Está en la página 1de 25

1.

0 PENGENALAN

Pemerdagangan Manusia ialah pengambilan, pengangkutan,


pemindahan atau menerima seseorang dengan ancaman ataupun kekerasan;
atau lain-lain bentuk paksaan seperti penculikan atau muslihat bagi tujuan
eksploitasi demi apa juga bentuk keuntungan seperti duit,objek, dan
perhambaan pelacuran yang melibatkan perbuatan seks komersil yang
dilakukan secara penipuan, atau keadaan dimana seseorang dipaksa
melakukan atau pemerolehan seseorang untuk mangsa itu tidak semestinya
di pindahkan secara fizikal dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Pemerdagangan manusia merupakan salah satu bentuk ancaman
terhadap hak asasi dan keselamatan manusia dan satu pencabulan hak asasi
yang paling buruk. Dunia kini perlu memandang serius perkara ini
termasuklah negara kita sendiri, Malaysia. Yang paling menyedihkan lagi
adalah mangsa daripada perbuatan tidak bermoral ini akan menderita akibat
penderaan mental, fizikan dan seksual. Mereka tidak dibayar upah, terikat
kerana hutang, dikurung, diugut, dan dokumen perjalanan mereka juga
ditahan. Pemerdagangan manusia merupakan jenayah kemanusiaan yang
dilakukan tanpa kerelaan si mangsa, tidak kira lelaki, wanita, remaja
perempuan, mahupun kanak-kanak yang masih kecil. Mangsa akan diugut,
dipaksa, didera dan ditahan untuk dieksploitasikan. Isu pemerdagangan
manusia merupakan satu jenayah yang kian meningkat pada abad ke-21 dan
menjadi satu bentuk perdagangan hamba abdi moden yang tidak mengenal
bangsa, agama dan juga keturunan.
Jenayah pemerdagangan manusia kini menjadi semakin berleluasa dan
kebelakangan ini telah menjadi kes jenayah yang terancang secara
sistematik dan semakin meningkat pada kadar yang sangat
membimbangkan. Dianggap sebagai masalah global, jenayah
pemerdagangan manusia adalah merupakan jenayah terancang terbesar di
1

dunia, selain daripada penyeludupan dadah dan senjata api. Penularan


jenayah ini yang semakin kritikal dan sangat membimbangkan ini, pada
masa yang sama membabitkan rangkaian aktiviti pengedaran dadah global,
kegiatan pemalsuan pasport, dukumen, kad kredit dan sebagainya.
Dijangkakan lebih kurang 1.2 juta orang kanak-kanak yang terlibat dalam
pemerdagangan manusia setiap tahun.
Kanak-kanak merupakan golongan yang paling terdedah kepada
pencabulan hak-hak asasi kemanusiaan kerana mereka tidak dapat membela
diri mereka sendiri. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
menganggarkan kira-kira 150,000 orang yang kebanyakan daripada mereka
merupakan kanak-kanak, diseludup ke dalam kawasan Asia Selatan setiap
tahun, tetapi pakar percaya jumlah itu mungkin tiga kali ganda lebih besar
berikutan laba yang dijana oleh industri itu kira-kira RM 110.5 bilion (USD 32
bilion) setahun. Mengikut laporan Amnesty International, pada tahun 2004
sahaja dianggarkan seramai 700,000 orang telah diperdagangkan setiap
tahun bagi tujuan perhambaan seks, manakala Amerika Syarikat pula
melaporkan bahawa setiap tahun antara 600,000 hingga 800,000 orang yang
kebanyakannya terdiri daripada wanita dan kanak-kanak diperdagangkan
merentasi sempadan negara.
The United Childrens Fund (UNICEF) menganggarkan satu hingga dua
juta kanak-kanak diperdagangkan setiap tahun. Di Bangladesh sahaja,
menurut satu laporan dari UNICEF melaporkan bahawa lebih kurang 400
wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa pemerdagangan manusia setiao
bulan. Kebanyakan dari mereka berusia antara 12 hingga 16 tahun dipaksa
bekerja dalam industri seks komersial. Pelbagai anggaran telah dibuat
tentang skop dan bilangan perhambaan di zaman moden. Pertubuhan Buruh
Antarabangsa, iaitu agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang
ditugaskan untuk menangani piawaian buruh kasar, penggajian, dan
perlindungan masyarakat, menganggarkan bahawa terdapat seramai 12.3

juta orang yang bekerja sebagai buruh paksa, buruh tebus hutang, buruh
paksa kanak-kanak, dan hamba abdi seks pada sesuatu masa.
Jenayah pemerdagangan manusia ini merentasi sempadan negara. Ia
satu jenayah global yang serius, menduduki tahap kedua selepas jenayah
pengedaran dadah. Ia adalah jenayah perhambaan moden, dianggarkan
memberi keuntungan tahunan kepada sindiket sebanyak AS$ 31 bilion.
Malaysia berusaha bersungguh-sungguh membanteras jenayah ini, namun
masih belum berjaya sepenuhnya. Mengikut Majlis Antipemerdagangan
Orang (MAPO) , kesedaran masyarakat di negara ini mengenai isu
pemerdagangan manusia masih rendah dan ramai yang samar-samar atau
tidak faham tentang skop jenayah ini.
2.0 PUNCA BERLAKUNYA JENAYAH PEMERDAGANGAN MANUSIA
Untuk pengetahuan umum dalam era moden ini, pemerdagangan
manusia adalah satu bentuk perhambaan. Ini berlaku ekoran daripada
permintaan terhadap tenaga buruh, perkhidmatan seksual, jeratan hutang
dan kemiskinan.Pada kebiasaannya, jenayah pemerdagangan manusia ini
merentasi sempadan dan menjatuhkan maruah serta martabat sehingga
mereka diperdagangkan, mangsa yang terlibat biasanya tidak diberi
sebarang pilihan dan tidak dapat melaporkan penderitaan mereka akibat
daripada kawalan ketat oleh sindiket. Hasil kajian dari badan-badan bebas
dan beberapa kes didapati, Malaysia khususnya Sabah adalah destinasi
persinggahan untuk wanita dan kanak-kanak diperdagangkan untuk
eksploitasi seks secara komersial manakala lelaki dijadikan sebagai buruh
paksa.
Mengapakah pemerdagangan manusia ini berlaku? Menurut Kajian
Kesatuan Eropah dan Jabatan Negara Amerika, pemerdagangan manusia ini
dapat menjana keuntungan yang lumayan dan dianggarkan sebanyak US 33
bilion setahun ( angka tidak rasmi ). Pemerdagangan manusia bukan saja
berlaku di Negara-negara mundur tetapi juga di Negara-negara maju.
3

