Está en la página 1de 16

TITLE 9;TEACHING STUDENTS WITH AUTISM SPECTRUM DISORDERS

PENDAHULUAN

Bab ini mengisahkan bahawa pendidik mestilah betul-betul memahami suasana dan
imlikasi implikasi keatas pendidikan.Sekolah merupakan satu agen pendidikan
peringkat negeri dalam member bantuan secara peribadi kepada pelajar-pelajar
autism.Guru tidak akan bersendirian kerana pelbagai badan disiplin akan turut
membantu agar kanak autisma tidak akan terpinggir dalam pendidikan.

Konsep Autisma

Autisma dapat dikesan menerusi masalah dari segi perkembangan yang melibatkan
interaksi sosial,ramai pelajar dalam situasi tersebut tidak dapat menunjukkan
potensi sebenar.Menurut Simpson(2001 ) kanak-kanak dan belia autism merupakan
sebahagian kumpulan yang unik bilamana dibandingkan dengan kanak-kanak
berketidakupayaan yang lain.

Sejarah

Menurut Scheuermann & Webber(2002) Sindrom autism mula diperkenalkan oleh


Leo Kanner.Ianya adalah rentetan kontroversi berhubung persepakatanibu-ibu kanak
autism membuat hipotesis palsu.tetapi ini adalah satu kesilapan kerana mereka
tidak yakin dan tidak memahami tugas para professional.

Kanak-kanak autism tidak boleh dipinggirkan kumpulannya mengikut IDEA 1990


menurut Kaplan( 1996).Oleh itu mereka berhak mendapat perkhidmatan pendidikan
khas berdasarkan kategori mereka.Begitu juga Sindrom Asperger juga berda
dibawah naungan sindrom Autisma(ASD).Sindrom ini telah diterima menjelang
tahun 1990 dan mula diperkenalkan oleh Hans Asperger 1994.Gejala autism mula
meningkat apabila sebilangan orang telah dikenalpasti menghidap autism telah
menubuhkan pertubuhan baru dalam skala yang besar pada pertengahan
1990.Steunergel(2005) telah menggariskan dasar-dasar berkaitan yang diperlukan
seperti:

1.Menambah baik latihan para guru

2.Membantu guru untuk memperkenalkan program inklusif

3.menambahkan pusat pemulihan vokasional untuk orang dewasa.

4Menubuhkan pusat penyelidikan mengkaji sebab musabab.


5.Mempertingkatkan kefahaman tentang keberkesanan intervensi untuk
Ibubapa dan guru.

Pengertian Austisma

Terkenal dengan 2 definisi:

1.IDEA- digunakan oleh guru.

2.DSM-IV-TR dikenali oleh pakar psikologidan professional perubatan.

IDEA member maksud masalah keupayaan perkembangan disebabkan kesan


kelewatan dalam ucapan lisan dan komunikasi bukan lisan serta interksi sosial yang
dapat diketahui semasa sebelum kanak-kanak berusia 3 tahun.Kesihatan yang
terganggu member kesan kepada perkembangan pendidikan kanak-kanak ini dapat
digambarkan melalui:

1. Mutu interaksi sosial yang perlu diperbaiki.

• Tingkahlaku buka lisan yang pelbagai seperti gerakan


mata,mimic muka,postur tubuh dan gerakgeri dalam interaksi
sosial.

• gagal dalam menjalin interaksi rakan sebaya

• Lemah dalam aksi spontan semasa berkongsi kejayaan dan


kegembiraan.

• Lemah dalam tindakbalas sosial dan emosi.

2. Komunikasi yang perlu diperbaiki

• Perkembanganbahasa yang lewat (tiada ikhtiar sendiri untuk


Berjaya)

• Masalah mewujudkan perbualan dengan orang lain.

• Suka meniru dan mengulangi perkataan orang lain.

• mempunyai perbezaan yang jauh berbanding orang normal


semasa bermain secara spontan.
3. Pengulangan terhad dalam peniruan tingkahlaku,sifat ingin tahu
dalam aktivitiseperti;

• Selalu risau dengan keadaan atau tumpuan.

