Está en la página 1de 12

Skema Jawapan Bahasa Melayu Kertas 2 (910/2)

Soalan 1

Sebagai Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Bencana Alam Negeri anda


diminta menyediakan satu laporan tentang punca-punca berlakunya bencana
alam dan mengemukakan cadangan untuk mengatasi masalah tersebut.
Sediakan laporan itu.

Tajuk

1.0 Pendahuluan
- definisi bencana alam
- pada hari ini dunia dikejutkan dengan beberapa siri bencana alam
- terdapat banyak punca berlakunya bencana alam dan terdapat beberapa
Cadangan untuk mengatasinya

2.0 Senarai Ahli Jawatankuasa


Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
AJK kecil
3.0 Punca berlakunya bencana alam
3.1 Penebangan hutan secara berleluasa
- Contohnya kes Lojing di Gua Musang di mana banyak hutan diteroka
tanpa mendapat kebenaran / lessen
- Penebangan hutan di kawasan Pos Dipang pada tahun 1990 sehingga
menyebabkan ramai orang asli yang terkorban kerana banjir Lumpur
3.2 Kecuaian manusia
- Pembuangan sampah sarap dan sisa toksik ke dalam sungai
- Apabila keadaan ini berlaku sungai menjadi cetek sehingga menyebabkan banjir
- Saliran air tersumbat /tersekat
- Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran daripada
189 batang sungai di negara kita hampir 28 batang sungai yang tercemar teruk.
- Akibatnya bencana alam seperti banjir berlaku sehingga memberikan kesan kepada
penduduk sekitar . contohnya banjir besar yang berlaku di Johor , dan Pahang.
- Pembakaran hutan di Indonesia secara meluas menyebabkan terjadinya taufan dan
siklon / kemarau panjang
3.3 Faktor semula jadi
- Faktor geografi seperti tsunami, gempa bumi, ribut taufan,
- Peningkatan suhu dunia berpunca daripada perkembangan perindustrian dan
pembangunan
- Gas-gas pencemar akan memerangkap haba inframerah
- Berlakunya kesan rumah hijau dan seterusnya meningkatkan suhu dunia
akibatnya cuaca berubah bumi dilanda oleh fenomena Al-Nino dan La-Nina
- Penipisan lapisan ozon menyebabkan suhu bumi meningkat
- Glasier di kutub utara menjadi cair menyebabkan paras air laut meningkat
Contohnya banjir di China dan Bangladesh

4.0 Langkah mengatasi


4.1 Jabatan Hutan dan Jabatan Alam Sekitar perlu menggubal satu akta bagi
Melindungi kawasan hutan terutama kawasan hutan simpan
4.2 Mengawal aktiviti pembalakan dan mengenakan hukuman yang berat terhadap
setiap pembalak yang tidak mengikut arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Contoh mereka yang tidak mematuhi arahan menanam semula pokok di kawasan
yang telah diterangkan.
Contoh seterusnya mengawal pembalakan haram yang banyak berlaku di negeri
Kelantan, Pahang dan Sabah.
4.3 Membuat persediaan awal dengan mencipta alat-alat yang dapat mengesan
kejadian bencana alam lebih awal. Contoh Jepun telah mencipta alat mengesan
tsunami.
4.4 Mengurangkan penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) seperti alat penyaman
Udara, peti sejuk dan alat penyembur aerosol.
4.5 Mewujudkan kerjasama antarabangsa untuk memadamkan kebakaran hutan dan
negara maju perlu membantu dengan menghulurkan bantuan kepakaran dan
teknologi memadam api.

5.0 Kesimpulan
- Kesimpulannya semua pihak harus menggembleng tenaga untuk mengurangkan
risiko berlakunya bencana alam
- Walaupun bencana alam ini berlaku secara semula jadi namun sebagai manusia
kita berperanan untuk memastikan faktor-faktor penyumbang kepada bencana
alam ini dikurangkan.
- “Kualiti alam sekitar menjamin kesejahteraan negara”

Laporan Disediakan oleh Tarikh

______________
(NAMA )
Jawatan

Catatan;
Markah akan dipotong daripada markah keseluruhan sekiranya calon tidak akur kepada format
Laporan:

- Tiada tajuk tolak 1 markah


- Tiada penomboran tolak 1 markah
- Tiada AJK tolak 1 markah
- Tiada tandatangan tolak 1 markah
- Tiada tarikh tolak 1 markah
Maksimum tolak 5 markah
Soalan 2

Ramai kanak-kanak yang hilang dianggap angkara orang-orang yang tidak


bertanggungjawab dan semakin terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan.
Bincangkan punca-punca berlakunya kejadian tersebut dan cadangkan langkah- langkah
untuk menanganinya.

