Está en la página 1de 54

PENGENALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Soalan ini kerap kali ditanya oleh
seseorang apabila membincangkan mengenai personaliti.Adakah personaliti ini
mempunyai kaitan dengan tingkah laku manusia ? Dalam tajuk personaliti ini kami akan
membincangkan mengenai konsep personaliti yang sebenar berdasarkan daripada
pendapat-pendapat beberapa ahli psikologi yang terkenal seperti Alder, Crow and Crow
dan sebagainya Selain itu kami akan mengkaji mengenai perbezaan di antara personaliti,
watak dan trait. Disini kita akan mengetahui sama ada personaliti, watak dan trait adalah
berbeza ataupun merupakan satu konsep yang sama. Personaliti juga dapat
diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang utama iaitu ekstrovert, introvert dan
ambivert yang juga akan dibincangkan di dalam tugasan ini.
Kami juga akan melihat mengenai teori psikoanalisis yang telah diasaskan oleh
Sigmund Freud dan membincangkan mengenai perkembangan personaliti berdasarkan
teori psikoanalis serta aplikasi teori ini di dalam bilik darjah dimana semua guru harus
mempraktikkannya. Kami juga akan membincangkan mengenai faktor-faktor yang
mempengaruhi personaliti dan bagaimanakah faktor-faktor ini mempengaruhi personaliti
seseorang?.Aspek terakhir yang akan dikaji didalam tugasan ini adalah mengenai
pengaruh personaliti terhadap pembelajaran serta bagaimana cara guru melayani
personaliti murid yang berbeza.
Diharapkan, kajian ini sedikit sebanyak dapat memberikan kefahaman terhadap
konsep personaliti yang sebenar serta diharapkan kajian ini juga dapat membantu bakal
pendidik untuk mengaplikasikan konsep personaliti ini didalam proses pembelajaran agar
falsafah pendidikan kebangsaan dapat diteruskan untuk generasi yang akan datang.

PENGERTIAN PERSONALITI
Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Dalam perbualan sehari-hari kita
dapat mendengar kenyataan-kenyataan seperti Encik A memang mempunyai personaliti
yang baik, Cik Siti ialah personaliti televisyen yang terkenal.
Secara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan
seseorang. Sebenarnya pengertian personaliti dapat dibahagikan kepada beberapa
pendapat seperti berikut :

PEMBENTUKAN
PSIKOLOGI

BAHASA LATIN

PENGERTIAN
PERSONALITI

MISHEL (1968)

ALLPORT (1961)

WATSON (1919)
KAGEN,J &
SEGAL,J (1988)

EYSENCK

BAHASA LATIN
Personaliti berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud topeng
muka. Topeng muka ini di gunakan oleh pelakonpelakon Yunani di atas pentas untuk
berlakon. Mereka memakai topeng yang bersesuaian dengan watak mereka yang hendak
dipersembahkan.
2

PEMBENTUKAN PSIKOLOGI
Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara
kesuluruhan. Ini merangkumi pelbagai aspek seperti berikut:

Perangai
Kecerdasan
Sentimen
Sikap
Minat
Kepercayaan
Cita-cita
Nilai-nilai
Personaliti seseorang individu dibayangkan oleh tensensinya untuk bertingkah

laku mengikut suatu cara tertentu.


MISHEL (1968)
Pada pandangan Mishel personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku seseorang
individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing. Ini bermaksud
segala kerja atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dapat mengambarkan
personality mereka yang sebenar.
ALLPORT (1961)
Allport pula mendefinasikan personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem
psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang
khusus. Dinamik membawa maksud perubahan yang boleh berlaku di dalam kualiti
tingkah laku seseorang individu. Organisasi membawa implikasi bahawa semua trait
seperti kerajinan, kesabaran dan daya tuju adalah saling berkait. Sistem psikofizikal pula
merujuk kepada tabiat, sikap, nilai, kepercayaan, kebiasaan, emosi dan sentimen yang
terdapat dalam bentuk psikologi tetapi yang mempunyai asas fizikal di dalam urat saraf
dan tubuh badan
3

HANS EYSENCK (1981)


Menurut Eysenck pula personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek,
bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap
persekitarannya.
KAGEN,J & SEGAL,J (1988)
Kagen,J dan Segal,J mentakrifkan personaliti sebagai corak kesuluruhan
seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, berasa,
bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya.
WATSON (1919)
Watson berpendapat bahawa personaliti merupakan teori tingkah laku seseorang
dan behaviorisme.

Perbezaan antara personaliti, watak dan trait


Watak dan personaliti merupakan dua istilah yang dapat dibezakan. Personaliti
merujuk kepada organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan, cara pemikiran,
perasaan dan tingkah laku seseorang individu. Daripada huraian tadi jelas diketahui
bahawa watak itu hanya merupakan sebahagian daripada personaliti.

PERSONALITI
WATAK

Watak biasanya merupakan satu bentuk penilaian yang dilakukan oleh ahli-ahli
masyarakat dan adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara budaya masyarakat. Watak
biasanya merangkumi trait-trait seperti kejujuran, toleransi, belas kasihan, hormatmenghormati dan sebagainya. Kesemua ini adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara yang
ditentukan oleh sesuatu masyarakat.
Trait ialah ciri personaliti yang agak kekal. Selain daripada trait-trait yang
dinyatakan, trait-trait lain termasuk kerjasama, agresif, pasif, tenang, cemas,
tanggungjawab, terbuka, mudah mesra dan sebagainya.
Ciri-ciri personaliti tersebut digunakan untuk menilai personaliti seseorang.
Personaliti merangkumi unsur-unsur individu yang diwarisi seperti kecerdasan, saiz
badan dan juga unsur-unsur yang ditentukan oleh alam sekitar termasuk perangai, cara
dia bertingkah laku, bercakap dan bertindak balas. Sebaliknya watak lebih merupakan
suatu penilaian seseorang individu yang ditentukan oleh anggota-anggota masyarakat
atau alam sekitar.

Klasifikasi Personaliti
Menurut Carl Jung (1875 1961), personaliti individu boleh diklasifikasikan
kepada tiga kumpulan yang besar seperti berikut :
Ekstrovert
Introvert
Ambivert
Ekstrovert
Individu yang digolongkan ke dalam kumpulan ini biasanya menonjolkan ciri-ciri
seperti relaks, gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif, inovatif atau
gemar kepada perubahan, gemar akan aktiviti-aktiviti luar, mudah bercakap, cepat
bertindak balas, tidak mudah bimbang dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan.
Introvert
Individu yang disifatkan sebagai introvert pula menonjolkan ciri-ciri seperti pasif,
gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif atau sentiasa berfikir terlebih
dahulu sebelum menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah laku yang
terkawal, dan kurang bersedia untuk menanggung risiko.
Ambibert
Bagi individu-individu yang mempunyai trait-trait personaliti yang sukar
digolongkan sebagai introvert atau ekstrovert, maka mereka boleh disifatkan sebagai
ambivert. Ambivert mempunyai trait-trait seorang ekstrovert dan introvert.

Pendapat ahli psikologi lain mengenai klasifikasi personaliti


Block (1971), dalam satu kajiannya yang melibatkan 100 orang lelaki dan
perempuan masing-masing selama 25 tahun telah merumuskan bahawa ciri-ciri individu
seperti kawalan emosi, minat, kesabaran, dan kebolehpercayaan tidak banyak berubah.
Conley (1984), menegaskan bahawa dengan berlalunya masa, kita tidak banyak
berubah dari segi gaya, emosi dan cara kita berinteraksi dengan orang lain.
Mishel (1984), pula menyatakan bahawa kita tidak selalu bertingkah laku secara
tekal dalam situasi yang amat berbeza. Contohnya, tingkah laku seseorang semasa
melawat sebuah keluarga yang kehilangan seorang yang tersayang adalah amat berbeza
dengan tingkal laku seseorang itu ketika berada dalam satu majlis perkahwinan atau hari
jadi.
Epstein (1983), pula menyatakan bahawa ciri-ciri seorang individu adalah agak
stabil serta boleh diramal.

Cara-cara guru menolong seorang Introvert


Terdapat bebrapa cadangan atau tip-tip yang dikemukakan oleh pakar-pakar
psikologi bertujuan supaya para pendidik atau guru-guru dapat manggunakannya ketika
proses pembelajaran berlaku bagi menolong seorang introvert.
Yang pertama libatkan pelajar tersebut di dalam aktiviti yang mudah dimana dia
akan menikmati perasaan kejayaan. Bagi seorang pelajar introvert seorang guru harus
menanamkan sifat yakin kepada diri sendiri dan sanggup mengambil risiko. Dengan ini
guru haruslah memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan yang mudah agar
pelajar ytersebut berasa yakin pada diri sendiri dan dengan ini pelajar ytersebut akan
bersedia untuk aktiviti yang lebih sukar pada masa ke masa.
Yang kedua, guru hendaklah memastikan isi pelajaran dan latihan yang disediakan
untuk pelajar yang bersifat introvert adalah setimpal dengan kebolehannya. Dengan ini ia
akan menjadikan pelajar itu lebih berkeyakinan dan mempunyai dan melahirkan
semangat yang baru untuk terus belajar dan berusaha sengan lebih gigih lagi.
Seterusnya adalah dengan menghentikan segala ejekan seperti bodoh , si
gemuk atau lain-lain perkataan yang menyinggung perasaan pelajar tersebut yang pernah
digunakan untuknya.

