Está en la página 1de 8

Saya Tak Suka

Sekolah

Panduan untuk menangani masalah ponteng


kelas dan ponteng sekolah.

Saipul Anuar Mohd Sayuti


03/07/2010
Aku Tak Suka Sekolah
________________________________________________________

Penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapat apa-apa masalah


berhubung kesilapan atau kesalahan maklumat, apa-apa risiko, sama ada secara
peribadi atau tidak yang berlaku atas penggunaan dan aplikasi ebook ini secara
langsung atau tidak langsung. ebook ini diterbitkan dengan sebaik mungkin bagi
tujuan panduan dan pendidikan para pembaca.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi


kandungan laporan ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama
ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat
kebenaran daripada penulis. Anda boleh sebarkan ebook ini kepada rakan-rakan
yang lain secara percuma sebagai perkongsian ilmu dengan syarat tidak mengubah
sebarang kandungannya.

Saipul Anuar Mohd Sayuti


web : http://suluhbudi.wordpress.com
email : saipul65@gmail.com

Hak Cipta © 2010 suluhbudi.wordpress.com

2
Aku Tak Suka Sekolah
________________________________________________________

Aku Tak Suka Sekolah


oleh
SAIPUL ANUAR MOHD SAYUTI

Pendahuluan

Selepas mengikuti satu ceramah di Institut Latihan Perindustrian ( ILP ),


Ledang pada 29 Jun 2010 maka timbul idea yang mana saya rasakan perlu
dikongsi bersama rakan-rakan. Pada mulanya saya tidak terfikir perkara
tersebut tetapi setelah mengikuti ceramah tadi baru tersedar bahawa ramai
murid kita tidak suka ke sekolah ( jangan terkejut ! ). Inilah realiti yang cuba
dinyatakan oleh penceramah kepada saya selama hampir 2 jam di dalam dewan
utama ILP, Ledang.

Persoalannya kenapa murid tidak suka ke sekolah? Sebelum saya


memberikan penerangan lanjut, mungkin ada di kalangan rakan-rakan merasa
tidak bersetuju. Namun yang penting bagi saya ialah kita sama-sama fikirkan
kenapa masalah ini boleh berlaku dan sampai sekarang tiada jalan
penyelesaiannya. Cetusan rasa ini telah lama saya pendamkan dan saya sendiri
dapat merasakan bahawa ianya turut dialami oleh rakan-rakan sekalian tetapi
amat sukar sekali untuk diluahkan .

Jika rakan-rakan sedar ada dua kumpulan murid-murid yang datang ke


sekolah setiap hari iaitu kumpulan pertama murid-murid yang tidak pernah atau
amat jarang melakukan kesalahan disiplin ( murid-murid yang baik ) dan
kumpulan kedua murid-murid yang kerap melakukan kesalahan disiplin ( murid-
murid dot dot dot … bermacam gelaran yang kita berikan ). Biasanya saya dan
rakan-rakan akan menghadapi kumpulan kedua setiap hari dengan pelbagai
kesalahan termasuklah ponteng kelas dan ponteng sekolah. Setakat Jun 2010,
di SEMESTA telah berlaku 6 kes ponteng kelas dan 2 kes murid keluar sekolah
tanpa kebenaran manakala ponteng sekolah pada purata 10% setiap hari.

Hak Cipta © 2010 suluhbudi.wordpress.com

3
Aku Tak Suka Sekolah
________________________________________________________

Bagi rakan-rakan bukan guru, ponteng kelas bermaksud perbuatan keluar


atau tidak berada di kelas tanpa kebenaran guru. Manakala ponteng sekolah
bermaksud tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran Pengetua. Murid-murid yang
biasa ponteng akan hilang sifat bertanggungjawab, suka berbohong, berdolak-
dalik dan menentang yang akhirnya menyebabkan mereka ketinggalan dalam
pelajaran, terlibat dalam kegiatan negatif serta tercicir dari sekolah.

