Está en la página 1de 4

PERKARA 1

Nama Dan Alamat Persatuan


1.1.
1.2.

: Persatuan Bahasa Inggeris


: Sekolah Kebangsaan Lahar Kepar,
13200 Kepala Batas,
Seberang Perai,
Pulau Pinang

PERKARA 2
Tujuan / Objektif Penubuhan
2.1.
2.2.
2.3.
2.4.

Menyediakan proses pembelajaran secara informal kepada semua ahli untuk mengukuhkan
proses pembelajaran formal di bilik darjah.
Membentuk ahli menjadi insan kamil dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek melalui
aktiviti kokurikulum.
Mewujudkan semangat kerjasama dan keprihatinan ali terhadap sesama insane dan alam
sekitar.
Memberi peluang ahli menyuarakan pendapat-pendapat dan peluang melibatkan diri dalam
aktiviti sihat.

PERKARA 3
Keahlian
3.1.
3.2.
3.3.
3.4.
3.5.
3.6.

Terbuka kepada semua pelajar Tahap 2 (lelaki dan perempuan)


Pemilihan ahli berdasarkan pilihan pelajar dan tertakluk kepada perubahan daripada pihak
penyelaras
Setiap ahli mesti bersetuju berpegang kepada perlembangaan ini.
Semua ahli hendaklah memberi kerjasama yang sepenuhnya dalam Perlaksanaan sebarang
aktiviti Persatuan.
Semua ahli bertanggungjawab menjaga nama baik persamaan.
Keahlian seseorang boleh dilucutkan atas sebab-sebab berikut:
3.6.1. Menunjukkan lakukan sebarang tindakan yang menunjukkan tidak berminat lagi
menjadikan ahli persatuan.
3.6.2. Gagal menjelaskan Yuran Bulanan 3 kali berturut-turut setelah diberi amaran.
3.6.3. Gagal menghadirkan diri pada setiap perjumpaan yang diadakan sebanyak 3 kali
berturut-turut tanpa sebarang alasan yang munasabah.
3.6.4. Mengambil sebarang tindakan yang boleh menjejaskan nama baik persatuan.

PERKARA 4
2

Mesyuarat Agung Tahunan


4.1.
4.2.
4.3.

Tarikh, masa mesyuarat Agung adalah tetakluk dibawah bidang kuasa pihak pendtadbiran
sekolah.
Mesyuarat Agung berhak memutuskan sebarang pindaan kepada Perlembagaan Kelab.
Mesyuarat Agung akan menguruskan perlantikan semua J/K kelab dan dikendalikan oleh
Guru Penasihat Persatuan.

4.4.

Pemilihan AJK murid tediri daripada:


a) Pengerusi
b) Naib Pengerusi
c) Setiausaha
d) Naib Setiausaha
e) Bendahari
f) AK (wakil setiap kelas 2 orang, seorang lelaki dan seorang perempuan)

4.5.

Fungsi dan Tugas AJK:


4.5.1. Pengerusi
- Pengerusi dalam jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat
Agung dan semua Mesyuarat Jwatankuasa dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat dengan mempunyai undi pemutus dan
hendaklah ia menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat bersama dengan
Guru Penasihat bila telah diluluskan.
4.5.2. Naib Pengerusi
- Bertanggungjawab mengendalikan dan menjalankan semua tugas pengerusi semasa
ketiadaaan pengerusi atas arahan dan dengan kesedaran pengerusi.
Mehjalankan dan melaksanakan semua tugas-tugas khas atas arahan pengerusi.
4.5.3. Setiausaha dan Penolong Setiausaha
- Bertaggungjawab memastikan semua keperluan sebelum sesuatu mesyuarat
diadakan dalam keadaan munasabah dan tidak akan menggangu perjalanannya.
- Memperingatkan Pengerusi kepada perbincangan atau agenda yang sedang
dibincangkan jika perbincangan menyimpang dari agenda asal.
Menyediakan laporan mesyuarat selewat-lewatnya 7 hari selepas mesyuarat
diadakan.
- Menjalankan kerja-kerja persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah
menjalankan perintah-perintah mesyuarat dan Jawatankuasa. Bertanggungjawab
mengurus hal-hal surat menyurat dan menyimpan semua buku-buku, kertas-kertas
yang berkaitan dengan persatuan.
- Hadir dalam semua mesyuarat dan mengambil minit.
- Penolong Setiausaha, bertanggungjawab menjalankan semua kerja-kerja Setiausaha
semasa ketiadaannya atas permintaan dan dengan kesedarannya.
4.5.4. Bendahari
3

- Mengelolakan semua urusan kewangan persatuan dan menyediakan rekod


mengenainya.
- Menyediakan laporan bulanan kewangan untuk perhatian pengerusi dan penasihat
serta AJK.
4.5.5. Ahli Jawatankuasa (AJK)
- Melaksanakan semua tugas dan aktiviti yang telah diputuskan dan
Di pertanggungjawapkan.
- Menyediakan laporan bertulis bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan.

PERKARA 5
Kewangan
5.1. Setiap ahli dikenakan bayaran mingguan sebanyak RM0.20sen dengan syarat mendapat
Persetujuan dalam mesyuarat Agung.
5.2. Kutipan wang hanya untuk aktiviti persatuan ini sahaja.
5.3. Persatuan ini berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang lain-lain.
5.4. Pihak Pengurusan Persatuan Berhak meluluskan kewangan untuk urusan Persatuan itu sendiri.
5.5. Sebarang aktiviti luar/arahan JPN yang melibatkan kewangan mestilah dengan kelulusan Guru
Besar dan kebenaran ibubapa/waris.
5.6. Wang Persatuan mesti disimpan oleh Guru Penasihat.

PERKARA 6
Peraturan
6.1. Mesyuarat Jawatankuasa boleh dibuat bila-bila masa yang difikirkan perlu, apabila sesuatu
Perkara yang mustahak dan juga tarikh yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran.
6.2. Notis mesyuarat hendaklah dikeluarkan seminggu sebelum mesyuarat diadakan.
6.3. Perjumpaan mestilah dihadiri sekurang-kurangnya seorang Guru Penasihat.
Mesyuarat hanya sah apabla 2/3 ahli yang hadir.
6.4. Setiap ahli mesti mematuhi peraturan mesyuarat supaya mesyuarat dapat berjalan dengan lancar.
6.5. AJK dan ahli yang tidak hadir mesyuarat 3 kali berturut-turut tanpa alasan yang munasabah akan
Dianggap meletak jawatan/jawatannya telucut dengan sendiri dan yurannya tidak akan
Dikembalikan.
6.6. Semua AKTIVITI LUAR mesti melalui dan diluluskan oleh Guru Besar dan perlu mendapatkan
Kebenaran daripada ibubapa/waris.
Disediakan oleh,

Disemak oleh,

....
Guru Penasihat,
Persatuan Membanteras Jenayah,
SK Lahar Kepar, Kepala Batas,
Seberang Perai Utara.

..
Penolong Kanan Ko Kurikulum,
SK Lahar Kepar,
13200 Kepala Batas,
Seberang Perai Utara.

También podría gustarte