Yang keempat adalah dengan melibatkan pelajar introvert di dalam aktiviti


berkumpulan. Di mana di dalam kumpulan tersebut pelajar berkenaan akan menjadi ketua
kumpulan di mana dia terpaksa berinteraksi dengan ahli-ahli lain di dalam kumpulannya
dan belajar untuk mengawal keadaan di dalam kumpulan tersebut. Ini dapat menjauhkan
ciri-ciri yang terdapat pada seorang yang bersifat introvert iaitu suka bersendirian. Sifat
ini harus dikikiskan daripada seorang pelajar dari awal lagi agar pelajar tersebut dapat
berinteraksi dan bergaul dengan orang lain tanpa perasaan malu.
Cara-cara lain adalah dengan mengadakan sesi kaunseling untuk mengenal pasti
punca yang menyebabkan seorang pelajar tersebut bersifat introvert. Selain daripada itu
guru haruslah mengadakan latihan-latihan tegas diri untuk palajar introvert agar dia dapat
berfungsi sebagai seorang individu yang lebih berkesan. Pada masa yang sama guru perlu
menggalakkan pelajar berkenaan menyertai aktiviti kelab sukan, permainan dan badan
beruniform di mana pelajar berkenaan mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan
individu-individu yang lain.
Cara yang terakhir adalah dengan berusaha untuk membantu pelajar tersebut
meningkatkan konsep kendirinya. Konsep kendiri yang positif tetap akan membantu
seorang introvert menjadi lebih bersifat sosial dan optimistik dalam pandangan hidupnya.

TEORI PSIKOANALISIS
Pengenalan

(Sigmund Freud >> sumber Wikipedia)


Teori psikonalisis ini merupakan sebuah gerakan falsafah dan juga cabang
psikolagi yang diasaskan oleh Sigmund Freud (6 Mei 1856 - 23 September 1939). Beliau
merupakan seorang ahli neurologi Austria dan ahli psikologi dalam aliran psikoanalisis.
Sigmund

Freud

dilahirkan

di

Freiburg,

Moravia

(sekarang

dikenali

sebagai

Czechoslovakia) pada 6 Mei 1856. Sebahagian besar hidup beliau dihabiskan di Vienna.
Namun begitu, beliau menghembuskan nafas terakhir di London pada tahun 1939 pada
umur 83 tahun. Beliau mendapat pendidikan formal hingga ijazah perubatan dari
Universiti Vienna.
Pada awalnya, beliau menunjukkan minat yang mendalam dan melakukan
berbagai-bagai penyelidikan dalam bidang neurologi. Pengalaman dan minatnya yang
meluas dalam bidang itu mendorong beliau membuka klinik persendirian yang memberi
rawatan khusus bagi penyakit saraf sahaja.

10

Semangat dan sifat ingin tahu yang tinggi dalam bidang neurologi mendorong
beliau meninggalkan dunia akademik di universiti dan menjadi pengamal perubatan pada
tahun 1886. Pada tahun yang sama, beliau mendirikan rumah tangga denag Martha
Bernays. Keluarga bahagia ini dikurniakan empat orang anak. Salah seorang daripada
anak beliau adalah Anna, iaitu tokoh psikologi yang terkenal. Beliau menulis beberapa
buah buku penting yang masih dikaji sehingga sekarang. Antaranya adalah The
Interpretation of Dreams, The Psychopathology of Everyday Life, Beyond The Pleasure
Principle, The Ego and The Id dan Civilization and Its Discontents.
Psikoanalisis ditakrifkan rawatan yang dilakukan kepada seseorang yang
mengalami tekanan jiwa dengan bertanyakan pengalamannya yang lalu untuk
mencungkil masalah dan perasaannya yang tersembunyi yang menjadi punca penyakitnya
(Kamus Dewan Edisi ketiga DBP). Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed
pula menyatakan bahawa psikoanalisis itu sebagai satu kaedah merawati seseorang
individu yang meminta bantuan berkaitan dengan masalah emosinya manakala melalui
fahaman triadisi pula psikoanalisis lebih dianggap merawati individu yang mana masalah
personalitinya sungguh tertekan dan mendalam. Psikoanalisis juga dikenali sebagai Psiko
dinamik, psikoanalitik dan psiko terapi.

11

Ciri- ciri utama teori psikoanalisis adalah berdasarkan kepada manusia itu sendiri.
Freud percaya bahawa manusia lahir berdasarkan desakan atau dorongan kepada naluri
semulajadi manusia. Daripada pandangan itu timbul pendapat yang menyatakan bahawa
manusia ini tidak rasional (antirasionalisma). Maksudnya, manusia itu seringkali
didorong oleh keinginan daging sendiri yang kelaknya merosakkan dirinya dan sekaligus
mempengaruhi kepada nasib haluannya. Tingkah laku manusia itu biologikal atau
dipengaruhi oleh dorongan kepuasan diri sendiri. Oleh sebab itu, ciri- ciri sosialisma
harus ada, maksudnya manusia perlu belajar daripada pengalaman-pengalaman yang
pernah berlaku dalam masyarakat.

12

PERKEMBANGAN PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PSIKOANALISIS


Teori psikoanalisis berpendapat bahawa perkembangan personaliti manusia
dipengaruhi oleh tenaga psike. Tenaga psike ini
adalah pentig untuk mengetahui lebih lagi
mengenai konsep psikoanalisis itu sendiri. Ini
adalah meliputi kepada beberapa konsep iaitu
konsep penentuan psike dan konsep tahap
kesedaran.
Penetuan Psike
Penetuan psike ini menerangkan konsep yang
mana sebab-sebab tertentu itu mempengaruhi
tingkah laku dan reaksi emosi manusia. Ini
adalah berkait rapat dengan tahap sedar dan tahap tidak sedar, pemikiran yang rasional
dengan tindakan atau kehendak emosi yang sertamerta. Ini secara keseluruhannya
merangkumi kepada hubungan antara sesama insan.
Tenaga psike( tenaga kejiwaan) ini adalah lebih kepada konsep LIBIDO,iaitu
dorongan atau desakan yang terarah kepada seksual sebagai tenaga kehidupan.
Walaubagaimanapu ini tidak tertumpu kepada maksud seksual yang sempit tertapi
termasuk kepada kehendak nafsu untuk memenuhi kepuasan sendiri. Selain itu dorongan
dan desakan lain dalam tenaga psike kehendak mati.

13

Daripada dorongan- dorongan atau desakan-desakan itu, semuanya merupakan


keinginan naluri yang sebenarnya sudah wujud secara semulajadi sejak seseorang itu
dilahirkan. Oleh itu, setiap individu akan mengalami kesukaran untuk mengaturnya yang
sekaligus akan

mencorakkan haluan hidupnya. Contohnya konflik yang kecil

berpanjangan walaupun itu adalah bermula daripada masalah yang kecil.


Tahap Kesedaran
Teori psikoanalisis berpendapat bahawa tahap kesedaran adalah sama penting
dengan konsep pentuan pskie dalam perkembangan personaliti seseorang. Ada tiga tahap
kesedaran yang dikemukakan dalam teori
psikoanalisis. Tahap-tahap itu ialah tahap
sedar, tahap prasedar dan tahap bawah sedar.
Peringkat sedar ini adalah peringkat
yang disedari oleh seseorang. Ini adalah
merangkumi kepada tingkah laku, tindakan,
perasaan, pemikiran dan ingatan. Contoh
perbuatan

atau

pemikiran

sedar

ialah

minum, berjalan, berasa gembira atau sepi.


Peringkat prasedar pula, sesorang akan mengalami sedikit kesukaran untuk
menyedari sesuatu yang berlaku. Walaubagaimanapun, jika tumpuan atau dilakukan
secara bersungguh-sungguh ianya mampu diingat semula. Keseluruhannya peringkat ini
lebih kepada pemikiran yang berkaitan dengan perasaan. Contohnya penilaian manusia
terhadap tahap kesejukan atau kepanasan. Manusi mampu berfikir sejauh mana tahap
kesejukan dan kepanasan berdasarkan pengalaman.

14

Tahap bawah sedar berdasarkan teori psikoanalisis ialah tahap yang paling
penting. Ini kerana ianya sangat mempengaruhi kepada pembentukan tingkah laku
sesorang. Pada tahap ini semua naluri dan keinginan manusia membentuk
keperibadiannya. Akhirnya seseorang itu akan menunjukkan tingkahlaku yang suka
diterima oleh oleh orang ramai. Oleh sebab itu, peralihan tahap dari bawah sedar ke sedar
adalah sangat sukar. Ianya perlu merujuk atau memerlukan pembimbing yang lebih arif
dan bertauliah contohnya counselor . Umumnya teori psikoanalisis berpendapat bahawa
perasaan pemikiran bawah sedar ini melalui suatu proses yang mana situasi yang
dihadapi disekat oleh kenyataan. Maksudnya individu itu biasanya beranggapan bahawa
dia tidak dapat menerima kenyataan dan persepsi masyarakat juga tidak dapat menerima
kenyataan itu. Contohnya khayalan sesorang atau mimpinya.

15

PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT TEORI PSIKOANALISIS


Personaliti secara ringkasnya adalah keperibadian
atau perwatakan sesorang (Kamus Dewan Edisi ketiga
DBP).

Berdasarkan

teori

psikoanalisis,

umumnya

personaliti manusia ini adalah dipengaruhi oleh kesan


kesedaran dalam diri seseorang. Psikoanalisis telah
membahagikan pesonaliti manusia kepada tiga struktur
iaitu id, ego dan super ego.
Model struktur personaliti

Frued>http://www.wilderdom.com/personality/L83TopographyMindIceberg.html.

