Está en la página 1de 16

ISI KANDUNGAN

Penghargaan

1. Pendahuluan

2 . Perbincangan

i.

Pemerintahan

ii. Pentadbiran
iii. Kesenian dan kebudayaan
iv. Tinggalan sejarah
v.

Makanan

3. Kesimpulan
4. Rujukan
5. Lampiran

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru sejarah Tahun 4 Pn
Noorainy Bt Mohd Zain yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada
saya dalam membuat kerja kursus ini dari awal hinggalah siap sepenuhnya.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada ibu dan bapa saya yang telah
memberikan banyak memberikan dorongan dan nasihat kepada saya bagi menyiapkan
kerja khusus sejarah ini . Jasa mereka tidak dapat saya lupakan.

Tidak lupa juga kepada rakan sekelas tanpa mengira bangsa dan agama kerana sudi
menolong saya bagi melengkapkan kerja khusus ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada pihak -pihak yang terlibat secara tidak lansung.

PENDAHULUAN
Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat
Semenanjung Malaysia dan bersempadankan Selangor di utara,Pahang di timur ,Johor di
tenggara ,Melaka di selatan; dan Selat Melaka di barat.

Masyarakat Negeri Sembilan merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera


Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke-14. Kemudian masyarakat yang bermukim
pada 9 negeri seperti Johol, Jelebu, Klang, Sungai Ujong, Naning, Rembau, Jelai,
Segamat dan Pasir Besar membentuk persekutuan yang disebut lembaga dan dinamakan
Negeri Sembilan. Selanjutnya sebagai penyatuan masyarakat maka diangkatlah seorang
raja yang pada awalnya mereka minta dari Yang Dipertuan Pagar Ruyung.

Kedudukan Negeri Sembilan dalam Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada 14 negeri
(termasuk Wilayah Persekutuan) adalah seperti berikut:

Keluasan: kelima terkecil di Malaysia (tangga ke-10), serta di Semenanjung


(tangga ke-8)

Penduduk: ketiga terkecil (tangga ke-12) di Malaysia, serta di Semenanjung


(tangga ke-10)

Kepadatan penduduk: ke-8 terbesar di Malaysia, serta di Semenanjung.

Ibu negerinya Seremban. Bandar Di-Raja ialah Seri Menanti yang terletak di dalam
daerah Kuala Pilah. Bandar-bandar lain yang utama ialah Port Dickson, Rembau, Tampin,
Jelebu dan Jempol.

PERBINCANGAN
i .PEMERINTAHAN
Yang di-Pertuan Besar adalah pemerintah bagi Negeri Sembilan mengikut sistem
raja berperlembagaan moden bagi negeri itu sejak tahun 1898. Sebelum itu, Yang diPertuan Besar dikenali sebagai Yamtuan Seri Menanti dan menjadi raja memerintah di
tanah jajahan adat meliputi Seri Menanti, Inas, Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan
Jempol di Negeri Sembilan.
Permulaan perlantikan Yang di-Pertuan Besar ini berlaku pada abad ke-17 Masihi.
Sebelum itu Negeri Sembilan adalah dibawah takluk Kesultanan Melayu Johor. Pada
separuh pertama abad ke-17 itu, Kerajaan Melayu Johor sentiasa diancam oleh orangorang Acheh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636).
Ini menjadikan Kerajaan Melayu Johor tidak berupaya untuk melindungi Negeri
Sembilan.
Pada masa yang sama orang-orang Bugis yang diketuai oleh Daeng Kemboja telah
memasuki Negeri Sembilan membuat huru hara dan memaksa orang-orang Negeri
Sembilan keturunan Minangkabau mengakui Daeng Kemboja sebagai raja di Negeri
Sembilan. Ini bertentangan dengan pendirian orang-orang Minangkabau ini.
Satu utusan telah mengadap Sultan Johor untuk meminta supaya seorang raja dilantik
di Negeri Sembilan. Bagaimanapun permintaan ini tidak dapat ditunaikan dan Sultan

Johor telah membenarkan orang-orang Negeri Sembilan ini mencari anak raja dari negeri
lain untuk dipertuankan di Negeri Sembilan.
Dengan itu maka pemimpin-pemimpin setempat di Negeri Sembilan lantas
menghantar wakil untuk mengadap Yang Di-Pertuan Pagar Ruyung di Tanah
Minangkabau. Permintaan utusan orang Negeri Sembilan ini telah diperkenankan dan
telah melantik Raja Melewar menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang
pertama. Raja Melewar telah mengetuai angkatan perang orang-orang Negeri Sembilan
menghalau Daeng Kemboja dari tanah Negeri Sembilan.

