Documentos de Académico
Documentos de Profesional
Documentos de Cultura
0 PENGENALAN
Ujian adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam
sesuatu peperiksaan. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menempatkan calon dalam
kumpulan pelajar tertentu dan juga mengenal pasti kelemahan-kelemahan mereka.
Bab ini akan mendedahkan anda kepada jenis-jenis ujian dan penilaian serta kaedah
pengukuran yang biasanya digunakan dalam bidang pendidikan, khususnya berkait
dengan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
1.2 Pentaksiran
Ujian diagnostik ialah ujian yang digunakan untuk mengenal pasti masalah yang
dihadapi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk
menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah itu berlaku. Apabila sesuatu
sebab dapat dikenal pasti, maka tindakan lanjutan untuk mengatasi masalah ini
dapat dirancang dan dilaksanakan oleh guru. Ujian diagnostik biasanya ditumpukan
kepada tajuk tertentu dan itemnya dibina secara terperinci supaya masalah yang
dihadapi setiap pelajar dapat dikenalpasti bagi tajuk tersebut. Contoh ujian
diagnostik ialah ujian bacaan untuk mengenal pasti masalah pelajar mengenal dan
menyebut huruf. Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid
dan ini memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan
kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan secara formal iaitu
melibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab,
inventori, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa. Ujian diagnostik ialah
merupakan satu ujian formatif. Data-data yang diperolehi menunjukkan kelemahan
dan kekuatan murid. Ujian ini dapat membantu guru mengenalpasti punca
kegagalan murid menguasai sesuatu kemahiran. Malahan, analisa keputusan akan
membantu guru merancang program pengajaran kepada individu atau kumpulan
secara tepat dan sistematik.
Kemahiran sosial adalah tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi di rumah,
sekolah dan bersama masyarakat. Keupayaan sosial individu yang mampu
mencapai kejayaan tanpa menggangu orang lain. Aspek dalam kemahiran sosial
adalah kemahiran berkomunikasi, asertif, bergaul, menyelesaikan masalah. Tujuan
pentaksiran adalah untuk mengenalpasti murid yang mempunyai kelemahan dalam
bersosial dan membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kehidupan seharian mereka. Bahkan membolehkan mereka berinteraksi dan
menjaga hubungan antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut
golongan.
Kemahiran tingkah laku melibatkan perangai, kelakuan dan cara seseorang itu
membawa penampilan dirinya. Karektor asas benda hidup kerana setiap benda
hidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri. Faktor utama yang
mempengaruhi tingkah laku ialah melalui persekitaran. Walaubagaimanapun,
tingkah laku berubah menerusi pembelajaran.
Bagi menyelesaikan tugasan ini, beberapa kaedah telah dilakukan bagi memastikan
setiap maklumat yang diperolehi mempunyai kesahihan serta tepat. Kaedah ini
berbentuk kualitatif dan antaranya ialah :-
1. Ujian Diagnostik
Ujian diagnostik telah dijalankan keatas murid. Ujian ini terbahagi kepada 2
bahagian iaitu Bahasa Melayu dan Matematik. Tujuan ujian ini dijalankan adalah
untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid.
2. Pengumpulan maklumat
Pengumpulan maklumat dijalankan dalam mencari maklumat berkaitan teori,
latar belakang murid dan kajian yang lepas. Oleh itu, maklumat yang berkaitan
dengan teori di perolehi melalui bacaan buku-buku, maklumat di internet dan
perkongsian maklumat di antara rakan-rakan. Manakala pengumpulan maklumat
mengenai latar belakang murid dibuat melalui buku rekod pelajar.
3. Pemerhatian
Bagi pemerhatian, kami telah melakukan pemerhatian tehadap murid ini sejak
hari pertama kami disekolah tersebut. Di antara pemerhatian yang dijalankan
melibatkan tingkah laku murid ini, cara berkomunikasi dan pergaulannya
bersama murid-murid lain, keperibadiannya dan juga emosinya.