• Tidak fleksibel dalam ruti harian@kerohanian

• Asyik dengan objek.

Pengenalan Kanak Autima(ASD)

Menurut Eaves(1992) kanak ASD dapat dikenali melalui:

1.Pelbagai watak menerusi percakapan dan masalah bahas.

2Menampilkan pelbagai masalah utama dan kesilapan yang dikelaskan


terdiri dari pelbagai ketidakupayaan.

3.Tidak stabil bila berhadapan dengan guru dan para professional.

Kumpulan para professional yang terlibat dalam penilaian dan diagnos


diantaranya;

• Pakar pediatric

• Pathologi bahasa

• Psikologis

• Audiologis

• Sukarelawan

Menurut Volkman(2004) sindrom asperger juga tergolong dalam autism kerana


kelemahan dari segi sosial.Menurut Tyron et.al(2006) seramai 22 kanak-kanak telah
dikenalpasti mengalami Sindrom Asperger melalui ujian Axis 1,2 dan 3.Kanak-kanak
yang melalui proses DSM ini dikira mengalami Asperger apabila bahasa dan
kognitifnya lewat yang boleh dikategori juga Autisma.Menurut Goin & Myers (FADD
2004) Autisma dapat dikenal[pasti pada usia 2 tahun namun perkembangan
luarbiasa dapat diketahui semasa usia akhir 1 tahun lagi.Menurut Goin& Myers
2004;Gomez &Boyird 2005;Zweigenbaum et.al (2005) Pada peringkat awal autism
dapat dikesan melalui kurangnya dan terbatasnya kemahiran sosial,berbeza dalam
kedudukan postur badan dan tindakbalas lemah,hidup seorang diri,pasif,emosi tidak
sihat,lewat menerima bahasa seperti suka termenung,pemalu dan gangguan
penerimaan maklumat.

Penyebab Autisma

Menurut Kaplan(1996) autism disebabkan oleh:

1.kerosakkan otak

2.Genetik

3.Komplikasi semasa kandungan

Diantara factor-faktor lain yang mempengaruhinya ialah toksid,logam berat dan


jangkitan disebabkan Rubella.

Jangkaan

Menurut Zirkel(2002) Sindrom autism dikenalpasi akan mengalami penurunan yang


ketara beberapa tahun kebelakangan dari hasil kajian seramai 7 hingga 14 orang
sahaj darripada jumlah 10,000 orang.Menurut ASA(2006) dijangkakan 1.5 million
orang amerika akan mendapat Autisma 1 0rang dalam 166 kelahiran.Manakala
Jabatan Pendidikan Amerika(2006) melaporkan 0.18 peratus bagi kanak-kanak
berumur 6 hingga 21 tahun.Ini dapat dijelaskan dengan graf IDEA dibawah.

Gambarajah: Bilangan pelajar Autisma dibawah IDEA

Peratusan populasi yang mendapat Pendidikan khas dan perkhidmatan yang


berkaitan kerana autism mengikut kumpulan umur 1992-2002
Bilangan kanak yang didiagnosis dengan autism dan lain-lainketidakupayaan

Dari Jabatan Perangkaan Negara 2005:IDE data terkumpul oleh Jabatan Pendidikan
USA

Pejabat Perangkaan(2005) menganggarkan perbelanjaan ASD adalah


mencecah sekitar $ 18,790 (1999-2000) iaitu 3 kali ganda jumlah perbelanjaan
untuk pelajar normal.Menurut Byrd & colleagues (2000) dikenalpasti dan
dipercayai bahawa pertambahan (negeri California) adalah disebabkan:

• Perubahan pengenlpastian

• Kemasukan kanak luar daerah

• Kesilapan diagnosis

• Rawatan vaksin

• Suasana tidak selamat dan bahaya.

Perwatakan ASD

1.Tidak serupa dan perubahan yang bertentangan

2.Susah menyuarakan keinginan hanya guna isyarat sahaja.