Pendahuluan
- Anak ialah anugerah Tuhan yang perlu dijaga.
- Peningkatan kes kanak-kanak hilang semakin membimbangkan. Contoh ; adik Nurin
Jazlin, Sharlinie, Asmawi dan lain-lain.
- Angkara orang-orang yang tidak bertanggungjawab dan nilai kemanusiaannya semakin
terhakis.
- Langkah yang berkesan perlu untuk menangani masalah ini.

Isi
Punca-punca
1. Tekanan hidup atau stres
- hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perbuatan di luar perikemanusiaan/sadis
- latar belakang kehidupan yang pernah menjadi mangsa dera.

2. Sikap tamak dan inginkan kemewahan hidup


- bebanan hutang yang terlalu banyak
- sindiket menjual kanak-kanak. Contoh; organ, video lucah dll

3. Masalah mental atau psiko


- memuaskan nafsu dengan seks di luar tabie
- terdedah kepada ICT yang berunsur ganas, pornografi dll
- pengaruh najis dadah, alkohol dan pil-pil khayal
- dendam kerana pernah menjadi mangsa dera

4. Kegagalan institusi kekeluargaan


- ibu bapa mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak terabai
- kecuaian ibu bapa dan tidak memantau gerak geri anak-anak
- kurang mahir tentang ilmu keibubapaan
- tidak prihatin dengan anak-anak yang belum matang
Langkah-langkah menangani masalah kehilangan kanak-kanak
1. Meningkatkan kawalan keselamatan
- memasang CCTV pada setiap premis atau lokasi yang agak berbahaya. Contoh; lorong-
lorong belakang bangunan, taman permainan kanak-kanak dll
- menambah anggota pasukan keselamatan seperti polis, RELA dan ahli-ahli masyarakat
setempat
- kerajaan perlu menambahkan peruntukan bagi pembangunan/program peningkatan
kawalan keselamatan.

2. Kempen kesedaran kepada masyarakat


- prihatin kepada individu yang telah dikenal pasti mempunyai masalah psiko atau mental
- mengambil berat tentang aktiviti anak-anak dan dengan siapa mereka terlibat
- mengamalkan budaya ‘anak orang, anak kita’

3. Kursus dan pendidikan ilmu keibubapaan


- memperkukuh kerohanian dan moral ibu bapa
- khusus untuk ibu bapa dan bakal ibu bapa
- motivasi kepada ibu bapa dalam membentuk institusi kekeluargaan yang mantap
- memperuntukkan masa yang berkualiti bersama-sama anak-anak
- mengenakan hukuman kepada ibu bapa yang cuai

4 Pendidikan Penjagaan Keselamatan Kanak-kanak


- khusus untuk kanak-kanak agar dapat melengkapkan diri mereka dengan ilmu pertahanan
diri dan cara menyelamatkan diri apabila berdepan dengan situasi yang berbahaya
- mengadakan kursus atau ceramah di sekolah-sekolah oleh badan-badan NGO
- media massa menyebarkan maklumat tentang tindakan yang perlu diambil apabila
mereka berdepan dengan seseorang yang mencurigakan

5. Memperbanyak pakar-pakar kesihatan


- menambah bilangan ahli psikiatri, kaunselor dan ahli psikologi di hospital/klinik
- sebagai tanggungjawab sosial terhadap rakyat Malaysia

6. Program Keselamatan Serantau Negara-negara ASEAN


- berkerjasama dengan pakar-pakar forensik luar negara yang lebih berpengalaman
- bantuan polis Interpol untuk mengesan penjenayah atau sindiket antarabangsa

Kesimpulan
- kerjasama perlu digembleng oleh semua pihak
- Slogan ‘Rakyat Selamat Negara Makmur’
- Pembangunan negara terus maju tanpa masalah sosial
Soalan 3

Kerajaan bercita-cita untukmenjadikan negara Malaysia sebagai ‘Negara Industri’menjelang


tahun 2020. Pada pendapat anda, mampukah Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian baru
yang maju menjelang tahun 2020?

