Está en la página 1de 14

AMALAN PERKAHWINAN DAN KEMATIAN MASYARAKAT MIGRAN BUGIS DI

TAWAU, SABAH
PENGENALAN
Suku kaum Bugis merupakan salah satu etnik yang terdapat di dalam
kelompok ras berbilang bangsa di negeri Sabah. Kebanyakan suku kaum ini telah
menetap dipantai Timur Sabah iaitu di daerah Tawau, Semporna, Kunak dan
Lahad Datu. Dari aspek sosial , suku kaum ini lebih terkenal dengan kerabat
pangkat

diraja

(keturunan

dara),mementingkan

soal

status

individu

dan

persaudaraan sesama keluarga.


Di

samping

itu,

suku

kaum

Bugis

bersifat

terbuka

dan

sanggup

meninggalkan tanahair mereka sekiranya merasa tertekan dan kenyataan ini


dikukuhkan lagi melalui pergolakan yang berlaku sejak abad ke-16 iaitu
terjadinya serangkaian peperangan antara kerajaan di Sulawesi Selatan yang
berterusan dengan peperangan menentang penjajah Belanda pada abad ke 19
menyeabkan ramai dari kalangan Bugis merantau keluar dari Sulawesi selatan.
Pemilihan negeri-negeri Melayu sebagai destinasi akhir Orang Bugis bukan
sahaja disebabkan oleh kekacauan yang berlaku di tanah air mereka sebaliknya
kecenderungan belayar dan meneroka dunia baru adalah faktor mengapa orang
Bugis berserakan di merata pelusuk alam melayu (Mohd Akbal Abdullah dan
Abdullah Sulaiman, 2005).
Dalam aspek perkahwinan dan pengurusan upacara kematian dalam suku
kaum Bugis merupakan antara perkara yang sangat penting dalam kehidupan
manusia. Di negeri Sabah misalnya, setiap etnik mempunyai perbezaan dalam
adat, ritual dan pantang larang berkait dengan perkahwinan dan kematian.
Amalan dalam perkahwinan dan kematian menurut sumardjo (2002) dipengaruhi
oleh pandang dunia etnik dan bangsa masing-masing.
Melalui petikan dari penulisan Lucy Mair (1965) yang dipetik dalam
penulisan Ember dan Ember (1993), perkahwinan ditakrifkan sebagai satu
perhubungan yang sah antara seorang lelaki dan seorang perempuan serta
diterima oleh norma-norma dalam sesebuah masyarakat. Perkahwinan tidak
boleh dijalankan sewenang-wenangnya tetapi perlu dikendalikan berdasarkan
agama, undang-undang dan adat istiadat yang diamalkan oleh masyarakat
tersebut. Sumardjo (2002) menyatakan kehidupan sebagai penentangan dua
kutub iaitu hidup dan mati. Persoalan tentang hidup dan mati ini menurut beliau

menjadi

pemahaman

masyarakat

masyarakat

mempunyai

semenjak

zaman

purba

tertentu

yang

dipraktikkan

amalan

lagi.

Setiap
dalam

mengendalikan fenomena-fenomena ini.


Menurut Wan Hashim Wan The (1998), masyarakat adalah bersifat
dinamik. Perubahan dalam masyarakat bukan sekadar berlaku dalam masyarakat
Bandar, di perkampungan malah yang tinggal di kawasan yang lebih terpencil.
Kajian ini adalah berkaitan dengan amalan perkahwinan dan kematian dalam
masyarakat Bugis di Tawau, Sabah. Masyarakat Bugis di kawasan ini adalah
migran yang telah bermigrasi dari Negara Indonesia yang kebanyakannya
bermigrasi sekitar tahun 1970-an. Secara tidak langsung ia menarik untuk turut
mengenalpasti perubahan dalam amalan perkahwinan dan kematian masyarakat
ini berbanding amalan tradisi asal mereka sebelum bermigrasi.

