Documentos de Académico
Documentos de Profesional
Documentos de Cultura
Digraf ialah dua huruf konsonan berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy), atau
disebut juga dwihuruf, dwilambang dan huruf rangkap; manakala diftong ialah dua huruf vokal spt ai, au,
dan oi yang menghasilkan bunyi berangkap dan puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama
(seperti pantai, pulau dan amboi).
Selebihnya ialah 5 huruf konsonan yang datang dalam bentuk gabungan 2 huruf. 5 diagraf yang
telah diperkenalkan ialah;
Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada [a], [e], [e], [i], [o] dan [u]. Vokal [e] terdiri
daripada e taling dan e pepet.
Vokal bergading boleh ditemui dalam kebanyakan perkataan bahasa Melayu seperti perkataan
'taat', 'saat', 'muat', 'buat', 'kain', 'sains', dan sebagainya. Cara penyebutannya kelihatan seperti
terasing dan agak janggal, namun lidah Melayu memudahkannya dengan sekali sebut tetapi
seperti terdapat huruf tertentu ditambah di antara gandingan vokal tersebut. Sebagai contoh,
perkataan 'laut' tidak akan disebut sebagai [la.ut] tetapi kedengaran seperti adanya
penambahan /w/ dalam sebutan tersebut menjadi [la.wut]. Tetapi perlu diingat bahawa cara
mengejanya tetap 'laut', dan salah jika dieja sebagai 'lawut'. Ini turut menjelaskan bahawa
perkataan tersebut mempunyai dua suku kata bukan satu suku kata.
Masalah akan timbul dalam kalangan pelajar yang kurang membaca atau kurang terdedah dengan
perkataan yang mengandungi vokal berganding ini, kerana mereka akan menambah huruf
tertentu kerana terpengaruh dengan sebutan daripada penutur jati, seperti perkataan 'kuih'
mungkin dieja sebagai 'kuwih' disebut [ku.wih].
Diftong pula kelihatan hampir sama dengan vokal berganding namun vokal tersebut
dibunyikan serentak, seperti perkataan 'amboi' disebut [am.boi] bukan disebut [am.bo.i].
Diftong dalam bahasa Melayu terdiri daripada [oi], [au] dan [ai].
Perlu diingat bahawa perkataan 'gulai' yang disebut [gu.lai] tidak sama dengan [gu.la.i] kerana
[gu.lai] menggunakan diftong [oi] manakala [gu.la.i] adalah kata dasar 'gula' yang menerima
pengimbuhan akhiran [-i].