1. Pendahuluan

Kepesatan pembangunan ekonomi dalam bidang perindustrian di Malaysia sejak akhir-ahkir ini
begitu memberansangkan. Gambaran ini menunjukkan Malaysia mampu menjadi sebuah Negara Industri
Baru (NIC) menjelang tahun 2020 apabila kajian mendapati pendapatan per kapita rakyat negara ini
meningkat. Keadaan ini meletakkan Malaysia sejajar dengan negara NIC yang lain seperti Hong Kong,
Taiwan, dan Singapura.

2. A. Isi (Jika Malaysia mampu menjadi negara NIC)

Is1: Terdapat bekalan komoditi utama yang banyak dan murah


- contohnya, kelapa sawit, getah, petroleum
Is2: Adanya jumlah pasaran luar negara yang luas
- contohnya, minyak kelapa sawit ke China, Jepun, dan Amerika Syarikat
Is3: Adanya tenaga buruh yang banyak dan murah
- contohnya, tenaga buruh tempatan dalam bidang teknik dan vokasional dan tenaga buruh
asing yang datang bekerja di negara ini
Is4: Kestabilan politik mempengaruhi pelabur-pelabur asing
melabur - contohnya, adanya perpaduan antara rakyat dan
negara aman
Is5: Terdapat kemudahan infrastruktur yang baik
- contoh ada sistem perhubungan udara, air, dan darat yang baik
- kemudahan awam yang lengkap seperti telefon, elektrik
Is6: Peranan yang dimainkan oleh syarikat-syarikat swasta
seperti TNB, TELEKOM, PETRONAS
Is7: Perhatian yang serius oleh pihak kerajaan
- contohnya, kerajaan memberi insentif dan galakan pelaburan, mengurangkan kadar cukai,
dan taraf perintis

3. Penutup

Berdasarkan fakor-faktor yang telah dijelaskan tadi, Malaysia mampu menjadi sebuah negara
industri baru menjelang tahun 2020. Namun demikian, untuk mencapai cita-cita tersebut rakyat negara ini
perlu memberikan komitmen yang jitu serta menyambut baik setiap rancangan yang disarankan oleh
pihak kerajaan.

4. B. Isi (Jika Malaysia tidak mampu menjadi negara NIC)

Is8: Malaysia masih kekurangan tenaga pakar dan mahir


dalam pelbagai bidang - contohnya, banyak mengimport
tenaga pakar luar negara dengan kos yang tinggi
Is9: Terlalu bergantung kepada teknologi asing
- contoh, dalam pembuatan kereta kita masih memerlukan
teknologi pemasangan kereta dan komputer
Is10: Pasaran tempatan yang kecil
- contohnya, jika negara luar menolak barangan Malaysia
pasaran akan menurun
Is11: Kemampuan kuasa beli penduduk tempatan rendah
- bukan semua penduduk berpendapatan tinggi
Is12: Persaingan dari negara lain
- contoh, negara-negara yang sudah kukuh ekonominya
akan mengeluarkan barangan yang sama bersaing di
pasaran
Is13: Pergantungan kepada pelabur-pelabur asing
- contoh, akan menghadapi risiko jika berlaku kemelesetan
ekonomi

5. Penutup

Dalam menyampai hasrat tersebut, rakyat perlu bekerja keras kerana masih belum mampu menjadi
sebuah negara industri baru menjelang tahun 2020. Namun demikian, usaha-usaha yang sedang
dijalankan oleh kerajaan itu merupakan suatu wawasan yang perlu diteruskan untuk menjamin kejayaan
negara yang lebih cemerlang.
Soalan 4

Filem merupakan salah satu elemen seni budaya yang diminati ramai. Huraikan peranan
filem dalam masyarakat.

Pendahuluan

- definisi filem

- Kategori filem

i. Filem Balada
ii. Filem Komedi
iii. Filem Aksi
iv. Filem Seram

- Filem mempunyai peranan tertentu dalam masyarakat

Isi

Peranan filem dalam masyarakat

IS1: Filem sebagai alat hiburan

IS2: Semangat patriotik dapat disemai dalam kalangan masyarakat secara tidak langsung melalui
filem

IS3: Filem sebagai media pengajaran dan nasihat untuk membentuk akhlak dan moral mulia
dalam kalangan remaja, contohnya filem berunsurkan keagamaan