Persoalannya kini siapakah dalang di sebalik semua ini? Dan bagaimanakah


pemerdagangan manusia ini berlaku?
Antara faktor berlakunya jenayah ini adalah kerana pemerdagangan
orang merupakan satu perniagaan yang dapat menghasilkan pendapatan
yang sangat lumayan kepada sesuatu sindiket itu walaupun risikonya tinggi.
Sindiket ini mengaut keuntungan dengan menarik minat dan perhatian
golongan yang ingin berhijrah secara haram dan mereka menjanjikan
pekerjaan kepada golongan ini. Golongan yang malang ini sanggup
membayah upah yang tinggi kepada sindiket tersebut untuk keluar daripada
negara mereka sendiri demi mencari sesuap nasi di negara luar. Mereka
terpedaya dengan janji-janji manis sindiket yang bertopengkan agen mencari
pekerjaan. Mereka sepatutnya menyelidik terlebih dahulu tentang agensi
yang terbabit dan mereka juga tidak sepatutnya terpengaruh dengan
tawaran gaji yang lumayan, mereka seharusnya bahawa kekayaan tidak akan
datang dengan mudah. Namun begitu mereka tidak berfikir panjang dan
akhirnya terjebak dalam kegiatan ini.
Selain itu sesuatu sindiket itu juga dapat mengaut keuntungan melalui
upah yang diberi oleh pelanggan mereka yang sanggup membayar upah
yang tinggi demi mendapatkan gadis-gadis untuk di jadikan sebagai model
untuk perniagaan seks komersial mereka. Gadis-gadis malang ini juga telah
terpedaya dengan janji-janji manis sindiket ataupun agen yang telah
menjanjikan pelbagai kelebihan untuk mereka. Ini kerana kebanyakan
daripada mangsa merupakan golongan yang miskin oleh itu dengan proses
globalisasi yang sedang berlaku sekarang, telah meningkatkan faktor tarik
dan tolak yang mendorong keinginan mereka untuk mencari pekerjaan yang
lebih memberi pulangan yang lumayan di luar negeri.
Melalui kajian daripada para pengkaji sosial, di tetapkan bahawa faktor
ekonomi juga merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi kes
pemerdagangan manusia ataupun kes penyeludupan manusia ini berlaku.
4

Pada masa kini, masalah jurang pendapatan semakin serius di Asia Tenggara.
Golongan yang berpendapatan rendah agak sukar untuk meneruskan
kehidupan seharian mereka dengan gaji mereka yang sedikit itu tambahan
lagi dengan era globalisasi ini. Oleh kerana itu la kebanyakan daripada
mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pendapatan
yang lumayan, walaupun jalan yang singkat tersebut menyalahi undangundang dan juga melawan sifat fitrah manusia.
. Aktiviti pemerdagangan manusia ini akan mendatangkan pendapatan
yang sangat lumayan. Sifat tamak haloba dan materialistik yang
menyelubungi sesetengah orang ini menyebabkan mereka mudah terpedaya
dengan janji-janji manis sindiket yang menyamar menjadi agen mencari
pekerjaan ini. Mereka yang teruja untuk menikmati kehidupan yang serba
mewah dan juga menggunakan barangan yang berjenama ini sangat mudah
menerima tawaran yang diberikan oleh sindiket yang kononnya agensi
mencari pekerjaan.
Tidak di nafikan juga taraf pendidikan mangsa juga menjadi antara
faktor berlakunya pemerdagangan manusia ini. Ini kerana menurut statistik
daripada hasik yang di jalankan oleh pakar bidang sosial, mereka telah
mendapati bahawa kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kes ini
mempunyai taraf pendidikan yang rendah. Hal ini telah membuatkan mereka
mudah terpedaya dengan sindiket tersebut.
Peluang pendidikan yang tidak sama rata antara kanak-kanak
perempuan dan lelaki di kawasan bandar dan luar bandar juga banyak
mempengaruhi kegiatan pemerdagangan manusia ini. Pada kebiasaannya, di
kawasan luarbandar taraf pendidikannya adalah lebih rendah jika
dibandingkan dengan bandar yang lebih maju dan pesat pembangunannya.
Keadaan ini menyebabkan ramai kanak-kanak dari luar bandar atau
pedalaman khususnya tidak mempunyai dokumen atau sijil kelahiran yang
sah, dan ini menyebabkan mereka menjadi sasaran mudah para sindiket.
5

Seterusnya budaya sesetengah kelompok masyarakat yang berat


sebelah, iaitu tidak menyebelahi kepentingan kaum wanita dan kanak-kanak
mejadi mangsa dan menyebabkan mereka lebih mudah terperangkap dalam
kegiatan pemerdagangan manusia. Kebanyakan mangsa juga tidak tahu
tindakan yang perlu diambil dan menggunakan saluran yang betul untuk
mengatasi masalah ini.
Konflik dan bencana yang berlaku di sesetengah negara bergolak juga
menjadi faktor mengapapa jenayah pemerdagangan manusia ini terus
berlaku. Bencana yang berlaku ini menyebabkan lebih ramai wanita dan
kanak-kanak yang menjadi mangsa dan seterusnya terperangkap dalam
kegiatan pemerdagangan manusia ini.
Selain itu, kegagalan kerajaan untuk menguatkuasakan undang-undang
juga menjadi punca yang menyebabkan pemerdagangan manusia menjadi
semakin berleluasa. Penguatkuasaan yang tidak bersistematik merupakan
faktor berlakunya masalah pemerdagangan manusia. Walaupun kerajaan
telah menggubal pelbagai undang-undang dan akta untuk membanteras
masalah pemerdagangan manusia, tetapi usaha ini tidak dilakukan secara
berterusan dan menyeluruh. Sebagai buktinya, Amerika Syarikat telah
meletakkan Malaysia dalam senarai negara yang tidak memerangi isu
penyeludupan manusia dengan secukupnya. Hal ini demikian kerana terdapat
beberapa orang pegawai Jabatan Imigresen telah didakwa terlibat dalam kes
penyeludupan manusia. Maka, kelonggaran undang -undang ini telah
menyebabkan kes penyeludupan manusia berterusan di negara Malaysia.