Bagi murid-murid yang kerap ponteng sekolah, daya tarikan luar sekolah
seperti permainan video komputer ( di siber kafe ), video lucah ( ini mungkin
sebabnya bayi mudah masuk tong sampah … ), pengaruh kenalan samada
teman lelaki atau perempuan, pasaraya, tarikan kerja luar … blah blah blah akan
saya terangkan kemudian adalah jauh lebih kuat / berpengaruh daripada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Kenapa Aku Tak Suka sekolah

Pada hari ini, ponteng kelas dan ponteng sekolah telah menjadi perkara
biasa. Murid-murid yang dimaksudkan biasanya terdiri daripada mereka yang
kurang berupaya mengubahsuai diri mereka dalam iklim persekolahan yang
mengutamakan kecemerlangan / prestasi akademik sahaja. Maka, murid-murid
tersebut akan memilih ponteng kelas dan ponteng sekolah untuk melepaskan
diri dari sekolah yang tidak disukai dan tidak menarik lagi.

Bagi murid-murid yang saya istilahkan baik tadi, tidak mengundang


masalah kerana mereka bermotivasi tinggi dan mempunyai visi yang jelas
kenapa perlu ke sekolah. Cuma agak malang bagi kumpulan murid yang satu
lagi kerana akibat motivasi rendah / keupayaan intelek mereka yang rendah
menyebabkan timbul masalah tidak boleh menyiapkan kerja rumah kerana atas
alasan tidak tahu / tidak faham / alasan hilang buku / tidak boleh membaca (
silap siapa ?? ) akan dimarahi / dihalau dari kelas / didenda dan akhirnya
mengambil tindakan ponteng kelas dan ponteng sekolah.

Hak Cipta © 2010 suluhbudi.wordpress.com

4
Aku Tak Suka Sekolah
________________________________________________________

Pernah suatu ketika kerana terlalu memikirkan masalah ini, saya tergerak
menyelami perasaan murid-murid tersebut ( cuba rakan-rakan buat perkara
yang sama  ) dan cuba memahami gelora hati mereka. Bayangkan … bermula
dari waktu pertama sehinggalah waktu terakhir sekiranya murid-murid tersebut
dimarahi, dihalau dari kelas atau didenda pada hampir setiap hari boleh
mendatangkan tekanan yang amat hebat bagi seorang murid yang baru berumur
13 – 17 tahun. Rasanya tidak sama apabila saya sebagai GPK HEM berurusan
dengan JPNJ, Nazir, PPD atau rakan-rakan ( banyak tekanan tetapi tidaklah
setiap hari  ).

Punca-punca Ponteng Kelas dan Ponteng Sekolah

KPM sendiri telah mengenal pasti empat faktor utama yang dikatakan
menyumbang kepada masalah ponteng kelas dan ponteng sekolah di seluruh
Malaysia ( saya terbaca sewaktu persiapan PTK  ):

1. Keluarga
 Keluarga murid yang sedang menghadapi krisis contohnya
pergaduhan, perpisahan, perceraian atau kematian
 Kemiskinan, kekurangan kelengkapan persekolahan atau
kurang perbelanjaan harian
 Membantu keluarga bekerja atau mengasuh adik di rumah
 Keluarga yang tidak mementingkan pendidikan
 Desakan atau tekanan untuk memenuhi harapan keluarga
yang terlalu tinggi di luar keupayaan anak

2. Sekolah
 Lokasi sekolah yang terpencil dan berhampiran tempat
hiburan
 Keadaan fizikal dan persekitaran sekolah yang tidak selesa
dan menarik
 Pentadbiran dan pengurusan sekolah yang kurang cekap dan
tidak berkesan
 Pengajaran dan pembelajaran guru yang menjemukan serta
tidak menarik

Hak Cipta © 2010 suluhbudi.wordpress.com

5
Aku Tak Suka Sekolah
________________________________________________________

 Sikap guru yang tidak memberikan perhatian pada murid


yang ketinggalan dalam pelajaran

3. Rakan
 Pengaruh rakan yang suka membazirkan waktu
 Paksaan / ancaman daripada rakan untuk mendapat
pengiktirafan

4. Peribadi murid
 Tiada kemahiran asas ( membaca, menulis dan mengira )
 Konsep kendiri yang rendah ( tiada cita-cita, harga diri dan
keyakinan diri )
 Gangguan kesihatan ( kurang zat makanan dan lembam )
 Tidak suka suka pada guru

Berdasarkan faktor-faktor di atas, ditambah lagi dengan keganasan yang


wujud bersama-sama dengan proses modenasi, media massa dan hiburan yang
melampau telah meracuni pemikiran murid-murid di sekolah. Kalau rakan-rakan
menyemak kembali sebarang buku yang berkaitan dengan Hal Ehwal Murid,
kebanyakan cadangan menangani masalah di atas lebih tertumpu kepada
persekitaran dan pembaikan luaran tetapi saya dapat rasakan seperti ada satu
kekurangan yang akan diterangkan kemudian.