4. Temubual
Beberapa sesi temubual telah kami jalankan. Di antaranya bersama murid ini
sendiri bagi mengetahui masalah sebenar murid ini. Selain itu, kami telah
menemubual En. Roselan yang mengajar murid ini bagi kelas pendidikan khas
sejak murid ini mula-mula memasuki kelas tersebut bagi mengetahui
perkembangan murid ini. Sesi temubual seterusnya adalah bersama dengan
guru kelas murid ini bertujuan mengetahui sifat peribadi murid serta mengetahui
latar belakang murid ini. Beberapa sesi temubual bersama guru-guru
Kanak-kanak lembam adalah kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di
kelas , mahupun kurikulum di sekolah biasa serta terlalu lambat untuk mencapai
satu - satu objektif pengajaran yang mudah, objektif jangka pendek dan juga
mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah atau rendah.
Menurut guru bahasa Melayu, En. Othman, Amirul adalah seorang kanak-kanak
yang tekun dalam pembelajarannya walaupun Amirul adalah seorang kanak-kanak
yang lembam. Amirul cekap dalam membuat latihan yang diberikan. Menurutnya
lagi, Amirul adalah pelajar yang sentiasa memberikan tumpuan ketika guru sedang
mengajar, namun Amirul kadang kala dilihat sukar memahami sesuatu pengajaran
sehinggakan Amirul memerlukan pengulangan semula atau tunjuk ajar semula oleh
guru. Amirul juga dilihat kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di
sekolah. Dia sering mengganggu rakan-rakannya ketika di dalam kelas. Menurut
guru kelasnya, Amirul juga kerap tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks.
Dia akan meninggalkan tugasan yang sukar dilakukannya begitu sahaja.
Meskipun faktor genetik memiliki pengaruh yang kuat, hasil pada kajian tersebut
juga menunjukkan bahawa lingkungan juga merupakan faktor penting. Lingkungan
benar-benar menimbulkan perbezaan intelektual. Genetik dapat dianggap sebagai
penentu batas atas dan bawah kemampuan intelelektual tetapi pengaruh lingkungan
akan menentukan di mana letak IQ murid tersebut (Atkinson, dkk, 1983, h. 135).
Kemampuan Aktualisasi Diri Belajar pada dasarnya merupakan proses usaha aktif
seseorang untuk memperoleh sesuatu, sehingga terbentuk perilaku baru menuju
arah yang lebih baik. Kenyataannya, murid seringkali tidak mampu mencapai tujuan
belajarnya atau tidak memperoleh perubahan tingkah laku sebagai mana yang
diharapkan. Hal itu menunjukkan bahawa murid mengalami kesulitan belajar yang
merupakan hambatan dalam mencapai hasil belajar. Sementara itu, setiap murid
dalam mencapai tahap pembelajaran, mempunyai kemampuan yang berbeza-beza.
Terdapat murid yang dapat mencapainya tanpa kesulitan, akan tetapi banyak pula
Perhatian kepada murid slow learner, iaitu memberikan bantuan khusus kepada
murid untuk memperoleh pemahaman diri, pengarahan diri dan integrasi sosial yang
lebih baik, sehingga dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan dirinya mahupun
dengan lingkungannya.
Setiap fungsi pendidikan itu, pada dasarnya bertanggung jawab terhadap proses
pendidikan pada umumnya. Termasuk seorang guru yang berdiri di depan kelas,
bertanggungjawab terutamanya dalam membeikan perhatian kepada murid tersebut.
Guru dapat membawa setiap murid ke arah perkembangan individu yang optimal
mungkin dalam hubungannya dengan kehidupan sosial serta tanggungjawab moral.
