Está en la página 1de 1

NAMA : NURFARIHA NADHIRAH BINTI AHMAD

NO. MATRIK : A151675


Refleksi pembelajaran tentang Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Kursus LMCW2163 Tamadun Islam dan Tamadun Asia telah memberikan banyak faedah
berguna yang telah dipelajari semasa sesi pembelajaran. Antaranya saya belajar menghayati
tamadun-tamadun purba di samping belajar memahami istilah tamadun dengan lebih
terperinci dan mendalam. Saya juga dapat menambah pengetahuan mengenai hubungan
antara tamadun dengan bangsa, budaya dan agama. Melalui ciri-ciri tamadun yang dipelajari
saya dapat mengenali kelebihan yang memashurkan tamadun tersebut. Saya juga mengetahui
corak kehidupan tamadun dan bagaimana sesebuah tamadun mengamalkan sistem sistem
daripada segi politik, ekonomi, bahasa, organisasi dan perundangan.
Selain itu, antara tamadun ini juga terdapat interaksi yang memberi kesan positif terhadap
saya untuk belajar menghormati kaum dan agama. Persamaan dan perbezaan antara tamadun
memberi inspirasi kepada saya untuk memupuk semangat perpaduan dalam diri. Bab
tamadun Islam pula mengajar saya mendalami sejarah sejarah dunia Islam. Saya lebih
menghayati ilmu ketamadunan Islam dan dengan mempelajari ilmu tersebut membuat saya
berasa lebih dekat dan mengenali tokoh tokoh kebanggaan Islam. Gaya hidup masyarakat
Islam terdahulu menginsafkan saya untuk rasa bersyukur dengan apa yang diperolehi. Ilmu
dan pembangunan masyarakat Islam menambah ilmu saya mengenai garis garis panduan
Islam yang telah diperintah oleh Allah S.W.T. dalam al-Quran.
Di samping itu, pembentangan di dalam kelas turut memberi impak kepada saya di mana saya
berpeluang merasai pengalaman menjadi guru dihadapan. Saya belajar berinteraksi dengan
pensyarah dan rakan rakan. Bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya
memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih
saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru
yang berkualiti. Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan pembentangan
TITAS ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih bersiap
sedia untuk menempuhi alam pekerjaan akan datang serta menjadi seorang individu yang
berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama
bangsa dan negara.

También podría gustarte