Está en la página 1de 9

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH MENENGAH

REKA CIPTA

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
2002
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak


mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta
masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang
liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-
bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh


tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip berikut:-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

ii
Sukatan Pelajaran Reka Cipta KBSM

Kata Penghantar

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi


menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang.
Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyediakan murid menghadapi
cabaran pendidikan pada abad 21.

Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan
semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab
mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk
berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana serta dapat
menggunakan teknologi maklumat dan murid yang berkeyakinan dan tabah
mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan.

Reka Cipta ialah satu mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas.
Mata pelajaran ini bertujuan untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis
serta boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan teknologi
semasa melalui penghasilan sesuatu rekaan ke arah menjadi penyumbang kepada
pembangunan negara. Kandungan Sukatan Pelajaran Reka Cipta Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi Reka Bentuk, Teknologi Pembuatan,
Strategi Pemasaran, Harta Intelek dan Pendokumentasian.

Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih


kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa dan tenaga
sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.

1
Sukatan Pelajaran Reka Cipta KBSM

PENDAHULUAN

Mata pelajaran reka Cipta merupakan satu mata pelajaran elektif di sekolah
menengah atas yang berlandaskan teknologi dan menekankan daya kreativiti murid.
Reka Cipta digubal dengan hasrat membentuk minda murid yang kreatif, inovatif
dan inventif sebagai persediaan tenaga pekerja yang bermaklumat dan
berketrampilan dalam menempuhi perkembangan dan cabaran dunia teknologi di
alat baru.

Reka Cipta berlandaskan kepada gabungan tiga dimensi atau konsep iaitu minda,
kemahiran dan sikap atau nilai. Dalam proses reka cipta, penjanaan dan pencetusan
idea bermula daripada minda. Idea yang abstrak ini diterjemahkan dalam bentuk
lakaran. Kemahiran diperlukan bagi merealisasikan lakaran ini ke dalam bentuk
model atau prototaip yang konkrit. Nilai dan sikap seorang pereka cipta juga penting
dalam memantap dan memberi nilai tambah kepada produk yang direka cipta.

Reka Cipta adalah penghasilan sesuatu produk baru atau pengubahsuaian barangan
yang sedia ada untuk menyelesaikan masalah dan memenuhi kehendak pengguna
masa kini dan akan datang. Produk yang bersifat inovatif dan bernilai komersil ini
harus diilhamkan dari idea murid sendiri dengan tunjuk ajar dan bimbingan guru.
Melalui proses reka cipta pengalamkan sedia ada, kemahiran teknologi pembuatan
dan reka bentuk yang diperoleh, sifat ingin tahu, ingin mencuba dan berdaya saing
merupakan potensi yang baik dalam pembentukan diri murid sebagai seorang
pereka cipta. Pengetahuan tentang harta intelek termasuk paten dan strategi
pemasaran membolehkan murid bersedia menghasilkan produk bagi tujuan komersil.

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Reka Cipta adalah untuk melahirkan murid yang berfikiran
kreatif dan kritis serta boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan
perkembangan teknologi semasa melalui penghasilan sesuatu rekaan ke arah
menjadi penyumbang kepada pembangunan negara.

OBJEKTIF

Kurikulum Reka Cipta adalah untuk membolehkan murid:

1. Memahami dan mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan bidang reka


bentuk dan teknologi pembuatan dalam mereka cipta produk yang inivatif dan
bernilai komersil.

2. Memahami sistem elektrik, elektrikonik, mekanikal mudah dan kawalan


dalam bidang mekatronik.

3. Menggunakan Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD) dalam perekaan


produk.

4. Memahami strategi untuk memasarkan produk.

5. Memahami konsep harta intelek dan cara melindungi hasil reka cipta.

2
Sukatan Pelajaran Reka Cipta KBSM

6. Mendokumentasi dan mempersembahkan hasil reka cipta dengan


menggunakan kaedah komunikasi yang berkesan.

