Está en la página 1de 14

PANDUAN UMUM GURU

PENDAHULUAN
Di bawah ini diperturunkan beberapa Garis Panduan Tugas Guru Mengenai beberapa
perkara tertentu dalam bidang pentadbiran dan pengajaran. Adalah diharapkan kerjasama,
perhatian berat dan tindakan timbal guru bagi bersama-sama melaksanakan, menyelaras,
menyempurnakan dan mengendalikan dengan tujuan supaya jentera pentadbiran dan
pengelolaan sekolah ini akan berjalan dengan teratur, kemas dan licin. Dengan matlamat itu,
maka BUKU PANDUAN TUGAS GURU ini digubal dan disarankan kepada guru sebagai
panduan dan tindakan.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH


1.

Perintah Am
Selaku kakitangan kerajaan, guru-guru adalah tertakluk dengan segala arahan yang
terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki
membawa, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.

2.

Sikap Guru / Kakitangan Sekolah


Sikap baik guru / kakitangan membantu dalam membina iklim sekolah yang baik.
Antara lain, sikap baik ini dapat dilihat dalam perkara-perkara seperti berikut:2.1.

Menepati Masa sekurang-kurangnya telah menghadirkan diri 10 minit


sebelum masa yang ditentukan untuk memulakan sebarang tugas di sekolah,
memulakan tugas pengajaran sebaik-baik loceng berbunyi / apabila tiba
masanya. Sesuatu tugas yang diberi diselesaikan dalam tempoh yang
ditetapkan tanpa perlu diingat-ingatkan.

2.2

Pakaian Pakaian guru / kakitangan sentiasa sesuai untuk alam sekolah.


Guru lelaki tidak memakai kasut ala selipar, kemeja T, baju bercorak garang,
khasnya semasa bertugas formal. Peraturan-peraturan pakaian rasmi seperti
yang ditentukan oleh pihak Kerajaan Negeri / Kementerian Pendidikan
hendaklah dipatuhi pada ketika-ketika berkenaan. Guru/Kakitangan wanita
berpakaian sesuai dengan sentiasa menyedari hakikat yang sekolah ini
merupakan sekolah menengah campuran.
Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani/Sukan wajib memakai pakaian
yang digariskan dalam pekeliling-pekeliling yang berkaitan dengan
pengajaran Pendidikan Jasmani/Sukan.

2.3

Misai / Janggut / Rambut Guru-guru lelaki dan Kakitangan lelaki di sekolah


hendaklah mematuhi garis panduan. Kementerian Pendidikan dalam hal ini
dan sentiasa menjadi teladan yang baik kepada semua murid.

2.4.

Merokok Guru/Kakitangan tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah.

2.5 Budi Bahasa Sentiasa bekerjasama untuk mewujudkan perhubungan yang


baik dengan berbudi bahasa dan sopan di antara semua ahli dalam keluarga
sekolah dan dengan pihak-pihak luar yang berkaitan dengan sekolah.

PANDUAN UMUM GURU


2.6

Berusaha dan berikhtiar untuk menjaga kebersihan, keceriaan dan


keselamatan semua bilik, alatan dan kawasan sekolah.
2.7 Segera memahami tugas yang diberi dan melaksanakannya. Mengambil
daya usaha sendiri untuk mengatasi sebarang masalah yang dihadapinya.
Berbincang
dengan guru-guru kanan atau Pengetua apabila menghadapi
sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan.

2.8

Sifat profesionalisme ditunjukkan dalam setiap tugas yang dipegangnya.


Sentiasa Ingin membaiki kemahiran yang ada pada dirinya untuk menjadi
guru/kakitangan yang lebih berkesan. Memahami Etika Profesion Perguruan.

2.9

Sanggup bertolak ansur dan berkorban masa dan tenaga demi kebajikan
murid/sekolah.

2.10

Menerbitkan nilai-nilai sihat/positif di kalangan murid/rakan sejawat di sekolah


ke arah perpaduan dan terhindar daripada sebarang bentuk prasangka, kumpulan dan
sebagainya.