3Menangis tanpa sebab


4Sikap acuh tak acuh

5.Tantrum

6.Sukar bergaul

7.Tidak suka dipegang/peluk

8.Tiada kontek mata

9.suka memusing-musingkan objek

10.Amat minat pada sesuatu

11.Tidak peka dengan kesakitan

12.tak takut bahaya.

13.Fizikal tak aktif

14.tidak dapat menguasai motor halus dan kasar.

15.Tiada respon pada bahasa kiasan(seperti pekak)

Corak Tingkahlaku.

Dari segi kelemahan:

1.Lemah berhubung

2.Kurang gunakan bahasa

3.Kurang deria proses

4.kurang berfikir

5.merangsang diri sendiri

6.Tiada perubahan sikap

7.Tidak siuman

Sikap mencederakan diri sendiri.

KESEDARAN AKADEMIK,BAHASA DAN KOGNITIF


ASD menunjukkan masalah dari segi tahap pencapaian contohnya dalam ujian
standard mereka mendapat skor yang rendah melibatkan:

• Pengetahuan perkataan-bahasa

• Kemahiran dalam petikan,dan membaca petikan


pendek(tertinggal perkataan)

• Pengiraan melibatkan operasi

• Penyelesaian masalah.

Walaubagaimanapun perwatakan autism banyak dinyatakan dalam tingkahlaku


negative dalam akademik.menurut Tirosh & Canby (1993) kanak-kanak autism yang
mengalami hyperlexia didapati mendahului standard jangkaan bacaan yang
melepasi tahap IQ lisan.Oleh itu dari segi sebutan dan kontek bacaan yang telah
ditonjolkan dikira dianya terkehadapan.Ada juga kanak-kanak ini yang menampilkan
kemahiran tambahan yang unik iaitu mencapai tahap kawasan gifted contohnya
Berjaya mengurus diri,mengira dengan cepat,kemahiran seni halus,muzik dan
bermain piano.bagi kanak-kanak di USA kelebihan dikira melalui percakapan dan
memahami bacaan yang susah iaitu melibatkan ujian kefahaman,penulisan dan
mengira dan sebahagiannya penyelesaian masalah.

Myler & Simpson(2002) menginggatkan pelajar yang mempunyai perhatian yang


teliti berbanding apa yang mereka perbuat .. gaya member perhatian,seolah-olah
mereka mahir dalam penggunaan kata,respon segera,keupayaan untuk menjawab
panggilan biasanya membayangi kekurangan dengan kelebihan yang ada pada
mereka.

Menurut barnhill(2006) kanak-kanak yang berpotensi dalam tatabahasa,penggunaan


kata,menyusun ingatan,menginggat fakta dan bercakap benar pada masa yang
sama dengan wujudnya masalah interaksi masalah sosial,halangan minat,kurang
kawalan,lemah koordinasi motor dan akademik serta emosi yang tidak dilindungi.

JANTINA DAN ETNIK

Menurut Jabatan pendidikan USA (2005) pembolehubah jantina 83% antara umur 6-
12 tahun dikenalpasti mempunyai autism ialah lelaki.bagi umur 13-17 tahun
perbandingannya 84.8%.dalam aspek etnik pula 0.64% adalah dari golongan asli
Amerika,1.15% Alaska,4.9%Asia,.9% Kepulauan Asia Pasifik dan 16.5% dating dari
Afrika Amerika.

Sindrom Rett
Satu lagi sindrom dibawah naungan ASD ialah Sindrom Rett telah diperkenalkan oleh
Dr Andreas Rett pada tahun 1996.Sindrom ini terhasil 1 dalam 10,00 hingga 15,00
kelahiran disebabkan masalah kromosom X.Perkembangan biasa yang berlaku dari
6-8 bulan.Selepas itu mereka akan hilang kemahiran berbahasa dan
motor,pergerakan tangan yang berulang-ulang,terbantut,masalah kawalan motor
contohnya imbangan semasa berjalan.

