Está en la página 1de 15

1.

PENDAHULUAN

Tingkah laku dan emosi kanak-kanak adalah suatu perkara yang berlainan
tetapi saling berkaitan antara satu sama lain. Kanak-kanak adalah insan yang
jujur dan tidak bijak menyembunyikan perasaannya.
Carl

Rogers

(1999)

menekankan

bahawa

seseorang

individu

bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya


individu itu mempunyai konsep diri yang positif maka berupaya berinteraksi
dan bertindak dengan lebih yakin.
Menurut Garry Martin & Joseph Pear (2003), tingkah laku juga
merangkumi aktiviti, aksi, prestasi, bertindak balas, tindakan, dan reaksi. Dari
segi teknik pula, tingkah laku adalah aktiviti yang melibatkan otot-otot,
kelenjar dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya tingkah laku
adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu.
Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku positif dan tingkah
laku negatif. Tingkah laku bermasalah positif atau negatif akan menjejaskan
keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Oleh itu, guru harus peka dan berempati terhadap muridnya yang mempunyai
tingkah laku bermasalah supaya menentu dan melaksanakan strategi dan
teknik yang sesuai untuk membetulkan tingkah laku mereka yang tidak
diingini demi mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran.

3.0

RUMUSAN GRAFIK

Terdapat dua jenis tingkah laku telah dinyatakan dalam grafik, iaitu tingkah
laku positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang
dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan
proaktif. Manakala tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan
distruktif, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan tingkah laku
bergantung yang berlebihan. Sama ada seseorang murid itu mempunyai
masalah bertingkah laku positif dan negatif, ia akan membawa kesan yang
tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Terdapat

beberapa

faktor

yang

mengakibatkan

tingkah

laku

bermasalah berlaku. Contohnya, individu, keluarga, sekolah, budaya


masyarakat, faktor biologi, faktor psikodinamik dan faktor pembelajaran.
Masalah penceraian ibu bapa akan menyebabkan kanak-kanak berasa
rendah diri. Pihak sekolah tidak patut terlalu fokus kepada peperiksaan dan
kurikulum. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza akan
mempengaruhi seseorang individu dari aspek sosio-emosi, personaliti dan
mental.
Untuk mengenal pasti murid-murid yang bermasalah tingkah laku,
terdapat kaedah yang digunakan iaitu mengumpulkan maklumat berasaskan
ujian (diagnostik dan psikologi), jenis bukan ujian (pemerhatian dan temubual)
serta berasaskan kajian. Guru boleh menggunakan ujian psikologi atau ujian
diagnostik untuk menganalisis semua masalah tingkah laku murid-murid.
Temubual juga boleh dijalankan antara guru bimbingan dengan murid
bermasalah, ibu bapa, rakan sebaya dan pihak lain untuk mendapatkan
maklumat. Melalui kajian kes, guru boleh mendapat satu gambaran yang
menyeluruh mengenai murid yang mempunyai masalah tingkah laku yang
serius dalam tempoh masa yang lama.
Terdapat tiga strategi dalam menangani masalah tingkah laku.
Antaranya ialah strategi meningkatkan tingkah laku, mengurangkan tingkah
laku dan juga dengan menggunakan model pengurusan tingkah laku. Antara
teknik yang boleh digunakan untuk meningkatkan tingkah laku ialah

peneguhan, shaping, kontrak, token ekonomi, modeling dan fading. Strategi


mengurangkan tingkah laku ialah dengan cara penghapusan, time-out,
reverse psychology, disentisasi dan overreaction dan pengasingan. Dengan
ini, tingkah laku positif dikekalkan dan tingkah laku negtif akan dapat
dikurangkan. Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model iaitu model
psikodinamik, model biofizikal dan model persekitaran.