2.11

Menunjukkan sifat prihatin terhadap semua murid di sekolah tanpa


membezakan antara satu sama lain dari segi keturunan, agama, kedudukan sosioekonomi
dan sebagainya serta mendidik mereka ke arah Falsafah Pendidikan Negara.
2.12

Mengemukakan cadangan/idea pendapat untuk kebaikan sekolah melalui


saluran-saluran yang ada peti cadangan, perjumpaan sesama guru,
mesyuarat dan sebagainya.

2.13

Sanggup dan ingin menghadiri/menyertai KUDAP/Seminar/Kursus/Program


Perkembangan Staff dan membawa pembaharuan kepada alam sekolah ini.

2.14

Tidak bercuti dari tugas, kecuali atas sebab-sebab yang paling mustahak.
Apabila terpaksa bercuti, rela menghabiskan tugas-tugasnya yang tergendala
itu tanpa sebarang arahan dan memastikan tiada aktiviti di sekolah
tergendala kerana ketidakhadiran dirinya.

2.15

Menyelenggara Buku Persediaan Mengajar, Jadual-Jadual, Rekod Pungutan,


Alatan-Alatan, Bilik-Bilik, Perabot, Buku Stok, Buku Laporan dan sebagainya
mengikut keperluan yang ditetapkan.

2.16

Memastikan segala tindakan adalah menurut peraturan yang ada. Jika tidak
jelas dapatkan bantuan daripada Penolong Kanan atau Pengetua.

2.17

Terbuka kepada idea/kaedah yang baru dalam pendidikan.

2.18

Sanggup menerima cabaran semasa menjalankan tugas termasuk mendidik


murid-murid yang lemah dan menghadapi tugas-tugas yang berbagai-bagai
ragam demi kebajikan pelajar-pelajar sekolah ini.

2.19

Memberi kerjasama/sumbangan kepada guru kanan/ketua kumpulan dalam


mengendalikan sesuatu tugas, meskipun tidak bersetuju dengan sesuatu
keputusan yang diambil oleh kumpulan itu.

PANDUAN UMUM GURU

3.

2.20

Tidak terlalu menghitung masa dan tugas dalam menjalankan tugas-tugas


sekolah.

2.21

Mengutamakan kepentingan sekolah/perkhidmatan apabila bercanggah


dengan kepentingan diri sendiri.

Kedatangan / Waktu Bertugas


3.1

4.

5.

Waktu bersekolah ialah seperti berikut:Isnin Khamis

: 7.20 pagi 2.00 petang (Sidang Pagi)


: 12.50 tengah hari 6.45 petang ( Sidang Petang)

Jumaat

: 7.20 pagi - 12.05 tengah hari (Sidang Pagi)


: 2.30 petang - 6.45 petang ( Sidang Petang)

Kokurikulum

: Mengikut jadual yang ditetapkan

3.2

Guru-guru adalah
persekolahan.

diwajibkan

3.3

Guru-guru dikehendaki datang mengikut ketetapan masa yang dinyatakan di


atas.

3.4

Guru-guru dikehendaki mengetik Punch Card apabila tiba di sekolah dan


balik dari sekolah.

3.5

Jika sekiranya guru-guru terpaksa datang lewat ataupun tidak hadir, mereka
hendaklah memberi kenyataan dan sebab-sebab yang wajar (Guru
hendaklah menghubungi pihak sekolah jika mereka terpaksa datang lewat
ataupun tidak dapat hadir).

hadir

di

sekolah

pada

tiap-tiap

hari

Kebenaran Keluar
4.1

Mana-mana yang guru terpaksa meninggalkan sekolah seketika, hendaklah


mendapat kebenaran Pengetua atau wakilnya ketika Pengetua tiada.

4.2

Selepas diberi kebenaran, buku rekod meninggalkan kawasan sekolah


hendaklah diisi.

Cuti / Keuzuran
5.1

Pihak sekolah diberitahu


kecemasan/ cuti sakit.

segera/lebih

awal

jika

terdapat

keuzuran/

5.2

Sijil Cuti Sakit hendaklah diserahkan sendiri kepada Pengetua dengan kadar
segera.

