Está en la página 1de 15

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2015


ABSE 2103
PRINSIP EKONOMI

NO. MATRIKULASI

840920125351001

NO. KAD PENGENALAN

840920-12-5351

NO. TELEFON

019-8414754

E-MEL

roshidi_okim@oum.edu.my

NAMA TUTOR

NORHAFIZAHTULZAKIAH BINTI
ABDULLAH

PUSAT PEMBELAJARAN

LABUAN LEARNING CENTRE

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

ISI KANDUNGAN
N

Tajuk

Halaman

1.

Pengenalan

2.

Konsep Harga Dan Kawalannya Daripada

3.

Perspektif Islam.
Kerasionalan Campur

4.

Pasaran.
Peranan Institusi Al-Hisbah Dalam Memastikan

5.

Kecekapan Pasaran.
Kesimpulan

Tangan

Kerajaan

3-4
Dalam

5-6
6-10
10
11

Rujukan

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

1. Pengenalan.
Ekonomi bukanlah persoalan baru dalam Islam. Perancangan dan aktiviti
ekonomi telah berlaku dalam zaman Nabi Yusuf a.s yang menjadi Menteri
Ekonomi pertama di Mesir. Baginda telah meletakkan asas ilmu ekonomi
dengan membuat satu perancangan rapi bagi memastikan negara
mempunyai

bekalan

yang

mencukupi

apabila

menghadapi

musim

kemelesetan. Namun begitu kegiatan ekonomi pada awal Islam agak


terbatas dengan kegiatan jual-beli sahaja di pasaran yang mudah. Mulai
abad kedua Hijrah bermulalah beberapa kajian mengenai kegiatan
ekonomi secara khusus dan lahirlah tulisan-tulisan mengenai hukum riba,
sistem harga, monopoli, percukaian, zakat, kewangan kerajaan dan
sebagainya.
Ekonomi Islam mempunyai misi dan juga aktiviti tertentu yang mesti
diketahui

secara

sempurna

dan

tepat.

Penelitian

terhadap

aspek

konseptual ini amat penting bagi melihat perbezaan di antara ekonomi


Islam dan ekonomi konvensional. Sekaligus menjawab dakwaan bahawa
ekonomi Islam adalah sama dengan ekonomi konvensional ataupun
ekonomi Islam merupakan tiruan kepada ekonomi konvensional. Ekonomi
Islam mempunyai prinsip-prinsip yang berpunca dari semangat ajaran alQuran dan al-Sunnah yang dijadikan sebagai garis panduan dalam
pelaksanaan aktiviti ekonomi
Islam menggalakkan manusia terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi
yang

boleh

memberi

manfaat

kepada

kehidupan

mereka

seperti

pengeluaran, pengunaan dan pengagihan. Kegiatan ekonomi diletakkan


sebagai kategori ibadah. Oleh itu manusia bebas memilih jenis kerja dan
mengumpul seberapa banyak harta kekayaan mengikut keupayaan
masing-masing. Walau bagaimanapun kebebasan ekonomi terikat dengan
peraturan syariat seperti haram, halal, harus, syubhah dan sebagainya.
Semua

ini

supaya

kehidupan

manusia

didorong

oleh

perasaan

persaudaraan kepada orang lain, bekerja keras, ihsan, amanah dan


membuat pelaburan harta. Dalam masa yang sama penipuan, riba,
pembaziran, monopoli, pembekuan modal, rasuah dan sebagainya tiada
tempat dalam amalan ekonomi Islam. Firman Allah S.W.T :
2

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI





Apa Yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta
penduduk negeri, bandar atau desa Dengan tidak berperang, maka adalah
ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat
(Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orangorang musafir (yang keputusan). (Ketetapan Yang demikian) supaya harta
itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.
dan apa jua perintah Yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu
maka Terimalah serta amalkan, dan apa jua Yang dilarangNya kamu
melakukannya maka patuhilah laranganNya. dan bertaqwalah kamu
kepada Allah; Sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi
orang-orang Yang melanggar perintahNya). ( Surah Al-Hasyr, ayat 7)
2. Konsep Harga Dan Kawalannya Daripada Perspektif Islam.
Konsep harga dari perspektif Islam iaitu

Tasir

yang

bermakna

menentukan harga, manakala al-Asar adalah kata jamak kepada


perkataan al-sir, iaitu dalam bahasa Melayu ialah harga. Dalam
bahasa Arab ada beberapa perkatan yang hampir sama maksudnya
dengan al-asar iaitu;
i.

