Está en la página 1de 4

Ahmad Afiq Adli

ROLAND EMMERICH HINA ATAU HORMATI ISLAM? Seperti dijangka, filem


2012 mendapat sambutan menggila dari seluruh peminat wayang di serata
dunia. Namun adakah peminat filem ini perasan, daripada sekian banyak
mercu tanda dunia yang runtuh akibat malapetaka itu, ada sebuah yang
tidak digambarkan. Mercu tanda itu ialah Kaabah, iaitu kiblat umat
Islam. Memang sejak dahulu lagi, Emmerich gemar mengarahkan filem-
filem kemusnahan planet bumi. Dalam filem-filem tersebut, beliau
memaparkan detik-detik kehancuran yang menakutkan. Misalnya serangan
dan taklukan mahkluk asing ke atas Rumah Putih dalam filem
Independence Day, raksasa cicak memusnahkan kota New York dalam
Godzilla dan ribut taufan yang ganas menghancurkan Los Angeles dalam
The Day After Tomorrow. Untuk filem 2012, Emmerich mahu memaparkan
kehancuran kota dan mercu-mercu tanda yang terkenal di seluruh dunia,
dari Rome, Itali hinggalah ke Rio de Janeiro, Brazil. Bagaimanapun, ada
mercu tanda yang ingin dimusnahkan tetapi dia tidak jadi melakukannya,
iaitu Kaabah yang merupakan kiblat seluruh umat Islam dan pusat ibadah
haji. Emmerich tidak teragak-agak menggambarkan keruntuhan bangunan-
bangunan keagamaan lain di dalam 2012. Antaranya, kubah besar St.
Peter Basilica di Vatican City yang ranap lalu menghempap penganut-
penganut Kristian yang sedang mengunjunginya. Juga, patung besar Jesus
yang tumbang dan berkecai di Rio de Janeiro. Selain itu, bangunan White
House juga diruntuhkan dalam 2012. Persoalannya, adakah kenyataan
Emmerich itu menunjukkan bahawa dia menghormati Islam dan tidak
mahu mengguris perasaan penganutnya? Atau, sebenarnya dia telah
menghina Islam melalui kenyataan yang seperti mempermainkan makna
fatwa dan hasrat asal untuk 'meruntuhkan' Kabaah?

DAJAL: Kebanyakan orang Islam di Malaysia beranggapan dajal adalah


mahkluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia
separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin
dan ayahnya berbangsa Yahudi. Sebenarnya, dajal adalah manusia
biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja selain
manusia. Dajal telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-
Masihi ad-Dajal. Tertulis di dahinya perkataan, 'Kaf-Fa-Ra'(kafir).
Berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,
"Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya
rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu tentang tuhan kamu.
Sesungguhnya tuhan kamu tidak rosak matanya."

KEISTIMEWAAN DAJAL:

Pertama, ada bersamanya syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan


kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal
berikan sebagai syurga sebenarnya neraka dan apa yang diperlihatkan
sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua,

dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan
tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika
penduduknya mengaku beriman kepadanya. Manakala daerah yang
penduduknya tidak mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam
kebuluran dan kesusahan. Ada sebuah hadis oleh Ibnu Majah bermaksud,
"Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam
yang beriman pada hari itu nanti?" Rasulullah menjawab, "Mereka akan
menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu
yang akan menjadi makanan mereka."

Ketiga,

dajal boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan
kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis oleh Muslim,"Kami bertanya:
Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini?
Nabi menjawab: Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist(hujan
atau awan) yang dipukul angin kencang." Hanya dua tempat saja yang
tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Madinah dan Mekah.

SIAPAKAH LADY GAGA?

Setiap lagu yang dihasilkan mempunyai konsep dan identiti yang tersendiri.
Konsep dan identiti tersebut meliputi segala aspek termasuklah lirik,
maksud yang tersirat serta imej penyampaian lagu yang hendak dialunkan.
Lebih malang, jika ia menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang lain.
Lihat sahajalah senarai dendangannya seperti Alejandro, Paparazzi,
Telephone, Just Dance dan sebagainya. Jika anda perasaan, kelibat salib
terbalik, lingkaran hitam putih, panahan kilat dan nombor 6 telah biasa
kelihatan dalam klip-klip videonya. Tambahan pula bagi peminat-peminat
fanatiknya, sudah pasti setiap babak yang memaparkan simbol-simbol
terbabit telah dihafal setiap kali lagu serta klip videonya ke udara pada
setiap masa. Namun adakah masyarakat tahu akan maksud yang tersirat di
sebalik simbol-simbol tersebut?

ANTARA SIMBOL LADY GAGA YANG DIGUNAKAN:

Nombor 6, Lady Gaga dilihat selalu menunjukkan tanda bulat di matanya


yang menyerupai seakan-akan teropong dengan menggunakan jarinya.
Simbol 6 adalah angka trio 666 yang membawa maksud 'nombor
keganasan' atau The Number of Beast.

Panahan Kilat, terdapat sesetengah pakaian yang diperagakan Lady Gaga


mengandungi simbol berbentuk panahan kilat. Panahan kilat itu memberi
maksud pembawa kemusnahan serta keganasan Tuhan yang mentadbir
alam.

Kepala Kambing, simbol yang sememangnya begitu dekat dengan


pengabdian syaitan di mana tanda ini sering kali digunakan untuk upacara-
upacara tertentu seperti pemujaan dan aktiviti-aktiviti hitam yang lain.

Lingkaran Hitam dan Putih, digunakan Lady Gaga sebagai prop. Ia


mewakili matahari dan tuhannya menurut kepercayaan Freemanson.

Mata, dianggap sebagai 'mata tuhan' yang mampu melihat sekalian alam
menurut kepercayaan Freemanson dan Illuminati.

Salib Terbalik, dikatakan sebagai simbol membawa kepada penyelewengan


dan sesuatu yang negatif yakni membawa konsep Satanisme. sering
digunakan dalam ritual kejahatan dan ilmu gelap.

Sacred Heart, merupakan pendarahan hati tuhan sebagai memelihara


kesejahteraan umat manusia. Sacred Heart ini adalah hati yang dipenuhi
darah serta dililitkan dengan dawai besi dan paku.

 
 

También podría gustarte