5.3

Cuti/tidak hadir ke sekolah yang berunsur lebih kepada kepentingan peribadi


adalah tidak dibenarkan.

PANDUAN UMUM GURU


6.

7.

8.

9.

Tidak Hadir Bertugas Tanpa Kenyataan


6.1

Guru/Kakitangan yang tidak hadir ke sekolah tanpa kenyataan yang


munasabah akan dipotong gajinya mengikut peruntukan dalam Perintah Am.

6.2.

Guru/Kakitangan yang pada zahirnya ke sekolah, tetapi tidak


menjalankan tugasnya juga boleh dianggap tidak menjalankan tugas dan
diambil tindakan memotong gaji pada hari berkenaan.

Sijil Pendaftaran Guru/ Permit Mengajar


7.1

Peraturan ini tertakluk kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) sahaja.

7.2

Semua GSTT yang mengajar perlu mempunyai permit mengajar yang


diperbaharui pada tiap-tiap tahun.

Pakaian
8.1

Guru-guru perlu mematuhi kehendak surat pekeliling K.P (B5)859/Jld.11/(36)


bertarikh 9 Mei 1985 mengenai pakaian guru-guru di sekolah. Pakaian guru
perlu kemas dan sesuai dan melambangkan disiplin dan imej profesion
perguruan.

8.2

Guru lelaki dan perempuan yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah


memakai pakaian yang sesuai untuk menjalankan pengajaran mata pelajaran
tersebut.

8.3

Tanda nama hendaklah sentiasa dipakai semasa bertugas/menghadiri


upacara rasmi.

8.4

Memakai pakaian sukan adalah tidak dibenarkan semasa mengajar di bilik


darjah/menghadiri upacara rasmi.

8.5

Guru lelaki hendaklah memakai tali leher semasa bertugas. Semua guru
dikehendaki berpakaian kemas/lengkap dalam sebarang tugas/upacara
rasmi.

Perhubungan Sesama Guru


9.1

Guru-guru diminta untuk memupuk hubungan peribadi dan profesional yang


baik dan sihat sesama mereka dan sentiasa dapat mengawal tutur kata. Juga
diharap akan wujud perasaan kekitaan di kalangan guru-guru.

9.2

Guru-guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksakan pandangan


dan fahaman atau pendapat atau kepercayaan pada guru ataupun murid atau
kakitangan sekolah.

PANDUAN UMUM GURU


10.

11.

12.

13.

Bilik Rehat
10.1

Sebuah jawatankuasa dilantik untuk menguruskan segala hal yang berkaitan


dengan Bilik Guru. Semua guru secara automatik tertakluk kepada
jawatankuasa ini.

10.2

Kebersihan dan keselamatan Bilik Guru adalah menjadi tanggungjawab


semua guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda yang terdapat di
dalam Bilik Guru.

10.3

Guru-guru hanya dibenarkan berada di Bilik Guru semasa mereka tidak


mengajar di bilik darjah. Masa ini hendaklah dianggap sebagai non-teaching
dan bukannya free period. Oleh itu guru-guru hendaklah menggunakan masa
tersebut (di Bilik Guru) untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran sahaja.

10.4

Guru tidak dibenarkan membenarkan murid-murid berada di Bilik guru.

10.5

Guru-guru yang berada di Bilik Guru hendaklah sama-sama


bertanggungjawab untuk memastikan suasana yang sesuai dan tidak
mengganggu ketenteraman sekolah.

Inisiatif Guru
11.1

Guru-guru adalah digalakkan untuk sentiasa mengambil inisiatif bagi


melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik dan berkesan.

11.2

Walau bagaimanapun guru-guru adalah dikehendaki merundingkan/


membincangkan/ memaklumkan mengenainya terlebih dahulu kepada
Pengetua.

Masalah-Masalah Perjawatan Dan Pengajaran


12.1

Jika guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka


boleh memberitahu mengenainya sama ada kepada Pembantu Tadbir yang
berkenaan ataupun kepada Pengetua.