IS4: Filem boleh dijadikan sumber pendapatan

IS5: Sebagai alat perpaduan

IS6: Menjadi medium untuk melahirkan perasaan seperti sedih, kecewa, gembira

IS7:Filem sebagai identiti bangsa dan negara

Kesimpulan

-Filem merupakan cabang seni yang mendapat tempat dalam kehidupan sejagat
-Perkembangan filem yang sihat dan positif perlu terus dihidupkan untuk manfaat masyarakat dan
negara
Skema Jawapan soalan 5

IU: Krisis tenaga mengancam manusia pada masa akan datang sekiranya pergantungan ke
atas tenaga berasaskan fosil berpanjangan. Sumber fosil memerlukan masa bertahun-
tahun untuk wujud , sedangkan manusia tidak pernah berhenti daripada menggunakan
bahan fosil tersebut. Sejak sekian lama, bahan fosil merupakan penyumbang terbesar
dalam industri tenaga di dunia. 4-6 intipati IUT

IS1:Penggunaan bahan fosil lebih tertumpu kepada kenderaan berbanding penggunaan


industri. 2 intipati IST

IS2:Penggunaan bahan api berasaskan hidrokarbon boleh mengancam krisis sumber


tersebut pada masa akan datang dan menyebabkan manusia terpaksa menanggung
risiko daripada pencemaran bahan buangan yang dihasilkan. 2-3 intipati IST

IS3:Manusia telah lama memikirkan untuk beralih kepada sumber tenaga lain yang boleh
diperoleh secara mudah, murah, dan tidak mendatangkan masalah pencemaran.
2-3 intipati IST

IS4:Ada banyak sumber tenaga yang dikenali sebagai tenaga yang diperbaharui antaranya
tenaga solar, tenaga angin, ombak, dan biojisim (biomas). 2 intipati IST

IS5:TD dan kecekapan tenaga merujuk kepada tenaga yang boleh diganti pada sepanjang
masa dan teknologi penghasilan tenaga berkenaan sudah lama dinikmati oleh
kebanyakan negara berdasarkan kemampuan kepakaran dan kewangan.
2-3 intipati IST

IS6:Malaysia telah memiliki sumber tenaga diperbaharui yang menentukan hala tuju
penggunaan tenaga TD dan memberi tumpuan kepada penyelidikan tiga sumber
penting. 2-3 intipati IST

IS7:Ada dua faktor penting yang membolehkan sumber-sumber tertentu diperbaharui,


iaitu boleh dihasilkan sepanjang hayat manusia dan tidak mencemarkan alam sekitar.
2-3 intipati IST

IS8: Pada masa ini, sumber tenaga solar paling berpotensi untuk dimajukan di negara ini,
dan penyelidikan mengenainya telah lama dijalankan. 2-3 intipati IST

K: Malaysia mampu menghasilkan tenaga alternatif bagi menggantikan tenaga fosil.Selain


itu, sisa bahan pepejal boleh ditukar kepada bahan bakar alternatif. Walau
bagaimanapun, masih banyak perkara perlu diambil kira untuk menjadikan tenaga
alternatif sebagai tenaga utama negara. Para saintis perlu mencari dan
membangunkan sumber tenaga alternatif memandangkan sumber tenaga fosil akan
kehabisan pada suatu hari nanti. 4-6 intipati KT
Skema Jawapan Soalan 6

1. Semaun memanggil Semek. Semek muncul di muka pintu .Ibunya berdiri di


belakangnya.
2. Ibunya bertanya sebab Semaun memanggil Semek.
3. Semaun memberitahu bahawa dia terlupa membawa lading.
4. Tanpa menanti suruhan abangnya Semaun, Semek masuk ke dalam bilik dan
mengeluarkan sebilah lading yang panjang. Semaun menyambut lading itu. Mata lading
berkedip-kedip disebabkan sinaran api jamung yang bernyala.
5. Ibu menanyakan Semaun tempat dia hendak pergi walaupun ibu mengetahui bahawa
Pak Senik telah menjemput anaknya itu.
6. Semaun menyatakan bahawa dia hendak ke rumah Pak Senik.
7. Ibunya membuat andaian Semaun akan terpelesong ke tempat lain.
8. Semaun faham akan pesanan ibunya itu yang bimbang dia akan pergi ke tempat lain,
iaitu ke rumah Dogol.
9. Semaun menganggukkan kepala dan terus berjalan menuju ke bendang. Pemergian
Semaun diperhatikan oleh dua pasang mata yang mengandung harapan, iaitu mata
Semek dan ibunya.
10. Ketibaan Semaun disambut dengan ucapan salam oleh Pak Senik.
11. Pak Senik lantas memulakan perbualan dan menyatakan bahawa harimau itu wajib
dibunuh. Menurut Pak Senik lagi, harimau itu akan mengganas dan kampung tersebut
menjadi porak-peranda sekiranya Pak Belang mengamuk.
Skema Jawapan Soalan 7