Menurut Barbour (2004) menyatakan ada 4 tahap perkembangan sindrom ini


iaitu:

1.Permulaan pesat-Bermula 6-8 bulan dengan kurangnmya kontek mata dan minat
dengan alat mainankanak-kanak.

2.Gangguan serta merta-2-10 tahun masalah motor dan pertumbuhan


terbantut,menonjolnya sikap berkaitan komunikasi dan perhatian.

3.perkembangan motor semakin teruk-kurang pergerakan,otot lemah,fikiran lemah


dan tegang.

STRATEGI UNTUK KURIKULUM DAN ARAHAN

Bagi pelajar autisma pra sekolah 3-5 tahunJabatan Pelajaran USA(2006) melaporkan
semasa 200-2001 sebanyak 24.5% pendidikan awal telah disediakan.49.5% pula
untuk pendidikan kanak-kanak khas.2.1 % perkhidmatan diterima berpusatkan
home base,15.2% dari perkhidmatan separuh masa.0.05% dari kemudahan
perumahan,5.9% dari sekolah berasingan,1.2%perkhidmatan lawatan luar
rumah,1.6% program pendidikan perdana.

Bagi pelajar autism berumur 6-21 tahun dari sumber sama melaporkan 24.7%
berada dikelas biasa.17.85 untuk luar kelas biasa didalam 21% dan60% setiap
masa.5.8% disediakan dari kemudahan awam yang berasingan.4.6% dari
kemudahan swasta.0.4 % pula dari rumah dan persekitaran hospital.

Intervensi Pendidikan

Matlamat Pendidikan ASD termasuklah:

1. Membina asas kemahiran bahasa dan sosial.

2. Menyediakan pengajaran akademik yang konsisten dari segi tahap kognitif.

3. Menghubungkan pengajaran kepada pendidikan keibubapaan,tumpuan


tingkahlu dan sosial serta kemahiran berfungsi.
Matlamat lain yang ditafsirkan menurut Hume,Bellini & Pratt(2005) tekanan
kepentingan keberkesanan latihan intervensi awal untuk pelajar autism.Jika
mereka menyatakan latihan wujud untuk mengurangkan kelemahan impak
autism.kanak-kanak ini akan Berjaya dengan cepat berbanding kanak-kanak
bermasalah yang lain.Keputusan bergantung kepada sokongan bahawa
kanak-kanak autism akan Berjaya apabila intervensi bermula sebelum usia 5
tahun.

Keberkesanan latihan pendidikan yang berterusan diperkenalkan oleh


Iovanne & Colleagues(2003) mengandungi:

1. Perkhidmatan individu dan sokongan antara ibubapa dan kanak-kanak.

2. Pengajaran sistematikdan kemahiran yang penuh makna

3. Kewujudan persekitaran pembelajaran yang berstruktur.

4. Kurikulum istimewa diterjemahkan untuk bahasa dan kemahiran sosial.

5. Pendekatan berfungsi untuk memahami masalah tingkahlaku.

Pengubahsuaian yang sesuai untuk ASD

Menurut Tell,Drasgow & lowrey(2005) menyatakan perbincangan dalam kontek


autism ada 6 elemen:

• Perkhidmatan sokongan individu

-Menyedarkan ibubapa agar membvuat rujukan semasa memilih kurikulum.

-membina rancangan mengikut minat pelajar.

-pengajaran berasaskan kekuatan dan kelemahan yang sesuai dengan tahap


pelajar

• Pengajaran sistematik

-mementingkan hasil pembelajaran

-menumpukan strategi pengajaran

-konsistendalam strategi pengajaran

-menggunakan maklumat keupayaan pelajar sebagai cadangan pengajaran


• Kefahaman dan persekitaran pembelajaran yang tersusun.

-benarakan pelajar untuk meramal rutin hidup mereka dan tindak balas
tingkahlaku yang sesuia untuk aktiviti yang berbeza.

• Isi kandungan kurikulumyang spesifik

-masukkan kepentingan bahasa dan interaksi sosial kerana ianya merupakan


cabaran untuk ASD

• Pendekatan berfungsi untuk tingkahlaku bernmasalah.

