Está en la página 1de 21

SULIT * 1

Soalan 1hingga soalan 3 berdasarkan carta alir di bawah ini.

Proses-proses pembelajaran Matematik yang sistematik dan berkesan

Mengikuti pelajaran

Memahami konsep melalui pelbagai contoh

Mengingati takrif, keputusan dan rumus penting

Membuat banyak latihan

Bolehkah anda membuat setiap soalan dalam latihan? TIDAK

YA

TIDAK Adakah anda telah menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam sesuatu topik?

YA
SYABAS
Keputusan Cemerlang menanti anda!

1 Berdasarkan carta aliran di atas, berikut merupakan proses menguasai kemahiran


matematik kecuali

A Banyak membuat latihan


B Menyelesaikan soalan latihan
C Pemerhatian terhadap pelbagai soalan matematik
D Mengulang kaji pelajaran dan memahami konsep

910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 2

2 Faktor utama keberkesanan mengulang kaji pelajaran matematik bergantung kepada

A Masa yang diperuntukkan untuk mengulang kaji


B Memahami setiap konsep yang diajar
C Mencatat rumus-rumus yang penting
D Keyakinan dan kesabaran pelajar

3 Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya seseorang pelajar itu tidak memahami
sesuatu tajuk matematik?
A Mengkaji contoh-contoh yang diberikan dan seterusnya memahami konsep
B Membuat banyak latihan berkaitan tajuk yang dipelajari
C Sentiasa mengikuti pelajaran matematik di dalam kelas
D Mengemukakan masalah matematik kepada rakan

Soalan 4 hingga soalan 7 berdasarkan petikan di bawah ini.

Pelaksanaan gagasan Satu Malaysia menjadi satu agenda utama negara. Gagasan tersebut
ditunjangi oleh dua prinsip yang utama, iaitu sikap saling menghormati dan keyakinan antara
satu dengan yang lain. Gagasan yang dilaksanakan perlulah sistematik dan tidak ada kaum di
negara ini dipinggirkan, sama ada dalam pembangunan, termasuklah pendidikan.

Pemimpin kerajaan mestilah menjalankan tugas dengan cekap, amanah, dan


bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. Oleh itu, segala keutamaan pembangunan
perlulah berpaksikan rakyat sebagaimana slogan “Rakyat Didahulukan,Pencapaian
Diutamakan”.

Melalui prinsip Rukun Negara, rakyat Malaysia dapat mencapai perpaduan, hidup yang
demokratik, masyarakat yang adil dan saksama, dan membina masyarakat yang progresif yang
akan menggunakan sains dan teknologi. Menerusi Rukun Negara yang dikaitkan dengan
gagasan Satu Malaysia, tidak akan wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat
Malaysia. Sehubungan dengan itu, rakyat perlu memahami bahawa segala tindakan perlulah
mengutamakan kepentingan negara.

Dalam bidang pengajaran dan pemelajaran , pelbagai usaha dapat difikirkan dan
dilaksanakan untuk merealisasikan gagasan Satu Malaysia. Perancangan , pendekatan dan
kaedah pengajaran harus lebih menyeluruh. Guru perlu mengutamakan pencapaian pelajarnya.
Oleh itu, guru seharusnya menyediakan bahan pengajaran dan pemelajaran yang lebih
berkesan serta memberikan ruang kepada pelajar untuk berkongsi idea.

910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 3

Guru dan sekolah, termasuklah Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Jabatan Pelajaran
dan Kementerian, seharusnya dari semasa ke semasa dapat menilai kemajuan pelajar serta
mengadakan perbincangan tentang cara membangunkan dan menjayakan pelajar dalam
pelbagai ilmu. Di samping itu, aktiviti kokurikulum perlu juga ditekankan untuk melahirkan
kepimpinan dalam kalangan pelajar sejak awal.

Malaysia kini menghadapi pelbagai cabaran. Oleh hal demikian, pelajar perlulah
bersedia menghadapi perubahan sebagai akibat kesan krisis tersebut. Antara usaha untuk
menghadapi perubahan dan cabaran perlu difikirkan dan diterapkan dalam proses pengajaran
dan pemelajaran ialah menerapkan ilmu yang membolehkan pelajar memahami fenomena
globasisasi, strategi menghadapi persaingan pada peringkat global, ilmu yang meningkatkan
daya kreativiti, inovatif dan proaktif , membolehkan pelajar membuat keputusan, pandai
membuat pertimbangan dan berpandangan jauh serta berkeyakinan.