Biasanya kita kerap menyalahkan murid-murid ( berbanding pihak yang


lain ) tetapi adakah itu benar, bagi saya faktor peribadi murid di bawah sekali
dan keluarga di atas sekali. Sebabnya ?? Kerana saya ada berkesempatan
melihat kandungan Akta Kanak-Kanak 2001 ( ini pun terbaca sebab PTK  )
yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan.

Secara ringkasnya di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak


ertinya seseorang yang berumur di bawah 18 tahun. Akta ini mengatakan
bahawa seseorang kanak-kanak oleh sebab ketidakmatangannya dari segi
fizikal, mental dan emosinya memerlukan perlindungan, pemeliharaan dan
bantuan khas supaya mereka membesar dalam aman, bahagia dan kasih sayang
untuk memperolehi keyakinan, maruah dan nilai diri seorang manusia.
Hak Cipta © 2010 suluhbudi.wordpress.com

6
Aku Tak Suka Sekolah
________________________________________________________

Penyelesaian ( boleh difikirkan bersama )

Saya ingin mengimbas kembali pengalaman mendengar ceramah di ILP,


Ledang, kaitan istilah “ in loco parentis ” ( guru adalah ibu bapa kedua di
sekolah ), Akta kanak-Kanak 2001 serta kaitannya dengan ponteng kelas dan
ponteng sekolah.

Perkataan yang hilang sehingga menyebabkan tiada persepaduan antara


perkara-perkara di atas ialah “ kasih sayang “. Kenapa ?? Saya dapati di sekolah
guru dan murid mempunyai hubungan yang terlalu formal ( konsep saya guru,
awak murid  ). Murid-murid dibebani oleh bermacam-macam kehendak …
Kerajaan, KPM, JPNJ, PPD, sekolah dan ibu bapa tetapi adakah pernah kita
selami kehendak dan masalah anak murid kita. Kalau rakan-rakan sedar saya
telah menggunakan perkataan anak murid. Kita lupa bahawa anak murid kita
merupakan kanak-kanak yang perlu kita layan seperti anak kita sendiri walau
pun berbeza agama dan bangsanya.

Perkara yang perlu sentiasa diingat oleh guru ialah setiap tindakan,
arahan, hukuman dan permintaan atau apa saja yang melibatkan antara guru
dan anak murid harus mengikuti prosedur tindakan seorang ayah atau ibu
terhadap anaknya. Perasaan kasih sayang perlu sentiasa ada sebagaimana
sayangnya ayah atau ibu terhadap anaknya. Sebagai guru apabila seorang anak
murid mula menyayangi, menghormati dan mengkagumi guru sebagai ayahnya
atau ibunya ( mungkin boleh dianggap idola ! ) maka pada pendapat saya segala
gejala perlanggaran disiplin dapat diatasi. Saya sendiri pun sedang cuba ingin
menerapkan pendekatan di atas … dan mungkin rakan-rakan yang bersetuju
ingin turut sama menjadikannya realiti.

Akhir kata saya tidak minta rakan-rakan bersetuju dengan pandangan


saya tetapi sama-sama kita fikirkan. Sekiranya ada cadangan atau sebarang
idea daripada rakan-rakan emailkan kepada: saipul65@gmail.com

Hak Cipta © 2010 suluhbudi.wordpress.com

7
Aku Tak Suka Sekolah
________________________________________________________

Selamat Berjaya!

Ikhlas daripada

liasafuan
Saipul Anuar Mohd Sayuti
suluhbudi.wordpress.com
AdikBijak
KedaiBuku
MyeBook

p/s: Anda boleh sebarkan eBook ini kepada rakan-rakan yang lain secara
percuma sebagai perkongsian ilmu dengan syarat tidak mengubah
sebarang kandungannya.

Rakan-rakan juga boleh memuat turun eBook saya yang lain seperti di bawah :

1. Panduan Mudah Memulakan Perniagaan Online


http://tinyurl.com/2e9mq7c
2. Panduan Mudah Meningkat Kemahiran Anak Membaca
http://tinyurl.com/2bmu9c6

Hak Cipta © 2010 suluhbudi.wordpress.com

También podría gustarte