Al-thaman ialah harga yang dipersetujui oleh kedua-dua penjual dan

pembeli, walaupun mungkin harganya lebih mahal atau lebih murah


daripada nilainya yang sebenar
ii.

Al-Qimah,

ialah

nilai

barangan yang

diaudit

oleh

juru

audit

bertauliah, dinamakan juga thaman al-mithli


Dalam sistem pasaran Islam, harga pada asalnya ditentukan oleh penjual
dan pembeli berasaskan kerelaan masing-masing, serta penilaian masing-

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

masing setelah kedua-duanya benar-benar mengetahui tentang harga dan


nilai barangan atau perkhidmatan itu.
Ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T :




Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan)
harta-harta kamu sesama kamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dan
sebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yang dilakukan secara suka
sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan
sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu . ( Surah
An-Nisa, ayat 29).
Berasaskan dalil ini, para sarjana fiqh Islam membuat kesimpulan bahawa
Islam memberikan kebebasan untuk kuasa pasaran, yang mengandungi
kuasa penjual dan pembeli, untuk menentukan harga . Penentuan harga
pada asasnya ditentukan oleh peserta pasaran, bukan orang luar,
termasuklah kerajaan. Justeru, majoriti sarjana dalam hampir semua
mazhab menganggap adalah haram bagi kerajaan untuk campur tangan
dalam

urusan

penentuan

harga

dalam

pasaran.

Biarkan

kekuatan

penawaran dan permintaan yang menentukannya. Jika ada campur tangan


kerajaan, ia akan mengganggu dan seolah-olah memaksa penjual untuk
menjual dengan harga yang tidak dipersetujuinya. Oleh itu, penjualan
tanpa kerelaan dianggap tidak sah, kerana ia adalah memakan harta
sesama insan dengan cara yang salah.
Namun, bagi menjaga kepentingan dan kemaslahatan pasaran, iaitu
kepentingan penjual agar tidak dizalimi. Sekiranya berlaku kenaikan yang
luar biasa, yang mungkin boleh memudaratkan masyarakat awam dengan
kenaikan itu, kerajaan boleh menentukan harga pasaran dengan syarat
tidak boleh menzalimi pihak penjual. Ini kerana tujuan pengharaman
penentuan harga oleh kerajaan ialah untuk menjaga pasaran, tetapi jika
gerakan pasaran menunjukkan arah yang luar biasa yang memudaratkan
masyarakat, kerajaan tetap perlu melakukan sesuatu. Dalam hal ini,
4

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

beberapa situasi yang mana kerajaan boleh campur tangan dalam


penentuan harga:
i.

Jika berlaku kenaikan harga makanan yang melampau dan luar biasa

contohnya kenaikan sekali ganda atau berganda-ganda


ii.

Situasi masyarakat yang sangat memerlukan makanan, maka

kerajaan boleh memaksa penyimpan stok untuk menjual dengan harga


yang ditentukan demi menjaga kemaslahatan, dengan harga yang tidak
merugikannya
iii.

Situasi berlaku sorokan makanan atau memonopoli melalui cara

manipulasi pasaran untuk menaikkan harga. Ketika ini kerajaan berhak


memaksa penjual menjual dengan harga semasa, ataupun dengan harga
kos sebagai hukuman kerana memanipulasi pasaran
iv.

Situasi berlaku monopoli terhadap sumber makanan oleh satu pihak

sahaja, maka kerajaan boleh menentukan harga yang sesuai untuk dijual
oleh pihak yang memonopoli ini.
Pakar ekonomi Islam, Syaykh Islam Ibn Taymiyyah r.h., Jika sampai
kepada satu tahap yang tiada cara lain kecuali perlu kepada penentuan
harga

oleh

kerajaan,

maka

tentukanlah

harga

yang

adil

tanpa

memudaratkan dan melampau... (Ibn Taymiyyah, al-Hisbab fi al-Islam).


