Está en la página 1de 4

PEMBELAJARAN KOOPERATIF YANG BERKESAN

Apa dia pembelajaran kooperatif ?

Pembelajaran kooperatif telah menjadi salah satu pembaharuan dalam


pergerakan refomasi pendidikan. Pembelajaran kooperatif sebenarnya
merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran dan pembelajaran. Asasya ia
menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan melalui
pembentukan kumpulan yang homogen seperti dalam pendidikan inklutif. Ianya
boleh digunakan oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata
pelajaran.Pembelajaran koopeatif dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya
pelajar-pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan untuk mempelajari isi
kandungan pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya,
pembelajaran kooperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai satu-
satu objektif pembelajaran (Johnson & Johnson, 1991). Selain dari itu, ciri-ciri
umumnya ialah:

Ciri- ciri pembelajaran kooperatif


Pendekatan Pembelajaran kooperatif mempunyai beberapa ciri tertentu,
diantaranya ialah :
1. Matlamat kumpulan
Matlamat kumpulan ialah kejayaan kumpulan dalam mencapai kecemerlangan
dalam menguasai sesuatu konsep yang di ajar. Matlamat ini dicapai melalui
usaha bersama semua bersama ahli di dalam kumpulan. Dalam kumpulan ini
setiap ahli kumpulan mempunyai peranan tertentu dan jelas dalam usaha
kumpulan mencapai matlamat yang ditetapkan.
2. Interaksi sosial ditekankan.
Setiap ahli kumpulan akan berinteraksi secara bersemuka dalam kumpulan.
Interaksi yang serentak berlangsung pada masa yang sama untuk setiap
kumpulan melalui perbincangan yang akan menyebabkan lebih ramai individu
yang turut serta mengambil bahagian. Setiap ahli kumpulan perlu berhubung
rapat, saling memenuhi dan bantu-menbantu.
3. Pelajar perlu saling bergantungan positif untuk mencapai objektif
gerak kerja.
Kejayaan kumpulan bergantung kepada pembelajaran individu yang ahli sesuatu
kumpulan. Setiap ahli mempunyai tanggungjawab ke atas keberkesanan
pembelajaran kumpulan. Prinsip ini dikenali sebagai saling bergantungan secara
positif. Untuk mencapai kejayaan dalam prinsip ini, tugas perlu diagihkan kepada
semua ahli kumpulan untuk menyumbang jawapan atau hasil dapatan.
Tanggungjawab individu bermakna setiap pelajar mesti melaksanakan tugas
masing-masing yang diberikan untuk menyumbang kepada sesuatu projek.
Penyertaan pula bermaksud semua pelajar mempunyai peluang yang sama
untuk mengambil bahagian dan menyumbang secara bersama.

Apakah kelebihan pembelajaran kooperatif ?

Walaupun pembelajaran kooperatif menimbulkan keresahan kepada ibubapa


yang khuatirkan kecairan pembelajaran apabila pelajar yang cerdas berada di
dalam kumpulan yang kurang cerdas, tetapi mengikut Slavin ( 1991) ia akan
memberi faedah kepada golongan yang berbeza kebolehan yang belajar dalam
satu kumpulan. Kajian menunjukkan pembelajaran kooperatif boleh
meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif pelajar. Jika dijalankan dengan
sempurna, setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk memahiri sesuatu
subtopik serta berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan ahli kumpulan
yang lain. Untuk tujuan ini , pelajar perlu betul-betul memahami subtopik itu,
bukan sekadar menghafal sesuatu topik. Ini mengakibatkan pemprosesan pada
aras yang lebih tinggi,yang meningkatkan daya ingatan dan seterusnya
membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang lebih baik.
Kajian juga menunjukkan pembelajaran kognitif boleh memberbaiki kemahiran
sosial pelajar. Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai
objektif pembelajaran. Secara tidak langsung, mereka perlu mempelajari atau
memperbaiki kemahiran sosial mereka. Pelajar yang bersuara perlahan perlu
meninggikan suara supaya didengari dan difahami oleh ahli kumpulan lain.
Teguran sesama ahli perlu dilakukan dengan sewajarnya agar dinamik kumpulan
tidak hancur dan gerak kerja berjalan lancar.
Mengikut Kagan (1994) , pembelajaran kooperatif bagi golongan berbakat telah
membawa banyak keberkesanan atau faedah seperti berikut :

Membaiki hubungan sosial

Meningkatkan pencapaian

Meningkatkan kemahiran kepimpinan

Meningkatkan kemahiran sosial

Meningkatkan tahap kemahiran aras tinggi

Meningkatkan kemahiran teknologi

Meningkatkan keyakinan diri.