Dalam proses belajar dan mengajar, kondisi slow-learner menjadi hambatan bagi
anak untuk berprestasi di bidang akademik, tetapi tugas guru dan sekolah adalah
membuat murid tetap dapat mengaktualisasikan dirinya sesuai dengan
kemampuannya. Murid tetap dapat berkembang di bidang-bidang tertentu, bahkan
lebih cerdas daripada anak normal pada bidang-bidang tersebut. Maka, slow-learner
bukanlah suatu hambatan yang menentukan segala-galanya dalam kehidupan
murid. Menurut Gardner (Santrock, 2007, h. 140), terdapat banyak jenis inteligensi
spesifik dan dengan spesifikasi ini seorang anak dapat menggambarkan sifat
peribadinya kelak, sebagai wujud aktualisasi dirinya.
Melalui pemerhatian kemahiran sosial Amirul, murid ini mudah bergaul dan
menerima orang lain semasa berkomunikasi bersamanya. Murid ini juga mudah
bergaul dengan rakan sebayanya dan merupakan seorang murid yang bijak
berbanding rakan sebayanya. Apabila Amirul tidak memahami sesuatu konsep
pembelajaran yang dipelajari, murid ini akan bertanya soalan kepada guru sehingga
dia faham dan menerima pelajaran tersebut. Amirul juga seorang yang ringan tulang
apabila menerima arahan daripada guru dan rakan sebaya yang memerlukan
bantuan.
Selain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapi hidro
dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar
dan halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan
dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan
sokongan selain daya apungan air sahaja.
d) Cara Kerja
Cara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner menjalankan aktiviti. Guru
boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul, agar dapat menyiapkan
atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Bagi murid slow
learner mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat menyelesaikannya. Sebagai
contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang berwarna
biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak harus jemu untuk
mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk
memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru
memberikan bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru
tersebut.
Menurut Jongmanns et. al (2003), kanak-kanak dengan masalah DCD dan Learning
Disabilities (LD) adalah lemah dalam semua prestasi yang melibatkan kognitif dan
motor. Bahagian hadapan otak berfungsi untuk memproses maklumat Namun
kerosakkan di bahagian tersebut akan menyebabkan sebahagian persepsi motor
dan simptom kognitif menyumbang kepada masalah pembelajaran (Habib, 2000).
Namun kanak-kanak dengan masalah DCD dan LD memerlukan masa untuk
memproses maklumat bagi menentukan pergerakan yang perlu dilakukan.
Kecelaruan tingkah laku dan emosi bukan sahaja berlaku kepada orang dewasa
tetapi juga berlaku terhadap kanak-kanak. Menurut IDEA masalah tingkahlaku dan
emosi boleh dikenalpasti melalui seseorang itu tidak mampu untuk belajar dan tidak
dapat dijelaskan melalui kemampuan intelek, deria atau faktor perubatan. Seseorang
itu juga tidak mampu membina serta mengekalkan hubungan dengan rakan sebaya
dan guru. Mereka mempunyai tingkah laku dan emosi yang sukar dikawal. Mereka
juga seolah-olah mengalami masalah tekanan perasaan dan yang terakhir mereka
mempunyai simpton-simpton fizikal seperti ketakutan dengan masalah peribadi atau
masalah di sekolah.
Kaedah ini bererti murid belajar dan membuat kerja dalam kumpulan. Kebiasaannya,
kumpulan ini diwujudkan berdasarkan kebolehan atau pun perbezaan minat.
Semasa Amirul di dalam kelas, dapat dilihat sememangnya mudah mengajar Amirul
secara kumpulan berbanding individu kerana murid mempunyai daerah kelemahan
yang sama. Oleh yang demikian, bahan yang hendak dihasilkan juga mudah.
Dengan adanya kaedah ini akan dapat membantu kelancaran komunikasi sesama
murid, saling bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi dan
berkongsi idea.
Selain itu, kaedah ini juga menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid
sahaja. Kebiasaannya, murid dalam kategori ini lebih mudah diurus kerana guru
tidak mengalami gangguan ‘banyak mulut’ daripada murid semasa mengajar. Guru
akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan murid berasakan
mendapat lebih perhatian daripada guru.