3.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI JENAYAH INI TERUS BERLAKU


Antara tujuan mengapa, para penjenayah ini melakukan
pemerdagangan manusia adalah kerana untuk eksploitasi seks.
6

Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang


melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba
atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi
termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa
yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak
sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan lain.
Selain itu mangsa juga di jadikan buruh terikat. Ini bermaksud mangsa
yang diseludup secara haram dipaksa melakukan kerja malampaui
keupayaan dan sekiranya mangsa menolak, mereka akan diugut untuk
diserahkan kepada pihak berkuasa. Mangsa akan dimanipulasi sepenuhnya
dan berada di bawah pengawasan ketat. Biasanya para mangsa akan didera
dan tidak akan dibayar gaji sama sekali.
Seterusnya ialah pengabdian domestik secara paksa. Ini membawa
maksud bahawa mangsa ialah pekerja-pekerja domestik yang dipaksa
bekerja di tempat yang tidak formal dan tidak diberi bekerja dengan pekerja
yang lain. Migran asing misalnya, biasanya wanita dan kanak-kanak direkrut
dari negara-negara yang kurang membangun seperti Asia Selatan, Asia
Tenggara, Afrika, dan Amerika Latin. Wanita diarahkan untuk bekerja sebagai
pembantu rumah dan pengasuh manakala, kanak-kanak akan dijadikan
buruh atau pengemis. Mangsa akan ditempatkan di negara-negara maju dan
membangun seperti Eropah, Amerika Syarikat, Singapura dan Malaysia.
Aspek perubatan juga menjadi faktor yang mempengaruhi jenayah
pemerdagangan manusia ini. Ini kerana pemindahan organ juga merupakan
salah satu daripada aktiviti pemerdagangan orang. Organ-organ ini
kebanyakannya diperolehi daripada negara-negara miskin dan mundur.
Kegiatan ini melalui cara mengeksploitasikan mangsa di dalam negara
ataupun yang diseludup secara haram. Ia memberikan keuntungan yang
tinggi di peringkat antarabangsa. Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan

Dunia (WHO) dianggarkan lebih 10 peratus dari 70,000 buah pinggang yang
dipindahkan setahun mungkin berasal dari pasaran gelap.
4.0 KOMPONEN AKTIVITI PEMERDAGANGAN MANUSIA
Kebanyakan mangsa pemerdagangan manusia ini (lebih 80%) di
Malaysia adalah terdiri daripada kaum wanita muda dan dari keluarga yang
miskin (Rosmah 2009). Setakat ini, berdasarkan penemuan kajian-kajian yang
ada (Gusni 2009) komponen utama aktiviti pemerdagangan manusia dapat
dibahagikan kepada empat.
Yang pertama sekali adalah perekrutan, dokumentasi,
penghantaran dan tempat bekerja. Mengenai dokumentasi, sewaktu
penghantaran orang yang diperdagangkan ke negara destinasi orang
berkenaan adalah pemegang pasport yang sah atas tujuan lawatan sosial.
Dari segi perekrutan pula, orang yang diperdagangkan direkrut oleh agensiagensi pekerjaan asing di negara asal mereka. Pada mulanya mereka telah
dijanjikan pekerjaan yang baik di negara destinasi dan tidak menyalahi
peraturan ataupun undang-undang negara tersebut. Setelah berada di
negara destinasi, mereka menjadi imigran illegal atas beberapa sebab.
Antaranya ialah, kerana pasport mereka telah dirampas oleh orang yang
mengeksploitasi mereka dan dalam kebanyakan kes pasport mereka
dibiarkan tamat tempoh; mereka dipaksa bekerja di premis-premis
perniagaan tanpa permit kerja; mereka juga dipaksa menjadi pekerja seks.
Komponen kedua pula ialah organisasi dan jaringan. Dari segi
organisasinya, kumpulan pemerdagangan orang ini adalah tergolong dalam
jenayah terancang yang bersofat transnasional. Penghantaran dari negaranegara sumber biasanya diuruskan oleh para penjenayah terancang di
negara-negara berkenaan. Di negara-negara destinasi pula, para mangsa
pemerdagangan orang diuruskan oleh para penjenayah terancang di negara
berkenaan. Urusan perekrutan orang yang diperdagangkan di negara asal
diuruskan oleh agensi-agensi pekerjaan asing dan perekrutan ini dijalankan di
8

tempat-tempat strategik seperti pasar-raya, di salun kecantikan dan di


kampung-kampung. Para perekrut ini mempunyai jaringan hubungan dengan
ejen-ejen penerima orang yang diperdagangkan di negara destinasi.

Seterusnya komponen yang ketiga iaitu, para aktor (penjenayah


terancang) pemerdagangan manusia ini. Boleh kita katakan bahawa para
aktor utama pemerdagangan manusia ini adalah di atas undang-undang.
Maksudnya para aktor utama pemerdagangan manusia adalah sangat sukar
untuk disabitkan dengan kesalahan-kesalahan tertentu di bawah akta-akta
yang berkaitan kerana mereka dapat memanipulasinya dengan mudah.
Sehingga pada akhirnya, hanya para mangsa pemerdagangan manusia
sahaja yang tertangkap dan disabitkan dengan kesalahan-kesalahan tertentu
di bawah Akta Imigresen Perkara 25 (a), (b), dan (c). Selain itu, para aktor
utama pemerdagangan orang juga bersekongkol dengan pegawai-pegawai
kerajaan yang telah disuap dengan rasuah. Dengan demikian, mereka
(penguatkuasa undang-undang) menjadi kawan dan pelindung utama kepada
kegiatan pemerdagangan manusia ini, hal ini menyebabkan mereka juga
menjadi sebahagian daripada penjenayah perancang yang
memperdagangkan manusia.
Manakala komponen yang keempat ialah, kelestarian aktiviti
pemerdagangan manusia ini, oleh kerana para aktor utama
pemerdagangan orang berada di atas undang-undang, maka aktiviti
pemerdagangan manusia akan terus berjlan tanpa banyak terjejas oleh
perlaksanaan undang-undang yang berkenaan. Para mangsa mereka, cepat
ataupun lambat akan sentiasa tertangkap sewaktu menjalankan pekerjaan
yang diarahkan oleh para penjenayah terancang itu. Para mangsa akhirnya
diusir kembali ke negara asal, setelah disiasat atau dikenakan tindakan
undang-undang. Tangkapan dan pengusiran para mangsa pemerdagangan
9

