Está en la página 1de 2

ANUARDAN:Menggarap Seni Warisan Melayu Oleh: MOHD JOHARI AB.

HAMID DEWAN BUDAYA,


NOVEMBER 2005
Penulis terpegun dengan ketekunan pelukis ini dalam menggarap imej-imej yang buk
an asing pada kita ketika di alam kanak-kanak dulu. Kukur kelapa, tempayan jeruk
, buyung, tikar, seterika arang, jam dinding, kipas antik, basikal tua, rumah-ru
mah kampong (lama) yang boleh dianggap telah pupus dan jarang-jarang digunakan l
agi. Nostalgia penulis dengan kehidupan zaman kanak-kanak pada tahun 1960-an sed
ikit terubat apabila menghayati lukisan-lukisan Anuar Dan. Bagi penulis, lukisan
-lukisan beliau begitu berjaya membawa kita kembali pada zaman-zaman lampau itu.
Walau bagaimanapun, pelukis kelahiran Taiping, Perak pada tahun 1960 itu seperti
mencari sesuatu dalam menterjemahkan kembali imej-imej tersebut dalam karya-kar
ya seninya. Meliuhat stail karya seninya itu, penulis cuba membuat pentafsiran s
endiri bahawa Anuar Dan telah bertemu semula dengan identitinya itu. Penulis mul
ai mengenali pelukis ini sejak tahun 1990 lagi. Tugasnya sebagai pereka grafik d
i Balai Seni Lukis Negara telah membuka peluang yang cukup banyak kepadanya untu
k mengenali dan mendalami duni aseni visual tanah air. Peluang keemasan itu digu
nakan oleh Anuar Dan bagi memperkaya pengalaman dan ilmu di dadanya. Beliau berk
esempatan berkenalan rapat dengan beberapa seniman besar negara seperti Dato Syed
Ahmad Jamal dan Allahyarham Ismail Zain. Anuar yang mendapat pendidikan dalam b
idang grafik seperti tidak kekok untuk terus mencuba dan mencari peluang untuk b
ersama-sama meletakkan dirinya bagi memeriahkan lagi dunia seni tanah air itu. K
emungkinan besar Anuar dipengaruhi oleh beberapa orang pensyarahnya yang juga pe
lukis terkenal seperti Hashim Hassan dan Raja Zahabuddin Raja Yaacob. Mereka mer
upakan tenaga pengajar dari jurusan grafik yang turut mewarnai dunia seni visual
tempatan dan antarabangsa. Siapakah tidak mengenali dengan pelukis Burung Batik d
an Bapa Logo Kebangsaan itu ?. Ataupun karya-karya seni yang memaparkan imej foto
montaj dan perinding setem Malaysia ciptaan Raja Zahabuddin Raja Yaacob ?.
Berdasarkan pengalaman dan tunjuk ajar itu, Anuar Dan juga berjaya menunjukkan t
aringnya. Beliau telah berjaya mernagkul tempat pertama dalam pertandingan menci
pta logo Keretapi Tanah Melayu pada tahun 1983. Bukan setakat itu sahaja Anuar m
encipta kejayaan, malah beberapa siri pertandingan karya beliau sering menjadi p
erhatian juri. Antaranya tenpat pertama pertandingan mencipta logo Anti Dadah an
juran Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) dan Hadiah Kedua pertandingan meluk
is orkid anjuran Galeri Seni Shah Alam (2000). Kejayaan demi kejayaan yang berja
ya diperolehi Anuar tidak berhenti setakat itu sahaja. Beliau terus berusaha unt
uk mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan dan Pemerhatian penulis terhadap pe
rkembangan yang ditunjukkan oleh Anuar bukan berlaku dalam tempoh setahun dua sa
ja. Malah ia berlaku hampir saban tahun sehingga ke hari ini. Ketika seedang mel
engkapkan penyelidikan di peringkat Ph.D., penulis sering bertemu dengan pelukis
ini untuk mendapatkan maklumat dan sejarah seni visual, terutamanya yang berkai
tan dengan perkembangan kritikan seni di Malaysia. Anuar menjelaskan bahawa krit
ikan seni amat diperlukan di negara kita. Menurutnya seni yang tidak dikritik se
perti tidak diberi pengiktirafan.Kritikan seni merupakan satu pengiktirafan masy
arakat kepada pelukis dan karya seni itu sendiri. Menurutnya lagi, kejayaan beli
au dalam memperolehi identitinya setakat ini adalah usaha kritikan seni sendiri.
Kritikan seni bukan sahaja setakat pengiktirafan tetapi turut memberikan cahaya
dalam karya. Karya seni perlu digilap oleh pengkritik seni supaya terus bercahay
a. Seperti pelukis lain juga, Anuar tidak gentar apabila menerima kritikan. Pada
nya, pelukis perlu bersedia pada bila-bila masa untuk dikritik oleh pengkritik s
eni. Selain itu menurutnya lagi, pengkritik seni juga biarlah terdiri daripada i
