Está en la página 1de 4

Alam Melayu

Asal usul orang melayu hingga kini masih lagi menjadi perdebatan dalam kalangan

orang sarjana. Ada sarjana berpendapat bahawa orang melayu adalah orang Mongoloid

daripada kumpulan Indonesia yang telah berhijrah ke selatan dari tenggara China atau Yunan

kira-kira 3000 tahun yang lalu. Mereka dikenali sebagai Melayu Deutro atau Melayu Pantai

yang telah tersebar di Kepulauan Melayu dan akhirnya membentuk kependudukan di

Malaysia. Antar ciri-ciri orang Melayu Deutro ini adalah berdahi luas, berkulit sawo matang,

mempunyai mata yang cantik, badan yang seimbang dan berambut hitam. Sebelum

kedatangan Malayu Deutro, Melayu Proto dikatakan lebih awal meduduki kawasan pantai

Tanah Melayu. Dengan kedatangan orang Melayu Deutro ini, Melayu Proto ditolak ke

kawasan pedalaman dan pergunungan. Di semenanjung Malaysia, Melayu Proto ini diwakili

oleh Jakun, Orang Laut dan Orang Seletar yang telah digolongkan sebagai suku kaum Orang

Asli.

Selain teori migrasi yang telah digunakan sebagai teori asal usul masyarakat Melayu

di Alam Melayu ini, terdapat pandangan lain yang menolak teori tersebut, mengikut Wan

Hashim Wan Teh, asal usul masyarakat Melayu ini bukanlah berdasarkan teori migrasi yang

mengandaikan bahawa ras Melayu berhijrah dari selatan Negara China ke Alam Melayu

antara tahun 3000 SM dan 300 SM. Sebalinya orang Melayu berasal dari Alam Melayu

sendiri berdasarkan kajiab oleh para arkeologi yang telah membuat kesimpulan bahawa Alam

Melayu ini telah pun didiami manusia sejak 35000 tahun yang silam. Kajian Wan Hashim

Wan Teh ke atas masyarakat yang tinggal di Yunan, China menunjukkan bahawa tiadanya

sebarang ciri persamaan dengan masyarakat yang ada di Alam Melayu. Daripada 26

kelompok etnik yang ada di Wilayah Yunan, tidak terdapat satu pun yang mempunyai ciri-

ciri persamaan dengan rumpun Melayu di Alam Melayu. Malah tidak ada bukti yang

menunjukkan wujudnya hubungan budaya dan linguistic antara penduduk Yunan dengan
rumpun Melayu Champa di wilayah Indo-China. Keadaan ini berbeza dengan rumpun

Polinesia yang kini berada bertaburan di beberapa buah pulau seperti Hawaii, New Zealand

dan rumpun Melayu di Pulai Malagasi(Madagascar) di Lautan Hindi dan rumpun Melayu

Pribumi di Taiwan. Merekan masih mempunyai ciri persamaan dari aspek budaya dan

linguistic dan budaya asas dengan rumpun Melayu di Alam Melayu.

Alam Melayu merangkumi kawasan kepulauan yang merentasi seluruh Asia Tenggara

sehingga sempadan Australia. Amalan merantau menjadi sebahagian daripada ciri orang

Melayu. Mereka bergerak bebas dalam lingkungan kepulauan Melayu. Mereka yang

merantau ke luar Kepulauan Melayu digelar Melayu Diaspora seperti Melayu Cape di Afrika

Selatan. Terdapat lima belas kumpulan Melayu Diaspora yang boleh dikenal pasti, antaranya

adalah Arab Saudi, Afrika Selatan, Sri Lanka, Australia, England, Eropah, Amerika Syarikat,

Surinam (Amerika selatan),Yamen, Malagasi, Bangkok, Myanmar, Kemboja, Laos dan Pulai

Hainan-China. Di samping Melayu Diaspora yang merupakan kelompok ringan yang

berhijrah ke luar dari Alam Melayu, terdapat juga kelompok kecil yang merupakan penduduk

asal yang kini kedudukannya adalah sebagai kelompok minority dalam masyarakat dominan

yang bukan daripada ras Melayu. Mereka menjadi minority akibat daripada peperangan dan

penaklukan atau migrasi penduduk luar yang menjadi warga kekal dan dominan di kawasan

berkenaan.

Bukti arkeologi ini mengesahkan bahawa penduduk di Alam Melayu berasal dari

Alam Melayu sendri dan bukannya berasaskan kepada suatu penghijrahan beramai-ramai dari

tempat lain teruatam dari Yunan, China. Sekiranya terdapat penghijrahan masyarakat Melayu

diantara Kepulauan Melayu, ia merupakan penghijrahan di dalam wilayah budaya yang sama

yang mana penghijrahan itu dilakukan atas kepentingan untuk mendapatkan penghidupan

yang lebih baik di tempat baharu.


Melayu Dalam Perlembagaan Malaysia.

Sejak akhir-akhir ini, terdapat pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan tentang

kedudukan Melayu di Malaysia. Mereka menuntut kedudukan yang sama seperti orang

Melayu walhal keistimewaan orang Melayu tidak pernah mengambil hak-hak kaum yang

lain. Ada pihak yang mempertikaikan kenapa Melayu diberi keistimewaan walaupun

sebenarnya mereka juga pendatang ke negara ini. Pertikaian tentang hak keistimewaan orang

Melayu terus dibangkitkan walaupun dalam Perlembagaan menyebut tentang hak-hak

tersebut. Pada masa yang sama Perlembagaan tidak mendiskriminasi kaum-kaum tertentu

kerana Perlembagaan mendapat persetujuan semua pihak.

Perlembagaan yang telah disebut di atas adalah Perlembagaan Malaysia, Perkara 160.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, DATUK MOHD NOOR ABDULLAH menjelaskan,

dalam Perlembagaan menyebut bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum iaitu Orang Asli,

Melayu, Bumiputera Sabah serta Bumiputera Sarawak dan kaum-kaum lain. Menurut

Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum. Maka bangsa Melayu itu diturun

taraf kepada kaum. Namun kaum Melayu adalah teras di negara ini dan mengajak kaum yang

lain untuk bekerjasama sebagai bangsa Malaysia. Lima kaum itu terdiri daripada, pertama

Orang Asli, kedua orang Melayu, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempat kaum

bumiputera Sabah dan kelima adalah kaum-kaum lain.

Dalam perlembagaan Malaysia atau juga disebut perlembagaan Persekutuan, orang

Melayu ditakrifkan secara lazimnya berbahasa Melayu, secara lazimnya mengamalkan adat

istiadat Melayu dan menganut agama Islam. Disini, selain mempunyai kemahiran berbahasa

Melayu dan mengamalkan budaya Melayu, faktor agama menjadi asas penerimaan taraf

seseorang sebagai seorang yang bergelar Melayu di Malaysia. Kemudiannya, selaras dengan

penubuhan Malaysia pada 1963, konsep Bumiputera diperkenalkan yang memasukkan orang
Melayu sebagai sebahagian daripada kaum Bumiputera yang merupakan penduduk asal bagi

Persekutuan Malaysia, termasuklah kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak serta Orang Asli di

Semenanjung Malaysia.

También podría gustarte