Está en la página 1de 17

1.

0) PENGENALAN KEPADA BIODIVERSITI

Biodiversiti merupakan khazanah yang tidak ternilai dan menjadi warisan kepada

generasi akan datang. Ia merupakan salah satu ciri istimewa kepada alam sekitar yang

mana setiap individu spesies yang hidup dimuka bumi ini mempunyai ciri-ciri dan

keistimewaannya yang tersendiri dan hidup bergantungan diantara satu sama lain.

Selain itu, kepelbagaian biologi ini merupakan kayu pengukur bagi membolehkan satu

spesies yang berlainan hidup didalam ekosistem biologi yang semulajadi. Mendengar

istilah biodiversiti, mungkin ada di antara kita yang masih belum jelas mengenai

takrifannya. Perkataan biodiversiti sebenarnya merupakan perkataan singkatan bagi

‘biological diversity' ataupun kepelbagaian biologi. Menurut sumber Estidotmy pada

tahun 2007, biodiversiti ditakrifkan sebagai sebagai keanekaan di antara organisma

hidup daripada pelbagai sumber baik daratan mahupun samudera dan lain-lain yang

melangkaui ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks yang

termasuk di dalam kelompok spesies dan antara spesies dan ekosistemnya.. Biodiversiti

terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:

a) Diversiti genetik merupakan peringkat dimana kepelbagaian di dalam spesies

yang diukur mengikut variasi dalam gen setiap tumbuhan, haiwan dan

mikroorganisma dalam sesuatu spesies. Misalnya, kita boleh melihat perbezaan

di antara sesama manusia yang tergolong kepada satu spesies sahaja iaitu

Homo sapien. Kebanyakan manusia mempunyai ciri-ciri genetik yang berlainan

terutamanya daripada sifat fizikal mereka seperti berambut kerinting ataupun


lurus, Ada antara rakan adik yang mempunyai rambut kerinting dan ada pula

yang rambut lurus, ada yang tinggi, ada yang rendah dan sebagainya. Ini semua

disebabkan oleh perbezaan dan kepelbagaian genetik.

b) Diversiti spesies dimana peringkat ini merujuk kepada kepelbagaian organisma

atau benda hidup di bumi ini. Misalnya spesies gajah, harimau, pokok durian,

ikan kelisa, burung nuri dan sebagainya.

c) Diversiti ekosistem iaitu kepelbagaian habitat, komuniti biosis dan proses

ekologi dalam persekitaran daratan, laut dan persekitaran akuatik yang lain

seperti laut, hutan tanah tinggi, paya bakau dan sebagainya.

Biodiversiti mengandungi tiga komponen utama iaitu yang pertama ia merangkumi

semua organisma hidup termasuklah mikroorganisma seperti bakteria dan kulat serta

flora dan fauna tanpa mengira keseragaman spesies mahupun kegunaan organisma-

organisma ini kepada kehidupan manusia. Keduanya, setiap peringkat bagi organisasi

kehidupan dimana biodiversiti termasuklah organisma dan kandungan genetiknya dan

juga kumpulan bagi organisma yang serupa seperti populasi dan spesies dan juga

kumpulan spesies di dalam komuniti dan ekosistem. Yang ketiga, kesemua interaksi di

antara bentuk kehidupan dan tahap organisasinya yang mana biodiversiti bukan hanya

sebahagian daripada sistem kehidupan seperti gen, individu dan spesies. Biodiversiti

juga merangkumi bagaimana sistem kehidupan ini berinteraksi di antara satu sama lain

seperti persaingan, predasi, simbiosis dan komensalisme.


2.0) KEPELBAGAIAN BIOLOGI (BIODIVERSITI) DI MALAYSIA

Negara Malaysia patut berbangga kerana memiliki kepelbagaian biologi yang

sangat kaya dengan termasuk dalam lingkungan dua belas buah negara mega

kepelbagaian biologi di dunia yang mana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti

yang dianggarkan antara 60% hingga 70% daripada jumlah biodiversiti dunia.

