Está en la página 1de 8

PENGENALAN

Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya


sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai.Model pengajaran yang sesuai
digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada
pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan
pengajaran guru dapat dicapai.Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk
menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang
ingin disampaikan jelas dan tepat.
Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan
dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap
dan

sistematik.

Seseorang

guru

perlu

mengetahui

perkara

yang

hendak

dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.


Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model
reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE.
Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direkabentuk oleh
R.Heinrich,M.Molenda,J.Russell dan S.Smaldino. Perancanganpengajaran dan
pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila gurumenjadikan model ini
sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokuskepada perancangan
pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepadasetiap pelajar. Model
rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikanpenggunaan alat dan bahan
bantuan mengajar memberi kesan optimum dalamproses mencapai objektif yang
ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah.Malah penyerapan penggunaan
teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid untuk lebih
menguasai matapelajaran tersebut. Bagi memahamibagaimana penggunaan
teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajarandan pembelajaran kita perlu
juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajardan Model ASSURE.
Model ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama
iaitu:- A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar ), S = State objective ( Nyatakan
Objektif ), S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media Dan Bahan ), U =
Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan Bahan ), R = Require Learner
Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar ) dan E = Evaluate and Revise ( Menilai
Dan Semak Semula).

Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkahberturutan


di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yangberkait antara satu
sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yangmantap bagi satu
sesi pengajaran.
MODEL REKA BENTUK ASSURE
Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukansetiap
langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkanpenggunaan
teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagimatapelajaran Dunia
Sains dan Teknologi. Rancangan pengajaran ini adalah untukrancangan pengajaran
harian selama 60 minit untuk kelas 3 Gemilang yang memiliki seramai 38 orang
murid.
1) Analisis Pelajar (Analyze Learners)
Analisis merangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kompetensi khusus
peringkat masuk dan stail pembelajaran.Ciri-ciri umum meliputi umur, tahap,
tingkatan dan latar sosioekonomi.Berdasarkan rancangan pengajaran ciri-ciri umum
yang boleh diperolehi ialah melibatkan murid-murid tahun satu yang berumur tujuh
tahun.Manakala kompetensi khusus peringkat masuk merupakan pengetahuan
sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran.Stail pula merupakan trait
psikologi seperti persepsi.Di sini adalah seperti tahap kecerdasan yang pelbagai
iaitu lemah, sederhana dan pandai.
Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran
berlaku.Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran
dapatdilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis terhadap murid
kitadengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya ialah :a) Ciri-ciri umum pelajar- Tajuk pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi
Tahun 3 Gemilang adalah haiwan ( memahami ciri haiwan )yang diambil dari
Dokumen Standard Kurikulum tahun 3. Murid berumur 9 tahun.Murid-murid ini
mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana.Mereka sudah menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira dengan baik.Kebanyakan mereka adalah anak
kepada penduduk pinggir bandar yang rata-rata bekerja samada di sektor swasta
mahupun kerajaan.Mereka ini sudah terdedah kepada penggunaan ICT dalam bilik

darjah. Walaupun begitu merekamemerlukan perhatian dan aktiviti yang menarik dan
mencabar dalamproses pengajaran dan pembelajaran.
b) Kompetensi khusus peringkat masuk - Guru juga perlu melihat
pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar,selain daripada melihat ciri-ciri umum
murid. Pengetahuan lepas ataupunpengetahuan sedia ada yang terdapat pada
murid merujuk kepada araskebolehanmurid sebelum bermulanya pengajaran.
Kebolehan intelekpelajar, apa yang pernah dipelajari oleh murid, aras motivasi dan
penentu-penentu budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada
supayapengajaran guru cepat ditangkapi dan difahami oleh murid.Di sini muridmurid sememangnya telah sinonim dengan haiwan di persekitaran mereka,
tetapimereka tidak tahu tentang ciri-ciri yang terdapat pada haiwan. Mereka boleh
menyebut pelbagai jenis haiwan tetapi tidak tahutentang ciri-ciri tertentu yang
terdapat pada haiwan.
c) Stail / Gaya Pembelajaran - Elemen terakhir yang terdapat dalam analisis
pelajar ialah gayapembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang
berbeza.Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid yang
cenderungkepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestetik
ataupunpergerakan murid , maka dengan inilah guru akan menentukan kaedah
pengajaran,media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik minat
muridsupaya pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Saya
mendapatimurid-murid 3 Gemilang lebih cenderung kepada penggunaan ICT,
benda-bendamaujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan.
2) Nyatakan Objektif Pembelajaran( State Objective )
Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru
kearahpencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya
realistic dan sejajar denganaras kebolehan serta minat murid. Malah ianya
perludirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut
Dokumen Standard Prestasi dan Dokumen Standard Kurikulum. Malah panduan
objektif yang diambilkira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti penglibatan
pelajar (Audience),peringkat boleh diukur (Behavior), keadaan / kategori (Conditions)
dan tingkatprestasi pelajar (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif
tercapai. Perkara yang penting ialah guru perlu tahu bagaimana hendak
mempraktikkannya dan bagaimanaobjektif pengajaran boleh membantu guru untuk