manusia tidak menjejaskan aktiviti para penjenayah terancang ini. Malahan


pada mereka ini adalah proses menukar barang lama kepada barang yang
baru demi memaksimumkan keuntungan.
Banyak masalah yang timbul akibat pemerdagangan manusia ini,
antaranya ialah masalah sosial, yang terdiri daripada pelacuran, masalah
buruh asing, jenayah yang berleluasa, dan menimbulkan masalah dalam Hak
Asasi Manusia.

5.0 KESAN ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA KEPADA MALAYSIA


Peningkatan kes pemerdagangan manusia dan penyeludupan masuk
pendatang berkemungkinan memberi kesan negatif kepada ekonomi, kata
Felo Kanan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti kebangsaan
Malaysia (UKM) Prof Dr Azizah Kassim. Ia mencemar nama baik Malaysia
dalam arena antarabangsa melainkan jika kerajaan menyediakan lebih
banyak sumber dari segi kewangan dan modal insan bagi membanteras
kegiatan haram ini, katanya dalam satu kertas kerja yang dibentangkan
pada bengkel Pemberitaan Mengenai Pemerdagangan Manusia di sini barubaru ini. Jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan pendatang
merupakan kegiatan yang kompleks, kerana ianya melibatkan banyak pihak
seperti di peringkat negara sumber, transit dan destinasi, sindiket
antarabangsa, mangsa dan mereka yang bersubahat, yang kesemuanya
boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan sempadan negara. Prod
Dr Azizah Kassin juga berkata, selain mengancam undang-undang dan
keselamatan negara, kes-kes tertentu juga mencetuskan pertikaian
diplomatik antara negara berhubung layanan terhadap mangsa

10

penyeludupan. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada


keadaan politik negara kita.
Disebabkan keadaan politik yang tidak stabil dan kemajuan ekonomi
yang tidak seimbang dalam rantau ASEAN, beberapa negara yang menikmati
pertumbuhan ekonomi lebih baik seperti Malaysia, menjadi pilihan
pendatang ekonomi, ini sama ada secara sah ataupun tidak. Terletak di
tengah-tengah rantau ASEAN, Malaysia menjadi lokasi paling strategik sama
ada sebagai negara destinasi ataupun negara transit. Kelemahan dari sudut
kedudukan geografi itu memudahkan negara menghadapi kesan limpahan
apabila berlakunya masalah ekonomi. Keamanan dalam negara juga
menyebabkan Malaysia menjadi destinasi pilihan. Negara juga dijadikan
pusat transit untuk menyeludup manusia ke negara dunia ketiga seperti
Australia dan Amerika Syarikat. Hasil kajian pakar mendapati, negara
Malaysia khususnya Sabah adalah salah satu destinasi, dan negeri
persinggahan untuk wanita dan kanak-kanak yang diperdagangkan untuk
eksploitasi seks secara komersial dan buruh paksa bagi lelaki.

Masalah pemerdagangan manusia semakin berleluasa dan


mendatangkan impak negatif terhadap masyarakat negara kita. Masalah
pemerdagangan manusia akan menyebabkan masyarakat negara kita akan
sentiasa hidup dalam kerisauan. Nilai kejiranan mungkin tidak lagi wujud
dalam kalangan masyarakat kerana risau anak-anak mereka akan diculik
ataupun ditipu oleh jiran. Sebagai contohnya, seorang ibu yang hendak ke
pasar tidak lagi akan meninggalkan anak mereka kepada jiran, mereka lebih
sanggup membawa anak kecil itu bersama-sama mereka walaupun ianya
sangat menyusahkan. Budaya ini tidak sama seperti dulu, nilai kejiranan
semakin terhakis dalam kalangan masyarakat negara kita. Sillaturrahim
antara masyarakat akan semakin tegang.

11

Ramai yang tidak tahu dan tidak ambil peduli terhadap kesan daripada
aktiviti pemerdagangan manusia ini. Setiap yang terjadi mesti ada akibatnya,
sebagai contohnya dari segi ekonomi. Ramai yang buta ataupun tidak ambil
peduli bahawa setiap tahun kira-kira 20 bilion pound wang mengalir keluar
negara akibat daripada jenayah pemerdagangan orang ini. Keadaan ini
menyebabkan berlakunya kerugian wang yang besar terhadap negara dan
ternyata pengaliran wang keluar yang banyak ke luar negara akan
menjejaskan ekonomi negara kita. Secara langsung ia telah memberi kesan
yang besar kepada pendidikan dalam negara kita, ini kerana jika masalah ini
tidak dapat diselesaikan, banyak projek untuk membangunkan pendidikan
negara kita tidak akan dapat dilaksanakan. Jika ekonomi terus terjejas,
banyak aspek yang akan turut terjejas dalam negara kita, terutamanya dari
segi pendidikan.
Pemerdagangan manusia meninggalkan kesan yang besar terhadap
masyarakat dan negara. Umumnya, kita akan kehilangan sumber tenaga
atau kepakaran sekiranya aktiviti pemerdagangan manusia terus berleluasa.
Kepakaran untuk perkembangan negara dari segi politik, ekonomi dan
pendidikan mungkin terbatas kerana kepakaran tersebut telah
disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan
aktiviti yang tidak bermoral tersebut. Sekiranya aktiviti pemerdagangan
manusia tidak dibendung, negara tidak berupaya untuk beroleh kepakaran
yang maksimum kerana sumber idea yang kurang daripada pelapi-pelapis
baru iaitu kanak-kanak dan wanita. Seterusnya akan memberi kesan negatif
kepada politik negara kita.
Aktiviti pemerdagangan manusia menyebabkan sistem pemerintahan
negara menjadi lemah di mata dunia. Hal ini kerana negara-negara maju
seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Rusia, dan lain-lain mungkin
beranggapan bahawa sistem pemerintahan negara kita lemah dan tidak
sistematik kerana tidak dapat membendung masalah pemerdagangan
manusa yang berleluasa. Ini menyebabkan imej negara dimata dunia jatuh.
12