4.0

RAKAMAN VIDEO

4.1

LAPORAN BERTULIS

Melalui pemerhatian dan rakaman video yang telah saya melaksanakan


semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di kelas
Pendidikan Khas Hijau(PKH) di SJKC Kai Chung, saya telah dapat mengesan
dan mengenal pasti pelbagai jenis tingkah laku yang terdapat pada murid
berkeperluan khas di dalam kelas. Tingkah laku yang terdapat pada muridmurid tersebut mempunyai berkaitan dengan masalah yang dihadapinya.
Kelas Pendidikan Khas Hijau terdiri daripada 6 orang pelajar. Nama
murid. Masalah yang dihadapi oleh murid dan tempat duduk mereka adalah
seperti berikut :

BI

NAMA MURID

MASALAH

L
1
2
3
4
5
6

Lee Tong Sing


Ling Wei Xiang
Hii Chong Wei
Eric Chiang Zhu Hui
Tiong Siu Kee
Ting Kwong Leong

Sindrom Down
Kurang Upaya Intelektual
Autism
Celebral Palsy
Hyperaktif
Terencat Akal

4
2

Gur

Lee Tong Sing


5

Berkhayal
Tidak mendengar arahan guru
Menangis tanpa sebab
Mencederakan orang lain

Lee Tong Sing mempunyai masalah sindrom down. Tong Sing selalu akan
berkhayal dalam kelas dan membuat sesuatu tanpa tujuan. Dia juga akan
tidak mendengar arahan guru seperti guru memintanya berhenti berkhayal,
kemudian dia tidak akan mengendalikan teguran guru dan terus berkhayal
atau melakukan perkara lain. Berdasarkan rakaman, semasa guru sedang
mengajar mengikut buku teks Tong Sing asyik menyusun alatan dan
memasukkan ke dalam begnya sehingga dia telah siap mengemaskan
barang.
Melalui maklumat yang diberikan oleh guru, Tong Sing juga sering
manangis tanpa sebab di dalam kelas dan mencederakan orang lain seperti
memukul rakanya apabila dia berasa dia telah diganggu atau dipukul oleh
rakannya. Dia seorang yang cepat marah dan kadang kala dia akan
berbahasa kasar jika emosinya tidak stabil.

Ling Wei Xiang


Suka membuat kacauan
Tidak mendengar arahan guru
Tidak boleh duduk diam
Perhatian mudah terganggu
Berkelahi secara fizikal dan lisan

Ling Wei Xiang mempunyai masalah kurang upaya intelektual. Wei Xiang
sangat suka membuat kacauan di dalam kelas seperti menghasilkan suara
binatang serigala dan tidak menurut arahan yang diberikan oleh guru.
6

Berdasakan video rakaman, semasa guru menyuruhnya mewarna gambar,


dia mengingkari arahan guru dan memberitahu dia akan mewarna pada
keesokan hari. Dia juga tidak boleh duduk diam di suatu tempat dan suka
berdiri di dalam kelas lalu mengganggu rakan lain. Misalnya, berdasarkan
video rakaman, dia meninggalkan tempat duduknya dan mengkacau rakan
lain dengan menuding jari tangannya ke atas kepala rakan dan menolak
badan rakan untuk mengeluarkan buku teks rakan.
Selain itu, perhatiannya mudah terganggu oleh orang lain. Contohnya,
sepanjang masa saya masuk ke dalam kelasnya untuk membuat rakaman
dan menjalankan pemerhatian, Wei Xiang tidak menumpukan perhatian
kepada guru dan sering memerhati saya dan cuba untuk menarik perhatian
saya. Wei Xiang juga sering berkelahi sama ada secara fizikal atau lisan
dengan rakannya. Dia akan bertelingkah dengan rakannya dengan suara kuat
dan menjerit.

Hii Chong Wei


Suka membuat bising
Berkhayal atau termenung
Tidak boleh duduk diam

Hii Chong Wei mempunyai masalah autism. Berdasarkan video rakaman,


Chong Wei seorang yang suka membuat bising di dalam kelas seperti
memukul mejanya dengan kuat. Guru memberitahu saya bahawa Chong Wei
kadang-kala suka menjerit di dalam kelas juga. Akibat tingkah laku membuat
bising Chong Wei ini telah mengganggu pembelajaran murid lain.
Chong Wei sering berkhayal dan termenung di dalam kelas.
Contohnya, dia tidak menumpukan perhatian untuk menyiapkan tugasan dan
berbaring di mejanya atau melihat rakan lain sahaja. Dia tidak dapat duduk
diam semasa masa rehat telah berbunyi.