Apabila kami mengajar Amirul di dalam kelas yang mempunyai kelompok slow
learner, kami telah menggunakan kaedah ini. Kebiasannya, murid-murid yang dilihat
matang dan lebih cerdik daripada rakan yang lain akan dibimbing dan dilatih untuk
membantu melicinkan pengajaran dan pembelajaran. Melalui pemerhatian kami,
Amirul dapat menerima bantuan pembelajaran melalui rakan sebayanya apabila
Amirul tidak faham akan sesuatu pelajaran yang dipelajari dan bertanya soalan
kepada rakan yang lain.
Amirul merupakan pelajar yang lebih bijak berbanding rakan-rakannya yang lain. Di
dalam keluarganya, Amirul adalah salah satunya anak atau adik beradik yang
berkeperluan khas. Amirul mempunyai adik di sekolah yang sama. Akan tetapi,
adiknya berada dalam aliran perdana. Menurut gurunya, Amirul bukanlah daripada
keluarga yang berada. Oleh kerana kemiskinan keluarga mereka, maka Amirul serta
adik beradik yang lain kekurangan perhatian serta kasih sayang daripada ibu
bapanya. Ibu bapanya sentiasa sibuk sehinggakan tiada masa untuk diluangkan
bersama anak mereka di rumah. Oleh kerana kurangnya perhatian, maka Amirul
sering terpengaruh dengan rakan-rakan yang agak nakal di rumahnya. Jadi, ini
adalah punca utama bagaimana Amirul terpengaruh dalam pergaulannya yang agak
kasar.
Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci punca -punca kegagalan
dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga
buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN denagn kerjasama
Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikaenal pasti
ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang
motivasi di kalangan kanak-kanak itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran
membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah
lambat menguasai bahasa yang seterusnya menjejaskan proses menguasai
kemahiran membaca. Sesetengah kanak-kanak pula menghadapi masalah lemah
pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan
terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak
tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-
rakan sebayanya.
Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan
yang amat menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian. Pada
pendapat saya, Perkembangan yang positif ini adalah juga disebabkan oleh
perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanak-kanak tersebut. Setelah
mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan muridnya, guru dapat
menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kanak itu
Berdasarkan ujian diagnostik bahasa yang telah kami jalankan ke atas Amirul,
ternyata Amirul tidak menghadapi masalah dalam penguasaan bahasanya. Amirul
memahami maksud ayat serta boleh mengisi tempat kosong dengan jawapan yang
Amirul juga mengalami masalah membaca lambat. Ini kerana, apabila diberikan
petikan ayat, Amirul akan membaca lancar, tetapi sebutannya lambat untuk
menyebut satu-satu perkataan tersebut. malahan, Amirul turut mengalami masalah
perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat. Aktiviti
perbendaharaan seterusnya, saya membacakan cerita pendek dengan kuat, jelas,
lancar dan meminta Amirul mendengar dengan teliti. Tiga perbendaharaan kata di
dalam cerita tersebut, telah siap digaris oleh saya dengan pelbagai warna. Selepas
itu, saya akan meminta Amirul membaca semula cerita pendek tersebut. walaupun
lambat, Amirul dapat menyebutnya dengan betul, kecuali beberapa perkataan
sahaja. Seterusnya, saya ,mengeluarkan tiga perbendaharaan kata yang bergaris
dalam cerita tersebut. Saya akan menerangkan makna setiap perbendaharaan kata
yang hendak saya ajarkan. Saya akan mendapatkan respon Amirul dengan
bertanyakan soalan, “adakah kamu faham maksud perbendaharaan kata yang diajar
tadi?”. Namun Amirul menggelengkan kepalanya dan mengarukan kepalanya
tandanya dia tidak memahami perbendaharaan kata tersebut. malahan, saya
meminta Amirul membina ayat berdasarkan apa yang difahaminya, dia akan
mendiamkan diri dan tidak melakukan apa yang disuruh.
Kami telah berjumpa dan berbincang dengan guru Matematik di kelas PKBP, En.
