Documentos de Académico
Documentos de Profesional
Documentos de Cultura
menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Kejayaan beliau dalam perkhidmatan awam ini
selari dengan penglibatan beliau dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.
Empat bulan selepas menganggotai UMNO, beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO. Ini
diikuti pula dengan perlantikannya sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis Undangan Persekutuan pada
Ihb. Februari, 1951. Dalam tahun 1951 apabila Tunku Abdul Rahman menjadi Yang Dipertua
UMNO beliau yang berumur 29 tahun dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dari sini
bermulalah satu percantuman tenaga yang bersejarah dan begitu gigih dalam perjuangan
mencapai kemerdekaan dan seterusnya membina sebuah negara yang maju. Tun Abdul Razak
juga menjawat jawatan Pemangku Menteri Besar Pahang selama beberapa bulan pada tahun
1955.
Sebagai orang nombor dua kepada Tunku, beliau turut membuat draf-draf untuk dimuatkan
dalam Perlembagaan Tanah Melayu dan menyertai rombongan menuntut Kemerdekaan ke
London pada tahun 1956. Setelah Kemerdekaan dicapai waktu umur Tun 35 tahun bermulalah
perkhidmatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang menjangkau lebih 13 tahun.
Dalam tempoh ini beliau telah memegang beberapa portfolio, termasuk Kementerian
Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Halehwal
Dalam Negeri. Sebagai Menteri Pelajaran yang pertama, beliau telah melahirkan Penyata Razak
1956 bertujuan menyatupadukan rakyat berbagai kaum. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang
berasaskan Penyata ini adalah mendukung bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Dengan
menggunakan perantaraan Bahasa Kebangsaan dan kandungan pelajaran yang sama di semua
sekolah, semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan murid-murid dari berbagai kaum dapat
disemai. Semangat dasar pelajaran inilah yang menjadi asas mewujudkan generasi muda yang
sihat dan berpelajaran sebagai sumber tenaga pembangunan.
Konsep demokrasi Tun Razak berasaskan keseimbangan sosial dan ekonomi di mana semua
rakyat dapat memainkan peranan dalam kemajuan negara. Pembangunan negara sangat besar
ertinya sebab menurut beliau benteng terbesar pertahanan kedaulatan negara bukan sahaja
terletak pada pertahanan tetapi yang lebih penting ialah pembangunan. Gerakan pembangunan
luar bandar dipelopori oleh beliau dengan langkah pertama ialah merangka satu dasar
pembangunan yang meliputi setiap aspek keperluan negara. Ini dikenali sebagai "Buku Merah"
yang dilengkapi dengan "Bilik Gerakan" yang mencatitkan butir-butir rancangan setiap daerah
termasuk segala kemajuan dan kegagalan rancangan-rancangan tersebut.
Tun telah berusaha dengan gigihnya untuk menjamin supaya pendapatan petani-petani setimpal
dengan usaha-usaha mereka. Beliau telah membentuk berbagai agensi Kerajaan untuk mencapai
matlamat ini, dan yang paling berkesan ialah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan dan
Negeri-Negeri. Kemajuan yang berlipat ganda jelas dari jumlah tanah yang dibuka, jenis-jenis
tanaman yang diusahakan, bilangan murid-murid yang disekolahkan, berbagai perusahaan dan
kemudahan-kemudahan bantuan kewangan dan teknik yang disediakan.
Di waktu Tun jugalah melihat penyertaan orang-orang Melayu dan bumiputra secara lebih pesat
dalam perniagaan khasnya dengan penubuhan agensi-agensi seperti MARA, PERNAS dan lainlain hasil dari cadangan-cadangan oleh Kongres-Kongres Ekonomi Bumiputra yang diadakan.
Pendek kata, segala bentuk pembangunan yang dirasakan oleh rakyat masa kini adalah
sebahagian besarnya atas daya usaha dan kemahuan tegas dari Tun Abdul Razak. Pembentukan
Malaysia pada tahun 1963 merupakan perkembangan politik yang bersejarah di Malaysia
walaupun ianya disambut dengan tentangan hebat oleh pihak-pihak yang tertentu. Ketokohan
Tun sebagai Menteri Pertahanan mendapat ujian. Akhirnya krisis dapat diselesaikan secara
damai. Memang wajarlah Tun dikenali bukan sahaja sebagai Bapa Pembangunan tetapi juga
sebagai Bapa Perdamaian
14 Januari 1976 sejarah terukir apabila Malaysia kehilangan seorang tokoh negarawan yang telah
mengabadikan setiap denyut nadinya untuk mengisi dan memberi erti kepada Kemerdekaan.