Eric Chiang Zhu Hui


Perhatian mudah terganggu
Lembap pergerakan

Eric Chiang Zhu Hui mempunyai masalah celebral palsy. Dia memerlukan
bantuan roda kerusi yang direka khas dan bantuan pembantu kelas untuk
bergerak. Berdasarkan video rakaman, Eric tidak akan mengganggu atau
membuat bising di dalam kelas. Walaubagaimanapun, perhatiannya mudah
terganggu kerana dia sering sakit dan tidak dapat menumpukan perhatian
dengan sepenuhnya semasa masa pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, dia mengalami masalah lembap pergerakan tangan.
Contohnya, dia memerlukan pembantu kelas untuk membantunya memegang
pensel apabila mewarna atau menggariskan perkataan. Akibat tingkah laku
Eric yang tidak memberi tumpuan dan kelembapan pergerakan dalam
pembelajaran akan melambatkan perkembangannya berbanding dengan
murid pendidikan khas lain.

Tiong Siu Kee


Tidak boleh duduk diam
menjerit, menangis dan ketawa tanpa
Berkhayal sebab
atau termenung
merosakkan harta benda

Tiong Siu Kee mempunyai masalah hiperaktif. Dia tidak boleh duduk diam di
dalam kelas dan akan bergerak dari sini ke sana tanpa bertujuan. Contohnya,
berdasarkan video rakaman, dia akan bangun tiba-tiba dari kerusinya dan
berjalan di dalam kelas tanpa membuat apa-apa. Selain itu, Siu Kee sering
8

menjerit, menangis dan ketawa secara tiba-tiba di dalam kelas. Menurut kata
guru, dia selalu membuat sedemikian tanpa sebab tetapi kadang kala adalah
untuk menarik perhatian guru. Setelah ditegur oleh guru, Siu Kee akan
berhenti membuat bising buat sementara sahaja lalu melakukan lagi di dalam
kelas.
Siu Kee juga akan merosakkan harta benda sendiri seperti menggigit
penselnya semasa guru mengajar di dalam kelas. Dia suka berkhayal atau
termenung pada benda tertentu seperti penselnya terutamanya semasa guru
sedang mengajar murid lain. Dia akan melihat rakan-rakannya dan tidak
melakukan tugasannya.

Ting Kwong Leong


Merampas harta benda orang lain
Tidak mendengar arahan guru
berkelahi secara fizikal

Ting Kwong Leong mempunyai masalah terencat akal. Dia sangat suka
merampas barang orang lain termasuk guru dan tidak ingin untuk
memulangkan barang tersebut. Buktinya, dalam video rakaman telah
menunjukkan Kwong Leong merampas rotan dan pemadam yang dimiliki oleh
guru. Selepas itu, guru telah memberi arahan supaya dia memulangkan
barang tersebut tetapi dia enggan membuat begitu dan tidak mematuhi
arahan guru.
Menurut kata gurunya, Kwong Leong juga sering berkelahi dengan
rakannya secara fizikal. Misalnya, semasa dia berasa marah, dia akan
menuding jari tangannya ke arah rakan tersebut dan mula berkelahi antara
satu sama lain. Akibat tingkah laku negative Kwong Leong telah menganggu
pengajaran dan pembelajaran murid lain dan juga perkembangannya di
dalam kelas.
9

4.2

STRATEGI MENGATASI MASALAH TINGKAH LAKU


KANAK-KANAK

Berdasarkan beberapa murid dalam kelas Pendidikan Khas Hijau di SJKC Kai
Chung, Ling Wei Xiang mempunyai masalah kurang upaya intelektual telah
menjadi sasaran murid bermasalah tingkah laku saya. Dia sering melakukan
tingkah laku negatif seperti tidak boleh duduk diam, suka membuat kacauan
dan perhatian mudah terganggu di dalam kelas. Akibatnya, proses
pengajaran dan pembelajaran antara murid dengan guru di dalam kelas tidak
dapat dijalankan lancar.
Justeru, pelbagai jenis strategi atau cara perlu diambil untuk mengatasi
masalah tingkah laku Ling Wei Xiang. Sebelum melakukan sebarang proses
pengubahan tingkah laku, seseorang guru perlulah membuat permerhatian
dan penilaian untuk mengenal pasti, menetapkan matlamat tingkah laku yang
diingini dan menunjukkan tingkah laku yang betul melalui pemodelan atau
pemberitahuan kepada murid-murid bermasalah.
Guru boleh menggunakan cara peneguhan positif untuk mengatasi
masalah yang dihasilkan oleh Ling Wei Xiang. Peneguhan positif ialah,
proses di mana guru akan cuba mengawal tingkah laku murid dengan
motivasi, hadiah, ganjaran, sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat
membaiki

atau

mengubah

tingkah

laku

murid-muridnya.