Kedudukan Malaysia terletak dalam senarai 16 negara berprestasi buruk


dalam mengekang isu pemerdagangan manusia tutur mencemarkan lagi
imej negara di mata dunia. Negara kita juga akan dianggap sebagai sarang
jenayah di mata dunia.Tidak mustahil perkara ini menjadi penyebab kepada
kejatuhan sosioekonomi, dan juga memberi kesan negatif kepada
perkembangan politik negara kita pada masa hadapan.
Selain itu, kehadiran manusia yang diseludup daripada pelbagai negara
ini yang setiap daripada mereka mempunya budaya yang tersendiri akan
menjejaskan negara dari segi demografi, budaya, sosial dan institusi
kekeluargaan. Seterusnya wabak penyakit turut akan merebak kedalam
negara kita. Pemerdagangan manusia yang semakin menjadi-jadi
memudahkan wabak penyakit menular di Malaysia. Wabak penyakit seperti
HIV, AIDS, H1N1, tibi dan sebagainya mudah merebak sekiranya aktiviti
pemerdagangan manusia tidak dapat dikawal oleh pihak berkuasa. Penyakit
berjangkit bukan sahaja mudah merebak malah, boleh membawa maut
kepada masyarakat negara kita. Kesan yang paling ditakuti adalah apabila,
penyakit berjangkit ini merebak ke sekolah-sekolah yang terdapat dalam
negara kita. Ini akan menyebabkan aktiviti pembelajaran dan pengajaran
akan terjejas sama sekali, seterusnya menyebabkan sedikit kelembapan
dalam pembelajaran anak-anak kita.
Antara kesan lain kepada masyaraka dan negara ialah pembangunan
ekonomi negara akan terjejas, terutama sekali dari segi pelancongan, kerana
industri pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar untuk
ekonomi negara kita. Industri pelancongan mungkin mengalami kemerosotan
kerana orang luar takut untuk datang melancong kedalam negara. Hal ini
mungkin kerana faktor kebimbangan terhadap aktiviti pemerdagangan
manusia yang berleluasa,menyebabkan mereka tidak memilih Malaysia
sebagai destinasi pelancongan mereka.

13

6.0 CADANGAN DAN PERANAN MALAYSIA BAGI MENGATASI


PEMERDAGANGAN MANUSIA
Isu pemerdagangan manusia dilihat semakin meruncing dari hari ke
hari. Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil segera bagi mengekang
masalah ini dari terus membarahi masyarakat kita. Pada tanggal 28 Februari
tahun 2008, Akta Anti Penyeludupan Manusia (AKTA) 670 telah
dikuatkuasakan. Begitu juga dengan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.
Penggubalan akta-akta ini mengambil kira protokol Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB) bagi mencegah dan menghukum pelaku
pemerdagangan manusia ini. Semua pihak haruslah bekerjasama dengan
kerajaan untuk membantu pihak kerajaan membendung permasalahan ini
dan bukannya hanya membutakan mata dan memekakkan telinga sahaja
apabila mengetahui sebarang informasi mengenai sindiket penyeludupan
manusia ini. Bak kata pujangga mencegah lebih baik daripada mengubati
Mahkamah khas dan mahkamah malam diwujudkan bagi
mempercepatkan proses pertuduhan serta bicara kes yang berkaitan
dengannya. Oleh itu mangsa-mangsa yang terlibat tidak terlalu menderita
dengan gangguan emosi dan fizikal yang telah dialami mangsa sebelum ini.
Penguatkuasaan undang-undang telah diperketatkan lagi oleh pihak
kerajaan. Pihak Polis Diraja Malaysia, Kastam, Imigresen dan Maritim Malaysia
(APMM) telah berusaha kuat mengerah tenaga bagi membanteras jenayah
pemerdagangan manusia ini.
Kewujudan Pelan Tindakan Nasional (NAP) di bawah Majlis Anti
Pemerdagangan Orang (MAPO) serba sedikit telah dapat mengurangkan
aktiviti ini. Sejak 2 tahun yang lalu, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif
untuk melatih lebih dari 3000 orang pegawai yang merangkumi bidang
penguatkuasaan, pendakwaan dan kehakiman untuk menangani isu ini.
Kerajaan negara perlu berusaha keras untuk membanteras jenayah ini
dengan bekerjasama dengan International Organization Of Imigrant (IOI),
14

Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan


Amnesty International Malaysia. Malaysia juga haruslah berkongsi kepakaran
dengan negara-negara maju yang lain.
Sebagai tambahan, kempen untuk meningkatkan kefahaman dan
profesionalisme

jentera

kerajaan

dalam

penguatkuasaan

Akta

Pemerdagangan Orang 2007 juga boleh dilakukan. Hal ini demikian kerana
masih terdapat segelintir kakitangan kerajaan yang mengambil kesempatan
terhadap isu sosial ini dengan menjadi orang tengah dan menerima rasuah.
Jenayah Pemerdagangan Orang ini masih baru dalam masyarakat kita pada
hari ini. Oleh itu, tanpa kita sedari kita telah terjerumus dalam kancah hina
dengan menjadi mangsa kepada sindiket haram ini. Pengetahuan mengenai
jenayah ini mestilah diperluaskan kepada golongan majikan serta orang
ramai. Kerjasama antara orang ramai dengan kerajaan amat diperlukan
untuk menangani jenayah ini.
Kerjasama antara negara kita, Malaysia dengan negara-negara luar
juga perlu untuk membendung masalah ini daripada terus berleluasa.
Kerjasama dan komitmen semua pihak sangat diperlukan bagi membanteras
dan membasmi jenayah pemerdagangan manusa. Antara kerjasama yang
boleh dialakukan ialah kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara luar
terutama sekali negara serantau seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.
Kerjasama

ini

melibatkan

dalam

perkongsian

bijak

seperti

kekuatan

teknologi, komunikasi dan jaringan keselamatan. Misalnya, Malaysia kini


menggiatkan lagi jalinan kerjasama dengan Australia bagi bertukar-tukar dan
berkongsi maklumat, pengalaman dan kepakaran masing-masing.
Dengan adanya kerjasama menerusi pertukaran maklumat dalam
usaha menangani isu ini telah dilaksanakan terutama dari aspek bentuk serta
kaedah penyeludupan manusia dan negaramanayang dijadikan tempat
transit

utama

penyeludupan

manusia.