Seluruh negara tersentak kerana mereka kehilangan seorang tokoh pejuang bangsa yang
dihormati dan disegani bukan sahaja kerana sumbangan dan jasa beliau terhadap pembangunan
negara tetapi juga seorang pemimpin dinamis yang sukar dicari ganti. Rakyat dikejutkan dengan
berita pemergian Perdana Menteri Malaysia Kedua, Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein kerana
penyakit leukemia.
Tun Abdul Razak dilantik menjadi Menteri Pelajaran dalam Kabinet yang diketuai oleh Tunku
Abdul Rahman dan juga sebagai Ketua Whip dalam Majlis Undangan Persekutuan pada 9 Ogos
1955 berikutan kemenangan besar Parti Perikatan dalam pilihan raya tahun 1955. Kemenangan
besar Perikatan adalah atas undi yang tidak berasaskan perkauman, ramai calon bukan Melayu
yang menang di kawasan Melayu.
Di sinilah kaliber kepimpinan Tun Abdul Razak semakin terserlah. Ketokohannya sebagai
nasionalis memberikan kekuatan dengan ketegasannya memperkenalkan beberapa langkah
berani dalam Penyata Razak untuk memenuhi harapan sebilangan besar rakyat bagi membentuk
bangsa merdeka beridentitikan Malaya. Pada masa ini kebanyakan sekolah Cina di bandarbandar besar telah disusupi oleh anasir komunis. Beliau mengambil tindakan dengan menyekat
penyusupan ini dengan menutup sementara sekolah yang tidak mengendahkan amaran kerajaan.
Bagi menjayakan tindakan tersebut, beliau telah membentuk sebuah jawatankuasa untuk
mengkaji dasar pelajaran yang ada dan membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan yang boleh
diterima oleh seluruh rakyat persekutuan. Dasar ini juga perlu memenuhi hasrat meningkatkan
pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik sebagai suatu bangsa dengan menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa mengenepikan pertumbuhan bahasa dan
kebudayaan kaum yang lain.
Penyata Razak 1956 ini merupakan polisi yang agak radikal dalam usaha membawa perubahan
besar bagi sekolah-sekolah dengan matlamat utama untuk menyatupadukan rakyat. Antara
perkara utama yang terkandung di dalam Penyata ini adalah mewujudkan dua jenis sekolah
rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang berbahasa pengantar bahasa Melayu dan
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Kuo-Yu, Tamil dan Inggeris
sebagai bahasa pengantarnya. Namun bahasa Melayu buat pertama kali diajarkan di semua
Sekolah Jenis Kebangsaan. Ini adalah proses untuk menjadikannya sebagai Bahasa Kebangsaan.
Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar. Dasar yang mendukung bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan ini
juga menetapkan kandungan pelajaran yang sama di semua peringkat sekolah untuk menyemai
semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan murid-murid dari pelbagai kaum. Semangat
dasar pelajaran inilah yang menjadi asas mewujudkan generasi muda yang sihat dan berpelajaran
sebagai sumber tenaga untuk membangunkan negara.
Didorong bayangan kemunduran dan kemiskinin desa semasa kecil di bawah pemerintahan
British dan kekejaman Jepun dalam usia remajanya menjadikan usaha memperbaiki kehidupan
penduduk kampung menjadi agenda utama apabila menerajui Kementerian Pembangunan
Negara dan Luar Bandar. Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land
Development Authority (FELDA) merupakan idea cetusan Tun Abdul Razak yang bertujuan
untuk meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih cekap dan berkesan. Antara projek terawal
yang dilaksanakan oleh FELDA ialah pembukaan rancangan tanah Lembah Bilut (1957) yang
meliputi kawasan seluas 22 batu persegi melibatkan perbelanjaan sebanyak $2.5 juta. Melalui
rancangan ini setiap peserta diberi tanah seluas tujuh ekar bagi tanaman getah dan tiga ekar tanah
dusun. Dari sebuah idea kecil, hari ini FELDA telah menjadi sebuah organisasi raksasa dengan
pembukaan lebih setengah juta hektar tanah dan lebih daripada setengah juta orang mendapat
manfaat dari FELDA.
