Está en la página 1de 1

REFLEKSI (NUR AINA BINTI SHUHAIMI)

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kerana berhasil menyiapkan
tugasan ini dalam masa yang telah ditetapkan. Setelah menyiapkan tugasan ini, saya
mendapati banyak kebaikan daripada penghasilan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). Pada
pandangan saya, RPI sesuai bagi murid bermasalah pembelajaran atau pemulihan dan juga
sesuai bagi murid berkeperluan khas lain, seperti mereka yang mempunyai masalah
pendengaran, penglihatan, cacat anggota dan lain-lain kecacatan.
Selain itu, penghasilan RPI membuatkan guru dapat mengenal pasti daerah kelemahan
murid justeru guru dapat fokus teknik yang berkesan bagi mengatasi masalah murid. Saya juga
mendapati, RPI memberi peluang kepada guru untuk mendapat maklumat tentang murid yang
mana guru pemulihan dapat menyediakan forum untuk mendapatkan sokongan dan khidmat
bantu daripada pihak yang berkenaan. Saya dapati, RPI juga memudahkan guru dalam
menyediakan penilaian diagnostik yang sesuai bagi memastikan kekuatan dan keperluan murid.
Seterusnya, saya mendapati RPI bermanfaat dalam memberi peluang kepada ibu bapa
untuk terlibat secara langsung dalam penyediaan matlamat dan objektif pembelajaran anak
mereka selain memberi peluang untuk mendapat penerangan dengan jelas tentang perkara
yang perlu dilakukan bagi membantu pembelajaran anak mereka di rumah daripada guru
pemulihan. Pada pandangan saya, RPI juga memberi peluang kepada ibu bapa untuk
berkongsi maklumat dengan golongan professional yang terlibat secara langsung dengan anak
mereka dan mengenal pasti program latihan dan penilaian semula yang bersesuaian dengan
keperluan anak mereka.
Kesimpulannya, saya dapati RPI memberi banyak manfaat kepada banyak pihak
antaranya memberi manfaat kepada murid pemuihan, guru pemulihan, guru matapelajaran atau
kelas, pihak pentadbir dan ibu bapa. Selaras dengan maksud RPI iaitu RPI merupakan satu
dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran
yang sepatutnya untuk membantu murid pemulihan atau berkeperluan khas mencapai objektif
yang telah dikenalpasti. Oleh itu, semua pihak haruslah memberikan kerjasama yang
menyeluruh supaya objektif RPI dapat dilaksanakan dengan berkesan.

13

También podría gustarte