Roselan bin Awang dan beliau telah memaklumkan bahawa kebanyakkan murid-
murid PKBP menghadapi masalah dalam pembelajaran Matematik. Kebanyakan
mereka mempunyai daya ingatan jangka pendek sahaja. Mereka dapat menguasai
kemahiran yang dipelajari pada hari tersebut tetapi gagal mengingati pelajaran yang
sebelumnya.
Langkah seterusnya kami telah berbincang dan membina soalan ujian yang pendek
bagi tajuk tambah untuk dijawab oleh beberapa orang murid. Melalui ujian tersebut,
terbukti beberapa orang murid tidak menjawab langsung atau hanya menjawab
beberapa soalan. Juga didapati mereka gagal menjawab dengan betul.
Melalui ujian tersebut kami dapati Amirul, telah dapat menjawab dengan baik soalan
tambah tanpa mengumpul semula. Bagi soalan mengumpul semula, Amirul gagal
menjawab soalan tambah tiga digit dengan dua digit melibatkan mengumpul semula.
Semasa ujian tersebut dijalankan saya membuat pemerhatian tanpa sebarang
teguran dan kami dapati Amirul belum menguasai cara menambah yang melibatkan
mengumpul semula. Sebagai contoh semasa menjawab 129 + 72, Amirul
memberikan jawapannya 191. Kami dapati Amirul dapat membilang dengan betul
semasa operasi menambah tetapi hanya sedikit kesilapan sahaja yang
dilakukannnya iaitu cara menulis apabila melibatkan mengumpul semula yang belum
dikuasainya.
Setelah murid dapat melakukan kiraan tambah dengan mengumpul semula dengan
menggunakan dekak-dekak, murid mula dapat membuat kesimpulan apabila
jumlahnya melebihi daripada 10 maka satu akan dikumpulkan kepada tempat puluh.
Penguasaan murid menyelesaikan kiraan ditunjukkan apabila murid dapat membuat
kiraan semakin pantas. Kemudian barulah guru memperkenalkan aktiviti mengira
secara semi konkrit. Misalnya dalam soalan 143 + 39 = ______. Murid dibimbing
untuk menggunakan simbol-simbol yang sesuai untuk membuat kiraan.
Perubahan aktiviti konkrit kepada semi konkrit hanya berlaku apabila murid telah
menguasai kemahiran tambah dengan mengumpul semula dengan melalui aktiviti
konkrit dan begitulah selanjutnya Setelah murid benar-benar mantap mengira
dengan menggunakan aktiviti semi konkrit, barulah murid didedahkan membuat
latihan pengiraan secara abstark. Penggunaan buku kotak adalah lebih sesuai
semasa membuat latihan mengira tersebut. Kesimpulannya demikianlah intervensi
khusus Matematik yang kami jalankan dalam aktiviti pengajaran bagi kemahiran
tersebut kepada Amirul.
Sebelum menjalankan ujian keatas Amirul, kami terlebih dahulu akan menjalankan
temubual bersama guru kelas Amirul akan pembelajaran serta sikapnya di dalam
kelas. Selain guru kelasnya, kami turut menemubual pembantu Pendidikan Khas
dan adiknya, Aisyah yang berada di aliran perdana. Dalam temubual tersebut, kami
dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh Amirul. Setelah mengetahui
masalah yang dihadapinya, kami bersama-sama mencari maklumat yang berkaitan
di dalam internet mahupun buku-buku di perpustakaan sekolah. Kami juga akan
merujuk guru yang mengajar subjek mata pelajaran di dalam kelasnya. Kami juga
tidak lupa meminta contoh-contoh latihan yang telah dibuat oleh Amirul sebelum ini.