Sebagai kesimpulannya, gagasan Satu Malaysia dapat disesuaikan mengikut


perkembangan semasa, termasuk dalam proses pengajaran dan pemelajaran di sekolah dan
universiti.Oleh hal yang demikian, kerajaan menyandarkan harapan agar rakyat terus
memainkan peranan yang lebih hebat dan mendalam dalam merealisasikan gagasan Satu
Malaysia untuk pembangunan rakyat dan kemajuan negara.

( Disesuaikan daripada Pelita Bahasa, April 2010 )

4 Apakah yang diharapkan dalam pelaksanaan gagasan Satu Malaysia?

A Perpaduan dan keharmonian politik


B Penerapan nilai murni dan semangat patriotik
C Keadilan dan saksama terhadap semua etnik
D Pembahagian sama rata dalam ekonomi dan harta Negara

5 Mengapakah dikatakan gagasan Satu Malaysia tidak akan wujud perasaan tidak puas
hati dalam kalangan rakyat Malaysia?

A Semua rakyat mendapat hak yang sama dan kebebasan bersuara


B Rakyat Malaysia mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama-sama
memajukan negara.
C Rakyat Malaysia bersama-sama mempertahankan negara sekiranya diganggu oleh
musuh negara
D Semua kaum dapat hidup aman damai tanpa diganggu oleh kaum lain dalam
semua aktiviti

910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 4

6 Berikut adalah antara usaha menyediakan pelajar menghadapi cabaran semasa.

I Aktiviti kokurikulum untuk melahirkan pemimpin


II Menyediakan bantuan material dan ilmu pengetahuan
III Pendedahan tentang perkara yang berlaku di seluruh dunia
IV Kebebasan bertindak,berkeyakinan, dan mempunyai daya kerativiti
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

7 Pada pendapat anda, mengapakah penulis berpendapat bahawa bidang pelajaran


sebagai salah satu cara untuk merealisasikan gagasan Satu Malaysia?

A Pelajar merupakan aset negara yang akan menentukan masa depan negara.
B Melalui bidang pelajaran pelbagai ilmu dapat digunakan untuk pembangunan.
C Segala fenomena yang berlaku di dunia dapat di atasi hanya dengan ilmu.
D Hanya pelajar sahajalah yang dapat memajukan negara.

Soalan 8 hingga 10 berdasarkan petikan di bawah ini.


Bumi yang kita diami kini terdiri daripada 70.8 peratus lautan, manakala selebihnya ialah tanah
daratan dan bongkah ais yang terdapat di kutub utara dan selatan.Fakta ini menggambarkan
betapa tanah daratan terlalu kecil jika dibandingkan dengan keluasan lautan. Lautan kini telah
mengalami pencemaran yang serius oleh pelbagai aktiviti manusia yang tidak terkawal. Salah
satu isu pencemaran laut yang berlaku disebabkan oleh tumpahan minyak.
Lautan yang luas dan dalam sebenarnya menyimpan jutaan khazanah alam yang
begitu bernilai untuk manusia. Banyak rahsia alam yang tersimpan di dalam laut belum diteroka
oleh manusia sepenuhnya. Salah satu keunikan laut ialah mempunyai ekosistem yang
tersendiri dan kaya dengan pelbagai spesies hidupan. Lautan bukan milik mutlak sesebuah
negara, tetapi merupakan suatu entiti yang dikongsi bersama oleh semua penduduk dunia .
Dalam konteks Malaysia pula, kepelbagaian sumber laut telah memberikan banyak
manfaat kepada rakyat. Lautan di negara ini menyimpan ribuan khazanah hidupan laut yang
cukup bernilai. Kewujudan taman laut di Malaysia seperti Pulau Tioman, Pulau Sipadan dan
Pulau Payar membuktikan bahawa khazanah laut di Malaysia adalah yang terkaya di dunia.
Ekosistem marin mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bagi mereka yang
mempunyai hobi menyelam sudah pasti dapat memahami dengan lebih dekat tentang keunikan
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 5