PERMASALAHAN KAJIAN
Amalan perkahwinan dan kematian merupakan pengenalan identity sesebuah
etnik atau bangsa. Amalan ini dianggap suatu pelengkap budaya dan menjadi
keunikan serta khazanah yang diwariskan secara turun temurun oleh nenek
moyang. Masyarakat Bugis secara tradisi menganggap bahawa amat penting
untuk meneruskan amalan dan pantang larang perkahwinan dan kematian dalam
masyarakaat mereka. Hal ini kerana masyarakat bugis percaya jika amalan
warisan masyarakat ini tidak dilakukan, maka mereka akan mendapat bala
sebagai hukuman (Suraya Sintang, 2007). Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk
mengenalpasti amalan perkahwinan dan kematian dalam masyarakat Bugis di
Tawau, Sabah dimana dikatakan mereka masih mengekalkan amalan mereka dan
secara tidak langsung pengkaji ingin melihat kebenaran informasi yang diberi
oleh informan dalam mengenalpasti sejauhmana mereka dapat mengekalkan
amalan tradisi dalam perkahwinan dan kematian selepas mereka melakukan
migrasi ke daerah Tawau, Sabah.

KERANGKA KONSEPTUAL
Terdapat beberapa konsep penting telah digunakan bagi memudahkan lagi
pemahaman bagi amalan perkahwinan dan kematian masyarakat migran Bugis.
Antaranya ialah akulturasi, amalan atau adat, perkahwinan dan kematian.
Amalan
Menurut Suraya Sintang (2007), adat berasal dari perbendaharaan kata bahasa
Arab iaitu adatun yang bermaksud kebiasaan dan kelaziman. Adat dari
pandangan budaya pula secara umumnya didefinisikan sebagai suatu perlakuan
yang mulanya diamalkan kerana suatu kebiasaan sahaja tetapi kemudiannya
diamalkan oleh setiap individu dalam masyarakat itu apabila memikirkan
bahawa perlakuan itu wajar dilakukan oleh setiap individu (Abdullah siddik
1971:3). Manakala, menurut kahti galis, 1990 adat, ritual dan pantang larang
merupakan sebahagian daripada aspek yang perlu dibincangkan apabila
mengkaji tentang amalan perkahwinan dan kematian dalam masyarakat. Scharer
(1963: 74-75) menyatakan bahawa adat mempunyai dua pengertian; pertama
peraturan dan keharmonian dalam alam semesta yang ditentukan oleh Tuhan.
Kedua, kehidupan dan tindakan- tindakan yang selari dengan peraturan tersebut.
Di samping itu, Wan Abdul Hamid (1965; 79-180) menyatakan bahawa adat dan
kepercayaan merupakan asas kepada rangka masyarakat dalam menilai sesuatu
yang berlaku di sekitar kehidupan mereka. Adat dan kepercayaan turut
mempengaruhi sikap dan tindakan seseorang ahli masyarakat lain serta intitusiinstitusi sosial dalam masyarakat. Jika ditinjau dari sudut falsafah hokum, tidak
semua kata-kata dan perlakuan adat itu mengandungi unsur-unsur hukum.
Adalah dinyatakan bahawa sebahagian besar dari kata-kata adat pada umumnya
merupakan satu peringatan am yang bertujuan untuk mencerminkan tingkah
laku dan menjadi pedoman kepada pembentukan tatasusila masyarakatnya
(Abdullah Sidik 1971 : 3).
Menurut Kahti Galis (1990), dalam amalan perkahwinan dan kematian,
pantang larang amat penting dipatuhi. Ia bertindak sebagai panduan kepada
perilaku seseorang agar upacara perkahwinan dan kematian yang dijalankan
sempurna dan sesuai dengan nilai masyarakat. Bagi memastikan perkahwinan