-Hindarkan pendekatan dendaan dan hukuman.Gunakan kemahiran


perkembangan sepenuhnya.

• Penglibatan keluarga

-Luangkan masa yang lebih untuk mereka.

Kajian seterusnya oleh Stahmer,Collins dan Palinkas(2005) telah menilai bahawa 6


latihan dalam komunikasi permulaan intervensi awal.Mereka mendapati program ini
perlu diikuti semasa:

• Awal lahir hingga 3 tahun

• 3-5 tahun.

Pemberian tumpuan perlu untu kanak-kanak ASD bagi mengenal pasti pelbagai
intervensi berdasarkan bukti Odom & Colleagues(2003) yang mengambarkan
intrevensi yang dirangka mestilah:

1.Ditadbir dengan baik

2.boleh dilihat dan berkesan;berasaskan rakan sedbaya,sokongan alat


pandang lihat(grafik/foto,system komunikasi berbantukan gambar,peraturan
arahan)

3.Keputusan yang tepat:sokongan sikap ynag positif divideokan .


Menurut Haflin & Simpson (1998) Tiada kaedah tunggal yang berkesan untuk semua
kanak-kanak autism kerana kanak-kanak pada keseluruhannya mempunyai
perwatakan yang berbeza.Walaupun begitu menurut Kaplan(1996) terdapat
pendekatan berbezayang menunjukkan keputusan yang positif.Dalam kajian
intervensi tahun 2001 mengenai ASD.akademi sains kebangsaan telah mengelas 10
pendekatanumum dan diputuskan bahawa semua program ini mempunyai
merit(mutu sepatutnya)Walaubagaimanapun mereka juga melaporkan sebarang
kesimpulan perkembangan individu sebaiknya menjadi isu kajian dan
ketidakwujudan dari pendekatan perbezaan kajian.Laporan program dihebahkan
secara tidak dipaksa.Sejarah sosial tentang intervensi berkisar tentang sejara
masyarakat.Sansosti & Colleagues(2004) menyatakan kisah masyarakat mula-mula
diperkembangkan untuk membantu kanak-kanak memahami peraturan permainan
tetapi akhirnya tanda-tanda perkembangan banyak tidak dapat dikesan peraturan
sosialnya.Inilah permasalah untuk pembelajaran autism.Matlamat untuk memahami
keyakinan bersosial dan membekalkan panduan untuk pelajar memimpin sementara
diperkelakan pengurusan diri dalam situasi hidupp yang spesifik.

Menurut Sansosti & colleagues (2004) langkah-langkah mengetahui gambarn


sosial dalam situasi sosial dan kemudahan pembelajaran disebabkan pelajar ADS
mempunyai masalah membaca,sosial dan maslah tingkahlaku kiasanGambaran
sosial biasanya untuk :

• Mencapai sesuatu masalah situasi sosial yang spesifik.

• Kenalpasti ciri-ciri utama dalam kontek permulaan persekitaran.

• Kongsi maklumat dengan kanak-kanak dan orang lain.

Oleh itu intervensi tidak boleh dilabel sebagai asas bukti-bukti.walaupun begitu
pendekatan yang patut diberi kerana asas strategi sudah sedia berkesan(contoh
model sosial,ujian analisis,bantuan pandanglihat,latihantidakbalas yang betul
dalam mengemukakan ulasan tentang tingkahlaku sebelum memasuki situasi
sosial sebenar)

Pendekatan seterusnya ialah menggunakan system komunikasi


berbantukan gambar(PECS)

Asas program ialah pembelajaran kepada kanak-kanak bagaimana untuk


menggambarkan symbol bergambar bagi membina pelbagai permintaan sosial
seperti jenis-jenis makan,aktiviti kelas,merujuk jadual peristiwa(Agosta et.al
2004)Oleh nitu PECS digunakan sebagai symbol untuk menyatakan permintaan
sesuatu itemcontohnya boleh berikan,sepertimana konsep sebenar papan
komunikasi untuk kanak-kanak kecacvatan teruk.Matlamat untuk perkembangan
komunikasi PECS membuktikan kekuatan dan kelemahan dalam sosial.