Islam tidak menggalakkan campur tangan dalam penentuan harga kerana
harga ialah diantara mekanisme pasaran, sebagaimana Islam tidak
membenarkan kerajaan campur tangan dalam mempengaruhi permintaan
dan penawaran. Namun begitu, dalam situasi kenaikan harga barang yang
tidak normal dan menjejaskan pasaran, kerajaan perlu juga campur
tangan terhadap mekanisme pasaran dengan cara terbaik.
3. Kerasionalan Campur Tangan Kerajaan Dalam Pasaran.
Kerajaan berfungsi sebagai perancang atau pengawas dalam sistem
pasaran untuk mengelakkan penipuan dan memberi perlindungan kepada
masyarakat. Beberapa bentuk campur tangan kerajaan:
1. Menyediakan barang awam
5

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

Pihak swasta tidak menyediakan barang awam kerana barang awam tidak
tertakluk kepada prinsip pengecualian dan penyediaan barang awam
lazimnya memerlukan kos yang tinggi. Kerajaan menggunakan hasil
kutipan cukai untuk membiayai kos penyediaan barang awam. Penyediaan
barang awam memerlukan kos yang besar dan tidak menguntungkan,
maka pihak kerajaan perlu menyediakan barang awam walaupun tidak
menguntungkan bagi tujuan kepentingan dan meningkatkan taraf serta
kebajikan masyarakat. Contohnya ialah hospital kerajaan dan sekolah
kerajaan.
2. Membaiki agihan pendapatan
Persaingan yang tidak adil dalam pasaran bebas menyebabkan jurang
agihan pendapatan besar antara golongan kaya dengan golongan yang
miskin. Kerajaan menggunakan sistem pencukaian dan subsidi untuk
mengagih

semula

pendapatan

itu.

pendapatan
Kerajaan

dan

mengecilkan

melaksanakan

dasar

jurang

perbezaan

untuk

membasmi

kemiskinan dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di kalangan


masyarakat.
3. Mengawal kuasa monopoli
Persaingan yang tidak sempurna dalam pasaran mewujudkan monopoli.
Mereka yang berkeupayaan dalam pengurusan organisasi akan menjadi
usahawan yang berjaya dan para peniaga yang kurang cekap akan
ketinggalan atau tersingkir dari pasaran akibat kegagalan mereka sendiri.
Sistem ekonomi Kapitalis menggalakkan keuntungan atau kepuasan yang
maksimum, membenarkan pemilikan harta tanpa had serta mengamalkan
sistem riba dan mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira hak asasi
orang lain. Oleh itu, Kerajaan perlu bertanggungjawab untuk mengawal
kuasa monopoli dan menggalakkan persaingan yang sihat dalam pasaran.
Kerajaan boleh menggalakkan kemasukan firma baru ke dalam pasaran
dengan menghapusan sekatan kemasukan baru dalam pasaran.
4. Menstabilkan tingkat harga

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

Permintaan dan penawaran yang sering berubah-ubah menyebabkan


kegiatan ekonomi sentiasa turun naik sehingga menimbulkan masalah
kestidakstabilan tingkat harga umum. Kerajaan campur tangan dalam
ekonomi melalui dasar fiskal dan dasar kewangan untuk menstabilkan
ekonomi.
4. Peranan Institusi Al-Hisbah Dalam Memastikan Kecekapan
Pasaran.
Institusi hisbah merupakan sebuah institusi yang pernah memainkan
peranan penting dalam negara Islam. Ia ialah institusi yang menjaga dan
mengawasi kemaslahatan umum masyarakat Islam termasuk kegiatan
politik, sosial dan ekonomi. Sehubungan itu, ada di kalangan ahli ilmuan
Islam mendefinisikan institusi hisbah sebagai satu badan pengawasan
yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengawasi kegiatan individu dalam
perkara yang berkaitan dengan akhlak, agama dan ekonomi (kehidupan
sosial secara umumnya) dengan tujuan mengekalkan keadilan dan
kemuliaan