ekosistem laut yang cukup harmoni. Setiap satu kumpulan hidupan laut mempunyai hubungan
yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ekosistem laut membentuk satu rantaian
makanan yang panjang dan cukup unik. Terdapat beberapa faktor yang membantu menyokong
perkembangan hidupan di dalam laut, iaitu kandungan oksigen, nutrien dan cahaya.
Ekosistem laut juga memerlukan nutrien dan cahaya untuk menghasilkan makanan
dan tenaga. Nutrien dan cahaya adalah faktor yang mempengaruhi perkembangan ekosistem
laut. Fitoplankton dan klorofil mememerlukan sinaran matahari untuk tujuan fotosintesis.
Fitoplankton menjadi sumber tenaga dan makanan untuk hidupan laut.
Jumlah keamatan cahaya yang menembusi permukaan laut akan menurun dengan
bertambahnya kedalaman air. Oleh itu fotosintesis hanya boleh berlaku pada zon permukaan
air yang cetek Penghasilan fitoplankton banyak dibantu oleh proses fotosintesis.Oksigen pula
amat diperlukan untuk pernafasan hidupan laut. Kandungan oksigen laut yang rendah akan
menjejaskan kehidupan ekosistem laut.
Pada masa ini manusia menggunakan lautan untuk pelbagai tujuan. Yang paling
utama, lautan dijadikan sebagai laluan perdagangan. Manusia menghantar barangan
perdagangan melalui jalan laut. Barangan keperluan manusia seperti minyak,gas, makanan dan
barangan elektronik, bahan binaan dan pakaian dihantar secara pukal dengan menggunakan
kontena yang dihantar menggunakan kapal laut. Namun semua aktiviti ini sedang berhadapan
dengan ancaman disebabkan oleh tumpahan minyak yang mencemari perairan laut Tumpahan
minyak terbesar pernah direkodkan berlaku di Teluk Parsi pada tahun 1991. Sekurang-
kurangnya 240 juta gelen minyak memasuki laut.
Pencemaran laut yang berpunca daripada tumpahan minyak bukan sahaja memberikan
kesan terhadap hidupan di laut malah turut memberikan implikasi yang buruk kepada manusia
yang hidup di daratan Perundangan antarabangsa dalam usaha pemulihan ekosistem laut
harus dilaksanakan dengan tegas.
(Disesuaikan daripada Dewan Kosmik, Mei 2010)

8 Petikan di atas membincangkan


A Perkembangan ekosistem laut
B Kepentingan hidupan marin
C Ancaman ekosistem laut
D Pencemaran hasil laut
9 Penyataan berikut adalah benar tentang ekosistem laut kecuali
A Perkembangan ekosistem laut bergantung kepada nutrien dan cahaya.
B Kekurangan oksigen akan mengganggu kehidupan ekosistem laut.
C Proses fotosintesis kurang berlaku di kawasan air yang cetek.
D Kedalaman air mengurangkan jumlah cahaya yang diterima
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 6

10 Lautan mempunyai banyak kepentingan kecuali


A Ekosistem yang unik
B Milik mutlak sesebuah negera
C Menjadi laluan perdagangan
D Khazanah hidupan bernilai

11
Nusantara

Melayu

Batak Acheh Nias Lampung X Y

Bahasa yang sekelompok dengan bahasa Melayu bertanda X dan Y ialah

A Tagalog, Sulu
B Bisaya, Bikol
C Bura, Bandar
D Minangkabau, Orang Laut

12 Yang manakah hipotesis tentang asal usul bahasa Melayu


I Orang Melayu berasal dari kawasan Asia Tengah
II Orang Melayu adalah penduduk asal di Nusantara
III Orang Melayu berasal dari negara Kemboja
IV Perpindahan orang Melayu dari Himalaya
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 7

13 Antara ciri bahasa Melayu kuno ialah

I Terdapat pendepanan predikat


II Mempunyai ayat yang panjang dan meleret-leret
III Penggunaan kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit
IV Terdapat konsonan yang diaspirasikan dalam bahasa Sanskrit
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
14 Contoh batu bersurat yang berkaitan dengan bahasa Melayu klasik ialah
A Batu Bersurat Talang Tuwo
B Batu Bersurat Karang Brahi
C Batu Bersurat di Kuala Berang
D Batu Bersurat Bukit Gombak

15 Bahasa Melayu mencapai zaman kegemilangannya pada tiga zaman iaitu kecuali
A Kerajaan Melaka
B Kerajaan Sriwijaya
C Kerajaan Johor-riau
D Kerajaan Singhasari
16

 Bahasa Melayu menjadi mata pelajaran wajib bagi semua


sekolah rendah
 Bahasa Melayu menjadi syarat wajib untuk memasuki latihan
perguruan

