Di Sekolah Luar Bandar FAKTOR Geografi & Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar Dana
Motivasi Pelajar Menurun
KESAN Motivasi Guru Menurun
P & P Tidak Berkesan
BAB 4 • Zaleha (1995) - Sekolah yang mempunyai kemudahan infrastruktur yang lengkap adalah baik untuk pengajaran dan pembelajaran kerana dapat memotivasikan pelajar supaya bekerja keras untuk mencapai kejayaan. • Mat Kilau (1997) - Keadaan persekitaran yang teruk serta infrastruktur yang tidak lengkap menyebabkan pelajar kurang berminat untuk ke sekolah sekaligus menyebabkan prestasi pelajar merosot. • Kamarudin (1997) - Motivasi guru dan juga pelajar akan meningkat sekiranya kemudahan komputer dan Internet disediakan di sekolah. • Shahril (1997) - Sekolah-sekolah yang tidak lengkap atau kurang lengkap dari segi infrastruktur adalah agak sukar untuk menjadi sekolah cemerlang atau sekolah berkesan kerana kekurangan kemudahan asas untuk pengajaran- pembelajaran. • Wan Zah dan Rakan-rakan (2009) - iklim sekolah mempengaruhi prestasi pelajar. • Johari Surif dan Rakan-rakan (2006) - bahan bantu mengajar yang digunakan guru dapat menarik minat pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya memotivasikan mereka untuk mengikuti sesi pembelajaran dengan baik dan bermakna. • Ahmad Zabidi (2006) - Terdapat hubungkait antara ciri iklim sekolah berkesan dan implikasinya terhadap pencapaian serta motivasi pelajar. • Mohd Jaflus Bahari (2004) - Faktor utama yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum ialah bilangan peralatan yang tidak mencukupi berbanding pelajar yang ramai. Masalah pengangkutan menjadi masalah bagi mereka kerana kedudukan rumah mereka yang agak jauh dari kawasan sekolah. • Ahmad Bin Ishak (2005) - Pelajar juga inginkan persekitaran pembelajaran yang lebih baik berbanding dengan apa yang sedia ada di dalam bilik darjah. • Hussein Ahmad (2005) - Sekolah kecil di luar bandar dikesan masih menghadapi masalah pencapaian akademik pelajar yang rendah dan turut berdepan dengan masalah kualiti input pendidikan yang melibatkan guru sebagai tenaga pengajar dan juga kekurangan kemudahahan asas infrastruktur sekolah. • Ruzita Selamat dan Rakan-rakan (2004) - Persekitaran yang tidak kondusif menyebabkan sesetengah pelajar kurang bermotivasi untuk belajar seterusnya mempengaruhi keputusan peperiksaan mereka. RUMUSAN • Berdasarkan hasil dapatan kajian-kajian lepas mengenai peranan kemudahan infrastruktur dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar, adalah terbukti bahawa terdapat hubungkait yang signifikan antara kemudahan infrastruktur sekolah dengan motivasi serta pencapaian pelajar di luar bandar.