Tambahan

pula,

kerjasama

di

peringkat sempadan perairan negara juga telah dilakukan dengan menjalani


15

operasi rondaan secara berjadual dan intensif oleh pasukan keselamatan


Malaysia dengan negara-negara jiran. Negara Malaysia juga telah berkongsi
maklumat dengan negara jiran tentang taktik, lokasi, dan negara pembekal
sumber. Hal ini dilakukan supaya lubang-lubang tikus ini dapat dikenal pasti
secepat mungkin.

Seterusnya, pihak kerajaan juga perlu untuk terus berusaha unutk


menguatkuasakan undang-undang sedia ada. Di bawah peruntukan Akta
Antipemerdagangan Orang 2007, dan dengan adanya akta ini, kerajaan
secara langsung diberikan kuasa untuk mendakwa dan mengenakan
hukuman dengan peruntukan penjara sehingga 20 tahun dan denda sebanya
RM 500,000. Kerajaan Amerika Syarikat telah menggubal undang-undang
pemerdagangan manusia mereka Iaitu Akta Perlindungan Penyeludupan dan
Keganasan 2000. Akta ini telah memperluaskan konsep pemerdagangan
manusia dan mengenakan hukuman yang berat keatas mereka yang terlibat.
Kerajaan Malaysia boleh mencontohi apa yang telah dilakukan oleh Amerika
Syarikat, untuk mengelakkan impak buruk terhadap politik dan pendidikan
negara kita.
Pengenalan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Akta 670) juga
telah menunjukkan bahawa negara kita juga sedang melakukan usaha yang
berterusan untuk membendung masalah ini. Akta ini mengatakan yang
bahawa , jika seseorang memperdagangkan orang yang bukan seorang
kanak-kanak bagi maksud eksploitasi dia akan dipenjarakan tidak melebihi
15 tahun dan juga boleh didenda. Selain itu, jika seseorang itu mendapatkan
keuntungan daripada hasil pengeksploitasian orang yang diperdagangkan,
dia juga akan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan juga
boleh didenda tidak kurang daripada RM 50,000 tetapi tidak melebihi RM
500,000.
16

Tambahan pula, jika seseorang itu merupakan pegawai penguatkuasa,


dan dia telah menghalang, merintangi, mengganggu ataupun gagal untuk
mematuhi permintaan yang sah sebagai seorang pegawai penguatkuasa
dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini, dia akan didenda di bawa
Seksyen 63 dengan denda tidak melebihi RM 150,000 atau dipenjara selama
tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.

Selain itu, pihak kerajaan juga boleh memperketatkan lagi kemasukan


pelancong asing serta mengawal pintu masuk sempadan dengan lebih teliti.
Dengan adanya kawalan yang lebih ketat terhadap pelancong asing, ini boleh
menutup peluang pemerdagangan manusia secara tidak langsung. Kawalan
ini

boleh

dilakukan

menggunakan

Akta

Imigresen

untuk

mengesan

kemasukan secara haram. Aktiviti jenayah ini yang mempunyai jaringan dan
sindiket profesional ini harus dilihat secara menyeluruh dan jika tidak
dibanteras secepat mungkin boleh menjejaskan imej prestasi dan nama baik
negara di mata dunia.
Pihak kerajaan juga boleh mengawal pintu masuk ataupun sempadan
negara dengan lebih teliti. Pihak pihak yang berkenaan seperti pihak
Imigresen, Polis, dan lain-lain lagi yang berkenaan perlulah sentiasa
memantau di setiap sempadan sempadan dan pintu masuk yang ada di
Negara kita untuk membanteras masalah pemerdagangan manusia di negara
kita. Selain itu, pihak tersebut juga harus bekerjasama antara satu sama lain,
agar tugas-tugas yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ini
kerana jika kita dapat mengawal pintu masuk dan sempadan-sempadan yang

17

ada

di

negara

kita

dengan

teliti,dan

sistematik.

Kita

akan

dapat

membendung jenayah ini.


Koordinasi yang baik diantara kementerian-kementerian yang berkaitan
juga boleh dilakukan untuk terus membendung jenayah pemerdagangan
manusia ini. Penguatkuasaan yang bersepadu diantara kementerian dapat
membantu mengurangkan aktiviti jenayah ini. Sebagai contohya koordinasi
antara Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam Negeri bagi
membersihkan imej negara. Denga wujudnya koordinasi yang baik diantara
kementerian-kementerian tersebut, kerja-kerja untuk mengenalpasti dan
mengesan para penjenayah ini menjadi lebih mudah dan lebih telus lagi.

Begitu juga dengan satu lagi pendapat yang tidak kurang pentingnya
bahawa , permasalahan ini juga boleh dibendung melalui pendidikan. Untuk
pengetahuan umum, pendidikan terbahagi kepada dua jenis, iaitu formal dan
tidak formal. Pendidikan formal merupakan pendidikan persekolahan. Pihak
sekolah perlulah menyerapkan isu-isu pemerdagangan manusia dalam topiktopik yang berkaitan. Dengan ini pelajar dapat mengetahui maklumatmaklumat tentang isu pemerdagangan manusia seperti menelefon talian
kecemasan apabila ternampak kejadian yang mencurigakan berlaku.Pihak
berkuasa yang berkenaan juga boleh menyampaikan ceramah dan
melaksanakan pelbagai kempen mengenai masalah pemerdagangan
manusia dan kesan buruknya di sekolah untuk mewujudkan dan seterusnya
meningkatkan kesedaran para pelajar. Ibu bapa memainkan peranan yang
penting dalam pendidikan secara tidak formal dengan menyalurkan ajaran
agama yang secukupnya dan memantau anak-anak mereka untuk
mengurangkan risiko berlakunya jenayah pemerdagangan manusia ini.