Antaranya

peneguhan positif yang boleh dijalankan ialah Wei Xiang boleh disuruh untuk
menjadi pembantu guru di dalam kelas dengan membantu guru memungut
buku latihan selepas tamat waktu dan membantu rakan lain menyiapkan
tugasan dengan sabar. Sekiranya dia tidak membuat bising dan menunjukkan
tingkah laku yang betul maka dia akan diberi masa rehat selama lima hingga
10 minit untuk melakukan aktiviti bebas iaitu dia bebas membuat aktiviti yang
disukai tetapi bukan melakukan perkara yang negatif, Selepas itu, guru boleh
menulis satu nota pujian kepada ibu bapanya untuk pengetahuan ibu bapa
bahawa perkembangan murid lalu diberi peluang untuk menjadi ketua
semasa melakukan aktiviti berkumpulan.

10

Jika peneguhan positif tidak berkesan, maka guru boleh menggunakan


cara times out untuk mengawal tingkah laku murid seperti denda, memarahi
murid, atau menyuruh mereka menjalani times out. Cara ini boleh digunakan
semasa Wei Xiang tidak dapat mengawal diri, maka akan dikeluarkan
daripada kumpulan murid dan dibiarkan dalam mana-mana sudut bilik darjah.
Apabila dia berkelakuan positif, maka akan dibenarkan masuk semula ke
dalam kumpulan kelas. Masa yang diperuntukkan untuk duduk dalam masa
times out ialah di antara satu hingga 10 minit bergantung kepada tahap
keseriusan kesalahan yang dilakukan. Selepas masa hukuman dijalankan,
guru perlu terangkan sebab melakukan hukuman tersebut kepadanya.
Kemudian arahan yang asal diberikan semula kepada murid tersebut dan jika
mengikut arahan yang diberikan akan dipuji manakala jika masih tidak
mengikut arahan maka akan terus dikenakan hukuman.
Selain itu, guru boleh menggunakan cara pengasingan terhadap Wei
Xiang sekiranya tidak mendengar arahan guru dan membuat bising di dalam
kelas. Contohnya, guru boleh menempatkan murid bermasalah di penjuru
bilik, bilik khas berasingan daripada kumpulan atau mengeluarkan murid
daripada aktiviti kumpulan. Teknik ini adalah sesuai apabila murid tidak
menunjukkan tingkah laku yang positif walaupun telah diingatkan oleh guru
beberapa kali. Murid tersebut akan insaf dan memahami kesalahannya
sepanjang masa diasingkan dan tidak diberi perhatian oleh guru. Dengan ini,
dia tidak akan membuat bising dan takut diberi pengasingan lagi di dalam
kelas.
Guru juga menggunakan strategi kontrak untuk mengatasi masalah
tingkah laku murid di dalam kelas. Kontrak merupakan persetujuan di antara
guru

dan

murid

menandatangani

secara
sesuatu

lisan

atau

kontrak,

Wei

bertulis.
Xiang

Misalnya,
akan

sebelum

diterangkan

tanggungjawabnya terhadap perkara iaitu tidak membuat bising dan


menumpukan perhatian di dalam kelas. Sekiranya dia dapat melakukan
tingkah laku yang diingini atau mengubah tingkah laku negatif maka dia akan
diberikan ganjaran seperti yang dipersetujui dalam syarat kontrak. Ganjaran
yang dijanjikan boleh adalah sesuatu yang dia minati atau hendaki. Dengan
ini, tingkah laku membuat bising Wei Xiang boleh dikurangkan kerana
11

keinginannya murid tersebut ingin mendapatkan sesuatu daripada guru


sebagai ganjaran. Matlamat kedua-dua pihak iaitu guru dengan murid pun
boleh dicapai.
Kesimpulannya, guru perlu bersikap bertanggungjawab dan peka
terhadapa maslah tingkah laku murid-murid lalu menjalankan berbagai-bagai
jenis strategi yang sesuai. Seseoang guru hendaklah berfikir secara kritis
tentang cara dan kesan strategi tersebut sebelum ia dilaksanakan agar
berkesan dan efektif terhadap murid-murid yang berbeza masalah.