yang dilaksanakan itu akan kekal, maka pantang larang sebelum, semasa, dan
selepas majlis perkahwinan mesti dipatuhi. Begitu juga untuk memastikan roh
ahli keluarga yang telah mati berada dalam keadaan tenteram, maka ahli
keluarga yang masih hidup mesti mematuhi pantang larang yang telah
ditetapkan dalam masyarakat (Suraya Sintang 2007).
Perkahwinan
Menurut Ember dan Ember (1993), perkahwinan bermaksud pengiktirafan sosial
dan penyatuan ekonomi diantara lelaki dan wanita. Di mana dianggap pasangan
yang berkahwin iaitu sebagai sebahagian daripada hak-hak dan secara tidak
langsung mereka akan memikul tanggungjawab iaitu kewajipan menjalankan
proses timbal balik antara pasangan dan untuk anak-anak pada masa akan
dating. Perkahwinan tidak hanya untuk memenuhi dalam hubungan seksual
malah dari sudut ekonomi, contohnya seperti dalam bidang pekerjaan di mana
lelaki dan perempuan akan menjalankan tanggungjawab kerja yang telah
dibahagikan namun hanya sekadar kerja dan hubugan seksual antara mereka
tidak akan terjadi seperti mana perkahwinan dapat menyatukan kedua-duanya
tidak kira sebagai hubungan seksual atau pembahagian kerja kerana ia telah
dianggap kewajipan bagi mereka laksanakan sebagai sepasang suami isteri.
Menurut Yap Beng Liang (1993) menyatakan konsep perkahwinan di
kalangan penduduk Pulau Omadal merupakan merupakan perkara yang amat
penting dan diberi perhatian di mana ia dilihat sebagai sesuatu yang dapat
melengkapkan kehidupan seseorang. Ini kerana melalui perkahwinan pasangan
lelaki dan perempuan berkenaan akan dapat memenuhi keperluan jantina
mereka dengan secara sah, di samping berpeluang memperoleh anak-anak yang
merupakan sumber bantuan penting bagi mereka semasa tua kelak. Selain itu,
bagi kebanyakan anak muda di Pulau Omadal, perkahwinan merupakan anak
kunci bagi mereka menuju ke alam dewasa.
Kematian
Menurut Yap Beng Liang (1993) kematian boleh berlaku pada bila-bila masa dan
dimana-mana sahaja. Kematian adalah sesuatu yang tidak dapat dipersoalkan
atau dielakkan oleh manusia kerana setiap yang hidup akan mati juga apabila
sudah sampai ajalnya. Bagi segelintir masyarakat, kematian merupakan sesuatu
yang amat menakutkan kerana berlakunya tanda Tanya selepas berlakunya
kematian. Secara konseptualnya untuk menenangkan fikiran, bagi segelintir

masyarakat timbul kepercayaan bahawa kematian tidak sungguh atau real


dengan erti kata lain kematian tidak menamatkan riwayat hidup seseorang
kerana manusia mempunyai roh yang akan terus hidup walaupun jasadnya telah
mati.

Kematian sering dikaitkan dengan penyakit. Manakala kematian pula


melibatkan

mayat

dan

kedua-duanya

dianggap

sebagai

anomali.

Cara

pengusiran syaitan dan ritual untuk kematian, kedua-duanya direka bagi


mencapai pemisahan ini iaitu roh dan jasad si mati bagi meletakkan kesemuanya
kembali kepada tempat yang betul. Ritual kematian menitik beratkan proses
memindahkan mayat dan roh si mati dengan cara yang tersendiri ke dunia yang
berikutnya. Robert Hertz menyatakan terdapat upacara dalam masyarakat
tertentu yang bertindak bagi mengenalpasti samaada jiwa atau roh si mati telah
dikebumikan dan kebiasaannya pengebumian dikaitkan dengan tanah sebagai
tempat untuk mengebumikan si mati.
Akulturasi
Menurut Haviland (1996), akulturasi terjadi dalam kelompok yang mempunyai
perbezaan budaya, di mana berlaku pertembungan budaya oleh kedatangan
kelompok baru yang terjadi dalam kenalan langsung sehingga perubahan besar
berlaku tanpa disedari dalam pola budaya asli daripada salah satu kumpulan
atau kedua-duanya.
Menurut William A. Haviland (1996), akulturasi tidak semestinya berlaku melalui
kekerasan namun penghijrahan ke tempat baru boleh mewujudkan keinginan
untuk berubah bagi menyesuaikan diri dalam keadaan baru dalam menjalinkan
hubungan

dengan

kelompok

baru

yang

dikenali

untuk

mencetuskan

perhubungan yang baik tanpa melahirkan ketidakselesaan antara satu sama lain.
SOROTAN LITERATUR
Menurut Sherwood G. Lingerfelter (1990) sebagai penyunting buku Social
Organisation of Sabah Societies yang mengumpul penulisan-penulisan mengenai
budaya masyarakat di Sabah seperti Bugis, Murut dan sebagainya. Buku ini
adalah