Setelah menyediakan kit pengajaran dan latihan yang bersesuaian, kami telah
menjalankan pembelajaran dalam suasana yang sesuai dan menyeronokkan. Amirul
juga banyak memberikan tumpuannya kerana jelas kelihatan bahawa dia tertarik
mengikuti sesi pembelajaran tersebut. di samping itu, kami telah menjalankan ujian
ke atas Amirul yang turut diikuti oleh rakannya. Ini adalah kerana pelajar lain juga
ingin menyertai sesi pembelajarn tersebut, namun perhatian yang lebih khusus
diberikan kepada Amirul. Pada permulaan pengajaran, kami akan mengajar dari
aras senang ke susah. Dalam kemahiran bahasa, kami akan membuat pengajaran
yang dimulakan dengan abjad, seterusnya ke perkataan dan ayat. Pembelajaran
juga adalah dari konkrit ke abstrak. Namun, Amirul mengalami masalah untuk
memahami sesuatu yang abstrak. Manakala, dalam kemahiran Matematik, kami
akan membuat latihan dari nombor mudah ke nombor susah. Dari latihan tambah
dan tolak, ke latihan darab. Jadi, dalam kemahiran Matematik ini, kami akan
melibatkan seberapa banyak pancaindera yang perlu digunakan oleh Amirul. Banyak
latih tubi mahupun pengukuhan telah kami berikan. Ini adalah untuk mengukuhkan
kefahaman Amirul dalam sesuatu kemahiran. Walaupun Amirul kerap melakukan
kesalahan dalam latihannya, namun kami tidak mengenakan dendaan, malah
teguran serta pengajaran dan bantu semula kepada Amirul.
Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah apabila wujudnya
perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid. Selain itu
masalah pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap negatif yang ada dalam
diri murid tersebut sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah laku yang
kurang baik serta disiplin diri yang rendah.
Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu,
pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajaran bimbingan
rakan sebaya dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran individu guru akan
membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan alat bantuan
yang sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil pula guru akan membimbing
murid yang berada dalam kelompok kumpulan yang sama dan mempunyai masalah
yang sama tetapi mendapat perhatian secara individu dari guru.
Kesilapan yang biasa dilakukan dalam kemahiran bahasa adalah penggunaan huruf
besar dan huruf kecil yang bercampur. Ini dapat dilihat terutama ketika pelajar
menyalin secara terburu-buru agar cepat siap dan dapat bermain. Malahan, dalam
penulisan mereka, tidak mempunyai jarak antara satu-satu perkataan. Kadang-
kadang, penulisan mereka dapat difahami, malahan terdapat juga yang sukar dibaca
mahupun difahami oleh guru. Bukan itu sahaja, mereka kerap tertinggal huruf
mahupun perkataan ketika membuat latihan serta menulis terbalik sama ada huruf,
perkataan atau susunan ayat. Puncanya adalah disebabkan cara memegang pensel
tidak betul di mana jarak mata pensel dengan buku. Postur atau kedudukan semasa
menulis juga merupakan punca masalah ini.
Cara untuk mengatasinya adalah dengan meminta pelajar menyalin dengan berhati-
hati (bukan menyalin untuk cepat siap sahaja). Guru perlu menasihati serta bijak
mengawal keadaan bilik darjah. Selain itu, guru perlu memperbaiki atau
membetulkan cara memegang pensel pelajar agar pelajar tidak membawa tabiat
memegang pensel dengan salah apabila dewasa kelak. Ketika sesi pengajaran, guru
harus memerhatikan postur pelajar sama ada betul atau tidak. Sekiranya postur
mereka tidak betul, guru perlulah memperbaiki kedudukan postur mereka semasa
menulis. Di samping itu, guru perlulah memperbanyakkan latih tubi kepada pelajar
agar mereka memahami dengan jelas setiap pengajaran.
Banyak kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara permainan dan
pembelajaran kanak-kanak. Mengikut Piaget (1983, keupayaan adaptasi psikologikal
adalah amat penting dalam memastikan perkembangan struktur kognitif atau mental
kanak-kanak. Piaget memandang permainan sebagai aktiviti pengukuhan untuk
tingkah laku yang baru dipelajari. Walaupun permainan bukan kesamaan dengan
pembelajaran, apa yang pasti, permainan memudahkan cara pembelajaran. Ini
adalah kerana dengan bermain ia secara tidak langsung memberi peluang kepada
kanak-kanak untuk memperoleh pengalaman baru agar dapat diadaptasikan dalam
struktur kognitif mereka. Banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk membantu
merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru boleh menggalakkan kanak-
kanak berfikir dengan cara mengadakan permainan yang boleh mencabar pemikiran
kanak-kanak seperti bersoal-jawab apa yang mereka akan rasa sekiranya mereka
menjadi sebuah buku, menjadi sebuah basikal, dan sebagainya. Permainan seperti
ini mendorong kanak-kanak berfikir secara spontan dan secara langsung akan
membantu perkembangan kognitif mereka.