Penyataan di atas berkaitan dengan


A Perlembagaan Persekutuan Perkara 152
B Akta Bahasa Kebangsaan 1957
C Laporan Razak ( 1956 )
D Penyata Rahman Talib ( 1960 )
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 8

17 Berikut adalah antara matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP )


I Memaju dan memperkaya bahasa kebangsaan
II Mencetak bahan dalam bahasa Melayu
II Menganjurkan pelbagai forum bahasa Melayu
IV Menerbitkan kamus dalam pelbagai bahasa
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

18 Peringkat perancangan bahasa Melayu untuk memupuk dan mengembangkan bahasa


Melayu ke peringkat yang lebih tinggi tarafnya, antaranya
I membuat keputusan dasar
II membuat forum
III Pelaksanaan
IV Penilaian
A I, II, dan IV
B I, III, dan IV
C II, III, dan IV
D I, II, dan III

19 Antara yang berikut, padanan bahasa asing dengan kata pinjaman yang manakah
benar?
Bahasa Asing kata Pinjaman
I Tamil istana, samsu, duniawi
II Arab laci, rokok, firdaus
III Sanskrit kapala, maharaja, pancaindera
IV Portugis armada, jendela, sekolah

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 9

D III dan IV
20
 Menggunakan struktur ayat yang mudah
 Tidak mementingkan nahu dan tatabahasa
 Kosa kata dan tatabahasa yang mudah difahami
 Menggunakan istilah dan kata diri yang sesuai menurut situasi dan
konteks

Ciri-ciri bahasa yang terdapat di atas ialah


A bahasa baku
B bahasa halus
C bahasa biasa
D bahasa formal

21 Pilih penggunaan bahasa yang betul antara jenis dan contohnya


Jenis Contoh
A Bahasa slanga Awek tu cunlah!.
B Bahasa halus Pemandu kereta itu mati dalam perlanggaran.
C Bahasa baku Saya nak tengok wayang pada petang ini.
D Bahasa pijin Saya minta maaf, saya nak pergi ke sungai.

22
 Bahasa mudah difahami dan ringkas
 Nahu dan gaya bahasa tidak dipentingkan
 Istilah teknikal dan khusus tidak digunakan
 Mendahulukan perkara pokok berdasarkan tajuk
 Isi tulisan mestilah tepat

Maklumat di atas merupakan ciri-ciri laras bahasa


A rencana
B media massa
C biasa
D sukan

910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 10

23

Paralinguistik Tujuan Khalayak

Gaya Wacana
Isi

Susunan
X Y

Rajah di atas menunjukkan ciri-ciri wacana, yang bertanda X dan Y ialah


A Penanda wacana, ayat
B Tanda baca, ayat
C Kosa kata, tatabahasa
D Maksud, sebab

24 Yang manakah penanda wacana berfungsi sebagai penyataan semula?


A Kemudian daripada itu
B Sebagai kesimpulan
C Dengan kata lain
D Tambahan lagi
25
Penyakit kencing manis, bukanlah penyakit yang disebabkan oleh kuman,
cendawan, ataupun parasit. Penyakit ini mempunyai kaitan dengan metabolik,iaitu
suatu proses dalam tubuh untuk menghasilkan tenaga. Penyakit ini terjadi apabila
kepekatan gula darah ( glukosa ) meningkat melebihi kepekatan biasa. Gula
tersebut akan dikeluarkan bersama-sama dengan air kencing dan inilah tanda
penyakit kencing manis.

Petikan di atas mengandungi retorik


A penerangan
B penceritaan
C pendedahan
D penghujahan

910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 11

26 Yang manakah ciri-ciri retorik pemujukan?


I Bahasa yang manis
II Ayat yang gramatis
III Istilah teknikal
IV Teknik rayuan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

27 Yang manakah contoh yang betul untuk rujukan hormat?

Orang yang disapa Rujukan hormat


Wakil rakyat yang mempunyai gelaran
A Yang Berhormat
Tengku atau Raja
B Ketua Menteri/ Menteri Besar Yang Amat Berhormat
C Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia
D Raja Muda/Tengku Mahkota Yang Mulia

28
I Letusan lelangit keras tak bersuara
II Vokal belakang sempit
III Vokal hadapan luas
IV Vokal hadapan sempit

Perkataan yang menepati susunan bunyi di atas ialah

A bela
B cuai
C leka
D jaga
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 12

29 Yang manakah golongan bunyi yang digolongkan sebagai separuh vokal?


A [ k,g ]
B [ j, c ]
C [ h,q ]
D [ w,y]

30
 Bahagian tengah lidah berada dalam keadaan biasa, tidak
dinaikkan atau diturunkan.
 Buka rahang sederhana luas.
 Keadaan bibir neutral.