12.2

Jika guru menghadapi masalah dalam bidang pengajaran, mereka boleh


memberitahu mengenainya sama ada kepada Guru Kanan Mata Pelajaran,
Penolong Kanan atau pun kepada Pengetua.

Tugas Guru
13.1

Guru-guru akan diberikan tugas-tugas yang berbentuk kurikulum, kokurikulum


dan juga pentadbiran. Mereka hendaklah melaksanakan
tugas-tugas
tersebut dengan dedikasi, cekap, bertanggungjawab dan menunjukkan
semangat serta minat yang mendalam terhadap tugas-tugas tersebut.

13.2

Guru Tingkatan

PANDUAN UMUM GURU


13.2.1 Sebahagian besar dari guru dilantik untuk menjadi Guru Tingkatan.
Mereka dikehendaki menjalankan tugas-tugas seperti yang telah
ditetapkan dan menjalankannya dengan baik dan cekap. (Sila lihat
senarai tugas tersebut yang dilampirkan bersama di dalam buku ini)
13.3

Guru Bertugas Mingguan/Harian


13.3.1 Semua guru akan diminta menyempurnakan tugas ini secara bergilir
mengikut harian. Dalam tiap-tiap satu minggu persekolahan, dua atau
tiga orang guru akan diminta bertugas.
13.3.2 Laporan-laporan tertentu dicatatkan di dalam Buku Laporan Guru
Bertugas untuk makluman dan perhatian Pengetua/Penolong Kanan
dan guru-guru. Buku ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua
keesokan harinya. (Sila rujuk lampiran mengenai senarai tugas guruguru bertugas).

13.4

Kokurikulum
13.4.1 Semua guru di sekolah mempunyai peranan untuk mengerakkan
kegiatan kokurikulum. Setiap tugas hendaklah difahami benar-benar
dan guru-guru harus menentukan agar kegiatan kokurikulum di bawah
pimpinannya benar-benar mendatangkan faedah kepada pelajarpelajar yang menjadi ahli-ahlinya.
13.4.2 Setiap guru harus memainkan peranan dalam bidang kokurikulum,
tidak kira sama ada mereka terlatih atau tidak dalam bidang tersebut.
Kemahiran
boleh didapati melalui bacaan, menghadiri kursus,
lawatan, perbincangan mahupun dengan cara on the job training. Jika
ada sikap yang positif, setiap guru boleh menjadi serba boleh dalam
bidang kokurikulum.
13.4.3 Sikap murid terhadap kokurikulum dan kecemerlangan/penyertaan
yang bersungguh-sungguh, sebahagian besarnya bergantung kepada
sikap guru itu sendiri.
13.4.4 Anggapan yang gerakan kokurikulum tidak penting harus dikikis di
kalangan guru mahupun murid.
13.4.5 Penilaian terhadap kegiatan kokurikulum dan rekod-rekod penting
mengenainya hendaklah disimpan dalam Buku Rekod berkenaan.
Kad Kegiatan kokurikulum pelajar juga harus diselenggarakan oleh
guru-guru yang menjadi penasihat setiap kegiatan itu.

13.5

Pentadbiran Ikhtisas
13.5.1 Setiap guru perlu terlibat dalam serba sedikit pentadbiran ikhtisas
seperti Guru Kelas, Penyelaras Tingkatan, Guru Perpustakaan, Guru
Pusat Sumber, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Disiplin, AJK
PIBG, Bilik Guru, AJK Kebersihan/Keceriaan, AJK Kantin Sekolah,
Inventori, AJK SPBT dan sebagainya.

PANDUAN UMUM GURU


13.5.2 Bidang kuasa masing-masing mudah difahami dengan sedikit daya
usaha sendiri.
13.5.3 Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum
mahupun kokurikulum sebahagian besarnya bergantung kepada
keberkesanan pentadbiran ikhtisas di sekolah kita. Oleh itu, bidang ini
perlu diberi perhatian yang wajar.
14.