12

5.0

ANALISIS :

Kepentingan Guru-Guru Pendidikan Khas Mempunyai Pengetahuan Dalam


Mengurus Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.
Secara umum, tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas boleh
dibahagikan kepada dua pecahan iaitu, positif dan negatif. Sama ada
seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif dan negatif,
ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, guru haruslah
mengambil tahu dan segera merancang dan melaksanakan strategi dan
tindakan yang sesuai untuk mengubah tingkah laku yang negatif itu. Hal ini
sangat penting demi menjamin dan mengawal keadaan bilik darjah yang
kondusif dan mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Guru pendidikan khas mestilah berpengetahuan dalam pengurusan
tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas di dalam bilik darjah. Guru boleh
memberikan peneguhan dengan satu bentuk objek untuk menggalakkan
tingkah laku yang betul atau memberikan prompts seperti respons dan
stimulus untuk meningkatkan penglibatan individu dalam melaksanakan
tingkah laku yang betul. Guru-guru juga perlu memberikan hukuman selepas
murid melakukan sesuatu tingkah laku yang salah.
Seorang guru yang pandai menguruskan tingkah laku kanak-kanak
berkeperluan khas dapat mewujudkan suasana tenang dan kondusif dalam
bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan licin, berkesan, dan penuh ceria. Apabila pelajar yang bermasalah
daripada segi disiplin ini tidak wujud dalam kelas, tidak ada pelajar yang
membuat bising dan mengganggu pelajar lain belajar. Guru juga tidak perlu
meninggikan suara ataupun bercakap kasar dengan pelajar disebabkan
berbagai-bagai masalah sebaliknya pelajar sendiri sudah memahami
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Justeru, hubungan antara guru
dan pelajar dapat diperbaiki dan kemesraan dapat diwujudkan.

13

Di

samping

itu,

guru

dapat

menarik

perhatian

kanak-kanak

berkeperluan khas semasa di dalam bilik darjah. Mereka akan menumpukan


perhatian

dan

tidak

melakukan

sebarang

tingkah

laku

yang

akan

mengganggu pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Dengan ini,


masa dapat dijimatkan kerana apa yang diajar didengar dengan jelas.
Kemudian, keputusan akademik mereka akan meningkatkan.
Para pelajar akan menjadi lebih tekun dan produktif apabila mereka
mempunyai tingkah laku terpuji. Apabila mereka mengikut disiplin yang telah
ditetapkan, jadual mereka dan tingkah laku mereka dapat berubah. Mereka
dapat melakukan sesuatu perkara secara sistematik dan tidak melanggar
peraturan-peraturan. Mereka dapat menjadi lebih produktif lagi dalam
menghasilkan idea yang menarik dalam pelbagai bidang.
Selain dapat mengawal tingkah laku bermasalah kanak-kanak
berkeperluan khas, guru-guru mampu menanam nilai-nilai murni seperti
kepatuhan, tanggungjawab, kasih sayang, berkerjasama, cintakan kebersihan
dan hormat menghormati dalam kalangan mereka. Mereka akan saling
membantu semasa bermain permainan atau menyiapkan tugasan mudah
yang diberikan oleh guru.
Kesimpulannya, guru-guru pendidikan khas perlulah sentiasa menimba
ilmu pengetahuan diri khasnya dalam bidang pengurusan tingkah laku. Hal ini
demikian dengan tingkah laku yang positif dan tepat barulah guru-guru dapat
mengajar murid-murid pendidikan khas dengan berkesan dan proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar.

14

6.0

RUMUSAN

Kesimpulannya, tingkah laku bermasalah dalam kalangan murid-murid harus


diambil

berat

oleh

semua

pihak

kerana

ia

boleh

menyebabkan

ketidakseimbangan di antara emosi dan aktiviti kehidupan seharian individu.


Tingkah laku bermasalah juga memberi kesan yang buruk dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Umumnya, sekolah rendah
merupakan tapak utama asas pendidikan. Dari sini, kanak-kanak dibentuk
mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Selain dari tanggungjawab ibu bapa, guru adalah orang yang penting
dalam menghasilkan insan yang sempurna dalam pendidikan. Guru
memainkan peranan utama membentuk keperibadian tingkah laku muridmurid semasa berada di sekolah. Bak kata pepatah Berat mata
memandang, berat lagi bahu yang memikul . Itulah hakikat tugas seorang
guru di sekolah.
Pihak sekolah perlu merancang strategi-strategi untuk meningkatkan
lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi muridmurid dan akademik di sekolah. Hal ini demikian kerana keadaan dan
suasana sekolah yang tidak selesa akan menyebabkan tingkah laku
bermasalah. Selain itu, ibu bapa mesti memberikan kasih sayang dan
perhatian selain dari wang ringgit dan keperluan asas mereka. Ibu bapa juga
perlu mengamalkan sikap memberi ganjaran atau peneguhan setiap kali
anak-anak berjaya. Ibu bapa juga perlu memberi peluang atau kebebasan
kepada anak-anak untuk mencuba dan bukannya terlalu mengawal mereka.
Oleh demikian, tingkah laku bermasalah harus ditangani oleh guru
dengan bijak dan teratur agar ia tidak membantutkan atau menganggu proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Melalui keberkesanan
sistem pembelajaran yang berkesan akan mempercepatkan perkembangan
pembelajaran murid-murid di sekolah.