sebagaimana

yang

dianjurkan

oleh

syariat

Islam

dan

bersesuaian pula dengan suasana persekitaran dan masa. Berikut adalah


antara peranan Institusi Al-Hisbah dalam memastikan kecekapan pasaran :
1. Memastikan barangan yang dipasarkan adalah halal dan
mematuhi kehendak syarak.
Ekonomi Islam mempunyai identitinya yang tersendiri. Ia bukanlah
semata-mata diasaskan bagi mendapat keuntungan tanpa mengambil kira
kesan sampingan terhadap agama dan mudarat yang mungkin timbul
kepada anggota masyarakat. Sehubungan ini, Islam menetapkan setiap
barangan yang dipasarkan hendaklah dipastikan halal dan bermanfaat
kepada pengguna. Barangan yang haram dan boleh mendatangkan
mudarat pula hendaklah ditegah daripada dijual kepada masyarakat.
Penjualan babi, arak atau minuman yang memabukkan; patung, salib dan
seumpamanya adalah diharamkan oleh Islam. Kebenaran

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

untuk

memperniagakan

barangan

ini

akan

memudahkan

manusia

melakukan maksiat dan melanggar perintah Allah SWT. Sabda Rasulullah


SAW bermaksud:
Sesungguhnya Allah SWT dan Rasul-Nya mengharamkan penjualan arak,
bangkai, babi dan patung berhala
Muhtasib dalam soal ini berkuasa mentadib dan mentakzirkan orangorang

yang

melakukan

kemungkaran

tersebut.

Ibn

al-

Ikhwah

menyebutkan bahawa takzir boleh dikenakan terhadap


orang yang mempamerkan arak dan alat-alat hiburan iaitu dengan
memusnahkan

arak

dan

alat-alat

hiburan

yang

dirampas

atau

menukarkannya menjadi alatan lain yang bermanfaat.


2. Membanteras penipuan, pembohongan, dan penyelewengan
pada barangan dan harga
Penipuan dan pembohongan merupakan perkara yang biasa berlaku dalam
kegiatan

ekonomi

sesebuah

masyarakat.

Oleh

sebab

itulah

Islam

memandang tinggi peniaga yang benar dan jujur dalam perniagaannya


serta menjanjikan azab terhadap segala jenis penipuan. Sabda Rasulullah
SAW bermaksud :
Penipuan di dalam neraka, maka sesiapa yang melakukan amalan yang
bukan dari arahan kami maka dia ditolak.
Antara bentuk penipuan dan pembohongan yang biasa dilakukan dalam
perniagaan ialah aktiviti jual beli al-najash iaitu peniaga membuat pakatan
dengan individu tertentu yang sebenarnya tidak mahu membeli barangan
tetapi beliau diminta untuk membuat tawar-menawar barangan dengan
harga yang tinggi, dengan harapan supaya pembeli-pembeli lain yang
mahu membeli barangan tersebut sanggup pula menawarkan harga yang
lebih tinggi bagi mendapatkannya.Termasuk dalam bentuk perbuatan alnajash

ialah

perbuatan

penjual

itu

sendiri

yang

menipu

dengan

memberitahu harga belian yang lebih tinggi daripada harga sebenar yang
dibelinya supaya dengan itu keuntungan yang diperoleh juga lebih tinggi.
Bentuk

penipuan

lain

ialah

tindakan

sesetengah

peniaga

yang

mempamerkan barangan yang masih elok dan menyembunyikan barang


8

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

yang rosak atau aib sehingga menyebabkan pembeli tertipu dan


membayar harga yang tidak sepadan dengan nilai barangan. Penipuan
pada timbangan dan sukatan juga merupakan antara bentuk penipuan
yang kerap berlaku. Oleh itu, ayat-ayat al-Quran banyak menyentuh soal
mencukupkan

timbangan

dan

sukatan

serta

mencela

orang

yang

mengurangkannya. Firman Allah SWT:


Dan betulkanlah cara menimbang itu Dengan adil, serta janganlah kamu
mengurangi barang Yang ditimbang. (Surah al-Rahman, ayat 9)
Para muhtasib juga diberi kuasa untuk memeriksa dan menguji alat
timbangan, sukatan dan ukuran yang digunakan bahkan mereka juga
berhak untuk memeriksa dan mengawasi kedai-kedai yang menjual alatan
tersebut dan memastikan pembuatannya mematuhi piawaian yang
ditetapkan.