16

Id (Prinsip Kenikmatan - Pleasure Principle)


Id adalah bahagian minda berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar.
(Kamus Dewan Edisi ketiga DBP). Teori psikoanalisis pula menyatakan bahawa semua
perbuatan atau gejala manusia yang neutral dalam pemikiran manusia itu adalah id.
Keadaan id atau ciri-ciri id seseorang itu sudah wujud sejak ianya dilahirkan. Maksunya
id itu diturunkan, semulajadi dalam diri, elemen yang diwarisi, dan memang suda ada
sedia dalam diri manusia itu. Id keseluruhannya merupakan perbuatan atau tingkah laku
bawah sedar iaitu menjadi sumber kepada LIBIDO (Naluri Kehidupan- life instinct) dan
THANATOS( Naluri Kematian- death instinct), lebih primitif , tidak tersusun, tidak
rasional, dan lebih kepada oreintasi kehendak nafsu. Objektif atau tujuan keseluruhannya
adalah lebih kepada kepuasan.
Ego (Prinsip Realiti - prinsip reality)
Ego adalah persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya
mempengaruhi kepada keyakinan dirinya (Kamus Dewan Edisi ketiga DBP). Ego
secara keseluruhannya terbentuk melalui pengalaman. Ini berbeza daripada id herana ego
tidak wujud sewaktu kelahiran. Ego berkembang secara berperingkat. Ego penuh dengan
pelbagai persepsi, inginkan kemajuan, dan boleh beradabtasi dengan fungsi ego itu
mengikut keadaan. Ego berkembang dengan hubungan atau perantaraan secara sosial
dengan orang lain atau alam sekeliling. Keseluruhannya ego mempengaruhi personaliti
seseorang dan perkembangan ego haruslah melalui proses pendidikan.

17

Fungsi ego yang yang boleh didapati adalah ego dapat bertindak terhadap keadaan
yang mendatangkan kecemasan.keadaan yang digunakan konsep ego dalam keadaan
kecemasan ini adalah melalui pengalaman. Maksudnya penyelesaian masalah lebih
berasaskan kepada pengalaman dan keadah menetang, menolak dan tipu helah yakni
pemesongan keadaan yang sebenar kepada tidak sebaliknya. Proses ini adalah dikenali
sebagai makenisma bela diri ego.
Super Ego (Prinsip Moral - Moral Principle)
Super ego adalah bahagian fikiran bawah sedar yang sentiasa menyedarkan kita
tentang kebaikan dan keburkan sesuatu, dan yang menbuatkan kita berasa bersalah
sekiranya kita melakukan kesalahan (Kamus Dewan Edisi ketiga DBP).
Umumnya super ego adalah suatu struktur yang ketiga dalam pemikiran
tingkahlaku psikoanalisis. Ia lebih terarah kepada hati naluri seseorang atau kesedaran
suara hati seseorang. Super ego ini penting untuk penentuan kepada tingkahlaku moral
yang baik. Perkaitan super ego berdasarka moral dipelajari melalui asuhan ibubapa,
dipelajari daripada masyarakat, dan seterusnya kepada penerapan moral itu sehinnga
sebati dalam diri.
Keseluruhannya super ego ini adalah penetuan kepada ego dan id. Super ego ini
mengenal ego dan id. Pendek kata super ego ini bertindak sebagai makenisma pengingat
yang tertumpu kepada kebaikan seseorang.

18

PERKEMBANGAN PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PSIKOANALISIS


Secara keseluruhannya perkembangan ini terbahagi kepada lima peringkat.
Peringkat - peringkat itu ialah;a.) Peringkat Oral
b.) Peringkat Anal
c.) Peringkat Falik
d.) Peringkat Latensi
e.) Peringkat Genitial
Peringkat Oral
Peringkat ini adalah tertumpu kepada bayi
yang

berumur

antara

hingga

18

bulan.

Keseronokan dan kepuasan bayi itu boleh dicapai


melalui mulut. Ini kerana mulut adalah zon erotik
yang aktif bagi bayi. Ini dibuktikan bahawa bahawa
hampir semua objek dibawa ke mulut oleh bayi.
Selain itu bayi lebih menghabiskan masanya
bermain

dengan

mulut

contohnya

ibunya

menyusunya atau menyusu jarinya sendiri.

19

Peringkat Anal
Peringkat anal ini berlaku pada lingkungan umur 2 hingga 4 tahun. Pada peringkat
ini sudah mampu menguasai fungsi biologi iaitu membuang najis. Pada peringkat ini
lebih kepada rangsangan melalui dubur. Kanak kanak dilatih bagaimana kaedah atau cara
yang lebih sesuai untuk membuang najis. Teori psikoanalisis berpendapat bahawa
kepuasan dapat dicapai sekiranya kanak-kanak mampu membuang najis berdasarkan
kehendaknya sendiri. Keseluruhannya psikoanalisis menerangkan bahawa semua latihan
tunjuk ajar yang dilalui oleh kanak-kanak akan membentuk sahsiahnya.
Peringkat Falik
Peringkat ini berlaku pada lingkungan umur 4 hingga 6 tahun. Teori psikoanalisis
berpendapat bahawa pada masa ini kanak-kanak lebih kepada organ jantinanya. Ini dapat
dibuktikan dengan kanak-kanak pada peringkat umur ini sering memegang organ
jantinanya. Pada peringkat ini juga berlaku perkembangan kepada Oedipus kompleks dan
Elektra kompleks. Oedipus kompleks ini berlaku kepada kanak-kanak lelaki yang lebih
cenderung dengan ibunya manakala Elektra kompleks pula berlaku kepada kanak-kank
perempuan yang lebih cenderung dengan bapanya.
Peringkat Latensi
Peringkat ini berlaku pada lingkungan umur 6 hingga 12 tahun. Teori
psikoanalisis berpendapat bahawa pada masa ini pemikiran seksual mula berkembang.
Maksudnya kanak-kanak mula mengalihkan perasaan kasih sayangnya kepada orang lain
selain daripada ibubapanya. Ini dapat dilihat bahawa kanak-kanak pada umur begini
sudah mula bergaul dengan kanak-kanak yang berlainan jantina dengannya.

20

Peringkat Genitial
Peringkat ini berlaku pada lingkungan umur 12 tahun keatas. Kebiasaannya
kanak-kanak sudah mencapai baligh pada masa ini. Teori psikoanalisis menerangkan
lebih banyak tentang oreintasi seksual untuk peringkat genitial ini. Maksudnya remaja
mula tertarik dan menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina.
Perkembangan ini membentuk kematangan dan pemikiran kepada haluan masa depan
iaitu alam perkahwinan.

APLIKASI TEORI PSIKOANALISIS DALAM BILIK DARJAH


Teori psikoanalisis ini sangat mempengaruhi keadaan bilik darjah secara tidak
langsung. Daripada keseluruhan perbincangan mengenai teori psikoanalisis peringkat
umur yang lebih diketengahkan adalah umur dalam lingkungan persekolahan. Oleh itu
para pendidik harus memahami teori psikoanalisis untuk mengatahui perwatakan anak
murid.
Beberapa cadangan yang harus dipertimbangkan oleh setiap pendidik berdasarkan
hujah dan teori psikoanalisis ini. Anataranya para pendidik harus mengubah suai keadaan
pengajaran dan pembelajaran supaya ianya dapat mengambil kira sikap, persepsi, dan
tingkah laku pelajar secara keseluruhannya. Maksudnya pengajaran dan pembelajaran
hendaklah mampu mengimbangi sikap,persepsi dan tingkah laku pelajar.

21

Selain itu, para pendidik harus peka kepada keadaan pelajar-pelajar yang
bermasalah. Ini kerana pelajar-pelajar yang bermasalah ini selalunya mengalami
kecaleruan dalam memotivasikan diri mereka sendiri. Oleh itu, para pendidik hendaklah
mendekati pelajar-pelajar ini secara diplomasi dan berikan mereka motivasi yang
sepatutnya mereka terima.
Keupayaan atau kemampuan seseorang pelajar itu dipengaruhi umur. Semakin
meningkat umurnya maka pengetahuannya juga bertambah. Oleh itu, para pendidik harus
peka dan tahu akan potensi atau setakat mana keupayaan pelajarnya. Ini adalah penting
untuk mentukan tugasan atau latihan yang sesuai yang sesuai kepada mereka. Jika
tugasan dan latihan yang diberikan oleh para pendidik itu sesuai untuk mereka, kepuasan
boleh dicapai dalam diri mereka.
Selain itu, pelajar-pelajar pada umumnya belajar daripada nilai yang mereka
pelajari. Penerapan nilai yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran ini adalah amat
penting. Ini kerana penerapan nilai agama dan moral yang baik ini yang mepengaruhi
keseluruhan sahsiah dan perwatakan pelajar seterusnya. Keseluruhannya teori
psikoanalisis ini banyak mempengaruhi keadaan manusia baik dalam pengajaran dan
pembelajaran mahupun dalam kehidupan seharian.

22

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI


Terdapat dua faktor utama yang akan mempengaruhi personaliti seseorang itu.Dua
faktor yang utama tersebut adalah factor baka/genetik dan factor persekitaran. Setiap
faktor tersebut sedikit sebanyak akan mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang
individu tersebut.

1.