Raja di Negeri Sembilan adalah terdiri daripada Yang di-Pertuan Besar, Undang Luak
Sungei Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol, Undang Luak Rembau dan
Tengku Besar Tampin. Yang di-Pertuan Besar dipilih dan ditabalkan oleh Undang Yang
Empat daripada kalangan putera raja berketurunan Raja Lenggang ibni Raja Laut, iaitu
Yamtuan Seri Menanti yang ketiga.
Walaupun status Yang di-Pertuan Besar diakui sebagai Raja, namun kuasa budi
bicaranya terhad dan hendaklah mendapat persetujuan daripada Undang Yang Empat dan
Tengku Besar Tampin dalam beberapa aspek termasuk pelantikan Menteri Besar Negeri
Sembilan, penangguhan pembubaran Dewan Undangan Negeri, penetapan dasar
kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera di Negeri Sembilan dan hal ehwal agama
Islam. Yang di-Pertuan Besar hanya berkuasa mengikut budi bicaranya di Seri Menanti,
Inas, Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol sahaja.
Sistem beraja yang unik itu mencetuskan ilham kepada kewujudan jawatan Yang diPertuan Agong bagi peringkat Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Persekutuan
Malaysia, di mana Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada sembilan Raja Melayu
ditubuhkan untuk memilih Yang di-Pertuan Agong.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan secara automatik akan mengangotai Majlis
Raja-Raja dan menjadi sebahagian daripada sistem beraja di Malaysia.

ii. PENTADBIRAN
Sistem pentadbiran Negeri Sembilan

Negeri Melayu
pertama yang mirip
kerajaan
persekutuan
sebelum
terbentuknya
Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu
melalui Perjanjian
7

Persekutuan 1896 oleh British. Mengamalkan Adat Perpatih dan perlantikan


pembesar dilakukan di peringkat paling bawah iait Anak Buah, Buapak,
Lembaga dan Undang. Seterusnya Yang Dipertuan Besar
Setiap keputusan Yang Dipertuan Besar berdasarkan perundingan Baginda
dengan Undang.Undang melantik Yang Dipertuan Besar Lembaga dilantik
Buapak dan merupakan Ketua Suku anggota masyarakat. Setiap Lembaga
bertanggungjawab terhadap suku masing-masing. Berkuasa memilih
Undang. Buapak adalah tempat rujuk setiap masalah terutama berkaitan
adat. Mengamalkan sistem demokrasi ( kuasa diagihkan kepada individu
secara peringkat)
iii. KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Masyarakat Melayu di Negeri Sembilan sememangnya terkenal dengan kesenian
Negerinya seperti Randai yang dibawa oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera
Bongai dan tarian piring.

1. Randai
Randai berasal awal abad ke -20 dan merupakan persembahan teater etnik
Minangkabau yang menggabungkan seni muzik, tarian rakyat, drama, nyanyian dan
pencak silat. Randai biasanya dipersembahkan bagi upacara tradisi dan perayaan, dan
kisah panjang mungkin memakan masa beberapa malam. Kisah yang disampaikan
melalui lakonan dan nyanyian kebanyakannya berasakan lagenda minangkabau dan cerita
rakyat. Ia dipersembahkan sebagai teater dalam bulatan bagi mencapai persamaan dan
penyatuan antara penonton dan peserta.
2. Bongai

Bongai juga dikenali sebagai Lantak Kudo, Rentak Kuda, dan Petasih. Bongai
mencapai puncak kemasyhurannya pada 1950-an di mana ia dianggap sebagai kemestian
dalam sebarang majlis yang diadakan terutamanya majlis perkahwinan.
Bongai merujuk kepada majlis berbalas pantun secara melagukannya dengan kadang
kala diiringi alat muzik. Pada masa dahulu, ia sering diadakan pada waktu malam, selepas
balik dari bendang dan huma. Biasanya bermula sekitar pukul sepuluh (selepas solat
isyak) sehinggalah sebelum tarhim (azan subuh).
3. Tarian Piring
Tarian Piring merupakan salah satu seni tarian Minangkabau yang masih diamalkan
penduduk Negeri Sembilan keturunan Minangkabau. Tarian ini memiliki gerakan yang
menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai dan
sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan hasil
tanaman mereka. Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan para penari memegang
piring di tapak tangan mereka, diiringi dengan lagu yang dimainkan oleh
talempong dan saluang. Kadangkala, piring-piring itu akan dilontar ke udara atau pun
dihempas ke tanah dan dipijak oleh penari-penari tersebut. Bagi menambah unsur-unsur
estetika , magis dan kejutan dalam tarian ini, penari lelaki dan perempuan akan memijak
piring-piring pecah tanpa rasa takut dan tidak pula luka.
Negeri Sembilan mempunyai adat, kebudayaan, sejarah, tradisi dan sistem politiknya
yang agak unik. Peribahasa "biar mati anak, jangan mati adat" telah menjadi pegangan
hidup rakyat yang berketurunan Minangkabau. Adat perpatih telah wujud di Tanah
Melayu sejak kurun ke-14, kekal menjadi adat yang unik di Negeri Sembilan sehingga
kini. Ia amat jelas diterangkan dalam pembahagian harta pusaka, gelaran dan juga suku
yang memihak kepada kaum wanita. Menurut sejarah, rombongan awal yang datang
terdiri daripada kaum lelaki, tetapi susurgalur keturunan seseorang itu adalah "mengikut
perut" iaitu tertakluk kepada suku ibunya. Melalui persemendaan ini jugalah masyarakat
Negeri Sembilan terpecah kepada 12 kumpulan yang dikenali dengan nama "suku".