Huraian di atas menerangkan kedudukan alat pertuturan semasa menghasilkan bunyi


vokal.

A tengah
B depan luas
C depan separuh luas
D depan separuh sempit

31 Antara bunyi berikut, kumpulan manakah yang melibatkan penurunan lelangit lembut
supaya udara keluar melalui rongga hidung?

A [ c, j, y ]
B [ m, n, ng ]
C [ p, b, w ]
D [ k, g, x ]

32 Kumpulan kata yang manakah yang mempunyai fonem yang mengalami proses glotalisasi
atau hentian glotis ketika bunyinya dihasilkan?

A Kapak, hairan, kekal


B Taat, serak, makna
C Bedak, dendam, akibat
D Cantik, syarat, berat

910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 13

33 Antara perkataan yang berikut, yang manakah mengandungi konsonan pinjaman?

I misi
II peka
III visi
IV fitnah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

34 Pilih padanan yang betul antara konsonan dengan cara sebutan

letupan geseran Letusan


A p r C
B m f J
C b h C
D t v L

35
I : Sungguhpun letih, dia tetap datang bertugas.
II : Mereka kelihatan resah kerana orang yang ditunggu belum tiba.

Bunyi konsonan pada awal perkataan berhuruf condong dalam ayat di atas ialah

A Sisian gigi-gusi Getaran gigi-gusi


B Sengauan bibir Geseran bibir
C Letupan lelangit lembut Letusan lelangit lembut
D Letupan lelangit keras Letusan lelangit keras

910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 14

36 Di manakah kedudukan konsonan pinjaman th [θ ] dalam jadual berikut

Daerah
sebutan Gigi Gigi-gusi Lelangit keras
Bibir-gusi
cara
sebutan

p
Geseran Q R S

A S
B P
C R
D Q

37 Ayat yang manakah mengandungi kata hubung pancangan komplemen.


A Ali tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam.
B Penyeludup yang kena tangkap itu telah dijatuhi hukuman tiga tahun penjara.
C Sementara menunggu hujan berhenti, saya dan rakan-rakan membaca buku.
D Seekor sotong yang dinakan Paul, telah meramalkan bahawa Sepanyol akan
memenangi Piala Dunia 2010.

38 Pilih ayat-ayat yang betul menggunakan kata sendi nama


I Harga minyak petrol tidak akan pulih kepada paras asal.
II Pada masa cuti persekolahan, saya akan melancong ke Pulau Pinang dan ke
Sabah.
III Maklumat tentang prestasi syarikat akan diberitahu dari sebulan ke sebulan.
IV Cerita tentang orang bunian keluar dari mulut penduduk kampung Kelulut.
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 15

39 Yang manakah ayat-ayat dibawah ini mempunyai frasa kerja dua objek?
A Pak Ali menjual beberapa biji buah durian.
B Para pekebun kecil diberi subsidi baja..
C Hamzah menendang bola di padang.
D Ibu membeli baju untuk anaknya.

40 Berikut adalah contoh kata pemajmukan istilah khusus kecuali


A batu kapur
B cari gali
C alat tulis
D urus setia

41 Yang manakah ayat-ayat berikut menggunakan kata praklausa?


I Mengapakah kamu lewat pada hari ini?
II Maka segala hulubalang bertempiaran lari.
III Pokok petai yang hendak dipanjatnya amat tinggi.
IV Segelintir murid menghadapi masalah disiplin dan pembelajaran.
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
42 Antara ayat di bawah ini, yang manakah menepati hukum D-M?
I Kemaman kopitiam terletak di jalan Sultan Ismail.
II Hamzah bercita-cita menjadi militri polis.
III Ibu pejabat polis daerah Pekan telah berpindah ke tempat lain.
IV Telekung mini yang dipakai oleh Aminah berwarna merah jambu.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 16

43 Antara yang berikut, yang manakah kata tunggal?


A perhilitan
B pawagam
C manusia
D kugiran

44 Yang manakah kata yang dibentuk oleh satu morfem bebas menjadi kata nama
terbitan?
A keberangkatan
B hakisan
C keberkesanan
D penyalahgunaan

45 Perkataan yang manakah menerima imbuhan sisipan?


I selesema
II kembung
III kemuncup
IV gerigi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

46 Ayat yang manakah menggunakan imbuhan apitan yang betul?


A Puan Azizah memperisterikan anak sulungnya.
B Pak Osman menghadiahkan anaknya sebuah kereta.
C Pekerja itu sedang memperbaiki atap rumah yang bocor.
D Dia telah memperolehi ijazah pertama pada tahun 1999.