15

También podría gustarte

  • KOLAJ
    KOLAJ
    Documento1 página
    KOLAJ
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • Menjaga Kebersihan Gigi
    Menjaga Kebersihan Gigi
    Documento1 página
    Menjaga Kebersihan Gigi
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • Anggota Badan
    Anggota Badan
    Documento1 página
    Anggota Badan
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • Makmal Komputer Pelan
    Makmal Komputer Pelan
    Documento1 página
    Makmal Komputer Pelan
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • Alat Minum
    Alat Minum
    Documento3 páginas
    Alat Minum
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • Baik Hati
    Baik Hati
    Documento1 página
    Baik Hati
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • Baik Hati
    Baik Hati
    Documento1 página
    Baik Hati
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • Baik Hati
    Baik Hati
    Documento1 página
    Baik Hati
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • Baik Hati
    Baik Hati
    Documento1 página
    Baik Hati
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • PKB Tutorial 1
    PKB Tutorial 1
    Documento1 página
    PKB Tutorial 1
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • RPH
    RPH
    Documento2 páginas
    RPH
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • Pentaksiran Kemahiran Sains
    Pentaksiran Kemahiran Sains
    Documento3 páginas
    Pentaksiran Kemahiran Sains
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • Anggota Badan
    Anggota Badan
    Documento1 página
    Anggota Badan
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • Surat Akuan Karya Asli
    Surat Akuan Karya Asli
    Documento1 página
    Surat Akuan Karya Asli
    tibau4
    Aún no hay calificaciones
  • Inventori Minat Kerjaya
    Inventori Minat Kerjaya
    Documento9 páginas
    Inventori Minat Kerjaya
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • Pen Gen Alan
    Pen Gen Alan
    Documento1 página
    Pen Gen Alan
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • 3.judul Halaman
    3.judul Halaman
    Documento1 página
    3.judul Halaman
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • Surat Akuan Karya Asli
    Surat Akuan Karya Asli
    Documento1 página
    Surat Akuan Karya Asli
    tibau4
    Aún no hay calificaciones
  • FAIL - Tulang Fail
    FAIL - Tulang Fail
    Documento1 página
    FAIL - Tulang Fail
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • Rancangan Pengajaran Harian
    Rancangan Pengajaran Harian
    Documento4 páginas
    Rancangan Pengajaran Harian
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • Ujian Lisan Dan Bacaan
    Ujian Lisan Dan Bacaan
    Documento6 páginas
    Ujian Lisan Dan Bacaan
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • FAIL - Tulang Fail
    FAIL - Tulang Fail
    Documento1 página
    FAIL - Tulang Fail
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • Surat Akuan Karya Asli
    Surat Akuan Karya Asli
    Documento1 página
    Surat Akuan Karya Asli
    tibau4
    Aún no hay calificaciones
  • Masa Dan Waktu
    Masa Dan Waktu
    Documento33 páginas
    Masa Dan Waktu
    Khairunnisa Kamaruddin
    Aún no hay calificaciones
  • Isi Kandungan
    Isi Kandungan
    Documento1 página
    Isi Kandungan
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • Kad Skrip
    Kad Skrip
    Documento3 páginas
    Kad Skrip
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • Kad Skrip
    Kad Skrip
    Documento3 páginas
    Kad Skrip
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones
  • Senarai Semak Pemantauan Kantin Sekolah
    Senarai Semak Pemantauan Kantin Sekolah
    Documento3 páginas
    Senarai Semak Pemantauan Kantin Sekolah
    Desmond Khor
    100% (1)
  • Jurnal Minggu 1
    Jurnal Minggu 1
    Documento1 página
    Jurnal Minggu 1
    Desmond Khor
    Aún no hay calificaciones