Está en la página 1de 9

Apakah perpaduan?

Konsep
Perpaduan
Perpaduan dapat diertikan
sebagai suatu proses untuk
mewujudkan identiti nasional
dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum dan terpisah
dari aspek kebudayaan,sosial,
dan penempatan dalam
sesebuah negara.Negara kita
sentiasa berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk
mengekalkan perpaduan di
kalangan rakyat melalui
kesedaran dan tindakantindakan kerajaan yang serius
serta perlunya sokongan yang
padu daripada rakyat.

Prinsip
Perpaduan

Terdapat beberapa prinsip yang perlu diutamakan dalam


mencapai
Perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum antaranya:
Penghayatan dan amalan prinsip Rukun Negara oleh setiap
rakyat
Menyemai dan memupuk semangat saling membantu dan sikap
toleransi antara kaum
Pelaksanaan dasar kerajaan dan rancangan pembangunan
negara dijalankan dengan berkesan
Meminimumkan karenah birokrasi dalam memberikan
pendidikan kepa
da rakyat
Menggalakkan kerjasama rakyat daripada pelbagai kaum untuk
membantu dalam mencapai matlamat negara.

Konsep
Perpaduan
Negara
Perpaduan Ekonomi

Dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan akan


memberikan manfaat kepada semua rakyat .Rakyat akan
bersama-sama menikmati faedah keadaan ekonomi yang
memberangsangkan.Kerajaan akan menentukan segenap lapisan
masyarakat mendapat bahagian daripada sumber ekonomi
negara.
Perpaduan wilayah atau negeri
Keseimbangan pembangunan dan sosioekonomi antara negeri
dititikberatkan.Tidak campur tangan dalam hal-hal negeri kecuali
diminta.Kerajaan perlu memajukan negeri kurang maju agar tiada
jurang antara negeri maju dengan negeri kurang maju.

Perpaduan politik
Kerajaan Barisan Nasional wujud disebabkan adanya perpaduan
dan persefahaman antara beberapa parti politik yang sanggup
berkorban demi kemajuan negara.Persefahaman ini menjadi
contoh terbaik kepada rakyat dalam usaha untuk
menyatupadukan rakyat melalui usaha ,kerjasama ,tolak ansur
serta pembahagian kuasa politik.
Perpaduan pendidikan
Melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan
berpendidikan sempurna.Pendidikan juga melahirkan masyarakat
Malaysia yang bersatu padu dan berbudi pekerti.Akta Pelajaran
1961,memperuntukkan hak pendidikan kepada semua rakyat
Perpaduan cara hidup
Meliputi cara hidup yang mencakupi
kepercayaan,bahasa,agama,ekonomi,dan politik.Dasar

Kekangan
Mencapai
Perpaduan
Berlainan agama

Agama yang berlainan akan mewujudkan kepercayaan yang


berlainan juga.Secara umumnya,orang Melayu beragama
Islam,Orang India beragama Hindu,dan orang Cina beragama
Buddha,Kung Fu-tze.Kepercayaan yang berbeza menimbulkan
masalah kerana pantang larang,adat,dan amalan yang saling
bercanggahan.Kerajaan terpaksa mengamalkan dasar yang proaktif
demi memastikan pelbagai kaum di negara ini saling menghormati
kepercayaan dan agama kaum lain.
Masalah komposisi penduduk dan penempatan
Lokasi dan penempatan yang berbeze menyebabkan kaum-kaum di
negara ini tidak dapat berkomunikasi dengan baik.Orang Melayu lebih
gemar tinggal di kampung-kampung manakala orang Cina lebih suka
mendiami kawasan bandar.Orang India kebanyakkan tinggal di
kawasan estet yang kurang kemudahan asas.

Pengaruh keadaan politik negara


Masalah kepelbagaian pengaruh dan pegangan politik rakyat
dalam negara menyukarkan usaha-usaha untuk memupuk
perpaduan.Terdapat ideologi atau fahaman politik yang
berlainan telah memberikan kesan sampingan dan menjurus
kepada masalah pengasingan hubungan antara kaum.
Terdapat akhbar pelbagai bahasa
Terdapat akhbar yang diterbitkan khusus untuk tatapan sesuatu
kaum mampu menimbulkan syak wasangka kaum lain.Setiap
akhbar sesuatu kaum akan memaparkan berita,budaya dan apaapa jua perkembangan yang berlaku di sekitar kelompok mereka
dengan menggunakan huruf atau bahasa yang tidak difahami
oleh kaum lain.Akhbar-akhbar begini tidak mampu membantu
kerajaan dalam menyemai semangat kecintaan kepada negara.

Implikasi
Perpaduan

Rakyat sentiasa berasa selamat dan bebas bergerak


Perpaduan membolehkan segala urusan kehidupan harian
dilaksanakan dengan licin dan lancar.Aktiviti perdagangan dalam
dan luar negara dijalankan dengan baik untuk membangunkan
negara
Hubungan mesra keluarga dan semangat muhibah terjalin
Hubungan sesama ahli keluarga dan kaum lain akan terjalin
dengan baik.Semangat muhibah akan terjalin dengan
baik.Semangat muhibah akan bertambah erat dengan amalan
berkunjung ke rumah terbuka apabila sesuatu perayaan disambut.
Negara dapat ditadbir dengan baik
Terdapat pelbagai kaum yang memimpin negara akan mewujudkan
perasaan perkongsian yang bermakna kepada kesejahteraan

Pelbagai adat dan budaya dapat dipelajari


Rakyat beruntungan kerana dapat mempelajari pelbagai
warisan,budaya,dan adat resam kaum lain.Kekayaan kebudayaan
yang dimiliki oleh negara akan menjadi kebanggaan rakyat untuk
diperkenalkan kepada masyarakat luar.
Semangat Patriotik
Perpaduan yang baik akan membuahkan semangat patriotik
yang tinggi di kalangan rakyat berbilang kaum.Rakyat akan
sentiasa sepakat dengan pihak pemerintah dalam menentukan
arah tuju negara.Negara kana lebih kukuh dan ancaman luar
dapat ditangkis dengan terbinanya rakyat yang bersatu padu.

También podría gustarte