mengenai

masyarakat

yang

mengamalkan

amalan

mereka

yang

tersendiri dalam adat yang perlu dilalui sebelum melangsungkan majlis


perkahwinan dan kepercayaan dunia mereka sendiri. Bagi mengenalpasti kaitan

samaada setiap adat dan amalan dalam setiap etnik dan bangsa mempunyai
amalan yang tersendiri dalam mengenalpasti masyarakat Bugis samaada
amalan yang dijalankan oleh mereka boleh disamakan dengan etnik ini dalam
pengamalan budaya yang tersendiri atau secara tidak langsung menggambarkan
identiti sesebuah bangsa. Walaubagaimanapun perbezaan yang paling ketara
dalam

masarakat

Bugis

adalah

mereka

tidak

melaksanakan

upacara

pertunangan malah majlis perkahwinan yang dijalankan adalah proses yang


paling singkat selepas perbincangan di antara kedua-dua keluarga semasa
merisik di mana mereka menetapkan hari perkahwinan paling singkat iaitu hanya
seminggu dan paling lama adalah enam bulan sahaja.

Menurut Benedict Sandin (1980) dalam adat perkahwinan Iban, lazimnya


seseorang lelaki akan berkahwin pada umur dua puluh dua tahun walaupun
lelaki tersebut adalah anak tunggal dalam keluarga tersebut. Kebiasaanya, anak
perempuan akan berkahwin dalam lingkungan umur lapan belas tahun. Ini
menunjukkan masyarakat Iban sudah menetapkan pada umur tertentu yang
sesuai untuk mereka menamatkan zaman bujang mereka, malah dianggap pada
umur sebegini mereka sudah tahu untuk hidup berdikari tanpa bergantung pada
orang lain. Jika lelaki muda Iban tersebut ingin berkahwin maka dia akan
memberitahu pada ahli keluarganya, jadi mereka iaitu ibu bapa lelaki akan
memilih perempuan yang dari saudara dekat mereka untuk menjadi pasangan
anak mereka.
Namun begitu, dalam adat masyarakat bugis jika anak mereka ingin
berkahwin dengan perempuan pilihannya sendiri maka anak lelaki mereka akan
memberitahu mereka dan secara tidak langsung mereka akan memikirkan
sebelum mereka membuat keputusan samaada mahu menerima atau tidak. Jika
mereka setuju dengan pilihan anak mereka, maka mereka akan berjumpa dan
memberitahu niat mereka kepada ibu bapa perempuan tersebut. Jika permintaan
lelaki tersebut diterima oleh ibu bapa perempuan maka secara tidak langsung
mereka akan memilih hari yang sesuai untuk nanya bini (merisik) dan apabila
mereka berbincang secara tidak langsung mereka akan mengikut upacara di
mana mereka akan mengikutinya pada setiap proses sehingga perkahwinan anak
mereka nanti berlangsung. Melalui penulisan ini dapat dilihat setiap etnik
mempunyai adat dan upacara yang tersendiri sebelum menjalankan sebarang
majlis perlulah memperolehi restu dari kedua ibu bapa dan masyarakat.

Penulisan ini dapat dikaitkan dengan adat perkahwinan Bugis yang melibatkan
orang tua yang lebih pakar dalam menjalankan adat merisik dan sebarang
keputusan terletak di tangan mereka. Namun begitu, masyarakat Bugis di Tawau,
Sabah

kebanyakannya

tidak

menjalankan

adat

pertunangan

sepertimana

upacara pertunangan oleh masyarakat lain kerana beranggapan ia melambatkan


proses penyatuan di antara lelaki dan perempuan dalam perkahwinan.
Menurut Suraya Sintang (2007) amalan perkahwinan masyarakat Bugis di
Tawau, Sabah hendaklah menjalankan adat-adat seperti merisik (MaManu Manu
atau MaPesiarekeng) dan dalam proses merisik iaitu perbincangan (MaPetuada
atau Massuro), menjemput saudara mara setelah mendapat kata sepakat untuk
menjalankan majlis perkahwinan anak mereka (Maduppa atau Mattamba), ritual
untuk memohon pada tuhan bagi mengelakkan bencana menimpa pasangan
bakal pengantin (Napissilli), persediaan majlis perkahwinan (Mappendre dowi),
majlis akad nikah dan upacara menghantar pengantin (Pappa duppa), pengantin
lelaki diiringi oleh bapa pengantin sebagai tanda untuk penyatuan dengan ke
bilik pengantin perempuan pada masa yang sama pengantin lelaki akan
dikenakan sejumlah wang sebelum boleh masuk ke bilik pengantin (Mappalettu
Nikah dan Makerawa), majlis perkahwinan (Tudang Battingnge) dan akhir sekali
adat menghantar menantu lelaki atau bertandang ke rumah pengantin lelaki
(Mapparola).
Manakala adat kematian pula tetamu akan dating menziarah dan
membawa sedekah (sidakka) kepada keluarga si mati, memandikkan jenazah
oleh orang tertentu dan ahli keluarga terdekat, menyembahyangkan jenazah
(Pengimangan), saudara mara dan jiran menyiapkan usungan mayat (Pabuleka),
sebelum keranda itu dimasukkan ke dalam kubur cucu atau anak kecil akan
melangkah bagi mengelakkan kambo-kamboan (elak terkena

