Está en la página 1de 3

Bismillah hirrahmanir rahim.

Saudari pengerusi majlis.


Yang saya hormati Puan Fazilah binti Abd Aziz guru cemerlang bahasa inggeris, para
pensyarah, ahli-ahli jawatankuasa, dan rakan-rakan dari IPGKDRI sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terlebih dahulu, saya bagi pihak guru-guru pelatih IPGKDRI ingin mengucapakan jutaan terima
kasih kepada pihak SK Sentul Patah kerana memberi kami peluang dan kerjasama yang begitu
baik untuk mengadakan lawatan penanda aras dan interaksi dengan guru cemerrlang di sini.
Kami berasa amat berbangga dan bersyukur kerana mempunyai kesempatan untuk bertemu
dan berinteraksi dengan Puan Fazilah serta warga sekolah SK sentul patah.
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, Pelaksanaan program Bina Insan Guru
merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke
arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan
Falsafah Pendidikan Negara serta mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun
Negara. Oleh itu, program ini menjadi keperluan bagi kami khususnya guru pelatih yang akan
berkhidmat sebagai guru di sekolah pada suatu hari, supaya kami dapat melihat dengan lebih
dekat mengenai pengurusan sekolah berbanding dengan hanya mempelajarinya sebagai teori.
Seperti yang sedia maklum, tujuan utama program ini alah untuk mendalami ciri-ciri
profesionalisme dan komitmen guru cemerlang secara lebih terperinci serta memahami
pelaksanaan amalan pengajaran dan pembelajaran guru cemerlang. Selain itu, program
seumpama ini juga membolehkan para guru pelatih untuk menimba pengalaman baru melalui
perkongsian dan pencurahan idea serta pengalaman berharga daripada guru cemerlang dan

mengetahui inovasi pedagogi yang digunakan oleh guru cemerlang dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Sekolah Kebangsaan Sentul patah dipilih untuk
menjalankan program penanda aras bagi guru cemerlang. Sekolah ini dipilih berdasarkan
prestasi cemerlang sekolah tersebut pada tahun-tahun yang lepas. Selain itu juga, sekolah ini
dipilih kerana terdapat guru cemerlang subjek Bahasa Inggeris iaitu Puan Fazilah binti Abd
Aziz. Pencapaian ini telah membuktikan kemampuan pengurusan sekolah yang efektif selain
membudayakan elemen sekolah yang cemerlang. Selain itu, pelaksanaan infrastruktur sekolah
yang lebih efisyen seperti pusat sumber juga membantu sekolah dalam meningkatkan prestasi
dari segi akademik. Dengan ini, kami yakin sekolah ini mampu memberikan satu platform
kepada kami mempelajari budaya guru cemerlang serta budaya dan pengurusan sekolah yang
baik.
Akhir kata, ucapan setinggi-tinggi terima kasih tentunya kepada Puan Fazilah kerana sudi
meluangkan masa bersama untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang begitu berguna untuk
kami para guru pelatih terutamanya dalam mengemudi dunia pendidikan pada masa akan
datang. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada pihak dan warga SK Sentul Patah
kerana memberi kerjasama yang begitu baik sekali kepada kami dan membolehkan prgram ini
berjalan dengan begitu lancar. Jika ada apa-apa kekurangan sepanjang program ini saya bagi
piha ipgkdri ingin memohon maaf kepada pihak SK sentul patah. Moga-moga hasil daripada
program ini, kita dapat melahirkan guru yang memahami dan mendalami pengurusan yang lebih
sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan serta pemahaman terhadap keperluan
infrastruktur dan infostruktur sekolah. Justeru, program ini mampu membentuk guru yang efektif
dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah dan dalam masa yang sama memenuhi
keperluan modal insan negara.Kami juga berharap kolabo rasi antara pihak IPGKDRI dan SK

sentul patah memberi banyak manfaat dan meninggalkan kenangan manis kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Sekian, terima kasih.

También podría gustarte