Kepelbagaian tersebut dapat digambarkan melalui flora dan fauna yang masih wujud di

negara kita pada hari ini. Didapati lebih kurang 12, 500 spesies tumbuh-tumbuhan

berbunga dan lebih daripada 1,100 spesies paku pakis yang masih lagi menghuni hutan

negara kita. Kebanyakan daripada spesies-spesies tersebut adalah sangat unik dan

tidak ditemui di mana-mana tempat lain di dunia. Malah dari segi kepelbagaian spesies

tumbuhan di Rantau Asia-Australia pula, negara kita masih lagi mengekalkan

kedudukan di tempat kelima. Kalau dilihat daripada kedudukan negara kita, ia

merupakan sesuatu yang sangat membanggakan kerana dalam kebimbangan negara-

negara lain di dunia mengenai kepupusan habitat hutan serta sumber-sumber yang

mendiaminya, namun kita masih lagi dapat mengekalkan khazanah yang sangat

berharga ini.

Menurut fakta, spesies flora dan fauna kita menggambarkan kepelbagaian ini ada

terdapat negara kita. Dianggarkan, negara kita mempunyai kira-kira 1,500 haiwan

vertebrata dan 150, 000 haiwan invertebrata. Walaupun jumlah bagi spesies tumbuhan

dan haiwan vertebrata darat adalah tidak seberapa sebagaimana yang dimiliki oleh

empat buah lagi negara lain di Asia Timur, namun Malaysia masih mempunyai bilangan
yang terbanyak dari segi jumlah spesies per kilometer persegi. Terdapat 377 spesies

alga makroskop (seperti alga hijau, merah dan perang) dan alga mikroskop (alga biru

hijau, diatom dan dinoflagelat) telah didokumenkan di Malaysia. Alga ini mendiami

habitat seperti pantai batu dan berpasir, terumbu karang, lumpur dan muara. Sebanyak

475 spesies briofit direkodkan di Semenanjung Malaysia, manakala 582 dan 330 spesies

diketahui terdapat di Sabah dan Sarawak. Kulat merupakan satu kumpulan spesies yang

tidak dikaji secara mendalam di Malaysia. Terdapat pelbagai kumpulan kulat tetapi tiada

anggaran bilangan yang tepat untuk negara kita. Kulat boleh didapati di pelbagai

habitat, dari ekosistem marin hingga ke tanah tinggi. Banyak spesies kulat mempunyai

kepentingan perubatan, patologi dan ekologi. Dianggarkan 2,500 spesies kulat bakau

direkodkan di Semenanjung Malaysia, yang terbesar adalah spesies daripada

subbahagian Askomikota. Dianggarkan sekurang-kurangnya 70% kulat di Malaysia

masih belum ditemui. Bagi mamalia pula, terdapat 297 spesies mamalia darat di

Malaysia. Sebanyak 22 mamalia laut direkodkan di Malaysia dan ini termasuk dolfin,

ikan paus dan dugong (Dugong dugon). Malaysia menjadi tempat tinggal hampir 742

spesies burung. Sekurang-kurangnya 522 spesies adalah spesies tempatan, 192 spesies

bermigrasi dan 52 spesies tempatan dengan ciri bermigrasi. Terdapat tiga spesies

endemik di Semenanjung Malaysia manakala di Borneo terdapat 39 spesies endemik.