Agenda pembangunan Tun Abdul Razak tidak pernah berhenti. Di bawah terajunya orangorang kampung di awal-awal tahun enam puluhan mula dapat menikmati sinaran lampu elektrik
menggantikan lampu minyak tanah, air perigi digantikan dengan air paip. Buta huruf di kalangan
orang dewasa dihapuskan dengan penubuhan kelas Pelajaran Dewasa. Menerusi kelas ini, dalam
masa 10 tahun dari tahun 1960 hingga 1970 lebih tiga juta orang dewasa yang buta huruf di
seluruh negara dapat dicelikkan. Di merata desa muncul Pusat Bidan dan Klinik Kesihatan
meningkatkan tahap kesihatan rakyat.
Kemudahan infrastruktur digiatkan dengan pembukaan jalan-jalan baru bagi kemudahan
rakyat. Jalan raya persekutuan dan negeri serta jambatan-jambatan telah diperbaiki. Antaranya
ialah 26 jambatan di Sungai Kelang dan jalan raya Temerloh-Maran, Kuala Lumpur-Kuantan,
Ajil-Jerangau di Terengganu, jalan-jalan di Petaling Jaya, Pantai Timur, Kedah dan lain-lain jalan
Persekutuan dan kawasan tali air Sungai Perak.
Pelbagai gerakan telah dilancarkan seperti Gerakan Maju, Jayadiri dan Gerakan Pembaharuan
dengan tujuan untuk menukar paradigma dan cara hidup tradisi orang Melayu serta
menggalakkan mereka bergiat aktif menyertai rancangan pembangunan. Kempen Jayadiri
pertama kali telah dilancarkan di Tanjung Karang Selangor pada 16 Jun 1968. Gerakan Bumi
Hijau dilancarkan ketika negara menghadapi inflasi kewangan (stagflasi) untuk menggiat jentera
kerajaan melibatkan rakyat dalam rancangan penggunaan tanah, tanaman jangka pendek,
pekebunan kelompok, ternakan dan pemeliharaan ikan air tawar.
Tun Abdul Razak dengan tongkat yang tidak pernah lepas dari tangannya menemui rakyat di
seluruh ceruk rantau untuk memastikan pembangunan yang telah dirancang sampai kepada
mereka. Tanpa jemu dan mengenal erti lelah Tun Razak tidak pernah lari dari fokus utamanya
untuk membasmi kemiskinan, kejahilan dan meningkatkan taraf kesihatan terutamanya di
kalangan penduduk luar bandar. Semangat untuk mewujudkan asas ekonomi yang kukuh kepada
rakyat khususnya golongan petani bagi menjamin mereka menerima sepenuhnya hasil dari tanah
yang dikerjakan dan menikmati kemudahan kehidupan yang setanding dengan masyarakat di
bandar menjadi iltizam dan azam yang berterusan.
Didorong bayangan kemunduran dan kemiskinin desa semasa kecil di bawah pemerintahan
British dan kekejaman Jepun dalam usia remajanya menjadikan usaha memperbaiki kehidupan
penduduk kampung menjadi agenda utama apabila menerajui Kementerian Pembangunan
Negara dan Luar Bandar. Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land
Development Authority (FELDA) merupakan idea cetusan Tun Abdul Razak yang bertujuan
untuk meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih cekap dan berkesan. Antara projek terawal
yang dilaksanakan oleh FELDA ialah pembukaan rancangan tanah Lembah Bilut (1957) yang
meliputi kawasan seluas 22 batu persegi melibatkan perbelanjaan sebanyak $2.5 juta. Melalui
rancangan ini setiap peserta diberi tanah seluas tujuh ekar bagi tanaman getah dan tiga ekar tanah
dusun. Dari sebuah idea kecil, hari ini FELDA telah menjadi sebuah organisasi raksasa dengan
pembukaan lebih setengah juta hektar tanah dan lebih daripada setengah juta orang mendapat
manfaat dari FELDA.
Beliau sampai ke puncak karier politiknya apabila terpaksa mengambil alih pemerintahan negara
dalam keadaan darurat, menjadi Pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), menggantung
Parlimen, mengharamkan perbincangan isu sensitif dan menerapkan kesetiaan rakyat melalui
Rukun Negara. Beliau mengambil tanggungjawab memulihkan semangat dan keyakinan bangsa
yang mulai pudar akibat tragedi hitam 13 Mei 1969 dengan Dasar Ekonomi Baru,
mengembalikan demokrasi berparlimen dan menambah bilangan ahli parti dan menjana
perpaduan untuk membentuk ketahanan nasional dan kestabilan politik melalui penubuhan
Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 bagi menggantikan Parti Perikatan. Sesingkat usianya,
beliau berjaya membawa negara kembali ke landasan demokrasi dan muncul dari celah-celah
permasalah itu sebagai Perdana Menteri Malaysia Kedua menggantikan Tunku Abdul Rahman
Putra pada 22 September 1971.
Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak, negara tidak sahaja memperlihatkan dasar ekonomi
dan sosial yang radikal dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru berikutan peristiwa 13
Mei 1969 tetapi juga dasar luar Malaysia yang progresif, keluar dari bayangan pro-Barat, bebas
dan berkecuali. Walaupun mengekalkan dasar antikomunis dan anti sosialis dalam negeri, tetapi
tetap mengekalkan hubungan baik dengan Barat di samping menjalinkan hubungan dengan
persahabatan dengan negara-negara komunis dan sosialis selain mendekati negara-negara Islam
di Asia Barat dan lain-lain negara Dunia Ketiga.
Dalam kemelut menangani ancaman pengganas komunis, Tun Abdul Razak berkesempatan
melangkahkan kakinya ke Republik Rakyat China sebagai pemimpin Asia Tenggara yang
pertama merintis hubungan diplomatik dengan negara komunis itu pada Mei 1974. Tun Abdul
Razak dengan kebijaksanaan diplomasi dan dasar luar negaranya menjadikan suara Malaysia
didengari oleh kuasa-kuasa besar dunia sehingga di peringkat antarabangsa.
Terlalu banyak yang boleh diperkatakan mengenai sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan
oleh Tun Abdul Razak terhadap pembangunan sosioekonomi dan sosiopolitik negara, setanding
dengan gelaran Bapa Pembangunan yang diberikan kepada beliau. Hakikatnya segala nikmat
kemajuan yang dikecapi hari ini adalah hasil daripada denyut pembangunan yang telah dirintis
oleh beliau. Tanpa usaha membangunkan kawasan luar bandar, tanpa kemudahan infrastruktur
yang dibina untuk kemudahan rakyat, tanpa badan-badan yang dibangunkan untuk memacu
pembangunan negara seperti Felda, Felcra, Pertubuhan Peladang, Perbadanan Pembangunan
Bandar (UDA), Dasar Ekonomi Baru (DEB), Perbadanan Nasional (PERNAS), Syarikat
Penerbangan Malasyai (MAS), Petrolium Nasional (PETRONAS), Majlis Amanah Rakyat
(MARA), Institut Teknologi MARA (ITM) yang kemudiannya dikenali sebagai Universiti
Teknologi MARA (UiTM), Bank Bumiputera dan tanpa MAGERAN dan Rukun Negara, maka
tidak akan ada kekuatan ilmu dan profesionalisme yang dapat menegakkan perpaduan,
kestabilan, keyakinan diri dan daya saing yang mampu membina maruah negara.
Tanggal 16 Januari 1976 Tun Razak disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara
bersebelahan makam sahabat karibnya Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman. Negara
menangisi pemergian seorang negarawan bangsa yang amat gigih, yang tidak pernah jemu untuk
terus memerah keringat demi memajukan bangsa dan mengharumkan tanah airnya. Tun Razak
telah tiada untuk melihat segala usaha yang dirintis akhirnya menjadi pemacu kepada kepesatan
kemajuan negara. Umpama lilin yang membakar diri, hari ini kita melihat hampir setiap institusi
pembangunan negara yang berjaya dan bangkit untuk menaikkan martabat bangsa telah
dimulakan oleh beliau.
Pemergian mengejutkan pada usia 54 tahun bersama legasi yang ditinggalkan seharusnya
menjadi pemangkin kepada seluruh rakyat untuk terus mempertahan dan menjadikannya lebih
baik untuk Malaysia. Sesuatu yang perlu diakui bahawa agenda pembangunan dan ideologi Tun
Abdul Razak telah membina satu landasan untuk mencapai taraf kehidupan, pembangunan dan
perpaduan yang lebih baik kepada seluruh rakyat Malaysia. Hari ini kita kehilangan Tun Abdul
Razak, tetapi percayalah bahawa Tun Abdul Razak tidak pernah jauh meninggalkan kita kerana
semangat perjuangan negarawan ulung ini tidak pernah padam meskipun telah lebih tiga dekad
beliau pulang ke Rahmatullah. Semoga semangat juangnya sentiasa dikenang, terpahat kemas
dalam ingatan, menjadi kebanggaan dan membakar semangat. seluruh rakyat Malaysia untuk
terus memperjuangkan apa yang telah dipelopori oleh Tun Abdul Razak. AL-FATIHAH.