Buku Rekod Mengajar


14.1

Semua guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan mereka
bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut (Pekeliling
Kementerian Pelajaran Bil. 256). Semua kehendak buku itu perlulah
disempurnakan dengan lengkap, teliti kemas dan menurut masa. Buku ini
diserahkan kepada Pengetua atau Penolong Kanan Petang pada tiap-tiap
hari Jumaat untuk diperiksa dan ditandatangani. Jika Pengetua tiada, maka
buku itu akan diperiksa oleh Guru Penolong Kanan atau Guru Kanan Mata
Pelajaran.

14.2

Jika seseorang guru bercuti, buku itu mestilah diserahkan kepada Pengetua
terlebih dahulu.

Jadual Waktu
15.1

Tiap-tiap guru dikehendaki menyerahkan satu salinan jadual waktu kelas dan
juga persendirian yang kemas kini (mana-mana yang berkaitan) yang telah
disediakan dengan lengkap dan kemas ke pejabat.

15.2

Guru-guru tingkatan juga dikehendaki menyediakan satu salinan jadual waktu


untuk dipamerkan di kelas masing-masing.

15.3

Guru-guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan.

15.4

Jadual Guru Ganti juga adalah tugas rasmi. Guru-guru bertanggungjawab ke


atas kelas/tugas yang ditetapkan.

Buku Rekod Kedatangan Murid


16.1

Tiap-tiap Guru Tingkatan akan diberikan sebuah Buku Rekod Kedatangan


untuk kegunaan tingkatannya. Guru bertanggungjawab untuk memenuhi
maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami dan
mematuhi kehendak-kehendak peraturan mengenainya yang ada dicetak di
bahagian dalam kulit hadapan buku tersebut.

16.2

Kedatangan harian murid hendaklah diambil oleh Guru Tingkatan sendiri


pada hari mengajar pada waktu kedua (second period).

16.3

Buku ini diambil dari Bilik Guru Kanan dan hendaklah disimpan semula di
tempat asalnya tidak lewat dari tamatnya waktu yang kedua untuk
membolehkan pihak sekolah mengetahui bilangan murid yang hadir/tidak

PANDUAN UMUM GURU


hadir pada hari yang berkenaan sebelum waktu rehat. Keselamatan buku ini
semasa di dalam pegangan guru adalah tanggungjawab guru berkenaan.
16.4

Dari masa ke masa, buku ini akan disemak oleh Pengetua/Guru Penolong
Kanan/GPK HEM/Penolong Kanan Petang/guru yang telah ditugaskan oleh
Pengetua khas untuknya.

Menghukum Murid

17.1

Seseorang guru tidak dibenarkan menghukum dan mendera murid-murid.


Guru-guru juga dikehendaki menjaga tutur kata mereka terhadap murid-murid.

17.2

Murid-murid yang difikirkan perlu dihukum hendaklah dibawa kepada


pengetahuan Pengetua/GPK GPK HEM atau Guru Disiplin/JK Disiplin.

Kad 001/002

0.

Semua Guru Tingkatan dikehendaki mengemas kini kad-kad ini pada tiap-tiap
awal tahun.

Kad ini hendaklah diserahkan kepada Kaunselor apabila diminta.

Buku Teks (SPBT)


1

Guru-guru tingkatan dan guru-guru SPBT hendaklah menguruskan Skim


Bantuan Pinjaman Buku Teks selaras dengan arahan dan kehendak biasa
Kementerian atau Jabatan Pendidikan Surat KP. 8772/1979/SP/(29) bertarikh
12 Oktober 1978 dirujuk.

19.2

Semua jenis borang dan keperluan biasa itu hendaklah disempurnakan


dengan lengkap dan teliti mengikut masa yang telah ditetapkan.

Keselamatan Harta Benda Sekolah


1

Guru hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjaga


keselamatan harta benda sekolah. Murid-murid yang merosakkan harta
benda sekolah sama ada dengan sengaja ataupun tidak, hendaklah dibawa
kepada pengetahuan pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya (misalnya
memecahkan cermin tingkap).

Guru Kanan Mata Pelajaran yang berkenaan hendaklah memastikan ada


peraturan-peraturan mengenai penggunaan bilik-bilik tertentu, misalnya
Makmal Sains, Bilik Kemahiran Hidup dan sebagainya.

