haji atau Lebai tersebut menjadi Cik Haji Bahar atau Pak Haji Bahar dan Cik Lebai
Fuad atau Pak Lebai Fuad. Manakala untuk gelaran Hajah pula, gelaran Mak boleh
digunakan di hadapan gelaran itu menjadi Mak Hajah Maimunah.

GABUNGAN GELARAN

Seterusnya dalam hal gabungan gelaran, gelaran kurniaan kerajaan mestilah


mendahului semua gelaran lain. Gelaran-gelaran boleh digabungkan menurut urutan
yang berikut:

(a) Kekeluargaan+keagamaan – Mak Haji, Pak Haji, Pak Lebai


(b) Pergaulan tak bersahaja (kecuali saudara) + keagamaan – Tuan Haji, Tuan
Lebai, Puan Hajah.
(c) Kekeluargaan + Warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) – Pak Ungku, Mak
Ungku, Mak Wan, Pak Nik.
(d) Pergaulan tak bersahaja+keagamaan+warisan (Nik sahaja) – Tuan Haji Nik.
(e) Warisan (kecuali Nik) + keagamaan – Tengku Hajah, Raja Haji
(f) Kurniaan kerajaan+akademik/ikhtisas+warisan+keagamaan – Tan Sri Prof.
Dr. Ungku Haji Omar.

4|Page

También podría gustarte