Está en la página 1de 1

NAMA : ...

KELAS :

Studython PAI 2011

NYATAKAN HUKUM BAGI SITUASI BERIKUT:


1. Fatimah tidak membaca surah al-Kafirun pada rakaat pertama solat hajatnya.
2. Qhaud mengerjakan solat sunat hajat sebelum masuk waktu solat subuh.
3. Khatib membaca khutbah hari raya tanpa berselawat ke atas nabi.
4. Qayyum menunaikan solat sunat hajat untuk memohon supaya rakannya ditimpa kesusahan.
5. Hisham mengerjakan solat Jumaat sambil duduk di atas kerusi kerana kakinya patah.
6. Hamidah menunaikan solat sunat rawatib secara duduk walaupun dia tidak sakit.
7. Bukhari menunaikan solat sunat hari raya Aidiladha di rumahnya.
8.Ghazali bersolat jenazah tetapi tidak mendoakan si mati.
9.Jenazah diletakkan dengan membelakangi kiblat.
10.Faiz mengapankan jenazah menggunakan kain berwarna merah.
11. Naim mencium jenazah sepupu perempuannya selepas jenazah disembahyangkan.
12.Azizah berpuasa sunat pada 30 Syaaban.
13.Daud lewat mandi wajib setelah bersetubuh dengan isterinya pada waktu malam
14.Rahmat mengeluarkan zakat fitrah satu jam sebelum mengerjakan solat Aidilfitri.
15.Sulaiman yang bermusafir mengqasarkan solat asar berimamkan seorang yang sedang solat tamam (sempurna
16.Aziz mengqasarkan solat subuh.
17.Nurul membayar zakat dengan wang bagi menggantikan beras.
18.Ketika berpuasa nenek Kamal pengsan selama 30 saat kerana cuaca panas.
19.Rauf menunaikan solat tarawih selepas mengerjakan solat subuh.
20.Laila beriktikaf di dalam masjid sedangkan dia sedang haid.
21.Syukri terlupa membayar zakat dan membayarnya selepas terbenam matahari 1 Syawal.
22.Daud berasal dari Melaka dan bekerja di Perak. Beliau membayar zakat fitrahnya di Perak.
23.Husna berpuasa qada pada 10 Zulhijjah.
24.Naufal menunaikan solat maghrib secara qasar ketika bermusafir.
25.Hamzah menjamakkan solat asar dengan maghrib secara jamak takhir.
26.Asmah sedang berpuasa sunat hari Khamis terlupa berniat pada malamnya lalu berniat pada jam tujuh pagi.
27.Hafiz mengambil wuduk tanpa berkumur-kumur.
28.Karim beristinjak menggunakan kertas selepas membuang air kecil kerana tiada air.
29.Husin bertayamum. Selesai solat, dia mendapati air sudah ada.
30.Rokiah membasuh kasutnya yang terkena najis anjing dengan menggunakan air mutlak sahaja.
31.Saiful mengerjakan solat asar dengan tayamum solat zuhur.
32.Maryam tidak membaca doa iftitah ketika solat isyak.
33.Rahim beristinjak dengan batu selepas membuang air kecil sedangkan air ada disebelahnya.
34.Amin beristinjak menggunakan batu ketika berburu di dalam hutan.
35.Fauzi menelan sisa makanan yang terdapat di dalam mulutnya ketika solat.
36.Lokman sengaja bertayamum untuk mengerjakan solat subuh kerana tidak tahan cuaca yang sangat sejuk.
37.Rokiah menunaikan solat sunat hajat selepas menunaikan solat maghrib.
38.Burhan membayar zakat ternakan untuk 50 ekor kambing yang genap setahun.
39.Zainab membasuh kakinya yang terkena najis anjing dengan menggunakan air sabun bagi menggantikan air tanah.
40.Nurul Ain tidak memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk.

/ 40 x 100 =

También podría gustarte