Mereka

juga

berhak

menghukum

para

peniaga

yang

melakukan penipuan mengikut kesesuaian dan tahap penipuan yang


dilakukan.
3. Mencegah urus niaga yang melibatkan unsur riba
Riba

membawa

maksud

bertambah,

berkembang,

naik,

bengkak

membesar dan tanah tinggi. Istilah syarak pula menurut Mustafa Hj Daud
sesuatu perniagaan itu dikatakan terlibat engan riba apabila berlaku halhal berikut:
a. Jual beli riba, iaitu akad terhadap jual beli yang tidak diketahui
persamaannya pada timbangan atau sukatan yang diakui syarak dan
berlaku padanya lebihan secara tidak adil.
b. Pertukaran mata wang atau barang jenis riba, iaitu menangguhkan
penyerahan salah satu barang yang dijual beli dan kerana penangguhan
itu maka tambahan atau lebihan dikenakan sama ada pada matawang
atau barangan.
c. Hutang, iaitu bayaran yang lebih daripada wang yang dipinjammengikut
perjanjian yang disyaratkan terlebih dahulu.
Hukum riba amat jelas kedudukannya dalam Islam. Firman Allah SWT :

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI







Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul
melainkan

seperti

berdirinya

orang

Yang

dirasuk

Syaitan

Dengan

terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah


disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu
sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli
(berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai
kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari
mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum
pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah
kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil
riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.(Surah alBaqarah, ayat 275)
Dalam bidang perniagaan Islam menetapkan setiap urus niaga mestilah
bebas daripada unsur riba. Seseorang penjual boleh menetapkan satu
harga barangan pada satu masa menggunakan
kaedah berikut :
Apabila seseorang penjual meletakkan harga barangan pada satu masa
dengan harga lebih tinggi jika dibuat secara bertempoh (hutang) dan
dengan harga lebih murah jika dibuat secara tunai. Urus niaga yang
diamalkan seperti ini berbentuk riba. Urus niaga riba juga wujud apabila
berlakunya

pertukaran

barangan

yang

serupa

tetapi

tidak

sama

kuantitinya yang dikenali sebagai riba al-fadl.


Muhtasib selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap perniagaan di
pasar hendaklah memantau dan mencegah setiap urus niaga yang
melibatkan

riba.

Mereka

diberi

kuasa
10

untuk

menghukum

para

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

pengamalnya sekiranya didapati bersalah kerana ia merupakan perkara


mungkar yang wajib dicegah.
4. Memerangi perbuatan ihtikar
Ihtikar bermaksud aniaya, zalim dan menimbun barang. Dari segi istilah
pula, berbagai-bagai definisi telah dikemukakan oleh para fuqaha:
Sesetengah fuqaha yang mengehadkan ihtikar hanya pada makanan
semata-mata

seperti

Shafieyyah

mendefinisikannya

ihtikar

sebagai

pembelian makanan semasa harga naik dan menyimpannya untuk dijual


dengan harga yang lebih tinggi dan menyusahkan orang ramai. Hanabilah
pula mengatakan ihtikar ialah pembelian makanan dan menyimpannya
untuk menunggu harga naik. Sesetengah fuqaha yang tidak mengehadkan
ihtikar

hanya

berlaku

pada

makanan

seperti

Hanafiyyah

mendefinisikannya sebagai pembelian makanan selain tujuan menahan


sehingga harga barangan melambung tinggi. Malikiyyah pula mengatakan
ihtikar ialah mengikuti perkembangan pasaran dengan tujuan menaikkan
harga.
Sungguhpun para fuqaha berbeza pendapat tentang definisi ihtikar tetapi
mereka telah sepakat mengharamkan perbuatan ihtikar dan pelakunya.
Mereka bersandarkan dalil yang sahih daripada hadis Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW:


Maksudnya:
Pembawa barangan akan diberi rezeki, manakala penimbun akan dilaknat.
Muhtasib

juga

boleh

memaksa

muhtakir

diihtikarkannya dengan harga pasaran


memerlukan.