KEPIMPINAN ABDUL RAZAK
KUALA LUMPUR 6 Julai - Berbekalkan sebuah basikal dan tanpa mengira panas serta
mendung, Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein mengorak langkah
menyelami kehidupan penduduk luar bandar.
Sedikit pun beliau tidak rasa kekok mahupun malu untuk mengayuh basikal melintasi
kawasan sawah padi, pertanian dan perumahan orang kampung.
Malah, dijadikan pula sebagai alternatif bagi anak sulung kepada Orang Kaya Indera
Shahbandar Datuk Hussein Mohd. Taib dan Teh Fatimah Daud ini untuk mendekati rakyat.
Biarpun dilahirkan dalam keluarga bangsawan kerana bapanya adalah seorang daripada
empat orang besar Diraja Pahang yang mempunyai hubungan erat dengan Istana Pahang,
namun apa yang pasti tiada jurang atau unsur elitisme dalam keperibadian Tun Abdul
Razak.
Justeru, tidak menghairankan apabila beliau yang juga digelar sebagai Bapa Pembangunan
amat terkenal dengan sikap kesederhanaan biarpun telah menceburi bidang politik sehingga
menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.
Keperibadian sederhananya itu turut terserlah apabila beliau sanggup menginap di hotel
murah serta tidak akan menukar sesuatu perabot di kediaman rasminya, Sri Taman
sekiranya masih boleh digunakan lagi.
Begitulah uniknya sikap Tun Abdul Razak yang tidak ada pada pemimpin lain ketika itu dan
ini diakui sendiri Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Ghapa Harun.
Malah, status 'anak bangsawan' tidak menghalang beliau bermain dan berkawan dengan
anak miskin kampung. Apatah lagi, asas persekolahan Tun Abdul Razak bukanlah digilap di
sebuah sekolah berstatus elit, tetapi hanya di Kampung Jambu Langgar yang agak jauh dari
rumah datuknya sehingga terpaksa menapak sejauh empat kilometer setiap hari.
"Percakapan, pakaian, pergaulan, pergi mengaji al-Quran dan bermain sawah, langsung
tiada perbezaan dengan rakan-rakan sebayanya. Walaupun selepas Tun melanjutkan
pelajaran ke MCKK (Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak), Raffles College, Singapura
sekejap sahaja kerana Perang Dunia Kedua kemudian England, sikap kesederhanaannya
masih utuh dan tidak berubah biarpun sudah bergaul dengan golongan elit.
"Jadi apabila Tun menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan kemudian terbabit dalam
politik, beliau tidak berasa kekok dan boleh makan sekali serta bergaul dengan orang
kampung. Pengalaman Tun ini berbeza dengan pemimpin lain kerana kebanyakan pemimpin
ketika itu yang asal daripada golongan elit atau bangsawan membesar dengan ibu bapa,
jadi unsur elitisme itu sudah ada.
"Berbanding dengan Tun yang membesar di kampung, elemen dan sikap elitisme tidak
tumbuh bersama-sama dalam keperibadian beliau," katanya.
Tidak sekadar memandang atau merenung tanpa melakukan apa-apa, Abdul Ghapa
berkata, pengalaman itu akhirnya mendorong Tun Abdul Razak komited mengubah
kehidupan
masyarakat
luar
bandar
sekali
gus
bermatlamat
memodenkan
serta
"Untuk membolehkan masyarakat luar bandar terbabit secara aktif dalam ekonomi moden,
mereka mestilah dihubungkan dengan orang bandar melalui pembangunan infrastruktur.
Bagi merealisasikan perkara ini, pemikiran orang kampung mesti diubah sehingga
terbinanya 'scientific frame of mind'. Menurut Tun, kalau pemikiran orang kampung tidak
diubah, apa pun program yang kerajaan laksanakan tidak akan berjaya.
"Semasa tahun 60-an bukan sahaja banyak projek pembangunan tetapi juga program
berbentuk pentingnya kesedaran mengubah sikap telah digiatkan untuk mengubah caracara mereka berfikir. Menurut Tun Razak, usaha mengintegrasikan sains ke dalam
kebudayaan kita semestinya menjadi tugas dan tanggungjawab baru bagi orang Melayu,"
katanya.
Ini kerana Tun Abdul Razak berpendapat hanya menerusi pengintegrasian sains, orang
Melayu dapat berubah menjadi 'a new kind of economic man' dan mampu menyusun
kegiatan ekonomi mereka secara besar-besaran dan berkesan.