Kebersihan
1

Tiap-tiap guru mestilah menitikberatkan perkara ini dan adalah menjadi


kewajipan bersama bagi mengawas dan mengawal kebersihan sekolah ini.
Jadual giliran bertugas murid-murid di kelas hendaklah disediakan oleh Guru

PANDUAN UMUM GURU


Tingkatan. Alatan kebersihan darjah perlulah digunakan dengan rapi dan
disimpan dengan selamat.

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran dan guru-guru yang mempunyai bilik


khas/tempat khas seperti makmal, bengkel seni perusahaan, stor sains
pertanian, stor sukan, bilik kerjaya dan sebagainya adalah bertanggungjawab
untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik-bilik tersebut.

Guru yang masuk ke kelas hendaklah memastikan kebersihan kelas tersebut


sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kutipan Sumbangan Pakej Bayaran Tambahan


1

Sumbangan Pakej Bayaran Tambahan yang dikutip untuk sekolah adalah


seperti yang ditetapkan.

Guru-guru tingkatan akan diberi surat kuasa untuk mengutip yuran tersebut.
Guru-guru tingkatan hendaklah memastikan bahawa resit-resit dikeluarkan
kepada murid-murid yang membayar yuran.

Segala wang kutipan, hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah pada hari
yang berkenaan juga. Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Arahan
Perbendaharaan jika ini tidak dilaksanakan. Guru-guru hendaklah
memastikan mereka diberi resit oleh pihak sekolah dan menyimpan resit-resit
tersebut.

Guru-guru adalah DILARANG sama sekali mengutip sebarang bentuk


yuran/bayaran dari murid-murid tanpa pengetahuan atau kebenaran daripada
Pengetua.

Surat Menyurat
1

Semua surat menyurat guru-guru yang dianggap rasmi mestilah disalurkan


melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak yang berkenaan.

Surat-Surat Yang Diterima


24.1

Ada surat-surat yang diterima oleh sekolah yang terpaksa diedarkan pada
guru-guru yang berkenaan untuk diambil tindakan. Guru-guru ini hendaklah
mengambil tindakan yang segera terhadap surat-surat tersebut.

24.2

Jika surat itu ditujukan kepada guru yang berkenaan dengan dinyatakan
melalui dan salinan kepada Pengetua surat itu boleh disimpan oleh guru di
dalam fail yang ada padanya, setelah mengambil tindakan mengenainya.

24.3

Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkan surat
tersebut untuk tindakan guru yang berkenaan maka, guru itu hendaklah :24.3.1 Mengambil fail yang berkenaan di pejabat, jika fail itu tiada di dalam
simpanannya (jika perlu dan berkaitan)

PANDUAN UMUM GURU


24.3.2 Mengambil tindakan yang diperlukan.
24.3.3 Memulangkan semua fail tersebut ke pejabat.
24.4

Pergi Ke Jabatan Pendidikan Negeri Johor


25.1

Dari masa ke masa, mungkin ada guru-guru yang terpaksa ke JPNJ untuk
satu-satu hal yang tertentu yang berkaitan dengan masalah perkhidmatan
dan sebagainya.

25.2

Untuk tujuan ini, guru-guru dikehendaki memenuhkan dan membawa borang


yang khas mengenainya yang boleh didapati di pejabat sekolah.

Pelawat
26.1

Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua atau Guru


Penolong Kanan terlebih dahulu.

26.2

Guru-guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau


penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua.

Membeli Barang
27.1

Guru-guru yang ingin membuat pesanan bagi membeli barang, hendaklah


melengkapkan borang khas mengenainya yang boleh didapati di pejabat.
Borang ini kemudiannya diserahkan kepada pejabat untuk tindakan
selanjutnya.

27.2

Jika barang yang berkenaan dikehendaki dengan kadar yang segera, boleh
memberitahu mengenainya kepada Pengetua dan kebenaran akan diberi
supaya guru boleh membeli tersebut sama ada secara tunai ataupun dibilkan
ke sekolah.