Bilangan spesies amfibia dan reptilia yang direkodkan di Malaysia adalah masing-masing

242 dan 567 spesies. Beberapa spesies baru ditemui dalam penyelidikan yang semakin

giat dijalankan baru-baru ini. Banyak spesies herpetofauna adalah endemik di Borneo,

sebagai contoh, 110 spesies katak adalah endemik dan kira-kira 20% ular dan cicak di
Malaysia hanya ditemui di Borneo. Bagi ikan air tawar, terdapat 290 spesies yang

diketahui di Semenanjung Malaysia, manakala di Sabah dan Sarawak pula terdapat

lebih daripada 100 dan 200 spesies masing-masing. Selain itu, sebanyak 1,500 spesies

ikan laut boleh didapati di Malaysia. Kebanyakannya membiak dan menghabiskan masa

hidupnya di terumbu karang. Bagi ketam air tawar pula, terdapat 102 spesies, lebih

separuh daripadanya ditemui dan diberi nama antara tahun 1990 hingga 2000.

Krustasia laut terdiri daripada teritip, ketam dan udang. Terdapat kira-kira 10 spesies

ketam komersil, 53 spesies udang dan 30 daripadanya dikomersilkan. Moluska

merupakan kumpulan fauna kedua terbesar selepas serangga. Filum Moluska di

Malaysia terdiri daripada 7 daripada 8 spesies siput kekima (2 spesies endemik di Sabah

dengan dua spesies dikategorikan sebagai terancam dan satu spesies hampir pupus

( Tridacna gigas ). Manakala Nudibrank pula mempunyai pelbagai spesies di Malaysia

(kira-kira 3,000 spesies). 

Biodiversiti yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kita merupakan nikmat

yang sangat besar dalam kehidupan kita. Ia memainkan peranan yang sangat penting

dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar kita. Bagaimanakah biodiversiti

dikatakan membantu dalam proses keseimbangan alam sekitar? Jika kita amati,

biodiversiti merangkumi satu spesies atau kombinasi spesies dan kekayaan; interaksi

spesies, interaksi antara organisma dan komponen bukan hidup dalam persekitaran;

tingkah laku; sejarah hidup dan kepelbagaian fisiologi; kepelbagaian fizikal habitat yang

terdiri daripada pelbagai biologi semua habitat atau ekosistem yang berbeza di sesuatu

kawasan. Dengan mengekalkan kekompleksan dalam ekosistem ini, ia akan


menyumbang kepada keseimbangan alam sekitar yang sekaligus akan turut menjamin

khidmat ekologi yang bernilai kepada manusia. Setiap kejadian yang Allah S.W.T.

ciptakan di atas muka bumi ini mempunyai alasan tersendiri. Sebagai contoh, spesies

reptilia terutamanya ular mempunyai peranan tersendiri dalam mengekalkan

keseimbangan ekosistem, dan penciptaannya bukan sekadar untuk menghuni alam

tanpa sebarang sebab. Malah ia diperlukan dalam kehidupan manusia terutama dalam

bidang pertanian padi yakni berperanan mengawal tanaman daripada serangan tikus

dan serangan perosak yang lain. Bayangkan jika spesies reptilia ini pupus, pastinya

manusia akan berdepan pelbagai masalah khususnya bagi mengawal pertanian

daripada serangan perosak. Didapati kira-kira 99% potensi serangga perosak tanaman

adalah dikawal oleh pelbagai jenis organisma merangkumi serangga, burung dan fungi

selain spesies reptilia yang disebutkan di atas. Berikut merupakan jadual mengenai

kekayaan dan kelimpahan biodiversiti yang terdapat dinegara kita:

KEKAYAAN BIODIVERSITI DI NEGARA MALAYSIA


KUMPULAN BILANGAN SPESIES
Tumbuhan berbunga 15,000
Lumut dan rumpair 1,000
Mamalia 286
Burung 736
Ikan laut 4,000
Ikan air tawar 449
Reptilia 268
Serangga dan invertebrat 150

3.0) KEPENTINGAN BIODIVERSITI KEPADA NEGARA DAN MASYARAKAT

Biodiversiti memberi sumbangan yang sangat besar dan tidak ternilai kepada

kehidupan manusia sejagat. Kepelbagaian biologi ini mempunyai implikasi ekonomi,


teknologi dan sosial yang penting bagi sesebuah negara dan masyarakat. Kini,

kepentingan terhadap pemuliharaan sumber biodiversiti ini dianggap amat penting dan

perlu mendapat perhatian yang mendalam daripada pelbagai pihak kerana

kepentingannya terhadap manusia dan alam semulajadi. Berikut merupakan

kepentingan-kepentingan sumber biodiversity ini terhadap sesebuah negara dan

masyarakat dari segi:

1) KEPENTINGAN KEPADA ALAM SEMULAJADI

Terdapat beberapa kepentingan kepelbagaian biologi kepada beberapa

elemen abiotik alam semulajadi. Antaranya:

a) Keseimbangan Iklim

Biodiversiti memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan

iklim.Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia

akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan iklim

akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.

Sebagai contoh, tisu tumbuhan dan bahan organik lain dalam lingkungan ekosistem

daratan dan laut bertindak sebagai gedung kepada karbon yang membantu

memperlahankan pembangunan karbon dioksida dalam atmosfera dan ia secara

automatik membantu menyumbang kepada kestabilan iklim. Ekosistem juga turut

mempengaruhi keupayaan langsung ke atas bentuk cuaca persekitaran. Sebagai

contoh, lembapan yang dibebaskan ke atmosfera melalui hutan hujan menyebabkan


hujan ribut malar dan akan menghadkan kadar kehilangan air daripada sesuatu

kawasan dan membantu mengawal suhu permukaan. Sementara itu, dalam iklim

sejuk ekosistem hutan bertindak sebagai penebat dan tampan angin bagi membantu

mengurangkan kesan suhu dingin.

b) Penyelenggaraan Kualiti Udara

Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan manakala mikrob pula

membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam

tanah. Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian

nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu

kesuburan tanah. Selain itu, ia turut memainkan peranan dalam mengekalkan

kualiti udara. Spesies tumbuhan bertindak membersih udara dan mengawal

kandungan atmosfera, mengitar semula keperluan oksigen dan menapis partikel-

partikel berbahaya yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti industri.

c) Pengekalan Kualiti Air

Biodiversiti juga penting dalam mengekalkan kualiti air yang mana hidupan

semulajadi berfungsi sebagai agen penyerapan semulajadi. Air dari tanah dan

membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan,padang rumput dan tanah

lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit

demi sedikit apabila air bertakung. Ini sekaligus mengawal bencana alam seperti

banjir. Ekosistem tanah lembap bagi kawasan berpaya misalnya juga membantu
menyerap dan mengitar semula nutrien-nutrien penting, merawat kumbahan dan

membersihkan sisa tanah. Pokok-pokok dan tanah hutan pula bertindak membersih

air yang mengalir melalui ekosistem hutan. Dalam proses menghalang tanah

daripada dihanyutkan, ekosistem hutan juga berperanan membantu menghalang

pemendapan kelodak berbahaya ke sungai dan empangan yang wujud daripada

hakisan dan tanah runtuh. Selain itu, pengekalan biodiversiti di dalam hutan dapat

menampung keperluan manusia terhadap sumber air bersih yang mana ia berfungsi

sebagai kawasan takungan air semulajadi.

d) Pengekalan Kualiti Tanah

Kepelbagaian biologi atau biodiversiti juga memainkan peranan penting dalam

penjanaan tanah dan pengekalan kualiti tanah. Fenomena ini berlaku melaui aktiviti

mikrobiologi oleh spesies-spesies organisma seperti bakteria, alga, fungi, hama,

mentibang dan cacing yang mana sangat penting dalam proses penghuraian tanah

kepada bahan organik dan membebaskan nutrien penting yang diperlukan oleh

tumbuhan untuk hidup. Proses tersebut memainkan peranan mustahak dalam

kitaran elemen seperti nitrogen, karbon dan fosforus antara organisma hidup dan

bukan hidup dalam biosfera.

