Está en la página 1de 2

Cara menjawab soalan bahagian B (soalan eksperimen) bagi kertas 3

Paling Penting (KEY POINT) - Mengenalpasti P.UBAH MANIPULASI (yang diubah) dan P.UBAH BERGERAK
BALAS ( yang berubah kesan daripada P. Ubah manipulasi yang diubah) daripada
situasi yang diberi (gambar)
- P.UBAH MANIPULASI dan P.UBAH BERGERAK BALAS kuantiti Fizik yang
boleh diukur.
a) Inferens ( 1 MARKAH )
P.ubah bergerak balas BERGANTUNG KEPADA P.ubah manipulasi
b) Hipotesis ( 1 MARKAH )
JIKA/SEMAKIN (TInggi/ rendah) P.ubah manipulasi MAKA/SEMAKIN (Tinggi/ Rendah) P.ubah bergerak balas .
ATAU P.ubah Bergerak balas BERKADAR TERUS/ SONGSANG DENGAN P.ubah manipulasi (bagi yang betulbetul tahu hubungan tersebut-biasanya melalui formula)
Cara menjawab kemahiran proses sains :
(i) Tujuan Eksperimen ( 1 MARKAH )
UNTUK MENGKAJI HUBUNGAN ANTARA P.ubah manipulasi DENGAN P.ubah Bergerak balas
(ii) Pemboleh ubah dalam eksperimen ( 2 MARKAH )
- P.UBAH MANIPULASI (diubah):____________________________
- P.UBAH BERGERAK BALAS (kesan) : ______________________
- P.UBAH DIMALARKAN (tetap):____________________________
(iii) Senarai Radas dan Bahan ( 1 MARKAH )
RADAS DAN BAHAN SEDIA ADA (diberi dalam soalan) + 3 RADAS DAN BAHAN LAIN YANG
BERSESUAIAN UNTUK MEMBUAT EKSPERIMEN.
(iv) Susunan radas ( 1 MARKAH )
- Lukis semua alatan Radas dan Bahan yang dinyatakan dalam susunan yang betul (MESTI LABEL)
(v) Prosedur ( 3 MARKAH )
PASTIKAN GUNA AYAT PASIF
LANGKAH 1 : RADAS DAN BAHAN DISUSUN SEPERTI DALAM RAJAH DI ATAS.
LANGKAH 2 : Menerangkan cara MENGAWAL @ SETTING P.ubah manipulasi.
LANGKAH 3 : Menerangkan cara MENGUKUR P.ubah Bergerak balas dan menulis ALAT PENGUKURAN YANG
DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT PENGUKURAN ITU.
LANGKAH 4 : ULANGAN EKSPERIMEN ( cth : LANGKAH 2 dan 3 DIULANG DENGAN MENGGUNAKAN p.ubah
manipulasi (yang ingin diSET berikutnya- paling kurang 4 data)
(vi) Cara menjadualkan data ( 1 MARKAH )
- buat jadual yang mengandungi P.UBAH MANIPULASI dan P.UBAH BERGERAK BALAS ( termasuk unit
pengukuran) keputusan TIDAK PERLU DITULIS (kosongkan ja..)
Atau P.UBAH
P.UBAH manipulasi ,
P.UBAH Bergerak balas
(unitnya)
(Unitnya)
manipulasi
, (unitnya)
P.UBAH
Bergerak
balas
(Unitnya)
(vii) cara menganalisis data ( 1 MARKAH )
- Lukis paksi graf sahaja P- X (P.ubah Manipulasi), P-Y (P.ubah bergerak balas) wajib tulis unit setiap paksi
P.UBAH bergerak balas, (unitnya)

P.UBAH manipulasi , (unitnya)

Contoh jawapan soalan eksperimen (12 markah) di bahagian B bagi kertas 3 (PPT 2014)

4.2 Arus ditambah

a) Inferens ( 1 MARKAH )
Kekuatan medan magnet @ jumlah besi buruk yang diangkat BERGANTUNG KEPADA arus yang dibekalkan.
b) Hipotesis( 1 MARKAH )
SEMAKIN TINGGI arus yang dibekalkan SEMAKIN TINGGI Kekuatan medan magnet@ jumlah besi buruk yang
diangkat
i) Tujuan eksperimen ( 1 MARKAH )
UNTUK MENGKAJI HUBUNGAN ANTARA arus yang dibekalkan DENGAN kekuatan medan magnet@jumlah
besi buruk yang diangkat
ii) Pemboleh ubah dalam eksperimen ( 2 MARKAH )
- P.UBAH MANIPULASI : arus yang dibekalkan
- P.BERGERAK BALAS: jumlah besi buruk yang diangkat
- P. DIMALARKAN: jumlah asal besi buruk/ bilangan lilitan wayar kuprum
iii) Senarai Radas dan Bahan ( 1 MARKAH )
DAWAI KUPRUM, TERAS BESI LEMBUT, (yang diberi dalam soalan) , Kaki retort, kepingan besi buruk (pin, paku),
rheostat, ammeter, wayar penyambung, bateri @ bekalan kuasa.
iv) Susunan radas ( 1 MARKAH )

v) Prosedur ( 3 MARKAH )
1- RADAS DAN BAHAN DISUSUN SEPERTI DALAM RAJAH DI ATAS.
2- Teras besi lembut dililitkan dengan 20 lilitan dawai kuprum.
3- Rheostat dilaraskan supaya arus, I yang mengalir adalah 1 A.
4- Bilangan kepingan besi buruk(pin,paku) yang melekat pada teras besi lembut dicatatkan.
5- LANGKAH 3 DAN 4 DIULANG dengan mengunakan arus 2A, 3A, 4A dan 5 A.
vi) Penjadualan data ( 1 MARKAH )
Arus,I (A)
1
2
3
4
5

Jumlah kepingan besi buruk(pin,paku) diangkat

vii) Analisis data( 1 MARKAH )


Jumlah kepingan besi
buruk diangkat

Arus, I (A)

También podría gustarte