Beberapa bentuk pembelajaran kooperatif

1.Kaedah Jigsaw II
Dalam kaedah ini, setiap ahli kumpulan menjadi 'juru' dalam sub-unit sesuatu
topik. Setelah masing-masing memahami bahagian masing-masing, setiap 'juru'
mengajarnya pula kepada ahli kumpulan yang lain. Soal-jawab atau
perbincangan yang berlaku semasa proses ini membolehkan 'juru' dan ahli
sama-sama memikirkan pembentangan yang diberi, ini meningkatkan
pemahaman dan ingatan. Selain dari itu, kaedah ini juga memberi peluang
kepada pelajar yang kurang cemerlang dan mengajar mereka untukmenjadi
'juru' dan mengajar mereka yang mempunyai prestasi akademik lebih baik
daripadanya, secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri mereka.
2.Kaedah STAD
STAD merupakan akronim bagi Student Teams Achievement Divisions.
Pembelajaran dalam kumpulan kecil dilakukan bagi sesuatu topik. Kaedah
perbincangan ini boleh menggunakan kaedah Jigsaw II atau pendekatan lain.
Selepas itu kuiz bertulis secara individu akan diberikan untuk menguji
pemahaman pelajar. Setiap pelajar akan mendapat markah individu,
peningkatan kemajuan yang ditunjukkan oleh setiap pelajar akan dikira dengan
mengambil markah terbaru dan ditolak dengan purata markah pelajar itu sendiri.
Perbezaan markah individu akan dikumpulkan untuk menjadi markah kumpulan.
Di sebabkan markah kumpulan diperolehi berdasarkan peningkatan ahli
kumpulan, ahli kumpulan akan saling bekerjasama supaya mendapat markah
yang maksimum.
3. TAI
TAI( Team Assisted Individualization) dibentuk menggabungkan antara motivasi
dan insentif kepada kumpulan. Program yang diberikan mestilah bersesuaian
dengan kemahiran yang dipunyai oleh setiap pelajar. Pelajar dalam setiap
kumpulan mestilah terdiri daripada pelajar yang mempunyai keupayaan yang
berbeza-beza. Ahli kumpulan yang bekerja secara berpasangan akan bertukar-
tukar helaian jawapan kerja yang telah dibuat. Ahli kumpulan bertanggungjawab
memastikan rakan-rakan dalam kumpulan bersedia untuk menduduki ujian akhir
setiap unit. Skor mingguan yang diperolehi oleh kumpulan akan dijumlahkan ,
kumpulan yang melebihi skor yang ditetapkan akan diberikan sijil.

Beberapa strategi meningkatkan keberkesanan pembelajaran


kooperatif

Pembahagian kumpulan yang membolehkan ahli-ahli dalam kumpulan bekerja


dengan berkesan bersama-sama.Faktor yang paling utama di sini ialah bilangan
ahli dalam kumpulan. Kumpulan kecil mengandungi tiga atau empat ahli didapati
paling efektif. Kumpulan yang terlalu besar kurang efektif kerana pembabitan
ahli kumpulan cenderung menjadi tidak sama rata. Disamping itu, pembentukan
kumpulan sebaiknya dilakukan oleh guru bagi mengelakkan pelajar berkumpul
sesama 'klik' mereka sahaja.

Tugasan perlu distruktur sebegitu rupa supaya ahli kumpulan saling


bergantung untuk mencapai objektif yang ditentukan. Elakkan memberi tugasan
yang boleh diselesaikan tanpa perlu pembabitan setiap ahli kumpulan. Ini boleh
menyebabkanada ahli kumpulan yang 'lepas tangan' ataupun dipinggirkan oleh
orang lain, dan bagi pelajar ini, pengalaman pembelajaran sepenuhnya tidak
dapat dicapai.

Jadikan tanggungjawab pencapaian terletak di kedua-dua tahap


individu dan kumpulan. Satu cara ialah melalui pemberian markah. Setiap
pelajar mendapat markah individu dan markah kumpulan bergantung kepada
markah individu. Dengan cara itu setiap pelajar mempunyai motivasi untuk
melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga kumpulan.
Berikan garispanduan tingkahlaku dan kemahiran berkomunikasi
kepada pelajar. Guru perlu menjelaskan kepada pelajar apakah tingkahlaku
yang wajar dan tidak wajar semasa pembelajaran kooperatif berlaku. Guru juga
perlu meberikan asas kemahiran komunikasi misalnya bagaimana menyuarakan
pendapat dan bagaimana menghadapi percanggahan pendapat.

Pastikan jenis dan amaun interaksi antara pelajar berpatutan. Guru perlu
mengawasi interaksi yang berlaku semasa pelajar menjalankan aktiviti kumpulan
di dalam kelas. Perbincangan yang berlaku seharusnya yang berkaitan dengan
tugasan . Interaksi juga harus berlaku di antara setiap ahli kumpulan dan tidak
meminggirkan mana-mana ahli kumpulan. Perbincangan dan keputusan juga
tidak dimonopoli oleh ahli kumpulan tertentu sahaja.

BIBLIOGRAFI
B.Bennett, C. Rolheiser-Bennett, L.Stevann(1991) Cooperative Learing Where
Heart Meets Mind.
Johnson, d.W.,& Johnson, R.T (1991). Learrning together and alone : Cooperative,
Competitive, and individualistic learning ( 3rd Ed.). Upper Saddle river, NJ:
Prentice-Hall.
Krongthong Khairiree. Nota Edaran Kursus SMWB-10 (10 Jun-27 Julai 2002.
Slavin, R. (1986) Using Student Team Learning ( 3 rd. ed ). Baltimore, Johns
Hopkins University, Centre For Research On Elementary And Middle Schools.
Slavin, R. (1990) Cooperative Learning : Theory, Research ang Practice.
Englewood Cliff, NJ: Prentice Hall.

También podría gustarte