2) KEPENTINGAN KEPADA MANUSIA


Selain daripada kepentingan biodiversiti kepada alam semulajadi, tidak dapat

dinafikan bahawa kehadiran kepelbagaian biologi ini memberikan impak yang

terbesar dalam kehidupan seharian manusia di muka bumi ini. Kelimpahan dan

kekayaan biodiversiti pada sesebuah Negara memberikan manfaat yang amat besar

kepada masyarakat dinegara itu. Antara kepentingan-kepentingan sumber

biodiversiti kepada sesebuah masyarakat dan negara secara amnya adalah:

a) Sumber Bekalan Makanan dan Bahan Mentah

Kelimpahan sumber biodiversiti menjadikan ia penyumbang kepada sejumlah

besar bekalan makanan yang diperolehi daripada spesies flora dan fauna yang

wujud dalam kehidupan seharian kita. Malah sepanjang sejarah, manusia sangat

bergantung kepada biodiversiti bagi meneruskan kelangsungan hidup. Sebagai

contoh, penangkapan ikan dunia tahunan dengan kadar purata 100 juta tan metrik

menggambarkan bahawa ia membekal sumber protein yang sangat penting kepada

kehidupan manusia dengan lebih daripada 20% populasi di Afrika dan Asia

bergantung kepada ikan sebagai sumber protein utama mereka. Sementara itu,

haiwan daratan pula membekalkan hasil makanan seperti telur, susu, daging dan

sebagainya kepada kita melalui sektor penternakan.

Manakala biodiversiti liar pula menyediakan pelbagai sumber bahan mentah dan

makanan merangkumi buah-buahan, kekacang, bijirin, cendawan, madu, rempah


ratus, dan bahan perisa. Sumber bekalan makanan liar ini sangat penting kepada

kita terutamanya apabila bekalan makanan daripada hasil pertanian menemui

kegagalan. Dengan adanya biodiversiti liar, ia menjadi penampung kepada

kegagalan sesetengah sistem pertanian maju. Sebagai contoh, daya pengeluaran

hasil tanaman pertanian dunia membangun adalah dikekalkan melalui penyerapan

lazim gen daripada penghubung liar hasil tanaman ini. Gen liar ini memberikan

ketahanan terhadap serangga perosak dan penyakit yang mana ia dapat mengawal

ancaman secara berterusan kepada tuaian. Dengan adanya gen liar yang bertindak

sebagai pembiakbaik tumbuhan, ia membantu menghasilkan tumbuhan bermutu

dan mengeluarkan hasil tinggi yang sekaligus menjana pendapatan berjuta-juta

ringgit dalam sektor pertanian global. Jika spesies berkenaan pupus, maka kolam

gen yang berpotensi bagi pertanian masa depan juga akan musnah. Bukan itu

sahaja, malah sehingga kini tumbuhan liar masih menjadi sumber makanan berjuta-

juta penduduk pedalaman yang miskin dan juga masyarakat orang asli. Jika kita

lihat, kebanyakan penduduk asli dinegara ini masih memerlukan hutan sebagai

kawasan sumber makanab harian mereka dengan memungut hasil-hasil hutan dan

aktiviti berburu. Bagi biodiversiti marin di Sabah misalnya, rumpai laut dan ikan

diternak sebagai salah satu industri yang besar dan sangat menyumbang kepada

ekonomi negara.

b) Sumber Perubatan Dunia


Biodiversiti juga menjadi penyumbang kepada sumber ubat-ubatan yang wujud

pada hari ini baik ubat-ubatan tradisional mahupun ubat-ubatan moden. Pertubuhan

Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa 80% daripada penduduk dunia

membangun bergantung kepada ubat-ubatan tradisional yang diperoleh

terutamanya daripada spesies tumbuh-tumbuhan. Di Asia Tenggara misalnya,

penyembuh tradisional menggunakan sejumlah 6,500 spesies tumbuhan berbeza

untuk merawat malaria, ulser perut, siflis dan penyakit-penyakit lain. Malah,

biodiversiti juga kritikal kepada sektor kesihatan ‘rasmi' dunia membangun. Hasil