badi atau rindu

pada si mati), selepas dikebumikan dibacakan doa atau ditalqin, selepas selesai
dikebumikan di atas kubur diletakkan kelapa dan paying serta kubur bayi
diletakkan botol susu, tujuh atau Sembilan hari selepas kematian akan diadakan
makanan seharian (kanre allo-allona), kadang-kadang Pabasa iaitu menyediakan
ruangan pembaringan untuk imam dan jiran-jiran dating membaca al-quran
untuk roh si mati selama empat puluh hari, selepas hari ke puluh pakaian si mati
dikibas dan diikuti dengan bacaan, disusuli

dijalankan kenduri arwah hari ke

tiga, tujuh, empat puluh dank e seratus, kebiasaanya ayam disembelih samada
satu atau dua ekor bagi tujuan penyambung nyawa pada malam ketiga, malam

ke tujuh dan ke empat belas seekor kambing manakala hari ke empat puluh
menyembelih lembu bagi yang berkemampuan dan yang terakhir semua yang
beraa di rumah semasa ingin menjalankan usungan tidak boleh menyentuh
dinding.
Ini menunjukkan penulisan mengenai masyarakat Bugis di Sabah sudah
dijalankan dan mempunyai persamaan dengan masarakat Bugis Di Tawau,
Sabah. Namun begitu kedua-dua adat ini mempunyai perbezaan antaranya ialah
tiada adat malam berinai diterangkan serta mandi wap semasa menantikan
majlis perkahwinan pada hari esok. Malah perkahwinan masyarakat Bugis sudah
banyak dipengaruhi dengan budaya tempatan mereka sudah tidak menjalankan
adat atau ritual bagi memohon keberkatan dari Tuhan. Selain itu, adat kematian
masyarakat Bugis di Tawau tidak menjalankan adat memberikan makanan
kepada roh si mati selama tiga hari berturut-turut malah penerangan pada
sesebuah majlis kenduri arwah tidak terperinci seperti penyelidikan pada hari
yang ke seratus. Secara tidak langsung masih banyak ruang dalam penyelidikan
sebelum ini yang boleh dikembangkan.
Adat Upacara Kematian

Kematian seseorang individu biasanya disertai dengan pelbagai bentuk ritual


untuk menghantar roh si mati dalam kehidupan seterusnya. Tetamu yang datang
menziarahi keluarga si mati akan membawa sidakka (sumbangan kepada
keluarga si mati) seperti wang, beras atau kain. Upacara ini akan dijalankan
sekiranya semua anggota keluarga terdekat hadir. Upacara kematian ini
dilaksanakan mengikut tatacara Islam di samping beberapa unsur kepercayaan
asli yang diwarisi daripada orang tua. Pengurusan mayat dimulakan dengan
memandikan mayat yang biasanya dimandikan oleh orang-orang tertentu yang
sememangnya biasa memandikan mayat atau daripada anggota keluarga
sendiri. Terdapat beberapa bahagian yang dilakukan ketika memandikan mayat
iaitu: i. Pajenekang : menyiram air mandian mayat dan diiringi bacaan doa. ii.
Pasucina : menggosok bahagian tubuh mayat iii. Pabbisina : membersihkan alat
kelamin si mayat iv. Pamaralui : menyiram air mandi terakhir dan mewudukkan
mayat. Setelah selesai dimandikan, mayat akan diroko (dikafan) oleh anggota
keluarganya yang dibalut dengan kain putih. Kemudian imam dan beberapa ahli

