Está en la página 1de 7

NAMA : _______________________________________

KELAS : _________

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT CHEMPAKA


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
TAHUN 5

Bahagian A
Arahan : Jawab semua soalan
1. Antara berikut, manakah dikategorikan sebagai rangkaian komputer?
A. Komunikasi
B. Capaian maklumat
C. Perkongsian sumber
D. Rangkaian tanpa wayar
Rangkaian unit-unit dalam kumpulan atau
sistem yang berhubungan antara satu sama
lain dengan menggunakan kabel rangkaian

2. Pernyataan di atas menerangkan mengenai ______________


A. Gelombang
B. Kabel gentian optik
C. Rangkaian berwayar
D. Rangkaian tanpa wayar
Rangkaian unit-unit dalam kumpulan atau
sistem yang berhubungan antara satu sama
lain dengan menggunakan gelombang radio

3. Pernyataan di atas menerangkan mengenai ______________


A. Gelombang
B. Kabel gentian optik
C. Rangkaian berwayar
D. Rangkaian tanpa wayar
4. Antara berikut, manakah bukan kegunaan rangkaian komputer?
A. E-mel
B. Komputer
C. Bual maya
D. Sidang video

NAMA : _______________________________________

KELAS : _________

5. Antara berikut, manakah perkakasan bagi rangkaian berwayar?


A. Suis
B. Telefon pintar
C. Pencetak tanpa wayar
D. Titik capaian tanpa wayar
6. Antara berikut, manakah yang bukan peranti rangkaian komputer?
A. Hab
B. Tetikus
C. Modem
D. Penghala
Membolehkan pemindahan data antara komputer
dengan komputer-komputer dan peranti-peranti
yang lain dalam rangkaian tanpa wayar
7. Pernyataan di atas menerangkan fungsi peranti rangkaian komputer _____________
A. Penghala
B. Titik capaian tanpa wayar
C. Kad antara muka rangkaian
D. Penyesuaian rangkaian tanpa wayar
Penghubung antara rangkaian yang berlainan dan
mempercepat penghantaran data ke destinasi
melalui pemilihan laluan yang terbaik
8. Pernyataan di atas menerangkan fungsi peranti rangkaian komputer _____________
A. Penghala
B. Titik capaian tanpa wayar
C. Kad antara muka rangkaian
D. Penyesuaian rangkaian tanpa wayar
9. Antara berikut yang manakah bukan perkhidmatan internet?
A. Pemesejan segera
B. Kumpulan tugasan
C. Jaringan Sejagat (WWW)
D. Protokol Pindah Fail (FTP)
10. Antara berikut, manakah penerangan kepada pemesejan segera?
A. Memindahkan fail antara komputer melalui rangkaian
B. Penyampaian berita kepada sekumpulan ahli yang berdaftar
C. Pertukaran mesej dalam masa nyata antara dua atau lebih pengguna secara
dalam talian
D. Melakukan panggilan telefon atau memfakskan dokumen dengan menggunakan
rangkaian internet
2

NAMA : _______________________________________

KELAS : _________

Bahagian B
1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang diberikan

kabel rangkaian
sekumpulan komputer

mengakses

capaian
gelombang radio

a. Rangkaian komputer ialah __________________________________ dan peranti


berkaitan yang disambungkan antara satu sama lain.

b. Rangkaian juga bertujuan ______________________________ maklumat,


komunikasi dan perkongsian sumber.

c. Melalui rangkaian, kita dapat ____________________________ data, perisian dan


peranti yang terdapat pada komputer dan rangkaian komputer tterdiri daripada
rangkaian berwayar atau tanpa wayar.

d. Rangkaian berwayar ialah rangkaian unit-unit dalam kumpulan atau sistem yang
berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan kabel
_____________________.

e. Rangkaian tanpa wayar ialah rangkaian unit-unit dalam kumpulan atau sistem yang
berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan
________________________.

(5 markah)

NAMA : _______________________________________

KELAS : _________

2. Padankan jawapan kegunaan rangkaian dengan contoh

Kegunaan rangkaian

Contoh
EMEL

Capaian maklumat

KONGSI PENCETAK

Komunikasi

YOUTUBE
Perkongsian

CIMB
Hiburan

LAMAN WEB

Perbankan dan perniagaan

(5 markah)

NAMA : _______________________________________

KELAS : _________

3. Lengkapkan rajah dibawah dengan pilihan jawapan yang diberi.

pencetak
komputer meja

suis

kabel
komputer riba

(5 markah)

NAMA : _______________________________________

KELAS : _________

4. Jawab soalan dibawah dengan jawapan yang diberi

modem
penghala
Kad antara muka rangkaian

Titik capaian tanpa wayar


Penyesuaian rangkaian tanpa wayar

a. Membolehkan sesebuah komputer berhubung dengan komputer atau peranti lain


dalam rangkaian dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan kabel
rangkaian.
Jawapan : saya adalah ______________________________________

b. Membolehkan pemindahan data antara komputer dengan komputer-komputer dan


peranti-peranti yang lain dalam rangkaian tanpa wayar.
Jawapan : saya adalah ______________________________________

c. Membolehkan komputer berhubung dengan rangkaian tanpa wayar. Peranti ini boleh
berbentuk terbenam pada papan induk atau boleh disambung pada port USB.
Jawapan : saya adalah ______________________________________

d. Menukar isyarat digital ke analog dan sebaliknya untuk membolehkan sambungan


internet melalui talian telefon.
Jawapan : saya adalah ______________________________________

e. Berfungsi sebagai penghubung antara rangkaian yang berlainan.


Jawapan : saya adalah ______________________________________

(10 markah)

NAMA : _______________________________________

KELAS : _________

5. Lengkapkan rajah dibawah

gelombang radio
telefon pintar

kamera litar tertutup

komputer
kabel rangkaian

(5 markah)

*** SOALAN TAMAT ***


7

También podría gustarte