tinjauan yang direkodkan menunjukkan bahawa sebanyak 150 preskripsi dadah

digunakan di United States dan 118 daripadanya adalah berasaskan sumber

biodiversiti. Daripada jumlah tersebut, didapati sebanyak 74% adalah diperolehi

daripada spesies tumbuh-tumbuhan. Ini sekaligus telah meningkatkan penggunaan

spesies tumbuhan dalam bidang perubatan. Kebiasaannya bahagian-bahagian yang

berguna daripada spesies tumbuh-tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan

adalah seperti bahagian batang, akar, pucuk, daun dan ubi. Struktur dan kandungan

ubat yang dihasilkan daripada spesies tumbuh-tumbuhan adalah bergantung kepada

jenis penyakit yang hendak diubati.

Bagi spesies-spesies daripada ekosistem marin seperti sepan, batu karang dan

rumpai laut, selain menyumbang sumber makanan, ia juga boleh digunakan dalam

pelbagai jenis industri seperti sektor perubatan dan juga bioteknologi. Sebagai

contoh, dalam bidang perubatan, spesies batu karang dikatakan amat sesuai

digunakan bagi menggantikan tulang berbanding dengan besi. Selain itu, hasil kajian
lain yang dijalankan oleh ahli biologi marin telah mendapati bahawa spesies sepan

mempunyai komponen anti bakteria dan sangat sesuai digunakan dalam ubatan anti

bakteria. Manakala dalam bidang bioteknologi pula, saintis telah mendapati batu

karang mempunyai kompaun yang boleh melindungi kulit daripada pancaran ultra

violet (ultralembayung) yang sangat sesuai digunakan dalam industri alat solek iaitu

untuk penghasilan krim penahan sinaran matahari.

Bagi mikrob dan sebahagian spesies haiwan pula menyumbang sebahagian

daripada ubatan termasuk Penicilin yang dihasilkan daripada fungus Penicillium

notatum dan beberapa dadah termasuk anesthetics yang dihasilkan daripada

rembesan kulit spesies katak pokok. Sumbangan sumber ubatan daripada komponen

biodiversiti adalah mewakili pecahan yang terlalu kecil daripada spesies bumi yang

diselidiki secara langsung untuk keperluan perubatan. Proses penyelidikan secara

berterusan sentiasa menemukan sumber ubatan baru yang lebih baik. Sebagai

contoh, satu kajian ke atas spesies siput telah dapat mengenalpasti sejenis ubat

penahan sakit yang lebih berkesan daripada morfin tanpa memberi kesan ketagihan

kepada pesakit.

c) Sumber Ekonomi Negara


Selain itu, biodiversiti turut menyumbang sebahagian besar sumber pendapatan

kepada manusia sejagat. Sumbangan-sumbangan yang disebutkan di atas sekaligus

turut menyediakan faedah ekonomi secara menyeluruh dalam kehidupan manusia.

Ia juga sangat penting dan menjadi penyumbang secara langsung kepada sumber

pendapatan dan pembangunan ekonomi sesebuah negara Penemuan senarai hebat

sumber ‘serbaneka' yang disumbangkan oleh biodiversiti juga merangkumi

kebanyakan bahan binaan yang sangat penting daripada bahan balak dan bukan

balak dalam sektor perhutanan, gentian, bahan bakar, damar, rotan, haruman,

bahan pewarna dan getah yang amat berguna kepada masyarakat dan penjanaan

ekonomi sesebuah negara.