keluarga dan rakan taulan yang lain akan menjalankan pengimangan iaitu
menyembahyangkan mayat menurut tatcara agama Islam.
Sebelum mayat dikebumikan saudara mara dan jiran tetangga akan
mempersiapkan pabuleka (usungan mayat yang dibuat daripada bambu atau
pohon pinang). Sebelum pabuleka digunakan ia akan dilumur dengan darah
ayam atau haiwan lain yang disembelih untuk dijadikan kanre pasuru (nasi
penguburan). Kanre pasuru hanya boleh dimakan oleh anggota keluarga dari si
mayat setelah dibacakan doa dengan pembakaran dupa. Sebelum pabuleka
mayat diusung ke tanah perkuburan, pabuleka akan dilangkah oleh cucu atau
anak kecil si mati agar rohnya tidak menganggu anak tadi ataupun tidak
mengalami kambo-kamboan. Malah sebelum itu juga, sewaktu mula diturunkan
dari rumahnya, pabuleka diangkat dan anak-anak si mati diminta lalu di
bahagian bawah pabuleka tersebut. Tujuan ini adalah untuk mengelakkan anakanak rindu dan terkena badi kematian si mati. Apabila upacara perkebumian
dimulakan, bacaan doa dan beberapa ayat al-Quran serta al-Fatihah.

Kemudian imam kampung akan membacakan Talqin denga tujuan agar


mayat dapat menjawab pertanyaan malaikat di alam barzakh. Imam kampung
tersebut akan diberikan tikar dan pakaian si mati sebagai imbalan atau ganjaran
atas jasa baktinya. Ada juga sesetengah pendapat menyatakan pemberian
tersebut bertujuan agar arwah atau roh si mati tidak datang kembali menuntut
barang miliknya yang ditinggalkan. Setelah selesai dikebumikan, di atas kubur
akan diletakkan kelapa dan payung kerana dipercayai arwah si mati tetap
berkeliaran. Kelapa dan airnya yang diletakkan di atas kubur bertujuan untuk
dijadikan minuman kepada roh si mati dan payung pula bertujuan untuk
melindungi roh di samping sebagai simbol keturunan. Sekiranya mayat tersebut
adalah bayi atau anak kecil, botol susu akan diletakkan di atas kubur kerana
dipercayai hanya jasad si bayi sahaja yang mati manakala roh si bayi tetap
wujud dan masih memerlukan susu. Upacara kematian kemudiannya diikuti
dengan kenduri arwah yang diadakan pada malam ketiga, ketujuh, ke-40 dan ke100. Kebiasaanya ayam akan disembelih satu atau dua ekor (ayam kampung
yang dianggap sebagai penyambung nyawa pada malam ketiga selepas

kematian). Pada malam ketujuh atau ke-14 seekor kambing ataupun ayam akan
disembelih. Pada malam ke-40, lembu akan disembelih bagi keluarga yang
berkemampuan. Akhir sekali, terdapat juga pantang larang atau pemmali yang
harus dipatuhi. Contohnya. Ketika mayat diturunkan dari rumah semua yang
melihatnya tidak boleh menyentuh dinding. ( Siti Ruqayah haji Tibek 1940:40 )

ADAT BUGIS DALAM UPACARA PERKAHWINAN


Perkahwinan adalah satu symbol bagi orang bugis untuk menyatakan dirinya
sebagai orang islam yang ditandai dengan kehadiran imam dan wali pengantin
perempuan. Dalam aspek pencarian jodoh, perkahwinan ideal dalam masyarakat
Bugis adalah perkahwinan antara saudara terdekat mengikut jenis perkahwinan
yang dikenali sebagai assialang marola iaitu perkahwinan antara sepupu,
assialanna memang iaitu perkahwinan antara dua pupu, ripadeppe mabelae
iaitu perkahwinan antara sepupu yang mempunyai ikata jauh. Walaupun
perkahwinan antara sepupu ini dianggap ideal anak lelaki dan perempuan masih
diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing.
Perkahwinan

adat

dalam

perkahwinan

masyarakat

Bugis

dapat

dibahagikan kepada adat sebelum, semasa dan selepas upacara perkahwinan


dijalankan.