Perpustakaan Sekolah
28.1

Segala surat dari sekolah yang dihantar keluar hendaklah hanya


ditandatangani oleh Pengetua, kecuali jika beliau sedang bercuti dan
sebagainya. Maka surat itu akan ditandatangani oleh Guru Penolong Kanan
bagi pihak Pengetua.

Disebabkan perpustakaan sekolah ini kecil, guru-guru hendaklah memastikan


terlebih dahulu bahawa tempat duduk adalah mencukupi sebelum
membenarkan murid-murid ke perpustakaan.

Kegiatan Kokurikulum

PANDUAN UMUM GURU


32.1

30.

Semua guru akan ditugaskan untuk menjadi Penasihat/Guru Penjaga dan


sebagainya untuk kegiatan kokurikulum di sekolah ini. Tugas ini hendaklah
dijalankan dengan cekap dan teratur.

Mengajar Luar Waktu Sekolah

31

30.1

Kebenaran daripada Pengetua/Pengarah Pendidikan perlu diperoleh terlebih


dahulu sebelum seseorang ingin mengajar di luar sekolah.

30.2

Surat siaran JPJ.S.036/Pt.1(18) dan P.A.D 4(1)/(11),12(2)(iv) dan Rules 20 of


The Assisted School ( Management) Rules 1962 perlu dirujuk.

Perhimpunan Sekolah
31.1

Pihak sekolah mengadakan perhimpunan harian (SelasaJumaat) dan


perhimpunan rasmi (Isnin).

31.2

Semua guru dikehendaki menghadirinya. Guru akan menyanyikan bersamasama dengan murid lagu Negaraku, lagu Bangsa Johor, lagu Sekolah dan
lagu Bahasa Jiwa Bangsa.

Mesyuarat Guru-Guru
32.1

33.

34.

35.

Dari masa ke masa, Pengetua akan memanggil mesyuarat guru-guru.


Kedatangan bagi mesyuarat ini adalah diwajibkan bagi semua guru.

Mesyuarat Jawatankuasa
33.1

Guru-guru akan dilantik untuk menduduki jawatankuasa yang terdapat di


sekolah. Mereka hendaklah menghadiri sebarang mesyuarat yang dipanggil
dan mengambil bahagian yang aktif di dalam mesyuarat tersebut.

33.2

Guru yang dilantik menjadi setiausaha kepada sebarang jawatankuasa,


hendaklah menyediakan minitnya dan satu salinan hendaklah disampaikan
kepada Pengetua dengan kadar segera.

Latihan Kebakaran
34.1

Arahan khas Pengetua mengenai perkara ini mestilah dipatuhi dengan teliti.
Latihan-latihan mengejut akan diadakan pada bila-bila masa hari
persekolahan.

34.2

Guru-guru mestilah sentiasa bersedia dan mematuhi kesemua arahan yang


terkandung di dalam surat arahan tersebut.

Keahlian Majlis Perhubungan Guru dan Kakitangan serta PIBG

PANDUAN UMUM GURU


35.1

Semua guru dan kakitangan sekolah secara automatik menjadi ahli kepada
Majlis Perhubungan Guru dan Kakitangan.

35.2
.

37.

Semua guru adalah menjadi ahli PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai
Besar.
Lawatan Sambil Belajar
1

Guru-guru digalakkan menganjurkan lawatan sambil belajar bagi faedah


murid-murid. Walau bagaimanapun, ia harus dibincangkan terlebih dahulu
dengan Pengetua dan persetujuan darinya hendaklah diperoleh. Setelah itu,
segala prosedur mengenainya, seperti mendapatkan surat kebenaran dari ibu
bapa/penjaga hendaklah diuruskan terlebih dahulu. Segala surat
mengenainya hendaklah ditandatangani oleh Pengetua.

Guru-guru adalah dilarang sama sekali menganjurkan lawatan yang


melibatkan murid-murid sekolah, ataupun menggunakan nama sekolah tanpa
mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa pengetahuan Pengetua dan
juga tanpa mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Juga dilarang guru-guru
menganjurkan lawatan yang berbentuk berkelah.

Semasa lawatan dijalankan guru-guru yang mengiringi hendaklah mengawasi


dan mengawal murid-murid dengan baik.

