Está en la página 1de 1

Arang batu ialah sejenis pepejal

hitam, yang digunakan sebagai bahan bakar dengan meluas.


Ia terbentuk dalam ekosistem melalui pengawetan
tumbuhan oleh air dan lumpur daripada pengoksidaan atau
penguraian secara semula jadi. Pepejal ini, yang merupakan
batuan yang keras dan mudah terbakar (justeru namanya,
arang batu), mengandungi karbon dan hidrogen (serta
sebatian hidrokarbon), selain sebatian dan unsur-unsur lain,
terutamanya sulfur. Ia digali dari bumi melalui lombong
arang batu, samada di bawah tanah atau secara terbuka di
permukaan bumi.
Sehingga ke hari ini, arang batu menjadi sumber utama bagi
penjanaan tenaga elektrik di seluruh dunia. Pembakaran
arang batu turut membebaskan karbon dioksida dan juga
jelaga-jelaga ke udara, sekaligus kegiatan ini dianggap
sebagai penyumbang utama terhadap pembebasan gas
rumah hijau, selain pencemaran udara.