melaksanakan pengajaran yangberkesan sebagai contoh :-Pada akhir


pembelajaran, murid-murid dapat : 1). Mengenalpasti ciri-ciri yang terdapat pada
haiwan. Peringkat ini jelas dilihat pada Langkah Pertama dan Langkah Kedua
Pengajaran di mana penglibatan semua murid untuk menyatakan ciri-ciri yang
terdapat pada haiwan.Malah aktiviti soal jawab juga dapat dilaksanakan dengan baik
apabila mendapat respon yang menggalakkan daripada penglibatan murid. 2).
Mengelaskan haiwan berdasarkan ciri pengelasan yang dipilih. Peringkat ini dapat
dilihat pada langkah keempat, murid berbincang dan bekerjasama menggunting dan
menampal gambar haiwan mengikut ciri pengelasan yang dipilih dengan baik .Di
peringkat ini juga, murid cuba membina ayat sendiri bagi menjelaskan tentang ciriciri pengelasan haiwan yang dipilih secara lisan.
3) Memilih Kaedah Pengajaran (Select Methods, media and materials)
Perkara yang ketiga ialah select method, materials and media atau pilih
kaedah, media dan bahan. Pemilihan kaedah, media dan bahan adalah berdasarkan
tingkat kebolehan pelajar dan objektif pengajaran.Oleh kerana kelas tersebut terdiri
dari murid pelbagai kebolehan, maka kaedah yang dipilih ialah penyoalan,
perbincangan, berkumpulan dan pengajaran secara kelas.Media yang dipilih pula
ialah kad gambar dan persembahan power point.Manakala bahan yang dirancang
ialah lembaran kerja.Kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai dan selaras
dengan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjamin pencapaian objektif
pembelajaran.Strategi yang diamalkan pada masa kini ialah strategi pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan kepada pelajar
aktif.Misalnya kaedah perbincangan, simulasi, kajian kes, kajiam makmal, kajian
lapangan, pembelajaran kendiri dan sebagainya.
Lazimnya dalam satu proses pengajaran banyak kaedah yang
digunakan.Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara berbezabeza. Sebagai contoh,untuk memulakan pengajaran iaitu set induksi dimulakan
dengan sesi soal jawab, latih tubi dan latihan. Guru memberi penerangan dan tunjuk
cara bagaimana membuat pengelasan haiwan mengikut ciri-ciri pengelasan yang
dipilih di dalam kumpulan3 bahan yang diberikan oleh guru iaitu gambar haiwan,
kertas mahjong dan pen marker. Tujuannya adalah supaya murid dapat
melaksanakan tugasan yang diberi berjalan dengan lancer di dalam kumpulan
masing-masing.Kaedah ini dipilih kerana pelajar-pelajar peringkat sederhana

perlukan sesuatu yang boleh membantu mencetus idea mereka untuk


melengkapkan tugasan yang diberi. Selain itu, semua pelajar dapat terlibat sama
dengan aktiviti yang dirancang ini setelah masing-masing dapat melihat tugasan
yang mereka perlu lakukan.
4) Pemilihan Penggunaan Media Dan Bahan (Utilise media and materials)
Langkah seterusnya ialah utilise media and materials atau guna media dan
bahan. Penggunaan media adalah penting supaya mesej yang hendak disampaikan
dapat dipersepsikan dengan tepat oleh pelajar. Antara cara yang boleh dilaksanakan
untuk menggunakan media dengan baik ialah, pertama beri gambaran awal tentang
bahan yang akan digunakan, kemudian sediakan bahan, sediakan persekitaran yang
sepadan untuk pengajaran yang menggunakan bahan yang dipilih, seterusnya
sediakan pelajar menerusi set induksi atau penyataan objektif dan akhir sekali ialah
sediakan pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan diingati oleh pelajar. Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang
dibuat, media pengajaran yang digunakan sewaktu set induksi ialah haiwan maujud.
Manakala sewaktu proses pengajaran kad gambar dan persembahan power point
digunakan.Penggunaan bahan di sini merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk
dan media; cetak, komputer, video, gambar dan lain-lain. Boleh juga menggunakan
bahan yang sedia ada tetapi perlu dipastikan bahan tersebut diubahsuai,
ditambahbaik dan dibaik pulih sesuai dengan situasi semasa.Perlu diingat guru
hendaklah menentu arah tuju pengajaran dan pembelajaran.Pada masa kini
penggunaan bahan capaian seperti internet, e-learning, online.
5) Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)
Langkah yang kelima ialah require learner participation atau libatkan pelajar.
Ia adalah penting untuk memastikan pembelajaran benar-benar berlaku. Aktivitiaktiviti yang boleh dijalankan untuk libatkan pelajar ialah seperti latih tubi, latihan,
kuiz dan sebagainya.Guru juga melibatkan murid dalam kaedah berkumpulan.Selain
itu, penglibatan murid juga dibuat melalui kaedah perbincangan.Bukan itu sahaja,
murid-murid juga dilibatkan melalui aktiviti penilaian yang dirancang seperti muridmurid diminta menuliskan ciri-ciri haiwan dan mengelaskan haiwan mengikut ciri-ciri
yang tertentu.Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran.Dalam hal ini pelajar terlibat dalam kerja kumpulan, berbincang dan

