Está en la página 1de 1

LOMPAT JAUH

1.0 PENGENALAN

Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet mencuba mendarat sejauh yang boleh dari
tempat yang dituju. Acara ini adalah salah satu acra yang diminati walaupun tidak ramai orang yang
mempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh. Dalam masa yang singkat, atlet mestilah membuat
pelarasan bagi membetulkan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki.
Untuk mendapatkan pendaratan yang jauh dri tempat lonjakkan pelompat jauh perlu menjalani latihan yang
sistematik di bawah bimbingan jurulatih.
Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah brelari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkan
kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal. Perlu diingat, masalah
utama pelompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke empat langkah sebelum melonjak. Di
sampinh itu pelompat jauh harus meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksposif.

1.1 SEJARAH ACARA LOMPATAN – LOMPAT JAUH

Sejarah permulaan acara lompat jauh dapar dikesan seawal tahun 708 sebelum masihi iaitu dalam Sukan
Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan tersebut, lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis,
peserta Sparta. Bagaimanapun, teknik dan cara lompatan yang dibuat amat berlainan daripada lompatan yang
dibuat kini. Berdasarkan bukti-bukti lukisan yang terdapat pada tembikar dan corak-corak lukisan yang dibuat
pada zaman itu, lompatan dibuat secara berkali-kali oleh peserta Sparta, sama ada lompatan dalam bentuk
multiple, double-triple atau quin-triple.
Selain itu, terdapat juga fakta menyatakan bahawa lompat jauh berasal dari sukan zaman purba di Greece
dalam bentuk lompat jauh berdiri. Pada masa itu pelompat melompat dengan memegang beban yang
dinamakan ‘halteres’ pada kedua-belah tangan. Berat tersebut adalah di antara 0.9 kg hingga 4.5 kg, dan ia
dipercayai dapat membantu untuk memberi kesan lompatan yang lebih jauh. Ini terbukti dalam tahun 1854,
J.Howard yang melompat sejauh 9.02 m sebenarnya mendapat 2.4 m hasil daripada beban yang digunakan.
Pelompat melompat dari ‘threshold’ (tempat lonjakan) dan mendarat di ‘skamma’ (tempat mendarat). Pada
masa ini acara lompat jauh ialah lompat jauh berlari.
Apabila Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh termasuk sebagai salah satu acara
olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai salah satu acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang
diadakan di pelbagai peringkat di dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa
sehinggalah kepada bentuk lompatan yang ada seperti sekarang.
Walaupun lompat jauh merupakan acara yang paling mudah dipelajari berbanding acara-acara lompatan yang
lain, tidak bermakna semua orang mampu melakukannya dengan baik. Teknik lompatan dan peraturannya
perlu dipelajari dengan penuh minat. Ini kerana, sebagai satu acara sukan, ia juga tidak lari daripada risiko
kecederaan. Teknik-teknik lompatan baru adalah diperkenalkan daripada kajian-kajian saintifik yang dilakukan
ke atasnya. Rekod lompatan terjauh yang pada suatu masa dahulu diramalkan menjadi rekod paling lama, kini
sudah pun diperbaiki. 
Pelompat dari Amerika Syarikat merupakan kuasa dominan dalam acara ini dan pelompat yang terkenal adalah
seperti Jesse Owens, Bob Beamon dan Carl Lewis. Jesse Owens telah mencatatkan rekod dunia sejauh 8.13 m
dalam tahun 1935 dan rekod ini kekal selama 25 tahun. 
Dalam tahun 1968, Bob Beamon melompat melepasi jarak 8.90 meter dalam Sukan Olimpik di Mexico telah
dipecahkan oleh seorang lagi peserta Amerika Syarikat, iaitu Mike Powell dengan lompatan sejauh 8.95 meter.
Ini menunjukkan bahawa, sebagai rekod tidak mungkin ia tidak dapat diperbaiki oleh peserta kemudiannya.
Semua ini disebabkanadanya latihan, pembaharuan teknik dan keazaman yang tinggi daripada peserta itu
sendiri. 
Di Kejohanan Olahraga Dunia 1999, Ivan Pedroso (Cuba) hanya berjaya melompat sejauh 8.56 m (28 Ogos
1999). Dalam kategori wanita pula, Vilma Bardauskiene (USSR) berjaya melepasi halangan 7 m buat kali
pertama kalinya dalam tahun 1978 dalam Kejohanan Eropah di Prague, Czechoslovakia

También podría gustarte