KEBAIKAN PENDIDIKAN
Jabatan pendidikan USA(2006) juga menyediakan maklumat pendidikan khas untuk
orang dewasa.Data-data menunjukkan peningkatan beransur-ansur dalam bilangan
ASD yang memperolehi ijazah dengan diploma dari 33.7% (1994) kepada
51.1%(2002).Berbeza dengan mereka yang tidak mengikutinya.Sementara itu
masalah dalam hubungan sosial ,lisan dan komunikasi bukan lisan perwatakannya
sama dan pada masa sama adalah teruk dalam persekitaran kerja.bagaimanapun ini
membuktikan pelajar ASD boleh Berjaya dalam persekitaran kerja mereka.Kunci
kejayaan timbul dari sokongan yang berkesan dipersekitaran kerja mereka.Oleh itu
ianya boleh disusun untuk rancangan penempatan vokasional ke sekolah
menengah.

INTERVENSI PERUBATAN

Pendekatan rawatan melibatkan terapi perubatan untuk kanak-kanak ASD.Brown &


Umbarga(20050 menyatakan tingkahlku boleh mempengaruhi kualiti hidup dan
mereka perlu mendapat jaminan intervensi perubatan:

1. Tingkahlaku agresif boleh dihindari melalui cara tolak ansur dengan cara
mengurangkan kawalan kebolehan.

2. Sikap mencedera diri,lakukan rawatan untuk keselamatan dan kesihatanatau


campurtangan yang sesuai dalam aktiviti kehidupana mereka.

3. Memenuhi tuntutan contohnya penyertaan dalam aktiviti kehidupan seharian


dan keselamatan.

4. Berterusan.Tingkahlaku terburu yang berbahaya termasuk semasa


berlari,memanjat,mengambil makan atau makan sesuatu yang tidak sesuai.

Hendren & martin (200%) secra terdapata mengambarkan kenyataan sama yang
menarik untuk diberi perhatian kepada rawatan psikoterapis.rawatanini penting
untuk merawat individu ASD.Umumnya rancangan rawatan melibatkan intervensi
tingkahlaku,pendidikan untuk keluarga,perkhidmatan pendidikan khas
,pertuturan,terapi cara kerja dan perkhidmatan baik yang lain.Bukti tanda-tanda
kesan intervensi bersama terapi ubatan mendapat kesan tindakbalas yang baik
dalam persekitaran.Walaubagaimanapun ianya perlu menerusi rawatan
psikatriuntuk populasi ASD.Ianya bukan dipelajari secara sistematik.kawalan
berhati-hati perlu kepada pelatih yang berpengalaman untuk penyelidikan yang
terjamin.Tiada ubat yang spesifik dapat dicadangkan untuk rawatan secara
langsung bagi tanda-tandaASD(Founess et.al 2003) melainkan intervensi rawatan
untuk tanda-tanda pertengahanseperti sifat agresif atau tingkahlaku
mencederakan diri.

Kalachik &Colleagues(1998) mencadangkan penggunaan ubatan untuk


menstabilkan perasaan,tahap pemikiranatau tingkahlaku)melalui prinsip-prinsip:
1. Guna pelbagai badan disiplin untuk merancang dan menyelaras rawatan
serta minat.

2. Guna tindakbalas hipotesis yang spesifik,Bagaiman a ubat dapat


mengubah tingkahlaku.

3. Perolehi maklumat dengan persetujuan dan kebenaran orang tersebut


atau keluarganya.

4. Perkembangan diikuti dengan pengumpulan data masalah tingkahlaku dan


kulaiti hidup.