Malah bagi sesetengah negara, biodiversiti memberi sumbangan ekonomi yang

besar melalui aktiviti pelancongan dan rekreasi. Ekosistem marin misalnya boleh

dijadikan kawasan tarikan bagi aktiviti pelancongan seperti taman laut yang boleh

menjana kepada pembangunan ekonomi yang besar kepada sesebuah negara. Bagi

mereka yang menghabiskan percutian sambil menikmati alam semulajadi,

dianggarkan telah menyumbang sekurang-kurangnya US$500 bilion setahun kepada

sumber pendapatan kepada negara yang dilawati. Bahkan biodiversiti juga turut

memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi sesebuah negara melalui aktiviti

penyelidikan, terutamanya melalui hasil penyelidikan yang dikomersialkan dan

dipasarkan ke peringkat global.

d) Pengekalan Nilai Budaya Dan Agama


Biodiversiti juga turut memberi sumbangan terhadap nilai budaya dan agama.

Adalah bukan sesuatu yang aneh jika manusia ingin menghabiskan masa yang

banyak untuk mendekati alam. Ini kerana, manusia secara naluri memperoleh

kepuasan estetik dan rohani daripada biodiversiti dan persekitaran yang didiami.

Malah ada kajian mendapati bahawa emosi yang baik dapat ditambah apabila kita

menyelami keindahan alam semulajadi. Dalam agama Islam sendiri pun

menggalakkan kita sebagai makhluk di bumi ini mencintai keindahan alam

semulajadi kita. Dengan kata lain, ia memberi sumbangan yang penting dari aspek

sosial misalnya untuk menjalankan kegiatan rekreasi luar seperti memburu,

memancing, berkhemah, berkhelah, menerokai sumber biodiversiti dan menikmati

keindahan alam. Bukan itu sahaja, bahkan hubungan yang rapat antara manusia

sejagat dan biodiversiti juga turut digambarkan melalui seni, agama dan adat resam

pelbagai budaya manusia. Warisan kerohanian kita ini akan hilang selamanya jika

kita sebagai khalifah Allah di bumi ini tidak menjaganya dengan baik dan

membiarkan kemusnahan dilakukan secara berterusan ke atas biodiversiti kita.

4.0) KESIMPULAN
Dengan menghayati sumbangan-sumbangan yang cukup besar yang diperolehi

daripada komponen biodiversiti, ia jelas menggambarkan bahawa manusia sangat

bergantung kepada sumber biodiversiti untuk meneruskan kelangsungan hidup dan

pembangunan. Kewujudan biodiversiti jangka panjang sangat perlu dalam memastikan

pencapaian berterusan terhadap pembangunan manusia sejagat. Justeru itu, komponen

biodiversiti perlu dipelihara terutamanya dalam mengekalkan sesuatu habitat kerana

setiap satu spesies yang menghuninya mempunyai nilai yang tersendiri terhadap

kehidupan sejagat. Nasib biodiversiti kita pada masa hadapan adalah bergantung

kepada bagaimana manusia mengolah dan menggunakannya pada hari ini. Penggunaan

sumber biodiversiti secara terkawal dan disusuli dengan program pemuliharaan akan

mampu menyelamatkan khazanah biodiversiti yang kita pinjam daripada anak cucu kita.

Dalam mengekalkan kelebihan biodiversiti yang ada, aspek yang penting adalah

bagaimana kita menggalas cabaran yang melanda biodiversiti dan kehidupan kita setiap

hari. Kita patut bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana negara kita masih lagi

mempunyai kekayaan biodiversiti yang tidak ternilai yang menjadi sumber rezeki untuk

keperluan kehidupan seharian kita. Malah sumber rezeki yang Allah S.W.T. kurniakan

kepada kita daripada sumber biodiversiti ini tidak terhitung banyaknya dan tidak pernah

putus. Justeru, kita sebagai khalifah di bumi ini patut menghargai dan

menggunakannya dengan sebaik mungkin.

SUMBER RUJUKAN
a) http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com/2008/11/nota-bahagian-b-

biodiversiti.html

b) http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?

lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1405&cmd=resetall

c) http://www.nre.gov.my/BM/listsportal/Biodioversiti/Forms/AllItems.aspx

d)

También podría gustarte