Kesungguhan dan keprihatinan Tun Abdul Razak membantu masyarakat kampung menjana
pendapatan lebih baik dapat dilihat sebaik sahaja beliau menggalas jawatan sebagai Menteri
Pelajaran dalam barisan kabinet pertama, yang ketika itu Perdana Menteri adalah Tunku
Abdul Rahman Putra.
Menurut Abdul Ghapa, MCKK yang diketahui umum ketika itu sebagai sebuah platform
pengajian untuk golongan bangsawan dan elit, telah direformasikan oleh Tun Abdul Razak
dengan membuka lembaran pintunya kepada orang Melayu bukan dari golongan tersebut
untuk mendapat pendidikan di situ bagi mengubah kehidupan mereka.
Perjuangan beliau mengubah nasib masyarakat kampung semakin dekat apabila memegang
jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Negara dan
Luar Bandar dan seterusnya Perdana Menteri kedua pada tahun 1970.
Sikap kesederhanaan Tun Abdul Razak semasa pentadbirannya dari tahun 1970 sehingga
1976, tidak hanya tertumpu membantu masyarakat orang Melayu luar bandar, malah turut
merangkumi pelbagai kaum.
Ini merujuk kepada segala keputusan dasar yang dibuat, beliau turut menekankan
kepentingan kaum lain sehingga digelar sebagai 'Symphatetic Father of Nation' dalam
sebuah majalah, 'Asia Yearbook' pada tahun 1974.
"Walaupun beliau membesar di kampung, Tun bukan ekstremis Melayu. Pendidikan di MCKK,
luar negara, mempengaruhinya dalam membuat keputusan supaya tidak mementingkan
sebelah pihak sahaja.
"Beliau juga bukanlah seorang pemimpin yang suka dominate. Ini kerana, beliau amat
terkenal dengan kesediaan mendengar pelbagai pandangan daripada semua pihak dan ini
dapat dilihat ketika memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
"Ketika itu, sarjana ekonomi daripada pelbagai aliran pemikiran telah dipanggil memberikan
pandangan dan beliau membuat keputusan berdasarkan mana lebih praktikal.
"Semasa membuat keputusan, beliau menekankan matlamat DEB bukan sahaja membantu
orang Melayu memperoleh peluang dalam pembangunan ekonomi tetapi juga memastikan
kepentingan kaum bukan Melayu juga turut dilindungi dan ini menyebabkan pemimpin
bukan Melayu boleh rapat dengan beliau," katanya.
Kesederhanaan Tun Abdul Razak bukan setakat dalam skop negara sahaja, malah
merangkumi jalinan hubungan diplomatik dengan negara luar.
Tanpa mengira berlainan ideologi, Perdana Menteri kedua menerusi sikap pragmatiknya
melihat faedah, sumbangan mahupun hasil yang boleh diperoleh daripada hubungan
diplomatik terjalin khususnya dari sudut ekonomi negara untuk dimanfaatkan kepada
masyarakat.
Abdul Ghapa berkata, kesederhanaan Tun Abdul Razak menjalinkan hubungan diplomatik,
akhirnya mengeratkan hubungan dengan negara komunis di Eropah Timur, Soviet Union dan
kemuncaknya dengan China pada tahun 1974 selepas beliau mengadakan lawatan ke China
dan disambut mesra oleh Perdana Menteri China, Chou En-Lai.
"Macam konfrontasi Indonesia yang berlaku ekoran daripada penubuhan Malaysia pada 16
September 1963, sikap pragmatik beliau sedikit sebanyak telah membantu kepada usaha
pembaikan hubungan persahabatan antara dua negara," katanya.
Biarpun negara selepas merdeka mewarisi sebuah jentera pentadbiran yang mantap dan
ekonomi memberangsangkan daripada penjajah, namun terdapat dua masalah ketara iaitu
agihan kekayaan tidak sama dan kelemahan kerajaan membina satu identiti kebangsaan di
kalangan rakyat sehingga berlakunya peristiwa hitam, tragedi 13 Mei.
Ia ditambah menerusi pilihan raya yang diadakan pada 10 Mei 1969 di mana telah memberi
satu tamparan kepada rakyat Malaysia khususnya masyarakat Cina apabila MCA yang
adalah anggota parti Perikatan kalah teruk dan UMNO meletakkan punca kekalahan
Perikatan kepada MCA.
Bertitik-tolak dari situ, ada desakan daripada UMNO supaya menubuhkan kerajaan Melayu
sahaja.