Adat Perpatih Di Negeri Sembilan

Keunikannya adat adalah berdasarkan kepada sumber adat tersebut dan sistem nasab ibu
yang diamalkan oleh masyarakatnya. Sistem ini tidak terdapat di negeri-negeri lain di
Malaysia. Disebabkan itu, ia merupakan peraturan atau undang-undang dalam masyarakat
orang Melayu di Negeri Sembilan dan kata-kata yang diungkapkan dalam adat perpatih
iaitu "perpatah-pertitih" mempunyai nilai-nilai kesenian yang tinggi. Para sarjana pernah
mencatatkan hasil sastera lama Melayu adalah pancaran masyarakat Melayu pada zaman
tersebut. Oleh itu, perpatah-petitih ini dapat menyingkap tentang weltanschuung atau
pandangan hidup masyarakat Melayu secara umum dan etos Melayu khususnya. Adat
Perpatih yang diwarisi masih dipertahankan oleh masyarakat Negeri Sembilan kerana
adat itu boleh menerima perubahan masa ke semasa. Ini boleh dilihat dari segi politik
dimana sistem Yamtuan Besar dan Dato'-Dato Undang masih meneruskan kelangsungan
tanpa digugat termasuklah institusi Dato' Lembaga dan buapak-buapak. Dari aspek sosial,
ia masih bercirikan hidup kekeluargaan seperti budaya bekerjasama, bermuafakat, saling
hormat-menghormati dan semangat kejiranan. Selain itu, upacara nikah kahwin, kenduri
dan sebagainya masih mempunyai ciri-ciri tradisi yang unik.

Suku dan Perut


Masyarakat Melayu Negeri Sembilan dikelaskan mengikut nenek moyang mereka.
Pengkelasan ini dikenali sebagai suku. Suku dalam pengertian adat ialah anggota
masyarakat yang terbentuk daripada kelompok keturunan yang daripada sebelah ibunya.
Dalam konteks masyarakat Adat Perpatih terdapat 12 suku iaitu:
1. Biduanda
2. Batu Hampar
3. Mungkal
4. Sri Lemak
5. Paya Kumboh
6. Tiga Nenek

10

7. Sri Melenggang
8. Batu Belang
9. Tanah Datar
10. Anak Acheh
11. Anak Melaka
12. Tiga Batu
Seseorang yang membuat tafsiran mengenai nilai-nilai yang terdapat dalam adat
sehubungan dengan ungkapan "biar mati anak, jangan mati adat" ini hanya melihat dari
sudut kategori yang keempat di atas sahaja. Pepatah "biar mati anak jangan mati adat"
yang menjadi pegangan asas sistem hidup bermasyarakat dalam Adat Perpatih ini sering
disalah tafsir bukan sahaja orang biasa tetapi juga pemimpin-pemimpin Melayu. Semua
ini berlaku adalah disebabkan mereka kurang memahami maksud sebenarnya yang
dikatakan mengenai adat tersebut.
IV TINGGALAN SEJARAH
Antara tinggalan sejarah yang terdapat di negeri sembilan ialah Istana Seri Menanti.