0 FAKTOR BAKA/GENETIK

Faktor genetik merujuk kepada faktor baka. Secara umumnya baka ibu bapa akan
mempengaruhi personaliti anak-anak mereka terutamanya dari segi bentuk badan,
keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya.
a.Menurut Sheldon (1985), ciri personaliti seseorang adalah berkaitann rapat
dengan bentuk tubuh badannya. Beliau telah menggolongkan bentuk badan
manusia kepada tiga kategori, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf, yang
berkaitan dengan ciri-ciri personaliti. Jadual dibawah menerangkan serba
ringkas berkenaan dengan perkaitan antara bentuk tubuh badan manusia
dengan ciri-ciri personaliti yang berkenaan.

23

Jenis bentuk badan


Endomorf

Rupa bentuk badan


Bulat dan lembut

Ciri-ciri personaliti
Trait Viscerotinia:
Suka bergaul, cepat mesra,

Mesomorf

Ektomorf

Otot-otot kuat,

berlega, mengandur.
Trait Somatotonia:

berkemahiran psikomotor

Tegas, agresif, suka riadah,

Kurus dan tinggi

sedia menghadapi cabaran.


Trait Cerebrotonia:
Tidak suka bergaul,
introvert, tidak suka aktiviti
fizikal.

b.

Selain daripada bentuk badan, keadaan fizikal, khasnya penyakit


seperti lelah(asma), kencing manis dan sebagainya, yang kebanyakkannya
disebabkan oleh faktor genetik, pula mempengaruhi perkembangan personaliti
seseorang. Seseorang kanak-kanak yang kerapkali jatuh sakit dan tidak dapat
menyertai segala aktiviti sosial dan lambat laun akan membantutkan
perkembangan sosialnya. Hal ini akan mempengaruhi perkembangan
personalitinya. Kebiasaannya individu ini mempunyai personaliti introvert dan
bersifat pendiam serta pemalu.

c.

Sebagaimana yang diketahui umum, kecerdasan seseorang


adalah berkait rapat dengan baka ibu bapa. Oleh sebab itu, baka memainkan
peranan yang penting dalam pembentukan dan perkembangan personaliti

24

seseorang. Misalnya, individu yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi


biasanya menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara,
berpewatakan bijaksana dan bersifat berani. Disamping itu, kadangkala pelajar
yang terlalu cerdas juga mengalami masalah penyesuaian sosial. Ini adalah
kerana kanak-kanak seperti itu mungkin berasa bongkak dan dengan itu boleh
menjadikannya tidak popular.

d.

Disamping itu emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi


personaliti seseorang. Seseorang individu yang mewarisi emosi yang tidak
stabil akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah. Manakala
seseorang individu yang mempunyai emosi yang lebih stabil serta dapat
mengawal perasaan kekecewaan merupakan seorang individu yang lebih
popular serta suka dihampiri oleh kanak-kanak yang lain.

2.0 FAKTOR PERSEKITARAN


Persekitaran memang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi personaliti
seseorang individu. Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan

25

perkembangan personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan


sebaya, masyarakat dan pengalamannya.

A.

KELUARGA

Sesungguhnya pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang bermula


dalam keluarga. Bermula dengan keadaan ataupun suasana didalam rumah
tersebut.

Suasana

yang

mesra

dan

harmonis

boleh

menggalakkan

perkembangan personaliti yang sihat. Perhubungan ibu bapa yang baik akan
menjamin suasana rumah yang tenteram yang amat diperlukan untuk
perkembangan personaliti seseorang individu tersebut.
Selain

daripada

itu,

pemakanan

juga

mempengaruhi

didalam

perkembangan personaliti seseorang itu. Makanan yang seimbang yang


disediakan adalah penting perkembangan secara menyeluruh bermula dari
peringkat kanak-kanak lagi. Tanpa makanan yang seimbang, mungkin akan
membantutkan perkembangan seseorang individu tersebut dan akan
mengangu didalam perkembangan personaliti seseorang itu.

Disamping itu, taraf sosioekonomi keluarga juga memainkan peranan


didalam pembentukan dan perkembangan personaliti. Kedudukan kewangan
sesebuah keluarga akan menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh
disediakan untuk anak-anaknya. Dengan adanya segala kemudahan yang

26

disediakan ini akan dapat memberikan pendedahan yang luas terutamanya


kepada kanak-kanak. Seseorang individu yang memperoleh pencapaian
akademik yang baik serta boleh bermain pelbagai permainan dan alat muzik
memang mempunyai aras keyakinan yang tinggi berbanding dengan individu
yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah.

B.

KEBUDAYAAN

Kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yeng berbeza.
Penekanan terhadap satu-satu nilai didalam sesebuah kebudayaan tertentu akan
mempengaruhi

perkembangan

personaliti

kanak-kanak

juga.

Didalam

kebanyakan kebudayaan, banyak ditekankan mengenai nilai-nilai murni


sepertihormat-menghormati, bertoleransi, tolong-menolong dan banyak lagi
nilai-nilai murni yang ditekankan. Individu yang dibesarkan dengan kebudayaan
seperti ini tentu akan menjadi seorang yang penuh kesopanan dan akan
menonjolkan personaliti yang seimbang.

C.

PENGARUH SEKOLAH

Sebahagian masa yang ada dihabiskan disekolah bagi pelajar-pelajar. Oleh


sebab itu pengaruh sekolah adalah kedua penting berbanding pengaruh keluarga.
Jenis kepimpinan dan suasana di sekolah amat mempengaruhi perkembangan

27

personaliti kanak-kanak. Hal ini adalah bergantung kepada corak pentdbiran


yang dibawa oleh guru besar ataupun pengetua. Jika corak pentadbiran menitik
beratkan soal disiplin, maka akan membentuk personaliti pelajarnya menjadi
seorang yang berdisiplin dan mematuhi arahan. Jika sebaliknya, jika
pengetuanya kurang tegas dalam segala hal maka pelajar akan menjadi lebih
pasif,menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif dan takut
mendatangkan perubahan. Selain itu guru berperanan didalam membentuk
perkembangan personaliti pelajarnya. Jika sikap yang ditonjolkan oleh guru
adalah sikap yang positif, maka pelajar akan terikut-ikut dengan sikap positif
yang ditonjolkan oleh guru tersebut dan begitu jugalah sebaliknya.

D.

RAKAN SEBAYA

Rakan sebaya juga adalah merupakan salah satu faktor yang terpenting
didalam mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang. Ini kerana setiap
rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya juga adalah orang

28

kedua terpenting selepas keluarga bagi remaja. Oleh sebab itulah kebanyakkan
tindak tanduknya dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Samaada nilai ataupun
sikap yang dibawa itu adalah ynag positif ataupun yang negatif.

E.

MEDIA MASSA
Pada zaman yang moden membangun ini, media massa adalah merupakan

medium perhubungan yang terpenting didalam kehidupan seharian. Maka tidak


hairan jika media massa juga memainkan peranan yang penting didalam
membentuk perkembangan personaliti seseorang. Oleh sebab itu, pendedahan
kepada media massa yang sihat adalah penting untuk menjamin perkembangan
personaliti yang sihat. Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan
video atau filem yang berunsurkan keganasan, kezaliman dan sebagainya, maka
mereka akan bertendensi untuk berkelakuan yang lebih agresif. Sebaliknya jika
kanak-kank lebih didedahkan dengan tayangan yang bercorak ilmiah seperti
taman sesame dan sebagainya, akan dapat membantu perkembangan intelek
seseorang pelajar.

F.PENGALAMAN AWAL
Pengalaman awal kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan
personliti sesorang individu. Sebagai contoh, kanak-kanak yang selalu dihukum
kerana melakukan kesilapan seperti membuang air kecil di katil, membuat kotor

29

dan sebagainya menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa berasa bimbang


dan bersalah.
Kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan kepada pengalaman
prasekolah akan berasa rendah diri serta terancam apabila didapati dia tidak tahu
membaca abjad atau menulis angka-angka yang senang ketika berada di Tahun
satu. situasi ini akan memberi impak kepada harga diri serta konsep kendiri
positif seseorang kanak-kanak.

G.

MASYARAKAT
Aspirasi, harapan dan nilai sesuatu masyarakat boleh mempengaruhi

pembentukan personaliti seseorang individu. Sebagai contoh masyarakat


kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda.dengan
itu,kanak-kanak membesar menjadi individu yang sentiasa mengejar kekayaan
harta benda. Nilai murni-murni mungkin akan ketinggalan. Ini akan melahirkan
masyarakat yang sanggup menipu, merompak, membunuh dan mengamalkan
rasuah demi mencapai tujuannya. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas
bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan personaliti yag tidak diiingini.

Sebaliknya, jika nilai-nilai dan norma-norma masyrakat adalah sihat,


individu-individu yang membesar dalam situasi itu, akan menjadi anggota
masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia untuk
berkorban kerana hendak menolong orang lain.

30

PENGARUH PERSONALITI TERHADAP PEMBELAJARAN


Gaya pembelajaran ialah cara seseorang individu itu belajar dengan tujuan
memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif. Oleh itu, setiap pelajar
mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar. Terdapat pelajar yang suka belajar secara
berkumpulan dan ada juga yang yang gemar belajar secara bersendirian.