"Perikatan hilang sokongan. Orang Melayu makin ramai tidak menyokong, begitu juga
dengan sokongan terhadap parti bukan Melayu, kerajaan hilang majoriti dua pertiga.
Biarpun begitu, Tun tidak tunduk kepada desakan menubuhkan kerajaan Melayu sahaja dan
ini sudah dilihat kesederhanaan beliau menjaga hubungan antara kaum.
"Proses memulihkan sokongan rakyat serta menjadikan Malaysia sebuah negara stabil telah
bermula ketika beliau memegang jawatan sebagai pengarah Mageran (Majlis Gerakan
Negara) yang ditubuhkan untuk memulihara keamanan selepas tragedi 13 Mei. Kemudian
usaha menarik sokongan dilakukan secara berterusan sehinggalah beliau menjawat jawatan
Perdana Menteri dan telah cuba menggabungkan parti politik pembangkang dengan
Perikatan.
"Apabila dapat menggabungkan beberapa parti politik ketika itu, beliau menukarkan nama
Perikatan kepada Barisan Nasional untuk mewujudkan kerajaan kuat dan stabil," katanya.
Menurut Abdul Ghapa, Perdana Menteri kedua itu percaya bahawa pembangunan ekonomi
dan kestabilan politik di Malaysia hanya dapat diwujudkan melalui sebuah kerajaan yang
kuat.
Bagi memastikan agihan kekayaan dapat diseimbangkan semua kaum, Tun Abdul Razak
berpendapat sudah tiba masanya campur tangan kerajaan diperlukan dalam menangani
permasalahan tersebut.
"Sebelum tahun 1969, kerajaan tidak banyak campur tangan dalam ekonomi dan ketika itu
golongan swasta memainkan peranan utama dalam ekonomi negara. Mereka hanya melihat
keuntungan dan tidak memberikan perhatian kepada soal pengagihan kekayaan secara adil.
"Atas sebab itu, beliau memperkenalkan DEB yang melibatkan penyertaan kerajaan bagi
memastikan proses agihan kekayaan secara lebih adil berlaku. Lebih penting lagi, campur
tangan kerajaan akan memberi peluang kepada bumiputera dan kaum lain dari sudut
meningkatkan penguasaan ekonomi," katanya.
Berkaitan masalah kedua, membina identiti kebangsaan, Abdul Ghapa berkata Tun Abdul
Razak telah mengambil langkah tegas menterjemahkan peruntukan dalam perlembagaan ke
dalam dasar-dasar yang bersifat kebangsaan seperti membentuk dasar budaya kebangsaan,
rukun negara dan dasar pendidikan sebagai teras kepada identiti kebangsaan Malaysia.
Melalui langkah itu, Tun Abdul Razak telah membina satu 'baseline' yang jelas dari sudut
identiti
negara
perlembagaan.
yang
terasnya
adalah
Melayu,
seperti
mana
dimaktubkan
dalam
'Marker of identity' yang sudah ada dalam beberapa fasa Perlembagaan Negara seperti
kedudukan
Bahasa
Melayu,
kedudukan
orang
Melayu
dan
Raja-raja
Melayu
telah
dimanfaatkan sepenuhnya sebagai unsur penyatu kepada perpaduan rakyat negara ini.
"Tun Abdul Razak menegaskan sebagai sebuah negara pelbagai kaum, Malaysia selepas
tragedi hitam itu (13 Mei 1969) amat memerlukan dasar yang jelas dan tegas dalam soal
identiti," katanya.
Sumber : BERNAMA
Walaupun pencapaian pegangan saham bumiputera di penghujung DEB hanya 17.8% tetapi DEB
telah berjaya menambah ruang dan jenis kegiatan ekonomi kaum bumi putera telah pun
bertambah. Ada pihak yang beranggapan kegagalan pencapaian kaum bumiputera dalam DEB
disebabkan beberapa perkara seperti : Rasuah mengalibabakan projek Modal kecil Pengalaman
dan pengetahuan dalam bidang berkaitan amat kurang
LATAR BELAKANG\
Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan
masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah menggalakkan
kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah
dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan. Penambahan penduduk
dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel
keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah
menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah
besar. Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan.
Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk
menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah
menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih
berterusan.
RASIONAL
Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia
menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di
kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah
saperti berikut:
kaum
kadar kemiskinan%
Melayu
64.8
Cina
India
26.0
39.2
Lain-lain
304.00
44.8
813.00
Dari kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan
Perangkaan dan rekod dari Pendaftar Syarikat adalah didapati hakmilik dan penguasaan sektor
syarikat-syarikat pada tahun 1971 adalah seperti berikut:
Pemilikan
( juta )
1. Bumiputera perseorangan
a) Bumiputera Perseorangan
b) Agensi Amanah
2. Bukan Bumiputera
Jumlah Pemilikan
279.6
168.7
110.9
2,233.2
2.