Istana
Seri
Menanti
terletak
di
Kuala
Pilah,
Negeri
Sembilan dan menjadi kediaman rasmi bagi Yang-Dipertuan besar
11

Negeri Sembilan sejak 1900-an lagi. Bangunan ini dibina


berdasarkan seni bina masyarakat Minangkabau. Ia dibina pada
tahun 1902 hingga 1908, istana ini dibina dengan menggunakan
kayu dan terdiri daripada 99 batang tiang termasuk 4 batang tiang
seri.Keunikan istana ini ialah tanpa menggunakan sebarang jenis
paku. Sebagai ganti kepada penggunaan paku, paku yang diperbuat
daripada kayu atau lebih dikenali sebagai pasak digunakan.Pada 14
Julai 1992, istana ini telah ditukar menjadi Muzium Diraja serta
menempatkan artifak yang bersejarah.

v. MAKANAN

12

Makanan tradisi Negeri Sembilan adalah panas dan pedas. Antara bahan-bahan yang
digunakan dalam masakan masyarakat setempat adalah cili padi, iaitu cili yang paling
pedas. Hidangan yang terkenal termasuklah rendang, (kepingan daging lembu dimasak
dengan santan dan cili). Jika seseorang merasai gaya Minangkabau yang agak unik dalam
memasak, dengan menyaksikan mereka sering menggunakan 'cili padi' (cili kecil dan
sangat panas) dalam setiap masakannya. Dengan memasak "Masak Lemak Cili Padi ikan, daging, atau sayur masak dalam santan dicampur dengan kunyit dan cili padi tanah.
Satu lagi keistimewaan Negeri Sembilan adalah "Lemang", pulut dimasak dengan santan
dalam batang buluh di atas api terbuka. Ia dihidangkan dengan Rendang, kari daging
yang lazat serta tebal dan kering.

Terdapat juga makanan tradisional lain di negeri ini, antaranya ialah kuih apam johol.
Apam Johol dahulunya dikenali sebagai apam daun rambai, kerana proses pembuatannya
13

menggunakan daun pokok itu. Ia dikatakan berasal dari Johol kerana terdapat banyak
pengusaha dan pembuat makanan itu. Apam Johol sering kali dijadikan juadah minum
petang termasuk pada majlis-majlis rasmi kerajaan negeri. apam ini mempunyai sedikit
rekahan di bahagian atas dan sangat enak dimakan bersama kuah sambal, rendang, bubur
kacang, kuah daging dan kuah durian

Seterusnya kuih tradisional Negeri Sembilan ialah kuih sopang.

Kuih
sopang merupakan
sejenis kuih tradision
al yang dibuat
daripada tepung
pulut, pisang
dan gula melaka dengan inti yang dibuat menggunakan kelapa parut muda. Adunan
itu kemudiannya dibentuk bujur. Kuih sopang dihidangkan dengan kuah santan
pekat.Dari segi rupa dan bentuknya, ada yang menganggap Sopang sama seperti kuih
koci atau badak berendam tapi sebenarnya ia berbeza sama sekali dari segi proses dan
juga rasa. Kuih sopang popular di Negeri Sembilan dan merupakan hidangan
istimewa terutama pada hari perayaan.

14

KESIMPULAN
Negeri Sembilan merupakan sebuah negeri yang unik di Malaysia bukan sahaja
kerana ia mengamalkan Adat Perpatih yang berbeza dengan adat yang diamalkan di
Negeri- Negeri yng lain tetapi juga mempunyai sejarah perkembangan politik yang
melalui tahap penting sepanjang abad ke 18 dan 19. Bermula dengan penghijrahan
masyarakat Minangkabau ke berapa wilayah di negeri tersebut, mereka berjaya
mengasaskan satu struktur politik yang masih dipraktikkan sehingga kini walaupun
organisasi politik tersebut telah melalui beberapa evolusi dalam aspek pentadbiran selaras
dengan perkembangan poltik yang berlaku dalam negara.
RUJUKAN
http://lai-journeyoflife.blogspot.my/2011/04/malaysia-5-tempat-

bersejarah-di.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bongai
https://ms.wikipedia.org/wiki/Randai
https://ms.wikipedia.org/wiki/Yang_di-Pertuan_Besar_Negeri_Sembilan
http://mte3012-kamalbakri.blogspot.my/2015/05/kuih-tradisional-negerisembilan.html
http://makananistimewanegeri2dimalaysia.blogspot.my/2013/02/masakantradisional-negeri-sembilan.html
https://id.wikipedia.org/wiki/Yang_Dipertuan_Besar_Negeri_Sembilan

15

LAMPIRAN
1. BENDERA NEGERI SEMBILAN

2.
Lirik
Lagu
Berkatlah Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan - Lagu
Kebesaran Negeri Sembilan
Lagu Kebesaran Negeri Sembilan
Berkatlah Yang di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan
Kurniai Sihat Dan Makmur
Kasihi Rakyat Lanjutkan Umur
Akan Berkati Sekalian Yang Setia
Musuhnya Habis Binasa
Berkatlah Yang di-pertuan Besar Di Negeri Sembilan

16

También podría gustarte