31

Daripada perbezaan ini, dapat disimpulkan bahawa personaliti seseorang pelajar


itu mempengaruhi gaya pembelajarannya. Menurut Dunn dan Dunn (1981), gaya
pembelajaran merujuk kepada cara bagaimana elemen-elemen dari lima rangsangan asas
mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memahami dan berinteraksi serta bertindak
balas kepada persekitaran pembelajaran.
Elemen-elemen tersebut ialah rangsangan persekitaran, rangsangan emosi,
rangsangan sosiologi, rangsangan fisiologi dan rangsangan psikologi.
Bermula daripada awal zaman kanak-kanak lagi, seorang murid mula membentuk
gaya pembelajaran ini. Selepas itu, dia akan terus menggunakan gaya pembelajaran
tersebut di dalam pelajarannya. Menurut Duna dan Duna (1981), elemen-elemen yang
mempengaruhi gaya pembelajaran para pelajar adalah seperti berikut:
1)
2)
3)
4)
5)

Aspek persekitaran
Aspek emosi
Aspek sosiologi
Aspek fisiologi
Aspek psikologi

Aspek persekitaran
Aspek persekitaran merupakan aspek yang penting dalam mempengaruhi gaya
pembelajaran seseorang. Oleh itu, bunyi merupakan salah satu aspek tersebut. Kajian
menunjukkan terdapat sebahagian pelajar yang belajar dengan berkesan apabila

32

mendengar muzik. Manakala ada pula pelajar yang hanya boleh belajar dengan berkesan
tanpa mendengar muzik.
Perbezaan ini bergantung lepada individu tersebut.Cahaya juga salah satu aspek
persekitaran. Pada peringkat awal, kanak-kanak memerlukan cahaya yang sikit sahaja
untuk relajar. Tetapi apabila mereka membesar, mereka memerlukan cahaya yang lebih
untuk belajar. Aspek yang lain adalah suhu. Kesan suhu terhadap keberkesanan
pembelajaran adalah berbeza. Namun begitu, bilik yang berhawa dingin adalah lebih
selesa dan mendorong pembelajaran
Aspek Emosi
Emosi merupakan aspek yang mempengaruhi secara mendalam dalam gaya
pembelajaran seseorang murid itu. Aspek perlu dipandang tinggi pengaruhnya kerana
akan membawa kesan yang mendalam kapada pelajar. Apabila seseorang murid itu
mempunyai motivasi yang tinggi, maka dia akan menunjukkan pembelajaran yang lebih
berkesan. Motivasi diperlukan untuk menaikkan semangat dan keazaman dalam sesuatu
pembelajaran.

Terdapat sebahagian pelajar yang akan menyempurnakan tugasan dengan


sekaligus apabila mereka mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi. Tetapi
terdapat juga pelajar yang memerlukan rehat dan hentian sejenak sebelum tugasan itu
diselesaikan. Sifat bertanggungjawab perlu ada dalam setiap pelajar kerana dengan sifat

33

ini, mereka akan sentiasa menghasilkan kerja yang bermutu. Mereka juga akan melalui
pembelajaran yang lebih berkesan apabila sifat ini sentiasa dipraktikkan.
Di dalam aspek emosi ini, faktor struktur akan menentukan kebolehan seseorang
pelajar itu. Terdapat pelajar yang suka membuat tugasan apabila menerima atau mengikut
arahan daripada gurunya. Bagi pelajar yang lebih kreatif, mereka lebih gemar
menyempurnakan tugasan atas iniasitif mereka sendiri.
Aspek Sosiologi
Didalam aspek sosiologi ini, kita dapat melihat kecenderungan pelajar itu
bersosiologi dengan erti kata yang lain, terdapat pelajar yang sukakan pelajar secara
bersendirian manakala terdapat pelajar yang sukakan belajar secara berkumpulan. Maka
dari sini kita telah mendapati bahawa pelajar telah mengaplikasikan aspek sosiologi
dalam pembelajaran mereka secara tidak sengaja.
Aspek Fisiologi
Fisiologi bermaksud secara umum adalah *anggota fizikal*. Aspek ini penting
kerana melibatkan pergerakkan dan tubuh badan seseorang pelajar. Dalam aspek ini, gaya
pembelajaran seseorang pelajar berlainan antara satu dengan yang lain kerana mereka
mempunyai kekuatan persepsi yang berbeza seperti pelajar visual(pandang), pelajar
auditor dan pelajar kinesthetic-tactile. Melalui kekuatan inilah mereka dapat membentuk
gaya mereka sendiri dalam pembelajaran dan akan berkekalan selagi ianya tidak diubah.
Pelajar visual(pandang) ialah jenis pelajar yang belajar dengan melihat carta, graf
dan gambar rajah. Dengan cara pembelajaran begini, mereka akan lebih mendalami
sesuatu konsep tersebut dan mudah mengingatinya. Selain itu, pelajar dari kategori ini

34

gemar membaca kepada diri sendiri, menyelesaikan silang kata dan berupaya mencari
objek-objek dengan cepat.
Kategori pelajar auditor pula adalah pelajar yang gemar belajar dengan cara
membaca dan menyebut perkataan-perkataan .pelajar kategori ini akan melakukan
perkara demikian bertujuan sebagi kaedah untuk mereka mengingati sesuatu konsep
Ketegori yang seterusnya adalah

pelajar kinesthetic-tictile. Jenis pelajar

kinesthetic-tactile adalah pelajar yang gemar belajar dengan menyentuh dan merasa.
Mereka suka bergerak ke sana dan ke mari dan ingin memanipulasikan objek-objek yang
berada di sisi mereka supaya dapat memahaminya dengan lebih mendalam. Pergerakkanpergerakan yang dilakukan ini akan memudahkan seseorang pelajar itu memahami dan
mengingati sesuatu perkara itu dengan cepat.
Makanan dan minuman juga merupakan salah satu gaya pembelajaran bagi
sesetengah pelajar. Mengikut kajian yang dijalankan, terdapat murid yang belajar dengan
lebih baik apabila mereka dibenarkan makan dan minum.Sebaliknya apabila mereka tidak
dibenarkan untuk makan atau minum, mereka gagal untuk menyiapkan sesuatu tugasan
dalam masa yang tertentu. Kebanyakan pelajar jenis ini adalah terdiri daripada kelompok
pelajar perempuan.

Waktu juga merupakan peranan yang penting dalam mempengaruhi pembelajaran


seseorang pelajar itu. Secara amnya, murid-murid adalah segar dan lebih aktif di sebelah
pagi dan kurang aktif di sebelah petang. Pengalaman mendapati bahawa semasa kita di
zaman persekolahan dahulu telah mengalami situasi sebegini dimana pada waktu setelah

35

rehat sahaja, kita akan berasa cepat mengantuk atau dengan erti kata lain tidak aktif. Oleh
itu, untuk menyeimbangkan jasmani dan emosi pelajar, pelajar akan belajar pagi waktu
pagi manakala bermain pada waktu petang.
Selain daripada perkara yang telah disebutkan diatas, terdapat juga sebahagian
pelajar yang belajar dengan lebih berkesan apabila dibenarkan bergerak bebas berbanding
belajar di satu tempat sahaja.Pelajar jenis ini secara amnya lebih kearah teknikal dan
amali. Jadi satu-satunya kaedah yang dapat digunakan untuk mengatasi kebosanan pelajar
ini adalah dengan menjadikan proses pembelajaran tidak hanya di kelas sahaja. Proses
pembelajaran boleh dilakukan di bengkel, taman,kawasan peranginan dan ditempattempat yang difikirkan sesuai.

Aspek Psikologi
Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran tersendiri dan kekuatan gaya
pembelajaran yang dimiliki digunakan dengan sebaik mungkin dalam mendapatkan ilmu

36

dan maklumat yang diberikan oleh guru. Secara saintifiknya kita ketahui bahawa otak
manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak sebelah kanan dan otak sebelah kiri.
Didalam pemprosesan data dan maklumat yang baru, para pelajar mungkin
merupakan pengguna otak kiri atau pengguna otak kanan. Otak kanan menjalankan
fungsi sebagai mengenal wajah, corak, lukisan, kreatif san sntesis. Bagi otak kiri pula,
ianya bekerja dengan memproses maklumat berkaitan dengan nombor, logik, bahasa
(membaca dan menulis) formal dan analisis.
Bagi pelajar yang menggunakan otak kanan lebih daripada otak kiri, mereka lebih
gemar belajar dalam senyap, suka cahaya yang lebih terang, suka tempat duduk tersusun
dan sebagainya. Dan bagi pelajar yang menggunakan otak kiri lebih daripada otak kanan,
mereka lebih gemar belajar dengan muzik, keadaan sederhana terang, tempat duduk yang
informal dan sebagainya. Bagi menjelaskan perbezaan pengguna otak kanan dan kiri,
jadual disediakan seperti dibawah :

PEMPROSES OTAK KIRI


1. Suka belajar di tempat senyap
2. Suka kepada cahaya yang lebih terang

PEMPROSES OTAK KANAN


1. Suka belajar dengan muzik
2. Suka pada keadaan yang sederhana

3. Suka pada tempat duduk yang tersusun

terang
3. Suka pada tempat duduk yang informal

37

4. Gigih ketika menyempurnakan tugasan

4. Memerlukan rehat sebelum dapat

5. Tidak suka makan atau minum ketika

menyempurnakan tugasan
5. Suka makan atau minum ketika membuat

membuat verja
6. Gemar menyempurnakan satu tugasan

kerja
6. Gemar menyempurnakan beberapa

pada satu masa


7. Lebih suka bekerja di hadapan pihak

tugasan dalam satu masa


7. Berusaha dengan lebih baik tanpa pihak

berkuasa
8. Gemarkan tugasan berstruktur (iaitu ada

berkuasa
8. Lebih suka tugasan yang tidak

arahan yang jelas)

berstruktur

Menurut Honey dan Murnford (1986) pula, terdapat empat gaya pembelajaran
yang utama bagi pelajar-pelajar untuk belajar dengan berkesan. Gaya yang pertama ialah
aktivis. Pelajar-pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini lebih gemar kepada sesuatu
yang baru. Mereka suka mencari pengalaman yang baru dan berfikiran terbuka. Mereka
juga mengambil tahu tentang perkara-perkara yang baru disekeliling mereka. Selain itu,
mereka lebih meminati dan suka terlibat dalam bidang perbincangan seperti debat.