18

Pemberian pendidikan awam perlu diberi kepada masyarakat kita


melalui poster anti pemerdagangan manusia yang kini tersedia dalam 17
bahasa dan risalah anti pemerdagangan manusia yang tersedia dalam 14
bahasa. Poster dan risalah ini perlu diedarkan di dalam dan juga di luar
negara kepada kumpulan-kumpulan yang berasaskan agama, ataupun ke
tempat-tempat perlindungan, kepada ahli akademik, pusat imigresen dan
juga organisasi bukan kerajaan.
Pelancaran kempen kempen kesedaran yang umum dan
komprehensif untuk mededahkan kepada masyarakat sejagat tentang Akta
Pemerdagangan Orang dan impak negatif jenayah ini perlu dilaksanakan
dengan lebih proaktif lagi di negara kita. Kita juga tidak boleh melupakan
peranan media massa dalam hal ini. Media elektronik seperti internet,
televisyen dan radio sangat berperanan penting dalam menyiarkan dan
menyampaikan maklumat mengenai keburukan aktiviti pemerdagangan
manusia dan meningkatkan kesedaran mereka. Ini sangat perlu kerana
masyarakat kita kurang terdedah dengan isu ini, mereka lebih terdedah
kepada isu-isu yang berada di luar negara, seharusnya mereka juga perlu
peka dengan apa yang sedang berlaku di negara kita khususnya.

7.0 CABARAN DAN KEBERKESANAN TINDAKAN UNTUK MENGATASI


MASALAH PEMERDAGANGAN MANUSIA DALAM NEGARA KITA.
Kewujudan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 tidak bermakna isu
pemerdagangan orang ini dapat diatasi dengan sempurna. Terdapat banyak
cabaran yang perlu dihadapi oleh negara kita, khususnya pihak kerajaan
untuk membendung masalah jenayah ini.
Cabaran yang pertama sekali dihadapi oleh pihak berkuasa dalam
usaha untuk membanteras jenayah ini adalah isu kekurangan maklumat dan
data, ianya kerana mangsa sukar untuk memberi kerjasama apabila diminta
19

menjadi saksi. Mangsa-mangsa pemerdagangan orang ini selalunya


mempunyai rasa tidak percaya terhadap polis di negara-negara asal mereka.
Selain itu, mangsa-mangsa perdagangan manusia juga berasa taku akan
agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan berkenaan bahawa
mereka akan dianggap sebagai penjenayah, dipenjarakan atau dihantar
pulang. Mangsa-mangsa pemerdagangan manusia juga sering tidak
memperkenalkan diri mereka sebagai mangsa, ini menyukarkan lagi pihak
berkuasa untuk mengenal pasti mereka dan untuk mengumpul data.
Kebanyakan mangsa juga terus mahu kembali ke negara asal tanpa
memikirkan tentang pendakwaan yang boleh dilakukan untuk membawa
pelaku jenayah tersebut ke muka pengadilan. Isu jantina juga boleh
menjejaskan pihak penemuduga untuk mendapatkan maklumat daripada
mangsa. Hal ini kerana, wanita dan kanak-kanak yang kerap mengalami
penderaan seksual dan keganasan akan berasa keberatan untuk
mendapatkan bantuan kerana malu dan stigma yang mungkin mengalir
daripada mendedahkan pengalaman mereka. Lelaki, terutamanya orangorang dari budaya dengan pandangan tradisional kejantanan, mereka tidak
mahu mengaku bahawa mereka adalah mangsa kejadian, kerana mereka
takut bahawa pendedahan mereka kehilangan kawalan ke atas kehidupan
mereka boleh membawa kepada persepsi bahawa kejantanan mereka itu
lemah. Atas sebab-sebab ini, lelaki dan wanita mungkin boleh lebih bersedia
untuk bercakap dengan anggota penguatkuasa yang sama jantina dengan
mereka.
Cabaran seterusnya adalah gejala rasuah yang semakin menghantui
pegawai-pegawai kerajaan. Gejala rasuah yang timbul dalam kalangan
pegawai kerajaan yang terlibat dalam jenayah ini mestilah dibawa ke muka
pengadilan dan dihukum dengan hukuman seberat-beratnya. Hal ini kerana
mereka telah menyebabkan kesan ataupun impak yang negatif kepada
negara kita khususnya. Mereka merupakan duri dalam daging, musuh dalam
selimut negara kita. Mereka secara langsung membuatkan ancaman kepada
20

negara kita ini. Seharusnya pegawa-pegawai kerajaan perlu mempunyai nilai


integriti dalam diri mereka agar mereka tidak terjebak dalam gejala rasuah
yang tidak memberi kesan positif kepada diri, masyarakat dan juga negara
kita.
Taktik para penjenayah pemerdagangan manusia yang sentiasa
berubah-ubah juga menyebabkan pihak berkuasa semakin sukar untuk
membendung masalah ini. Ini menyukarkan mereka untuk menjalankan
siasatan dan juga risikan kepada para penjenayah terancang ini. Pihak
berkuasa kita juga kekurangan pengalaman dalam menangani kes-kes
terlibat. Oleh perlu pihak yang berkuasa perlu menyediakan satu pasukan
khas untuk menangani kes jenayah ini, mereka perlu dilatih dengan latihan
yang khusus dan berlainan dengan polis biasa.
Pemerdagangan manusia adalah jenayah yang kompleks dan
melibatkan sindiket dan organisasi yang terancang dengan jaringan
kerjasama yang mantap. Justeru itu satu pendekatan yang selaras dan
komprehensif adalah amat diperlukan dalam usaha kita menangani jenayah
yang tidak berperikemanusiaan ini. Selain daripada itu, kerjasama dan
kolaborasi di setiap peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa
adalah penting dalam menjamin kejayaan untuk membendung masalah ini.
Dengan tindakan-tindakan proaktif yang diambil oleh pihak kerajaan melalui
Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan agensi-agensi penguatkuasa negara,
khususnya PDRM, telah memperlihatkan, suatu perubahan yang positif ke
arah membendung dan mencegah kegiatan global ini. Kesedaran awam dan
komitmen masyarakat keseluruhannya juga dilihat memainkan peranan
penting dalam merealisasikan aspirasi Pelan Tindakan Negara ke arah
1Malaysia- Bersama dan Komited Dalam Membantersa Pemerdagangan
Orang.