5. Memantau kewujudan atau tidak kesan sampingannya.

6. Berterusan.Bagi tahap kesihatan peserta dengan menyertakan laporan.

Tingkahlu dan kualiti hidup

Berusaha untuk menguruskan tahap terendah sebaik mungkin.Pengarang


mengenalpasti”jangan” bagi mengaitkan pemberian ubat pschotropic:

1. Jangan gunakan ubat sebagai ganti kepada pendidikan dan perkhidmatan

2. Jangan guna ubat dalam kuantiti yang mengurangkan kualiti kehidupan

3. Jangan gunakan ubat dan sukatan yang kerap.

4. Jangan gunakan pelbagai ubatan dari pelbagai farmasi.

5. Jangan sesekali guna ubatanyang mendorong ketagihanatau kesan


sampingan yang serius.

6. Jangan gunakan ubat tanpa mengikut jadual dan elak gunakan ubat tanpa
asas ilmu pengetahun.

KONTROVERSI INTERVENSI

Simpson(20050 menyatakan kunci kejayaan program untuk pelajar ASD ialah


melalui latihan penerangan asas.Ianya bergantung kepada kaedah yang
bertentangan dengan ujian yang dibuktikan berbahaya .Sejauhmana ia banyak
bergantung kepada kaedah yang tidak dapat dibuktikan dan
pertimbangan”mujarab” cenderung menjadi tidak nyata dan berhubungan dengan
sesuatu yang tidak mungkin berlaku.Walaubagaimanapun bilangan penentuan
intervensi dapatlah dipanjangkan perbincangannya berdasarkan contah.Pada tahun
1990 kontroversi besar telah tercetus dalam pendidikan kanak-kanak
autism.Dibawah pernggunaan komunikasi yang dipermudahkan (FC) proses dimana
fasilitator membantu autism untuk menulis atau menggunakan papan kekunci bagi
tujuan komunikasi.FC menyediakan ilustrasi sesuai dengan cabaran-cabaran yang
menakjubkan untuk sebahagian besar dalam lapangan ini.Pada hakikatnya FC
mendesak komunikasi yang diterima kanak-kanak autism mengikut acuan
pembelajaran bagi meningkatkan persoalan sebenar.Apa yang dirisaukan
bagaimana kontroversi mengesahkan kaerdah tersebut.Dasar-dasar kaedah yang
ditawarkan menurut kajian terbukti menghasilkan kejayaan.Kajian kuantitatif
semakin konsisten,soalan yang sesuai selepas program membuktikan penggunaan
FC itu berkesan.Kaplan(1996) melaporkan seringkali fasilitator mempengaruhi
pelajar autism.sungguhpun begitu fasilitator tidak menyedarinya.Penggunaan FC
tidak boleh diremehkan kerana ramai yang memerlukannya.

Komunikasi yang dipermudahkan (FC) member peluang kejayaan dalam kes


penemuan baru dan minat yangkerap terdesak dalam arena ASD.Simpson(2004)
menyatakan kedua ibubapa dan para professional mengharapkan kemungkinan
penggunaan pelbagai intervensi rawatan yang bertantangan sudah tentu akan
mencapai maksud kebiasaan di program dan intervensi tak akan tamat dalam
meninjau factor-faktor dan strategi,benar atau tidak,bergantung kepada dakwaan
individu autism untuk berkeadaan normal.Sudah tentu harapan untuk tidak
mempertimbangkan pendekatan bagi menuju kearah kanak-kanak
normal(contohnya komunikasi dipermudahkan (FC)).Pendekatan sesuai dapat
dikenalpasti bagi kaedah asas yang telah dibuktikan.Ibubapa dan guru perlu
mengorbankan sebahagian perhatian untuk menghasilkan apa yang perlu dilakukan
melalui satu perkaedahan,potensi risiko mungkin dikaitkan dengan pendekatan dan
komitmen dalam mmenilai keberkesanan pendekatan yang boleh digunakan.