Gaya yang kedua adalah gaya reflaktif. Gaya reflektif merupakan gaya pelajar
yang lebih menggemari mengumpul dan menganalisis data serta mengambil masa
membuat kesimpulan. Apabila berlaku sesuatu perkara, kesimpulan yang di buat akan
berdasarkan

pada pandangan dan pemerhatian sendiri dan juga mengambil kira

pemerhatian orang lain. Tidak terkecuali perkara yang sedang berlaku dan yang telah
berlaku.
Bagi gaya ketiga pula adalah gaya teoris, gaya teoris adalah gaya para pelajar
yang bersifat objektif. Rumusan yang mereka lakukan adalah berdasarkan teori iaitu

38

bukti, analisis data dan logik. Pelajar pelajar jenis gaya teoris ini tidak akan
mempercayai sesuatu konsep melainkan sehingga mereka menemui bukti yang bernas
mengenai konsep tersebut.
Gaya yang terakhir adalah gaya pragmatis . Gaya pragmatis ini merupakan gaya
pelajar yang lebih kepada praktikal. Ini bermaksud, mereka menggunakan idea, teori,
dan teknik untuk memastikan ianya berguna dalam situasi sebenar.Bagi pelajar-pelajar
daripada gaya pragmatis ini akan sentiasa menyifatkan bahawa jika sesuatu objek itu
berfungsi, maka ianya adalah dalam berkeadaan baik.

Cara guru melayani personaliti murid yang berbeza.


Faktor

sekolah

dan

persekolahan

telah

memberi

sumbangan

terhadap

pembentukan dan perkembangan personaliti murid-murid. Tenaga pendidik telah


diberikan tanggungjawab untuk membentuk personaliti pelajar-pelajar selain daripada ibu
bapa mereka. Setiap pelajar mempunyai skill atau gaya pembelajaran yang tersendiri.
Ada pelajar yang suka belajar didalam keadaan yang bebas bebergerak, ada yang suka
belajar pada satu tempat sahaja dan banyak lagi gaya pembelajaran pelajar-pelajar.
Namun begitu, guru handaklah mengenal pasti personaliti setiap pelajar serta mempunyai

39

strategi-strategi pengajaran yang sesuai agar pelajar-pelajar dapat menerima apa yang
diajarkan oleh guru.
Rita dan Kenneth Dunn ada menyebut bahawa, If children cannot learn the way
we teach them, then we must teach them the way how they learn. Penerangan daripada
petikan tersebut adalah kita perlu mengenal pasti cara seorang kanak-kanak itu belajar
dan daripada cara itulah kita gunakannya sebagai alat (method) untuk mengajar mereka.
Terdapat bebrapa cadangan atau tip-tip yang dikemukakan oleh pakar-pakar
psikologi bertujuan supaya para pendidik atau guru-guru dapat manggunakannya ketika
proses pembelajaran berlaku.
Yang pertama,gunakan teknik dapatan atau inkuiri bagi pelajar yang bersifat
berdikari. Teknik ini memerlukan guru sentiasa mengajukan beberapa persoalanpersoalan yang dapat menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar-pelajar terhadap sesuatu
perkara dan mereka akan menyelesaikan persoalan-persoalan tersebut dengan sendiri.

Tip yang kedua adalah dengan menggunakan teknik penerangan bagi pelajar yang
bersifat bergantung kepada orang lain. Sesetengah pelajar mempunyai daya pemikiran
yang agak lambat dan memerlukan orang lain untuk menerangkan sesuatu konsep. Maka,
guru perlulah mengaplikasikan tip ini apabila berdepan dengan situasi tersebut iaitu
dengan memberikan penerangan yang efektif kepada pelajar-pelajar tersebut.
Tip yang seterusnya adalah dengan memberikan lebih pujian kepada mereka yang
introvert. Bagi mereka yang mempunyai ciri introvert ini, dengan memberikan pujian
kepada mereka akan dapat mendorong mereka berasa lebih yakin dan berusaha dengan
lebih gigih pada masa akan datang.

40

Tip yang keempat adalah dengan mengadakan perbincangan berkumpulan dengan


kerap kepada pelajar yang bercirikanekstrovert.Bagi individu yang ekstrovert ini,
perbincangan merupakan suatu kaedah yang begitu disukai oleh mereka dan ini dapat
menimbulkan rasa minat untuk mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.
Tip yang kelima adalah melakukan eksperimen dengan kerap bagi pelajar-pelajar
yang tactile. Eksperimen dapat menjadikan pelajar yang bercirikan tactile ini mudah
memahami objektif yang disampaikan serta dapat memahami sesuatu konsep dengan
senang, mudah dan praktikal.
Tip yang seterusnya adalah dengan mengendalikan lawatan sambil belajar seperti
ke kilang, estet,hutan simpan, air terjun dan tempat-tempat yang relevan. Tujuan
mengendalikan lawatan ini adalah untuk menampung personaliti-personaliti pelajar yang
berbeza. Kita dapati bahawa bukan semua pelajar mempunyai personaliti yang sama
maka, dengan menggunakan kaedah ini, objektif akan tercapai dan semua pelajar dapat
menerima proses pembelajaran dengan seadanya.
Tip yang ketujuh adalah dengan mengadakan pengajaran yang susah atau
kompleks disebelah pagi dan pelajaran yang senang di sebelah petang. Kaedah ini secara
amnya telah pun digunapakai oleh sistem persekolahan di Malaysia pada masa kini
dimana matapelajaran yang susah seperti matematik tambahan, bahasa inggeris,dan
sebaginya telah diletakkan di sebelah pagi manakala matapelajaran yang senang seperti
bahasa malaysia diletakkan di sebelah petang. Selain daripada itu, subjek yang berbentuk
kemahiran seperti amali juga diletakkan di sebelah petang.
Tip yang terakhir adalah dengan mengadakan bengkel motivasi yang dikendalikan
dari masa ke semasa. Tujuan bengkel motivasi ini diadakan adalah untuk mencungkil

41

bakat dan prestasi pelajar-pelajar supaya mereka yang mempunyai personaliti yang
berbeza ini dapat dicungkil serta bagi pelajar-pelajar yang bermotivasi tinggi sentiasa
akan menunjukkan prestasi akademik yang baik.

Artikel dan Perbincangan

Khamis, 14 September 2006

Laman Utama

Redaksi

Siapa Kami?

Hubungi Kami

Nasional Dunia Ekonomi Sukan Citra Hip Agama Komputer Dimensi Rencana Surat
Diagnosis Skuad Pendidikan Sastera Destinasi Auto Lanskap Dekor Edisi Utara Edisi Timur
Edisi Sentral Edisi Johor Edisi Sabah&Sarawak Bintang Popular Ikon EpG Gawang Joran
RSS Feed Insertion Order

42

Versi Digital

Mak Su tak jemu ajar orang


dewasa mengaji
Oleh Nazura Ngah

Waktu solat bagi kawasan


Kuala Lumpur...
SUBUH
5:48
ZUHUR
13:11
ASAR
16:10
MAGHRIB
19:14
ISYAK
20:23
Waktu solat kawasan lain...

Berita Harian dan Harian


Metro - Versi PDA
Berita Harian - Versi Digital
NSTP Classifieds - tempah
iklan di akhbar
Arkib Berita semenjak 1991

Maklumat Penuh...
Gawang
Bajet2006
Sumber Terbuka
Galeri Video
Galeri Seminggu
Anugerah Bintang Popular

Hantar pada
kawan!
Format Pencetak

Artikel di
Perspektif :
USIA emas 64 tahun tidak menghalang bekas
Demi
johan tilawah peringkat antarabangsa sebanyak
Negara
lima kali berbakti kepada masyarakat dengan

Misteri:
mencurahkan pengetahuan dan pengalaman
Tasik
mengajar mengaji di kelas orang dewasa.

Saban hari, rutin harian Datuk Rogayah Sulong


atau lebih mesra dengan panggilan Mak Su
adalah sama antara jam 9 pagi hingga 12
tengah hari.
Bezanya cuma lokasi, sama ada di Masjid Kuala
Berang, Hulu Terengganu pada setiap Ahad,
Masjid Jerangau (Isnin), Masjid Padang Midin
(Rabu), surau Tepoh, Kuala Terengganu
(Khamis) atau di rumahnya sendiri di Kampung
Durian Guling pada setiap Jumaat dan malam
Selasa.
Bukan kerana pantang larang menyebabkan
Rogayah tidak mengajar pada sebelah petang,
cuma keadaan kesihatan tidak mengizinkannya
untuk berbuat demikian.

"Kudrat Mak Su tidak lagi seperti dulu, petang


adalah masa untuk rehat atau menghadiri majlis
keagamaan dianjurkan pelbagai pihak sama ada
badan kerajaan atau bukan kerajaan," katanya
yang menghidap penyakit kencing manis sejak
lapan tahun lalu malah beliau pernah diserang
angin ahmar beberapa tahun lalu.

