Está en la página 1de 1

Tenaga solar merupakan tenaga alternatif yang berpotensi meskipun belum diterokai sepenuhnya.

Sejauh
manakah tenaga solar mendatangkan kelebihan dalam kehidupan harian dan jelaskan usaha-usaha meningkatkan
penggunaannya?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tenaga solar merupakan tenaga matahari yang mendatangkan banyak manfaat kepada alam sekitar dan
manusia sejagat. Meskipun demikian, hari ini tenaga solar masih belum digembleng sepenuhnya lantaran
penggunaan tenaga fosil masih meluas.

Berbanding tenaga alternatif yang lain seperti petroleum dan arang batu, tenaga solar bersifat semula
jadi dan kekal. Tenaga yang digunakan dalam bentuk haba mahupun cahaya ini bukan sahaja boleh digunakan pada
waktu siang malah selepas matahari terbenam. Pengguna boleh menyimpan tenaga solar yang diperkaya melalui
proses pengecasan dan kemudiannya ditukar kepada tenaga kinetik. Tenaga inilah yang digunakan untuk
menggantikan sumber tenaga elektrik atau fosil. Bekalan tenaga ini dapat dimanfaatkan secara maksima dalam
apa jua urusan harian manusia.

Selain itu, sebagai sumber tenaga semula jadi, tenaga solar juga adalah mesra alam. Tanpa membebaskan
sebarang bahan cemar seperti fosil, tenaga solar mampu berfungsi menggerakkan sesuatu peralatan. Sebaliknya,
eksploitasi bahan bersumberkan tenaga fosil seperti petroleum dan arang batu pula lebih banyak menyumbang
kepada pencemaran alam. Tambahan pula tenaga solar mampu digunakan dengan jaminan kebersihan yang tinggi
pada setiap produk yang dihasilkan.

Melihat kepada betapa pentingnya tenaga solar dalam kehidupan seharian, maka beberapa langkah
memajukan industri yang bersumberkan tenaga ini perlu dipergiatkan. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah
dengan memajukan kegiatan penyelidikan dan pembangunan khusus dalam bidang ini. Usaha ini turut disokong
oleh instistusi pengajian tinggi tempatan dengan memberi geran bagi merealisasikan misi ini. Bersesuaian dengan
kedudukan negara Malaysia di garisan khatulistiwa yang menerima sinaran matahari sepanjang tahun, maka
operasi penyelidikan dan pembangunan dapat dijalankan dengan baik. Lebih banyak perancangan dan penghasilan
produk dikeluarkan apabila tenaga solar diguna semaksima yang mungkin.

Selain itu, penggunaan tenaga solar secara giat dalam industri pembuatan merupakan galakan utama
penerokaan terhadap sumber ini. Lebih banyak peralatan yang dilengkapi panel sel solar dan diubahsuai bakal
memudahkan tugas rutin manusia. Contohnya, penghasilan alat teknologi mudah alih. Kini terdapat negara-negara
maju memperkenalkan kenderaan berteknologi solar yang menggunakan enjin hybrid. Enjin manual dan
diubahsuai kepada proses pengecasan solar menggantikan penggunaan petroleum. Semua ini adalah sebagai
langkah penjimatan kepada tenaga alternatif yang kian berkurangan ataupun habis.

Secara tuntasnya, penggunaan tenaga solar amatlah baik kerana kesannya adalah positif. Justeru itu,
usaha berterusan perlu dipergiatkan agar tenaga solar dapat dimanfaat untuk pembangunan negara pada masa-
masa akan datang.

También podría gustarte