memberi idea.Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam


pengajaran.Penglibatan yang aktif akan meningkatkan mutu pengajaran. Ia juga
dapat memotivasikan pelajar itu untuk belajar. Kegiatan pengukuhan (reinforcement
activities) seperti pengukuhan serta merta di beri selepas pelajar memberi tindak
balas yang betul (Skinner,1954). Di sini guru yang berkesan sentiasa memikirkan
bagaimana hendak melibatkan pelajarnya dalam proses pengajaran dengan
menjalankan aktiviti penyoalan dan perbincangan dalam kumpulan
6) Menilai Dan Mengulangkaji (Evaluate and revise)
Langkah yang terakhir dalam model ASSURE ialah evaluate and revise atau
nilai dan semak.Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan
dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran
sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar.Jika muridmurid dapat memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah tercapai.Nilai dan
semak adalah penting untuk melihat keberkesanan sesuatu perkara serta untuk
menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan keberkesanannya.Penilaian
yang dibuat meliputi pencapaian pelajar berdasakan kemahiran, sikap dan
objektif.Selain itu media, kualiti media, pembelajaran, penggunaan guru dan murid
turut disemak.Untuk penilaian, guru mengedarkan kertas lembaran kerja yang
meminta murid-murid menyatakan ciri-ciri haiwan dan mengelaskan haiwan
mengikut ciri-ciri yang tertentu. Penilaian formatif memberi maklum balas semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Maklum balas ini dapat digunakan untuk
membetulkan atau menambahbaikan proses dan bahan pengajaran dan
pembelajaran. Kadang-kadang perancangan pengajaran dan pembelajaran
kelihatan cantik dan sempurna tetapi gagal apabila dilaksanakan.
Justeru itu adalah penting untuk guru mencuba perancangan pengajaran ke
atas sekumpulan kecil pelajar untuk mendapat maklum balas keberkesanan
perancangan tersebut.Penilaian sumatif ialah penilaian pada kursus unit atau
peringkat pembelajaran yang memberikan maklum balas tentang keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh.Data yang dikutip memberikan
maklumat tentang pencapaian objektif yang ditetapkan. Oleh itu model ASSURE
amat menekankan penilaian formatif dan juga sumatif.Walaupun tugasan hanya
diberi pada akhir pengajaran, pelajar pelajar telah diuji dari awal sehingga
akhirpengajaran.Latihan yang dibekalkan bukannya bertujuan untukmencari

kelemahan pelajar tetapi untuk merangka langkah-langkahyang boleh membantu


pelajar yang di bawah tahap penguasaan.Di dalam contoh pengajaran dan
pembelajaran ini, latihan diberikanbertujuan untuk menilai kembali kefahaman murid
terhadap prosespengajaran yang telah berlaku.
RUMUSAN
Model ASSURE ialah sebuah model reka bentuk pengajaranyang paling
sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah yang memerlukanpenggunaan media
sebagai kaedah pengajaran. Melalui model ini, guru lebih yakin untuk
menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran serta dapatmemastikan objektif
pengajaran dapat dicapai dengan jayanya. Ini adalahkerana di dalam model ini
terkandung elemen-elemen penting sepertipernyataan objektif, kaedah
penyampaian, pemilihan dan penggunaanmedia, analisis pelajar dan penilaian
diambil kira sebelum prosespengajaran dilaksanakan. Kesannya pengajaran yang
dijalankan akan lebihefektif dan objektif pengajaran tercapai.

RUJUKAN
1. Atan Long (1991) . Pedagogi Kaedah Am Mengajar .Selangor : Amiza Publishing
Sdn.Bhd.
2. Ee Ah Meng (1998) .Pedagogi Untuk Bakal Guru.Selangor : Sri Pendidikan Fajar
Bakti.
3. Mok Soon Sang (1997) . Pedagogi 2 , Perlaksanaan Pengajaran . Selangor :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
4. Musa bin Daim (1995) . Penilaian Di Bilik Darjah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia.
5. Ngui Kwan Seng (1989) . Teknologi Pendidikan Penggunaannya Dalam Dalam
Pengajaran .Selangor : Fajar Bakti . Sdn. Bhd.
6. Prof. Madya. Dr Wan Abdul Kader Wan Ahmad , Prof. Madya. Dr Ramlah
Hamzah, Dr. Rajini abu (2005). HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Selangor:
Meteor Doc. Sdn. Bhd.

También podría gustarte