Anak murid Rogayah kebanyakannya suri


rumah berusia antara 20 hingga 50 tahun. Tidak
ramai anak muridnya di kalangan lelaki, cuma
dua sahaja yang berminat mengikuti kelasnya di
Masjid Kuala Berang.

Perhimpunan Agung UMNO


Senarai Kabinet 2006
Terima Kasih Dr Mahathir

?? Anda Tanya Doktor Jawab:


Tidak boleh mengandung
selepas buang rahim
?? Anda tanya doktor jawab:
Ketulan mungkin kelenjar
?? Anda tanya doktor jawab:
Wanita tidak pernah hamil
hadapi risiko barah rahim

Malah daripada hampir 50 anak muridnya yang


datang belajar di rumahnya setiap Jumaat dan
malam Selasa, lelaki hanya 18 orang.
"Mak Su pun tak pasti apa masalah mereka,
mungkin mereka (lelaki) lebih suka berguru

Laoye
Miao
telan
kapal,
askar
Jejak:
Perogol
bersiri
paling
kejam
Spesies
ikan pari
di
perairan
Asia
Berakhir
riwayat
The
Crocodile
Hunter
Pari
pembunu
h
Memburu
ikan
berparuh
Pelajar
kita kejar
ilmu
kejuruter
aan di
Hoboken
Peranti
pintar
MyKad
Terumbu
karang
jadi
tumpuan
spesies
berparuh
Kaki
pancing
berhabis
duit
untuk

43

Emel Doktor:
tanyadoktor@bharian.com.my

dengan guru lelaki berbanding wanita. Mak Su


tidak pernah menolak kalau ada yang mahu
belajar daripada Mak Su," katanya yang tidak
mempunyai anak murid di kalangan kanakkanak kerana tugas itu diserahkan kepada anak
muridnya yang datang belajar tajwid dan ilmu
taranum (mengaji berlagu).
Tidak sukar mendekati Rogayah, bagi mereka
yang pertama kali bersua, pasti ada yang
beranggapan Rogayah seorang yang tegas dan
serius. Hakikatnya Rogayah begitu cepat mesra
sebaik disapa.
Bukan ganjaran atau pengiktirafan yang dicari,
sebaliknya semangat yang ada pada Rogayah
adalah semata-mata mahu melihat generasi
baru dapat membaca al-Quran mengikut hukum
tajwid serta menguasai ilmu taranum.
"Mak Su tidak mengharapkan pengiktirafan yang
tinggi, cukup dengan apa yang diberikan
kerajaan negeri ketika ini.

jinak
marlin
Misteri:
Santau
guna jin
Misteri:
Amalan
Animisme
Susah,
senang
urus
jenazah
di kota
metropoli
tan
Misteri:
Marikh
dunia
baru
manusia
Laporan
dari
London:
Islamofob
ia
semakin
menjadijadi

"Mak Su amat berterima kasih kepada kerajaan


negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk
Seri Idris Jusoh yang prihatin terhadap
kebajikan golongan yang memberi sumbangan
dalam bidang keagamaan.
"Cuma Mak Su mengharapkan kerajaan negeri
membangunkan pusat bimbingan membantu
qari dan qariah yang terpilih mewakili negeri
menggilap bakat mereka dengan bergurukan
bekas johan tilawah," katanya.

IKLANMAYA

Ini katanya, kerana qari dan qariah memerlukan


latihan intensif sekurang-kurangnya empat
bulan bagi memantapkan mutu bacaan dari
semua aspek terutama tajwid dan taranum.
Khidmat bekas johan qariah tilawah al-Quran
peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta
Tokoh Maal Hijrah 2005 peringkat Terengganu
itu masih diperlukan dalam membimbing ke arah
generasi celik al-Quran.
Malah, Rogayah menganggap pengurniaan
darjah kebesaran Dato' Paduka Mahkota
Terengganu yang membawa gelaran Datuk
daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan
Zainal Abidin sempena ulang tahun keputeraan
baginda ke-42, Julai 2004, menyuntik

44

semangatnya untuk terus menabur bakti kepada


masyarakat.
Cintanya terhadap al-Quran timbul seawal usia
10 tahun sekali gus membolehkannya
memenangi pertandingan pertama disertainya.
Kegigihan dan bakat yang ada pada Rogayah,
tidak menyukarkan ibu saudaranya, Chik Ali,
membantu membimbing, mengasah dan
menggilap bakatnya.
Kejayaannya di peringkat kebangsaan bermula
ketika berusia 19 tahun apabila dinobatkan
sebagai johan qariah pada 1961 mengalahkan
peserta yang lebih tua dan berpengalaman.
Lebih manis lagi kejayaan pertama itu dikongsi
bersama suami tercintanya, Allahyarham Megat
Osman Megat Chik yang tidak putus
memberikan dorongan dan kata-kata
perangsang membakar semangatnya untuk
memperdengarkan bacaan ayat suci dengan
lebih baik.
"Sewaktu nama dipanggil ke pentas untuk
memperdengarkan bacaan, Mak Su rasa
gementar. Bagaimanapun, keyakinan diri serta
dorongan suami membuatkan perasaan itu
hilang," katanya.
Datuk dan ibu adalah orang yang
bertanggungjawab mengajar Rogayah mengaji,
manakala teknik berlagu dalam bacaan alQuran dipupuk oleh ibu saudara.
Selain itu, Allahyarham Megat Osman yang turut
mengajar Rogayah mengaji memberikan
cadangan kepada isterinya menyertai
musabaqah peringkat negeri.
Hasil usaha gigih, Rogayah berjaya mencipta
rekod terbaik iaitu muncul johan qariah
peringkat kebangsaan dan antarabangsa dua
tahun berturut-turut pada 1973 dan 1974.
Kali terakhir Rogayah menyertai tilawah pada
1978 dan sekali lagi beliau muncul juara
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sejak
itu Rogayah terus menabur bakti kepada
masyarakat dengan mengajar mengaji kepada
mereka yang berminat untuk mendalaminya
terutama membabitkan ilmu taranum.

45

"Selagi Allah memberi kekuatan dan kesihatan


yang baik, insya-Allah Mak Su akan terus
mengajar anak murid menguasai bacaan alQuran dengan tajwid yang betul," katanya.
Pertemuan singkat di Masjid Padang Midin,
Kuala Terengganu, baru-baru ini digunakan
sepenuhnya kerana kesibukan Rogayah
membatasi waktunya untuk ditemu bual.
"Mak Su bersemangat memberikan yang terbaik
kerana mahu melihat Terengganu tidak
ketandusan qari dan qariah yang mampu
mengharumkan nama negeri dan negara,"
katanya.
PROFIL:
NAMA: Datuk Rogayah Sulong.
UMUR: 64 tahun
TEMPAT LAHIR: Kampung Banggol Tuan
Muda, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu.
SUAMI: Megat Osman Megat Chik. (Meninggal
dunia pada 1999)
KEJAYAAN:
Juara Qariah peringkat Negeri dan
Kebangsaan pada 1961, 1963, 1966, 1973,
1974, 1978 dan 1979.
Juara Qariah Peringkat Antarabangsa 1966,
1973, 1974, 1978 dan 1979.

Iklan Teks
Peluang HEBAT Ustaz BADRULAMIN

Menjana PENDAPATAN Melalui


ONLINE@SMS

BAKAL MELEDAK MENGEGAR


NEGARA !

Bonus RM 500 sehari

PERHATIAN! Lonjakan Pendapatan


Berganda

5335 HEBAT! PENDAFTARAN PERCUMA!


Maklumat percuma e-dagang baru
Tempah Kad Kahwin Secara Online!

46

Perniagaan Prepaid MASTERELOAD


Kasih Sejati Dimalam Pengantin
Produk Halal Sempurna Iman
Peluang Kerjaya Usahawan Takaful
DAPATKAN YANG ORIGINAL!
Pertama Seumpamanya Di Malaysia
Bina Kerjaya Anda Dengan Shell
Hartanah Untuk Dijual/Sewa

Nasional Dunia Ekonomi Sukan Citra Hip Agama Komputer Dimensi Rencana Surat
Diagnosis Skuad Pendidikan Sastera Destinasi Auto Lanskap Dekor Edisi Utara Edisi Timur
Edisi Sentral Edisi Johor Edisi Sabah&Sarawak Bintang Popular Ikon EpG Gawang Joran
RSS Feed Insertion Order

Copyright 2006 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.

Ulasan
Menurut Alder (1948), personaliti merupakan gaya hidup seseorang individu
dengan erti kata yang lain, gaya hidup mencerminkan pesonaliti seseorang. Terdapat juga
pakar psikologi yang berpendapat bahawa personaliti merangkumi segala aspek tingkah
laku manusia. Perbincangan pada kali ini akan membawakan kita mengenai kisah
seorang warga emas berusia 64 tahun yang sehingga kini masih mencurahkan bakti
kepada kepada masyarakat. Datuk Rogayah Sulung yang lebih dikenali sebagai Mak Su
merupakan bekas johan tilawah peringkat antarabangsa yang kini aktif dalam mengajar
orang-orang dewasa mengaji al quran di masjid-masjid serta di rumahnya.