Adat

sebelum

upacara

perkahwinan

dapat

dilihat

seperti

MaManuManu atau MaPesiarekeng iaitu merisik sama ada si gadis sudah atau

belum dipinang orang. Sebelum adat merisik dijalankan, pihak keluarga lelaki
terlebih dahulu akan bertanyakan pendapat anak lelakinya tentang wanita yang
hendak dikahwininya dan memberi peluang kepada anak lelakinya memilih
wanita yang hendak dikahwininya.biasanya abang sulung akan ditugaskan untuk
menyelidik latar belakang keluarga perempuan meliputi keturunan, kekayaan
dan kejujuran. Situasi ini berbeza dengan kaum wanita yang tidak diberitahu
tentang bakal suaminya dan mereka hanya menyedari akan berkahwin apabila
persediaan sedang dijalankan (Miller, Susa Bolyard 1981). Namun adat
MAManuManu ini telah mengalami sedikit perubahan dan penyesuaian mengikut
situasi masyarakat Bugis yang kini dipengaruhi oleh budaya tempatan di Sabah.
Misalnya dalam kalangan masyarakat bugis di Kampung Ranggu, Tawau proses
MaManuManu biasanya tidak mengambil masa yang lama kerana kebanyakan
pasangan pada masa kini telah mengenali pasangan mereka. Namun latar
belakang keluarga perempuan tetap akan diselidiki (Migawati Ibrahim 1998).
Selain itu, Mapetuada atau Massuro dijalankan di rumah pengantin
perempuan untuk membincangkan MaTanre Esso (waktu perkahwinan), jenis
sunreng

atau

sompa

(mas

kahwin),

balanja

atau

duwi

menre

(belanja

perkahwinan, penyelengaraan majlis termasuk pasio (satu set hadiah) dan lise
sompa (hadiah satu set barang tradisional) khususnya dari kalangan orang
berada. Selain daripada itu, adat sebelum upacara perkahwinan juga dapat
dilihat seperti Maduppa atau mattamba iaitu mengumumkan dan menjemput
saudara-mara dan handai taulan ke majlis perkahwinan (MAttulada 1975). Adat
maduppa

biasanya

dilakukan

seminggu

sebelum

majlis

perkahwinan

dilangsungkan. Adat menjemput saudara mara dalam amsyarakat Bugis yang


biasanya dijalankan oleh dua orang wakil daripada kalangan kaum wanita yang
telah berkahwin berkunjung dari rumah ke rumah dengan membawa bersama
dulang yang diisi dengan rokok dan mancis. Tetamu yang dijemput perlu
membuka dulang dan mengambil sebatang rokok lalu membakarnya. Adat ini
penting terutama bagi tetamu mempunyai anak dara kerana dengan cara ini
diharapkan anak mereka akan menemui jodoh. Walau bagaimanapun, adat
mattamba hanya dijalankan apabila menjemput tetamu dari kalangan orang
Bugis. Sementara tetamu dari kalangan kelompok etnik lain akan dijemput
menggunakan kad undangan seperti yang lazim diamalkan dalam tradisi
perkahwinan orang melayu (Karmi Ariffin 2005).

Seterusnya, Napissilli bermaksud suatu permohonan kepada Yang Maha


Esa agar tiada perkara buruk berlaku keatas pasangan pengantin dan majlis
yang bakal diadakan.. upacara napissilli

dilakukan pada waktu pagi ketika

matahari sedang naik di halaman rumah. Kedua-dua pengantin terlibat dalam


upacara ini tetapi dijalankan secara berasingan. Upacara ini biasanya dilakukan
dua hari sebelum upacara pernikahan. Pasangan memakai pakaian biasa semasa
upacara Napissilli.. Selepas upacara berlangsung, pakaian yang telah dipakai
oleh pasangan tersebut akan diserahkan kepada Indo Botting. Persediaan Majlis
Perkahwinan pula dapat dilihat seperti hantar leko, mendirikan sarappo dan
bakal pengantin perempuan dipingit dari penglihatan orang ramai. Hantar leko
bermaksud

menghantar

mengikut persetujuan

wang

belanja

dan

kedua belah pihak.