ndividu yang memahami seni dan mempunyai latarbelakang dan pengalaman dalam duni
a seni. Sekurang-kurangnya sesuatu yang diperkatakan itu dapat diterima kerana k
ritikan juga boleh menjejaskan minat pelukis sekiranya tidak ditangani dengan be
tul. Pengkritik yang tidak mempunyai pengalaman atau pendidikan seni tidak dapat
mengupas karya seni dengan baik. Peluang bagi pelukis untuk memperbaiki apa-apa
yang dikritik itu tidak jelas.
Penulis tertarik dengan perubahan Anuar dalam menterjemahkan karya-karya seninya
itu. Suatu ketika dulu, Anuar memilih buah-buahan tempatan sebagai tema utama d
alam kebanyakan karyanya. Pemilihan itu pada pendapat penulis tidak begitu sesua
i kerana, pendekatan dan pengolahan berus dan warna serta paparan imej Anuar beg
itu bertenaga. Dari karya-karya yang dihasilkan seperti Siri Manggis dan Raja Bu
ah itu sudah terserlah bahawa Anuar perlu memilih objek yang lebih dekat dengan
budayanya. Ini dapat membantu beliau untuk duduk berdiri sama tinggi dan duduk s
ama rendah dengan pelukis-pelukis terkenal tanah air.
Daripada pemerhatian dan penyelidikan penulis, Anuar gemar melakukan percubaan d
emi percubaan, terutama bagi mendapatkan tema, gaya, teknik, sapuan berus dan al
iran. Cara sapuan berus yang kasar dengan pertindanan warna-warna yang agak gara
ng mendorong penulis berpendapat pengaruh abstrak ekspresionis telah menjiwai da
lam dirinya. Namun, Anuar tidak jemu mencuba sehingga kini. Akhirnya dengan pemi
lihan imej yang lebih padat dan berjaya, Anuar sudah boleh tersenyum bahawa kary
anya sudah mulai diintai oleh penggemar lukisan Malaysia. Malah karyanya sudah d
imiliki oleh kebanyakan orang kenamaan sama ada dari dalam negara atau luar nega
ra.
Kebanyakan karya seni Anuar Dan menyerlah dengan warna-warna impresionis. Impres
ionis merupakan aliran seni moden yang bermula di Eropah pada abad ke 16. Aliran
ini bermula akibat daripada perasaan jemu pelukis ketika itu yang gemar melukis
objek yang benar. Satu kumpulan pelukis telah membawa konsep merakam semula simb
ahan cahaya pagi atau senja di atas objek. Yang menarik Anuar cuba mengambil war
na-warna senja dan dipadankan dengan objek objek warisan melayu itu. Objek itu t
idak dilukisnya malah dicetak semula dengan menggunakan teknik sutera saring.
Objek itu dipilih dan disusun mengikut kesesuaian estetika. Bentuk-bentuk rumah
melayu lama yang semakin kurang perhatian masyarakat sekarang sebenarnya kaya de
ngan nilai-nilai tradisi Melayu. Sayangnya, rumah-rumah itu semakin lama semakin
pupus ditelan arus pemodenan. Begitu juga dengan barangan lama yang dinyatakan
sebelum ini. Barangan tersebut tidak lagi menjadi barangan keperluan, malahan se
makin kurang diberi perhatian. Melihat fenomena itu, Anuar Dan mengumpulkannya s
emula dalam bentuk artistik.
Memetik penulisan Prof. Dr. Siti Zainon Ismail, Anuar Dan melukis ukiran budi Mela
yu dengan dua bentuk dimensi, mengutip semula khazanah budaya, ukiran kerawang,
bumbung rumah kutai, tangga Melaka, buyung, serkap ayan dan sangkar burung. Semu
anya kembali untuk dicintai kerana Anuar Dan percaya di situlah inti dan semanga
t budi Melayu yang bersalutkan akal menyatukan di jiwa.
Antara karya-karya seni Anuar Dan yang menarik untuk dihayati ialah, Mendengar Gu
ruh Di Langit, Air Tempayan Dicurahkan, Rumah Sudah Pahat Berbunyi, Rumah Buruk Di
sapu Cat, Ibarat Burung, Mata Terlepas Badan Terkurung.
Pemilihan bagai kebanyakan judul karya seni juga penting bagi Anuar Dan. Bagi pe
lukis yang berkumis nipis itu, disamping menghayati karya seninya, penghayat sen
i dapat menyelam makna yang tersirat daripada ungkapan bidalan dan perumpamaan M
elayu itu. Beliau juga ingin memperjuangkannya agar kedua-dua nilai seni Melayu
tradisi itu tidak pupus ditelan zaman.
Daripada penyelidikan dan pemerhatian penulis, pelukis turut memainkan peranan p
enting untuk mengetengahkan semula nilai-nilai seni tradisi nenek moyang kita ya
ng hampir pupus itu. Antaranya gurindam, pantun, seloka, adat berendoi dan sebag
ainya.

También podría gustarte