47

Apa yang hendak diketengahkan disini, Mak Su mempunyai personaliti yang


begitu mulia dan patut diberikan pujian yang mengalakkan. Mak Su adalah seorang yang
aktif.Semasa usia mudanya, beliau giat menyertai pertandingan tilawah al quran dan telah
pun dinobatkan sebagai johan tilawah al quran sebanyak enam kali. Kini, apabila telah
mencecah usia tua, Mak Su telah mengambil inisiatif dengan mencurahkan bakti kepada
penduduk kampung terutamanya yang masih lagi jahil dalam pembacaan al quran. Cuba
anda bayangkan sekiranya anda seusia dengan Mak Su, adakah dalam usia sebegini anda
masih ingin mencurahkan kepakaran anda kepada mereka yang memerlukannya? Hanya
segelintir sahaja yang bersetuju dengan persoalan yang telah diutarakan tadi. Didalam
konteks personaliti, Mak Su telah mematuhi klasifikasi personaliti ekstrovert yang telah
dibincangkan pada bahagian sebelum ini. Secara deduktifnya, kita percaya bahawa bagi
seorang yang introvert sama sekali tidak mampu mencontohi apa yang telah dilakukan
oleh Mak Su. Bukti bagi pendapat ini adalah seorang yang mempunyai klasifikasi
personaliti jenis introvert ini mempunyai sikap yang pendiam dan pemalu serta tidak
mempunyai cita-cita tinggi didalam kehidupan mereka.
Selain daripada itu, mereka juga tidak akan mengambil inisiatif apa yang berlaku
disekitar mereka. Apabila kita melihat beberapa tokoh-tokoh politik, tokoh-tokoh agama
dan sebagainya, ternyata sekali mereka bercirikan ekstrovert dan tidak sesekali mereka
yang bergelar tokoh ini mempunyai spesifikasi introvert. Oleh itu, untuk menjadi seorang
yang mempunyai ciri kepimpinan seperti Mak Su, hanya ekstrovertlah yang memenuhi
ciri-cir seorang pemimpin yang berjaya dimasa yang akan datang.

48

Kesimpulan
Setelah kumpulan kami menyiapkan tugasan yang berkisar tentang personaliti ini,
kami telah mempelajari dan menimba ilmu yang baru mengenai personaliti. Secara umum
personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang.
Melalui tugasan ini kami telah mengkaji mengenai pengertian personaliti daripada
pelbagai aspek iaitu dari bahasa Latin yang membawa maksud topeng muka,
pembentukan psikologi, dan pendapat ahli psikologi yang terkenal. Antara ahli psikologi
yang diambil definisi mengenai personaliti adalah Mishel, Allport, Eysenck, Kagen J,
Segal J, dan Watson.

49

Ramai yang berpendapat bahawa personaliti dan watak merupakan satu konsep
yang sama. Tetapi pendapat mereka telah disangkal melalui tugasan yang telah kami buat.
Sebenarnya watak merupakan sebahagian daripada personaliti sahaja. Bagi membuktikan
kenyataan ini kami telah mengkaji dan menyenaraikan perbezaan di antara personaliti,
watak dan trait. Selain daripada itu kami telah mengklasifikasikan personaliti kepada tiga
unsur utama iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert di mana setiap unsur tersebut
mempunyai ciri-ciri yang berbeza sama sekali. dalam tugasan ini kami telah mengkaji
mengenai seorang yang bersifat introvert dan telah memberikan atau menyenaraikan
beberapa tip atau cara bagi seorang guru menolong golongan individu berkenaan.

Teori Psikoanalis merupakan satu teori yang amat penting kerana teori ini lebih
membincangkan tentang personaliti yang lebih kompleks yang melibatkan emosi dan
jiwa. Psikoanalisis ini juga dikenali sebagai Psiko dinamik, psikoanalitik dan psiko terapi.
Perkembangan psikoanalisis penentuan psike dan tahap kesedaran. Penentuan psike ini
menerangkan tentang konsep LIBIDO yang lebih kepada dorongan atau desakan yang
terarah kepada seksual sebagai tenaga kehidupan. Tahap kesedaran pula membincangkan
kepada tiga tahap iaitu tahap sedar, prasedar dan bawah sedar.
Konsep personaliti yang dibincangkan dalam teori psikoanalisis ini terbahagi
kepada tiga struktur iaitu id, ego dan super ego. Ketiga-tiga pembahagian ini mempunyai
perbezaan berdasarkan konsep yang diketengahkan yakni id lebih kepada kehendak diri,

50

ego pula lebih kepada harga diri atau persepsi diri manakala super ego adalah hati naluri
seseorang atau kesedaran suara hati seseorang. Perkembangan personaliti berdasarkan
teori psikoanalisis dibahagikan kepada lima peringkat iaitu Peringkat Oral (0 hingga 18
bulan), Peringkat Anal (2 hingga 4 tahun), Peringkat Falik (4 hingga 6 tahun), Peringkat
Latensi (6 hingga 12 tahun) dan Peringkat Genitial 12 tahun keatas.
Secara keseluruhannya, teori psikoanalisis ini juga mempengaruhi kepada
keadaan dalam bilik darjah. Para pendidik harus memahami konsep teori ini yakni para
pendidik harus mengambil kira kepada keadaan pelajar, kemampuan pelajar, keadaan
pembelajaran dan seterusnya kepada nilai yang akan diterap dalam pembelajaran.

Di dalam pembentukan personaliti ini terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi


pembentukannya. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti iaitu
faktor baka dan persekitaran. Dalam faktor baka ini terdapat beberapa kesan yang berlaku
akibat daripada faktor baka tersebut. Kesan yang berlaku terhadap pembentukan
personaliti adalah seperti bentuk badan, keadaan fizikal, kecerdasan, dan emosi.
Berkenaan dengan bentuk badan, faktor baka sedikit sebanyak mempengaruhi
didalam pembentukan bentuk badan seseorang individu tersebut. Antaranya adalah dari
segi bentuk muka, bentuk badan dan sebagainya. Di samping itu, kecerdasan seseorang
individu tersebut juga dipengaruhi oleh keturunannyan. Individu yang mempunyai darjah
kecerdasan yang tinggi biasanya menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi

51

bicara, berpewatakan bijaksana dan bersifat berani.Selain itu, emosi yang diwarisi juga
boleh mempengaruhi personaliti seseorang.
Faktor yang kedua yang mempengaruhi personaliti adalah faktor persekitaran. Di
dalam faktor persekitaran ini terdapat beberapa faktor yang lain iaitu keluarga,
kebudayaan, pengaruh sekolah, rakan sebaya, media massa, pengalaman awal, dan
masyarakat. Setiap faktor tersebut sedikit sebanyak telah mempengaruhi di dalam
pembentukan personaliti seseorang individu tersebut.
Kami juga mengkaji tentang pengaruh personaliti terhadap pembelajaran.
Personaliti seseorang pelajar akan mempengaruhi kaedah pembelajaran mereka apabila
dipengaruhi oleh lima aspek yang utama iaitu aspek persekitaran, aspek emosi, aspek
sosiologi, aspek fisiologi, dan aspek psikologi. Kelima-lima aspek ini mempengaruhi
keupayaan seseorang untuk memahami dan berinteraksi serta bertindak balas kepada
persekitaran pembelajaran.
Suhu,cahaya dan bunyi merupakan salah satu contoh bagi aspek persekitaran.
Aspek ini merupakan keadaan persekitaran pelajar yang mempengaruhi pembelajaran
mereka. Dari segi aspek emosi pula, para pelajar perlu mempunyai keazaman, motivasi,
tanggungjawab, dan struktur bagi membolehkan pembelajaran mereka berjalan dengan
baik dan berkesan. Pelajar yang mempunyai kekuatan dalam aspek ini akan lebih berasa
stabil dan tidak akan mengalami gangguan emosi ketika dalam pembelajaran mereka.
Aspek sosiologi lebih menekankan kepada cara seseorang pelajar itu berinteraksi
dengan masyarakat sekelilingnya. Aspek fisiologi pula menekankan mengenai gerakan
fizikal bagi seseorang pelajar. Gerakan ini dilakukan untuk memudahkan pembelajaran
dan membentuk personaliti seseorang pelajar itu. Contoh bagi aspek ini ialah makanan,

52

minuman, pergerakan dan sebagainya.Aspek yang terakhir pula ialah aspek psikologi
yang membincangkan tentang kajian terhadap minda dan jiwa seseorang pelajar itu.
Aspek ini merangkumi pemprosesan otak kiri dan otak kanan bagi pelajar.
Jadi, memang benarlah apa yang dikatakan oleh pakar psikologi yang
memberikan pendapat mereka sendiri mengenai konsep personaliti seperti Mishel,
Allport, Eysenck, Kagen J, Segal J, dan Watson. Oleh itu, personaliti merupakan satu
elemen yang amat penting bagi seseorang individu dan tingkah laku seseorang itu
melambangkan personaliti masing-masing.

Rujukan

1. Bootzin, R. R., Bower, G. H., (1991). Psychology Today, An Introduction (7th ed.).
New York : McGraw-Hill.
2. Kagan, J. Lang, C.(1986). Psychology and Education. New York
3. Skinner, C. E.(1970). Educational Psychology, Prentice Hall of India, New Delhi.
4. Mok, S. S., (2001). Psikologi Pendidikan, Untuk Kursus Diploma Perguruan
Semester 1 (2nd ed.). Kuala Lumpur : Percetakan Sentosa.
5. Ee, A. M., (2001). Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan (3rd ed.).
Selangor : Fajar Bakti.

53

6. Nazurah Ngah.(2006,Spetember).Mak Su tak jemu ajar orang dewasa mengaji.


Retrieved September 14,2006, from
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Perspektif/20060827124744/Article/

54

También podría gustarte