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, murid yang dikaji iaitu Amirul bukan
seorang murid yang tidak boleh di bentuk, tetapi murid ini memerlukan sedikit
perhatian untuk dipulihkan. Perhatian dalam konteks ini bukan sahaja di kelas dan
sekolah tetapi juga melibatkan ibubapa dirumah. Perhatian yang diberikan sekurang-
kurangnya akan membantu murid ini dalam menguasai kemahiran dalam membaca
dan tidak lagi ketinggalan di dalam pembelajaran yang dibawa di dalam kelas. Guru
juga tidak seharusnya putus asa dalam membantu pelajar dalam memperbaiki
kelemahan yang terdapat di dalam diri murid ini.
Jika dilihat dari permulaan kami mengenali murid ini, banyak kelemahan yang
dihadapi seperti tidak boleh membatang suku kata serta menghadapi masalah
dalam mengeja perkataan gabungan konsonan yang diberi oleh guru. Selain itu,
murid ini menunjukkan kesungguhan dalam setiap pembelajaran yang diberikan oleh
guru. Murid juga mula mengenal dan boleh membunyikan suku kata yang
melibatkan terbuka dan tertutup.
Dalam membantu memulihkan murid ini, bukan hanya terletak pada guru sahaja,
tetapi ianya harus melibatkan pelbagai pihak seperti guru-guru lain serta ahli
keluarga murid ini seperti kakak yang membantunya dalam menyiapkan kerja
sekolah yang diberikan oleh guru serta perhatian yang diberikan oleh ibubapa
kepada murid ini. Walaupun Amirul tergolong dalam golongan murid yang lemah
dalam pembelajaran, murid ini tidak harus dipinggirkan dan sepatutnya menerima
pelajaran sama seperti murid-murid lain.
Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian
yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri dalam
keadaan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru, terdapat
insan yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan khas kerana
cacat deria lihat dan dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi. Pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua mengikuti norma
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal.
Dalam menyiapkan tugasan ini, kami telah melakukan beberapa kali perbincangan
bersama guru pembimbing, guru kelas, dan pensyarah pembimbing. Perbincangan
ini dijalankan bagi memastikan maklumat yang diperolehi tidak bercanggah dengan
kajian yang kami lakukan.
Pada permulaannya, kami telah mengesan sampel kajian kami pada kali ini. Pada
hari kedua kami telah mengenal pasti murid ini dan mendapatkan sedikit maklumat
mengenai murid ini daripada guru kelasnya. Kemudian kami mengenalpasti
kelemahan murid ini daripada hasil ujian diagnostik yang dijalankan keatas murid ini.
Kemudian kami menemuramah murid ini bagi memastikan kesahihan dalam ujian
yang dilakukan. Kemahiran yang gagal dikuasai oleh murid ini akan direkodkan bagi
memudahkan kajian yang bakal dilakukan.
Dengan keyakinan yang ada pada Amirul, kami yakin dia akan beroleh kejayaan.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada guru pembimbing
dan warga sekolah kerana telah memberikan kerjasama yang baik bagi kami
memperoleh maklumat dalam penghasilan kajian kes ini.
Bacaan Ilmiah
Hajah Hasnah Udin. (1988). Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jamila K.A Mohamad. (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala
Lumpur: PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd.
Mohd. Sharani Ahmad. (2004). Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Kuala
Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Laman Web
http://www.my-rummy.com
http://www.scribd.com/doc/4853453/PBK-kemahiran-bahasa