1.6
34.0
Warganegara asing
4,051.3
Jumlah
6,564.1
61.7
100.0
Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah
seperti berikut:
Sektor Melayu
Cina
India Lain-lain
1.Pertanian
19.9
11.5
1.0
32.1
58.7
8.5
0.7
45.5
10.7
1.2
67.6
2.Perlombongan
3.Perniagaan/ Perdagangan,
Pentadbiran Awam,
Kemudahan Awam.
42.6
OBJOKTIF
Menyedari
kedudukan
mengusahakan
supaya
ketidakseimbangan
satu
sosial ekonomi
itu ,
kerajaan
telah
melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru. Matlamat utama
dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan
perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya.
mengurangkan
STRATEGI PELAKSANAAN
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan
dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:
i.
ii.
kaum
mengikut
menimbulkan
Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah
mengikut
yang
tertumpu
menyelesaikan masalah
supaya:
i.
Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan
1990
kepentingan
pemilikan
kaum
bukan Bumiputera
saham / ekonomi
di negara
Malaysia
akan
melambangkan
menjelang
komposisi
mencapai
matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun :
i.
Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses
memodenkan kawasan luarbandar.
supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.
iii.Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal
dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan per- industrian di kalangan orang Melayu
dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990
dan
menubuhkan
beberapa
agensi
saperti
MARA,
Bank
Pembangunan,Bank
Pencapaian
Pencapaian semasa dan masalah. Beberapa kejayaan telah dapat dikesan semenjak Dasar
Ekonomi Baru dilaksanakan dalam
usaha
kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.Dari lapuran kajian separuh penggal Rancangan
Malaysia Keempat telah menyatakan bahawa pendapatan purata sebenar isi keluarga telah
bertambah baik seperti berikut: Melayu
_ $ 290.00 Cina
_ $ 565.00 India
- $
455.00
Kadar kemiskinan juga telah menurun daripada 49.3 % pada tahun 1971 kepada 29% pada
tahun 1980 dan kadar ini dijangka akan menurun kepada 16.7% pada tahun 1990. Dari segi
menghapuskan pengenalan kaum mengikut bidang kerja, penglibatan Bumiputera dalam semua
sektor didapati juga telah meningkat. Bilangan pekerja disektor pembuatan telah bertambah
dari 29% kepada 33% dan di sektor perdagangan pula bertambah dari 23.5%kepada 34%.
Sebanyak 28 buah bandar baru telah dibangunkan dalam kawasan pembangunan wilayah di
JohorTenggara, Kelantan Selatan, Pahang Tenggara, Jengka dan Terengganu Tengah.Agensiagensi kerajaan yang dilantik untuk membantu Bumiputera di dalam soal perdagangan dan
meningkatkan
telah bertambah dari 4.3% atau 279.6 juta dalam tahun 1971 kepada 12.4% atau $3273.7
juta dalam tahun 1980 Bilangan bumiputera yang terlibat dalam perniagaan juga
telah
bertambah dari 25,000 orang kepada 62,000 orang pada tahun 1980.Memandangkan kepada
hanya tinggal kira-kira 5 tahun sahaja lagi tempoh masa DEB, pencapaian DEB hingga kini
tidaklah begitu memuaskan seperti yang dirangkakan. Sehingga tahun 1984 hanya 18%
penyertaan Bumiputera sahaja yang tercapai. Usaha untuk menambahkan
pendapatan
golongan miskin yang terdiri dari pekebun-pekebun kecil, pekebun getah, nelayan serta
penanam padi masih tidak begitu berjaya sepenuhnya. Kadar kemiskinan telah naik sedikit
dari 29% pada tahun 1980 kepada 30.2% semasa kajian semula
Rancangan Malaysia
kerajaan
telah
memperkenalkan beberapa dasar baru di dalam dan luar negeri saperti Dasar Pengswastaan,
Persyarikatan Malaysia, Sogoshosa, Perindustrian Berat, Bersih, Cekap dan Amanah,
Kepimpinan Melalui Teladan
dengan
sepenuhnya
memberi peluang-peluang yang lebih cerah untuk mencapai objektif negara iaitu
dan
penyusunan
semasa
yang
diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha
ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya
memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.