7. Mengamalkan sikap positif serta peka terhadap isu, perkembangan dan hala
tuju teknologi.

8. Memupuk semangat ingin tahu, ingin mencuba, daya saing, bekerjasama dan
menyedari keagungan tuhan.

ORGANISASI KANDUNGAN

Mata pelajaran Reka Cipta diolah dalam lima bidang pembelajaran. Setiap
bidang pembelajaran dibahagikan dalam unit pembelajaran yang mengandungi
beberapa tajuk. Deskrikpsi dan senarai unit pembelajaran dalam lima bidang
ini adalah seperti di bawah:

1. Reka Bentuk

Bidang pembelajaran ini membolehkan murid memahami sejarah


perkembangan reka cipta, hasil ciptaan serta kepentingan dan sumbangan
reka cipta dalam kehidupan. Melalui proses reka cipta yang bermula dari
pengenalpastian masalah hingga ke pengubasuaian model, idea murid
dicetus dan diterjemahkan dalam bentuk lakaran yang direalisasikan pula
dalam bentuk model berfungsi atau prototaip. Ilustrasi melalui lakaran dan
lukisan serta Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD) membolehkan murid
dalam perekaan projek reka cipta.

1.1 Pengenalan

a. Sejarah perkembangan reka cipta

b. Pereka dan hasil ciptaan

c. Kepentingan dan sumbangan

1.2 Proses Reka Cipta

a. Pengenalanpasti masalah

b. Penjanaan idea

c. Perekaan projek

d. Pemilihan reka bentuk

e. Perancangan pembinaan model berfungsi atau prototaip

f. Pembinaan model berfungsi atau prototaip

3
Sukatan Pelajaran Reka Cipta KBSM

g. Pengujian dan penilaian model berfungsi atau ptotataip

h. Pengubahsuaian model berfungsi atau prototaip

1.3 Ilustrasi

a. Lakaran

b. Lukisan

c. Lukisan Kerja

1.4 Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD)

a. Kegunaan CAD

b. Aplikasi CAD

2. Teknologi Pembuatan

Murid didedahkan kepada teknologi pembuatan dari segi bahan,


peralatan dan perkakas, kaedah kerja dan sistem. Pengertian sistem
mekanikal, elektrik, elektronik dan kawalan membantu murid dalam
perekaan projek reka cipta

2.1 Bahan

a. Pengenalan

b. Sifat bahan

c. Spesifikasi bahan

2.2 Peralatan, Perkakas dan Kaedah Kerja

a. Jenis dan fungsi

b. Teknik penggunaan

c. Kaedah kerja

4
Sukatan Pelajaran Reka Cipta KBSM

2.3 Sistem

a. Pengenalan

b. Sistem mekanikal

c. Sistem elektrik

d. Sistem elektronik

e. Sistem kawalan

3. Strategi Pemasaran

Bidang pembelajaran ini membolehkan murid mengaplikasikan strategi


memasarkan produk dari aspek produk, harga, promosi dan tempat diberi
penekanan.

3.1 Produk

a. Jenis dan klasifikasi produk

b. Jenama produk

c. Slogan produk

3.2 Harga

a. Objektif penentuan harga

b. Kaedah penentuan harga

3.3 Promosi

a. Objektif promosi

b. Campuran promosi

c. Pilihan promosi

3.4 Tempat

a. Saluran agihan

b. Pemilihan tempat

5
Sukatan Pelajaran Reka Cipta KBSM

4. Harta Intelerk

Murid didedahkan kepada pentingnya harta intelek dan jenis harta intelek
serta prosedur permohonan perlindungan reka cipta.

4.1 Pengenalan dan Jenis

a. Pengertian harta intelek

b. Jenis harta intelek

4.2 Perlindungan Reka Cipta

a. Jenis perlindungan

b. Permohonan perlindungan

c. Paten

5. Pendokumentasian

Hasil kerja berbentuk deskripsi projek didokumentasikan dalam folio reka


cipta murid yang dijadikan sebahagian daripada kerja kursus mata pelajaran
ini. Pendokumentasian ini termasuk idea dan objektif, proses reka cipta,
proses reka cipta, penggunaan bahan dan peralatan, Cadangan memperbaiki
reka cipta serta potensi pemasaran.

5.1 Pengenalan

a. Pengertian pendokumentasian

b. Penyediaan dokumentasi

5.2 Format

a. Susunan hasil projek

b. Kemasan

También podría gustarte