barang-barang

hantaran

lain

Manakala mendirikan khemah

bertujuan untuk menempatkan tetamu yang hadir dan biasanya saudara-mara


dan jiran tetangga akan dating membantu. Setelah adat di atas dijalankan dan
kedua-dua pihak keluarga lelaki dan perempuan bersetuju dengan perbincangan
yang diputuskan, maka adat semasa upacara perkahwinan akan dijalankan
mengikut tradisi perkahwinan yang diwarisi dari orang tua.
Setelah adat di atas dijalankan dan kedua-dua pihak keluarga lelaki dan
perempuan bersetuju dengan perbincangan yang diputuskan, maka adat semasa
upacara perkahwinan akan dijalankan mengikut tatacara tradisi perkahwinan
yang diwarisi dari orang tua dan saranan yang diajarkan oleh Islam. Antaranya
seperti nikah iaitu majlis akad nikah yang dijalankan menurut tatacara islam
yang dijalankan menurut tatacara islam yang dikendalikan oleh imam dan
disaksikan oleh wali perempuan dan disahkan oleh dua orang saksi dan pegawai
agama. Bagi melaksanakan upacara pernikahan, pihak lelaki akan datang ke
rumah pengantin perempuan untuk bernikah. Kedatangan pengantin lelaki
diiring bersama pembawa sompa-sompa

dan rombongannya disambut oleh

beberapa orang penyambut tetamu dari pihak keluarga pengantin perempuan


yang terdiri dari papa duppa, iaitu seorang remaja perempuan dan seorang
remaja lelaki manakala dua orang pakkusu-kusu, iaitu dua orang wanita yang
telah berkahwin dan seorang pangampo benne (Migawati Ibrahim 1998).
Seterusnya, Mappelattu nikah. Apabila akad nikah selesai dijalankan, pengantin
lelaki yang didiringi saksi dan imam akan ke bilik pengantin perempuan.
Sebelum memasuki bilik tersebut, pihak lelaki dikehendaki membayar sejumlah

wang yang diminta oleh pengapit dan indo botting sebagai tol untuk
membenarkan mereka masuk ke dalam bilik. Adat ini dilakukan untuk menguji
kesabaran dan kesanggupan pengantin lelaki berkorban untuk mendapatkan
isterinya. Setelah dibenarkan masuk, pengantin lelaki akan bersalam dengan
isterinya dan adat mekkerawa selanjutnya akan dijalankan.

Setelah selesai mekkerawa dimulakan oleh salah seorang pengiring yang


menghantar pengantin lelaki ke bilik pengantin perempuan. Pengiring yang akan
melaksanakan adat ini ialah ayah pengantin perempuan yang bertindak untuk
mempersatukan kedua mempelai. Dalam upacara ini, pengantin lelaki akan
dibawa menghampiri pengantin perempuan, pengiring tadi akan mengambil
tangan pengantin lelaki dan

menyentuhkannya dengan sebarang bahagian

tubuh pengantin perempuan. Upacara ini merupakan simbol bersatunya keduadua pasangan pengantin sebagai suami isteri yang sah. Setelah makkeawa
selesai, pasangan pengantin dibawa keluar untuk menemui kedua ibu bapa dan
saudara mara pengantin perempuan untuk upacara sujud, iaitu besalaman
dengan mereka untuk mendapatkan restu. Seterusnya akan dilaksanakan tudang
Bottingnge iaitu majlis persandingan yang diadakan semasa perjumpaan rasmi
ketika ketibaan pengantin lelaki dan lawatan pengantin lelaki yang biasanya
diadakan pada waktu siang. Dalam majlis persandingan ini, tetamu yang hadir
akan membawa hadiah berupa wang tunai dan akan dimasukkan ke dalam tong
yang diletakkan berhampiran pelamin. Majlis ini akan berlangsung sehingga
lewat tengah malam dan diraikan dengan kugiran muzik dan nyanyian moden
ataupun persembahan karaoke. Majlis ini dinamakan pesta botting. Dan yang
terakhir ,Mappaola ialah adat bertandang ke rumah keluarga pengantin lelaki
yang biasanya dilakukan seminggu atau dua minggu selepas majlis pernikahan

diadakan. Dalam upacara ini, pengantin perempuan bersama rombongannya


akan membawa buah tangan untuk keluarga mertuanya. Persandingan juga
diadakan di rumah pengantin lelaki. Adat ini juga dinamakan

masittabaiseng

iaitu perjumpaan rasmi dengan saudara mara dan antara ibubapa dengan keduadua pengantin.

También podría gustarte