1. Setelah baginda Raja Muda mendengar kata-kata Tuan Puteri, baginda dan Tuan Puteri
Bidadari Segerba pergi menyembah Tuan Puteri Rakna Dewi.
2. Tuan Puteri Rakna Dewi menyambut adinda baginda Tuan Puteri Bidadari Segerba dan
menyatakan bahawa adinda tidak perlu bersusah hati.
3. Pada pendapat Tuan Puteri Rakna Dewi, baiklah Tuan Puteri Bidadari Segerba
mengikut adat kebesaran raja-raja.
4. Baginda Raja Muda memberitahu niat baginda adalah sama seperti yang diperkatakan
oleh Tuan Puteri Rakna Dewi.
5. Segala titah Tuan Puteri Rakna Dewi akan dipenuhi oleh baginda kerana baginda telah
melakukan kesalahan .walaupun dibunuh oleh ayahanda dan bonda.
6. Menurut baginda lagi, baginda berasa bersyukur walaupun hendak dibunuh oleh
ayahanda dan bonda.
7. Bagi baginda, perkara itu telah menjadi untung nasibnya dan tidak boleh dipersoalkan
lagi.
8. Tuan Puteri Bidadari Segerba bertitah bahawa baginda mempunyai pendapat yang
sama.
9. Menurut baginda lagi, Raja Muda tidak sepatutnya dijatuhi hukuman atas kesalahan itu
kerana baginda telah khatam Quran, mengetahui nahu dan tafsir, sah dan batal, halal
dan haram, serta dosa dan pahala.
10. Tuan Puteri Bidadari Segerba menitahkan kepada Raja Muda agar membakar
kemenyan mandung jati kerana hendak mempersilakan ayahanda dan bonda, dayang-
dayang, inang pengasuh, dan kadi untuk menikahkan baginda berdua.
Bahagian D

8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan
sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [ 15 ]

Bahasa Melayu menjadi bahasa ibunda kepada sebahagian besar penduduk di empat buah
negara, yakni Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Selain menjadi bahasa ibunda,
bahasa Melayu juga merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa resmi di keempat-empat
negara tersebut. Dalam konteks kepentingan di persada antarabangsa, bahasa Melayu kini
dipelajari sebagai bahasa asing di 100 buah institusi pengajian tinggi di seluruh dunia. Justeru,
didapati tidak kurang 30 buah negara yang menawarkan kursus Pengajian Melayu pada
peringkat pasca siswazah. Antara negara-negara menawarkan kursus ini adalah Amerika
Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, Perancis, China, Korea Selatan, dan Jepun.

SKEMA JAWAPAN
Soalan 8

Bil Kesalahan Sebab kesalahan Pembetulan

1. ... resmi Kesalahan penggunaan ... rasmi ...


kosa kata yang tepat.
’resmi’ membawa maksud
sifat atau tabiat, manakala
’rasmi’ membawa maksud
disahkan atau diisytiharkan

2. Justeru, ... Kesalahan struktur ayat Oleh itu...


yang dimulai dengan kata
hubung ’Justeru’

3. ...adalah... Kata pemeri ”adalah” tidak ... ialah...


boleh digunakan di
hadapan frasa nama. Kata
pemeri ”adalah” hanya
digunakan di hadapan frasa
adjektif dan frasa sendi
nama.
4 Antara negara-negara ... Kesalahan unsur lewah ... Antara negara atau
dalam frasa sendi nama negara negara...
Kata nama negara tidak
perlu digandakan selepas
kata sendi ’antara’
5. Antara negara-negara Kata hubung pancangan Antara negara-negara
menawarkan... relatif ”yang” harus yang menawarkan ...
digunakan dalam ayat
majmuk pancangan relatif.
6. ...pasca siswazah Kesalahan imbuhan pascasiswazah
pinjaman yang ditulis
secara serangkai

También podría gustarte