8.0 RUMUSAN
21

Jenayah pemerdagangan manusia banyak memberi kesan dan impak


yang negatif kepada negara kita Malaysia. Jenayah pemerdagangan manusia
ini menyebabkan imej negara kita tercemar di peringkat antarabangsa.
Masyarakat luar menganggap Malaysia adalah lokasi utama kegiatan jenayah
pemerdagangan manusia ini. Dunia luar hilang penghormatan dengan negara
kita. Para pelancong beranggapan mereka tidak selamat untuk berada dalam
negara kita. Masyarakat dunia memandang serong terhadap pemerintahan
dan pentadbiran negara kita kerana gagal menangani masalah tersebut.
Ditambah lagi dengan kes-kes penculikan yang berlaku di resort
Singgamata yang terletak di Sabah awal tahun ini. Masyarakat dunia dan
juga para pelancong semakin tidak yakin dengan keselamatan negara kita.
Ini akan menyebabkan kesan yang negatif terhadap industri pelancongan
negara kita seterusnya memberi kesan negatif terhadap perkembangan
ekonomi negara kerana, industri pelancongan merupakan antara
penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi negara kita, terutama
sekali industri pelancongan di perairan negeri Sabah.
Gejala pemerdagangan manusia yang berlaku pada masa kini dapat
dibendung sekiranya semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung memainkan peranan masing-masing. Sebagai contoh, pihak
berkuasa perlu mengambil ataupun menguatkuasakan undang-undang yang
lebih tegas serta melaksanakan hukuman yang lebih berat terhdap para
pesalah laku jenayah ini.
Selain daripada itu, pihak berkuasa perlulah mengambil sikap lebih
berhati-hati dan prihatin serta tanggungjawab dalam menjalankan tugas
mereka. Kerajaan tidak seharusnya memandang enteng isu pemerdagangan
manusia ini. Kerajaan haruslah memandang serius tentang isu ini, kerana
gejala ini boleh membawa ancaman terhadap keselamatan rakyat. Akibat
daripada aktiviti pemerdagangan manusia ini boleh membawa ancaman
keselamatan terhadap rakyat negara ini.
22

Malaysia perlu meningkatkan kerjasama dengan pertubuhan bukan


kerajaan untuk memperbaiki usaha-usaha perlindungan tehadap mangsa
termasuk tempat untuk menempatkan mangsa pemerdagangan. Latihan
kepada para pegawai mengenai pengendalian pemerdagangan kes seks dan
buruh paksa, dengan memberi penekanan terhadap perlindungan mangsa
dan menerus dan memperluaskan kempen yang komprehensif juga jelas
mengenai kesedaran anti pemerdagangan bagi kedua-dua pemerdagangan
buruh paksa dan hamba seks haruslah ditingkatkan dan diperluaskan.
Akibat daripada aktiviti pemerdagangan manusia ini boleh
menyumbang kepada kemerosotan ekonomi negara. Hal ini demikian kerana
para pelabur tidak mahu mengambil risiko yang tinggi, kerana keselamatan
negara kita terancam. Mereka juga akan hilang kepercayaan untuk terus
membuat pelaburan di negara kita.
Masyarakat tempatan juga perlu berwaspada terhadap aktiviti
pemerdagangan manusia ini. Mereka perlu bersikap lebih berhati-hati dan
tidak mudah terpedaya dengan kata-kata dan janji manis daripada orang
ataupun agen yang tidak diketahui kesahihannya. Mereka juga perlu
bekerjasama dengan pihak berkuasa, mereka tidak perlu gentar untuk tampil
memberi sebarang maklumat jika mengetahui adanya kejadian
pemerdagangan manusia di sekitar tempat mereka.
Seterusnya, agensi-agensi yang terlibat dalam menangani isu ini perlu
mengambil langkah-langkah yang lebih berkesa supaya gejala tidak
bermoral ini dapat dibendung dengan jayanya. Agensi-agensi tersebut perlu
melaksanakan pelbagai kempen dan motivasi kepada masyarakat untuk
memberi kesedaran tentang risiko dan langkah-langkah sepatutnya yang
harus diambil sekiranya mereka berdepan dengan situasi pemerdagangan
tersebut.

23

Secara umumnya, isu pemerdagangan manusia boleh diatasi bukan


sahaja melalui satu pihak sahaja tetapi melibatkan kerjasama daripada
semua lapisan masyarakat. Masalah ini perlu dibendung segera agar tidak
terus menular menjadi semakin serius.

9.0 REFLEKSI

24

10.0 RUJUKAN
Azizah. (2011). Pemerdagangan Manusia Bawa Kesan Negatif Kepada
Ekonomi Negara. KUCHING: BERNAMA.
Buang, S. (2014). Menyelamat mangsa pemerdagangan manusia. Kuala
Lumpur: Utusan Melayu (M) Bhd.
Kamarudin, K. (2014). Malaysia Bertungkus Lumus hapuskan
Pemerdagangan Manusia. Kuala Lumpur: BERNAMA.
Ramli, F. (2013). Pemerdagangan Manusia: Faktor tarik dan tolak. Melaka:
BERNAMA.
Saat, G. (2012). Akademika 82(1) 2012:49-55. Isu-isu perlaksanaan Akta
Anti-Pemerdagangan Orang 2007 (Malaysia): Interpretasi Dimensi
Sosial, 1-4.
Zinin, M. B. (2010). Jenayah dan Isu Pemerdagangan Orang Di Kalangan
Warga Asing. Political Managemen and Policies in Malaysia, 2-8.

25

También podría gustarte