Selepas lawatan, guru yang mengetuai rombongan


menyampaikan laporan bertulis mengenainya kepada Pengetua.

Guru-guru Unit Beruniform yang ingin membawa murid-murid untuk


berkhemah, hendaklah terlebih dahulu berbincang dengan Pengetua.

hendaklah

Mengiringi Pasukan Sekolah


37.1

Guru-guru yang mengiringi pasukan sekolah untuk satu-satu aktiviti tertentu,


di luar kawasan sekolah, hendaklah menguruskan segala urusan
mengenainya.

37.2Jika terdapat murid-murid lain (penyokong) menyertai rombongan tersebut,


prosedur yang sama seperti di atas hendaklah dipatuhi. Guru hendaklah
mengawasi dan mengawal murid untuk menjaga keselamatan mereka
38.

39.

Kepimpinan Melalui Teladan dan Bersih, Cekap dan Amanah


38.1

Kedua-dua cogan kata tersebut adalah hasrat dan harapan kerajaan


terhadap sikap kakitangannya.

38.2

Guru-guru dikehendaki memahami, menghayati serta mengamalkan dan


menjadikannya sebagai panduan.

Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah

PANDUAN UMUM GURU

40.

41.

42.

39.1

Semua guru dikehendaki mengamati, memahami serta menghayati falsafah,


matlamat dan objektif sekolah.

39.2

Oleh itu, mereka hendaklah sama-sama berusaha dengan gigih demi


membolehkan matlamat dan objektif tersebut dicapai serta falsafah tersebut
berfungsi dan bermakna.

Buku Stok
40.1

Mana-mana mata pelajaran dan sebahagian yang perlu mengadakan buku


stok seperti Sains, Kemahiran Hidup, Perpustakaan, Pendidikan Jasmani,
Sukan dan sebagainya.

40.2

Guru Kanan Mata Pelajaran hendaklah memastikan bahawa maklumatmaklumat di dalam buku tersebut adalah tepat, lengkap dan sentiasa kemas
kini. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Pengetua/Guru
Penolong Kanan.

Buku Rekod Pengambil Barang Dari Pejabat


41.1

Untuk melicinkan lagi pengurusan stok alatan, guru-guru dikehendaki


mencatatkan di dalam Buku Rekod Pengambilan Barang apabila mereka
memerlukan alatan seperti kertas stensil, kertas dan sebagainya.

41.2

Apabila mengambil barang dari pejabat, guru-guru diharap akan mengambil


dengan mengikut kadar yang diperlukan sahaja demi untuk mengelakkan
pembaziran.

41.3

Segala
barang/alatan
dipinjam
dari
pejabat,
mengembalikannya semula selepas digunakan.

hendaklah

Tanda Nama
42.1

43.

guru

Semua guru dan kakitangan dikehendaki sentiasa memakai tanda nama


mereka pada hari persekolahan, pada hari-hari keramaian di sekolah dan
juga semasa menghadiri sebarang majlis di luar sekolah.

Kebersihan/Keselamatan dan Perhiasan Bilik Darjah


43.1

Guru-guru tingkatan hendaklah memastikan bahawa murid-murid di dalam


tingkatan di bawah jagaannya menghias dan menjaga kebersihan dan
keselamatan bilik darjah masing-masing.

43.2

Walau bagaimanapun, guru hendaklah memastikan bahawa bahan yang


digunakan untuk menghias kelas adalah sesuai dan berfaedah untuk muridmurid.

PANDUAN UMUM GURU


43.3

Guru tingkatan adalah bertanggungjawab bagi memastikan kelas mereka


mempunyai perkara-perkara berikut ;
43.3.1 Misi dan Visi Sekolah
43.3.2 Jadual Waktu
43.3.3 Jadual Bertugas
43.3.4 Carta Organisasi Kelas
43.3.5 Pelan Pergerakan Semasa Kecemasan
43.3.6 Pelan Kedudukan Murid
43.3.7 Penyapu
43.3.8 Penyodok Sampah
43.3.9 Baldi Kecil
43.3.10
Kain Lap

También podría gustarte