910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 17

47 Dalam ayat-ayat yang manakah mengandungi kata adjektif pancaindera?


A Dia selalu pergi ke rumah Aminah.
B Saya sungguh benci akan kelakuannya.
C Masakan kari ayam di restoran itu sungguh enak.
D Akibat memandu secara melulu, dia nyaris melanggar sebatang pokok.

48 Ayat dasar ialah ayat yang

I Mempunyai satu klausa sahaja


II terdiri daripada ayat penyata
III mengalami pendepanan predikat
IV terdiri daripada ayat aktif
A I dan II
B III dan IV
C I, II dan III
D I, II dan IV

49 Antara yang berikut, yang manakah ayat tunggal?

I Kanak-kanak itu sungguh seronok bermain.

II Cuaca hari ini sangat redup dan nyaman.

III Berita itu menyebut bahawa juruterbang itu selamat.

IV Doktor itu perlu merawat pesakitnya dengan segera.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan I

910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 18

50 Antara yang berikut, ayat manakah yang mengandungi subjek kata kerja yang berfungsi
sebagai kata nama
I Pesanan ibu diingat selalu.
II Bersenam menyihatkan badan.
III Merokok amalan yang sukar dihindari.
IV Pengambilan dadah boleh mengancam nyawa.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

51 Ayat yang manakah yang mengandungi kata kerja tak transitif?

I Ombak memutih di pantai Teluk Cempedak.

II Harga barang meningkat sejak akhir-akhir ini.

III Kami makan ayam goreng di restoran itu.

IV Salman memasukkan surat itu ke dalam sampulnya.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

52 Ayat yang manakah yang mengandungi kata kerja pasif dengan imbuhan TeR-

A Abu ternampak seekor ular sawa di belakang rumahnya.

B Ayah tidak terbeli rumah besar itu.

C Gula-gula itu tertelan oleh adik.

D Pekerja itu terhidu gas beracun.

910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 19

53
Ayah mencarikan rakannya ubat herba

Kata yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah

A Predikat

B Objek sipi

C Objek tepat

D Pelengkap

54 Pilih padanan yang tepat bagi pola ayat berikut

FN + FN Encik Nazri pegawai polis.

FN + FK Wanita itu berniaga di pasar.

FN + FA Biasiswa itu untuk anak yatim .

FN + FS Pemandangan di pantai itu amat indah.

A I dan II
B I dan IV
C II dan IV
D III dan IV

55 Antara yang berikut, yang manakah ayat pasif yang betul binaannya?

I Persetujuan beliau belum anda peroleh


II Baju itu telah Siti beli semalam

III Novel itu akan kubaca secepat mungkin

IV Rancangan itu telah mereka susun dengan teliti

A I dan II
B I dan III
910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 20

C II dan IV
D III dan IV
56
Harimau bintang tinggal di hutan tebal.

Unsur yang menjadi pengisi frasa nama dalam ayat di atas terdiri daripada

A Inti + inti

B Inti + penerang nama milik

C Inti + penerang nama jenis

D Inti + penerang nama penyambut

57 Ayat yang manakah mengalami proses peluasan

A Nurul dan sepupunya belajar di Mesir.

B Pemuda itu abang saya.

C Rumah Ketua Menteri itu sangat besar.

D Ibu memperkemas ruang tamu rumah kami.

58

I : Berjagung-jagung dahulu sebelum padi masak

II : Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa

Yang manakah padanan yang betul antara I dan II

A Bidalan Pepatah
B Pepatah Perumpamaan
C Perumpamaan Perbilangan
D Perbilangan Bidalan

910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*
SULIT * 21

59 Pilih pasangan hubungan semantik yang salah

A Cantik lawa sinonim

B Bang bank hiponim

C Qari qariah antonim

D Selak perang homograf

60

Jenis kiasan Contoh


I sandar P budak bertuah
II pemanis Q cakapnya berisi
III melarat R harimau berantai
IV terus S Senyum kambing
Yang manakah padanan yang betul

I II III IV
A S P Q R
B Q P R S
C P S Q R
D S P R Q

910/1
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini [ Lihat sebelah
SULIT*

También podría gustarte