Está en la página 1de 6

Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai

kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang
pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. 

Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi.
Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya.
Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi  dalam sesuatu bahasa.

ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA  

1. Bibir atas 11. Tengah lidah


2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok
 
FUNGSI ALAT PERTUTURAN 

Lidah

   Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi
bahasa. Lidah terbahagi kepada  empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,
hadapan lidah, dan  belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat
deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan
belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan,
tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh
digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.  

Gigi 

   Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah
aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran
udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan
bunyi. 

Bibir 

   Bibir
adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri
daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan
berperanan  mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan
paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara
yang keluar daripada rongga mulut. 

Gusi

   Gusimerupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam
rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung
lidah yang berfungsi membuat penyekatan. 

Lelangit 

   Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit
lembut.  Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir
rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas
rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak
terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan
keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan
udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.  
Rongga Hidung 

   Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh
dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit
lembut dinaikkan atau tidak.

Pita Suara

   Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam
penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan
mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.

JENIS-JENIS BUNYI

Bunyi Vokal 

   Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami
sekatan atau himpitan.  Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh  pengaruh lidah, keadaan
rongga mulut dan bentuk bibir.   

Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:


 

PENGHASILAN BUNYI VOKAL 

Vokal Depan Sempit   (i) 

    Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuh
lelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.

Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui
rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitan
yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Bibir berada dalam keadaan
terhampat. 

Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cari 

Vokal Depan Separuh Sempit  (e) 

    Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggi
membunyikan vokal (i). 

Contoh: kole, tauge, bendi, elok

Vokal Depan Separuh Luas 

   Untuk mengeluarkan  vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untuk
mengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama  seperti semasa
mengeluarkan bunyi  vokal (i) dan (e). 

Contoh: tauke, gelek, gesek, gerek

Vokal Depan Luas ( a) 


   Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini,  depan lidah diturunkan serendah-rendahnya.
Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga
hidung.  Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i),
dan (e). 

Contoh:  anak,  pandai, landai, anting, siapa, takat

Vokal Belakang Sempit (u) 

    Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak
menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir dibundarkan. 

Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulang 

Vokal Separuh Sempit ( o ) 

    Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling
tinggi dan tempat yang paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan. 

Contoh: obor, solo, polo, toko, orang  

Vokal Belakang Separuh Luas  

   Dihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempit
dan bentuk bibir turut dibundarkan. Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.

Vokal Tengah   

   Dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut. Bahagian
tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana
luasnya. 

Contoh: enam, empat, kenduri, gerai 

DIFTONG   
    Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku
pengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal
yang lain. Terdapat 3 jenis diftong. 

a. (ai):     sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landai

b. (au):    lampau, silau, garau, surau, pukau

c. (oi):     amboi, dodoi,  adoi, sepoi, boikot.

También podría gustarte