KEMPEN INKLUSIF

Bukti menunjukkan penempatan kanak-kanak autism dengan rakan sebaya


yang tidak bermasalah boleh menghasilkan perubahan tingkahlaku mereka.Menurut
Mykes dan Simpson(2002) kanak-kanak ASD yang dididk dikelas biasa akan dapat
meningkatkan keupayaan dalam pembelajaran.Satu cabaran kejayan inklusif untuk
pelajar autism dikelas perdana ialah dengan memperbadankan kurikulum yang perlu
kedalam program pendidikan khas.Mengikut Majlis Kajian Kebangsaan,objektif
pengajaran mestilah mengandungi:

1. Kemahiran sosial

2. Bahasa lisan,pemerolehan bahasa,kemahirankomunikasibukan lisan,system


komunikasi kefungsian,persetujuan dan kemudahlenturan dalam
perkembangan ujian sesuai dan permainan.

3. Kemahiran motor kasar dan halus

4. Kemahiran kognitif(permainan symbol dan akademik)


5. Tingkahlaku sesuai

6. Kemahiran pengelolaan yang bebas dan kemahiran untuk Berjaya dalam


kelas biasa.

Contoh model terbaik dalam kelas biasa adalah penting.rakan sebaya dapat
menjadi asas untuk kanak ASD dalam memahami situasi sosial dan
perkembangan keupayaan untuk bertindakbalas dalam pergaulan yang
sesuai.Menurut Bortot dan Bryant(2005) mendapati kanak-kanak autism dalam
kelas inklusif telah dapat diterima sebagi ahli kumpulan rakan sebaya yang tidak
mengalami masalah ketidakupayaan.Intervensi yang dipersetujui untuk kanak-
kanak dan orang dewasa autism ialah pengurusan diri dalam menjalankan
pelbagai teknik membantu dalam kawalan diri.Egel(1989) menegaskan ada 2
prinsip penting dalam program pendidikan kanak-kanak autism menggunakan
kefungsian dan usaha menjadikan program itu sesuai untuk tahap
perkembangan dan kronologi umur kanak-kanakyang membesar sebagai orang
dewasa autism tidak boleh dijangka.Dalam meneruskan kehidupan pelajar
pendidik perlu berfikir;

1. Adakah pengajaran kemahiran ini amat berguna?

2. Adakah sesuatu yang boleh digunakan dalam persekitaran mereka?

3. Pembelajaran kemahiran yang sepatutnya ,adakah ianya membantu


mereka untuk hidup dimasa depan?

Program untuk pelajar autism perlu kepada umur dan perkembangan yang
sesuai.Kronologi umur individu dan tahp perkembangan mestilah
selaras.Kadang-kadang wujud sesuatu yang tak sesuai dalam 2 bidang
kegiatan,merangka program merupakan satu cabaran(mc Donnel et.al
1995).Dalam kes ini maklumat perkembangan yang sesuai mesti di ubahsuai
mengikut umur yang sesuai.Matlamat dari segi RPI dan objektif
perkembangan yang sesuai terhadap tahap perkembangan patut
menekankan pertimbangan apabila melaksanakan penyesuaian kelas.

AMBILKIRA KEPERLUAN KHAS :ASD

Bukan hanya satu kaedah untuk kanak-kanak ASD dikelas aliran


perdana,tanpa merujuk intervensi pendidikan untuk kanak-kanak ASD.Guru
perlu mengemukakan beberapa isu apabila berhadapan dengan kanak-kanan
ASD dan perkembangan strategi yang berkesan untuk setiap kanak-kanak
dengan asas individu.Pastikan pelaksana an temasuk strategi melibatkan
penglihatan yang mana ia member kelebihan untuk bekalan pelajar yang
lengkap,gunakan strategi berstruktur yang mana dapat menyediakan pelajar
untuk berubah dalam rutn kehidupan.Pengajaran yang berperingkat dapat
membantu memajukan pembelajaran(Myles & Simpson 1998)

Safran (2002) mencadangkan agar guru mengikuti tip-tip ini semasa


bersama pelajar ASD :

1. Berhati-hati menyusun struktur kedudukan tempat duduk dan


kumpulan kerja.

2. Sediakan tempat selamat

3. Pastikan pelajar selamat

4. Sediakan perubahan yang tetap

5. Gunakan sumber sedia ada/sediakan kemudahan bilik yan diperlukan.

También podría gustarte