Contohnya,

muhtasib

menjual

barangan

yang

kepada orang ramai yang

berhak

memaksa

sesiapa

yang

mempunyai simpanan makanan yang berlebihan supaya menjualnya


kepada orang ramai ketika berlaku kebuluran atau bencana. Begitu juga
ketika berlaku peperangan, muhtasib boleh memaksa penjual senjata
menjualnya dengan harga pasaran.
5. Kesimpulan.
11

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

Ekonomi Islam mempunyai misi yang jelas iaitu untuk membawa kebajikan
kepada manusia dan berusaha untuk menjauhkan manusia dari sebarang
keburukan melalui langkah-langkah pencegahan dan pembaikan. Ia
mengajar manusia mengenai pengertian kepatuhan, keikhlasan dan
ibadah supaya manusia mendapat kebaikan dalam setiap aktiviti ekonomi
yang

dilakukan

meningkatkan

melalui
ekonomi

peranan
dan

Institusi

mengelakkan

Al-Hisbah
daripada

yang

dapat

berlakunya

penyelewengan didalam pasaran berdasarkan kepada syariat yang dibawa


oleh Rasulullah S.A.W. Ternyata sekali institusi ini telah menonjolkan
keadilan sistem pentadbiran Islam dan membuktikan politik Islam adalah
sebaik-baiknya dalam membawa kemakmuran sejagat. Hisbah merupakan
sistem yang berkembang dalam masyarakat Islam untuk memelihara
kepentingan umum.
Syariah juga jelas menunjukkan Islam tidak membenarkan campur tangan
kerajaan yang keterlaluan terhadap mekanisme pasaran. Namun, hal ini
tidak bererti kerajaan tidak mencampuri urusan pembinaan struktur
pasaran serta pengawalseliaan terhadap perjalanan mekanisme pasaran.
Struktur pasaran perlu dipastikan agar wujudnya ketelusan maklumat,
tidak berlaku penipuan, penindasan, manipulasi kejahilan masyarakat dan
seumpamanya. Struktur pasaran yang baik inilah yang wajar dibiarkan
bergerak sendiri berasaskan rezeki yang akan dikurniakan oleh Allah
S.W.T, tetapi pada masa yang sama pemantauan dan pengawalseliaan
diperlukan untuk memastikan pergerakannya berjalan atas undangundang yang dikuatkuasakan.
Terdapat banyak cabaran yang harus dilalui oleh para cendikiawan Islam
untuk mengembangkan dan memantapkan ilmu ekonomi Islam. Setelah
menjadi mantap ia harus pula diyakinkan kepada penggunanya, iaitu
individu, negara dan masyarakat Islam. Cabaran yang amat nyata di sini
ialah ekonomi konvensional itu sendiri telah berakar umbi dikalangan
individu dan negara, Islam dan bukan Islam, dan diamalkan secara meluas
dan

menyeluruh,

walaupun

terdapat

beberapa

kelemahan

dalam

perlaksanaannya. Islamisasi yang menyeluruh hendaklah dilakukan ke


atasnya.
12

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

(2689 patah perkataan)

Rujukan
Afzalul al-Rahman (1992). Doktrin Ekonomi Islam. Terjemahan oleh
Mustafa Kasim.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jomo K. Sundram (1996). Alternatif Ekonomi Islam. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan
Pustaka.
Leonard S. Silk (1980).

Ekonomi Kini : Prinsip dan Persoalan.

Kuala

Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Muhammad

Abd.

Manan

(1989).

Ekonomi

Islam:

Teori

&

Praktis.

Kuala Lumpur: A. S
Noordeen h.
Muhammad Nejatullah Siddiqi (1992),

The Economic Enterprise In

Islam. Lahore:
Islamic Publications Ltd.
Radiah Abdul Kadir (2001). Ekonomi Islam. Kuala Lumpur: Univision
Press Sdn. Bhd.
Zakariah A. Rashid (1982). Ekonomi Mikro-teori dan Amalan. Kuala
Lumpur: Nurin
Enterprise.
Suheri (2012). Prinsip-prinsip Ekonomi Islam. Diperolehi pada 10 Mac 2015
daripada :
https://suherilbs.wordpress.com/ekonomi-mikro/ekonomi-makro/
Syafii (2013). Prinsip Ekonomi Islam. Diperolehi pada 11 Mac 2015
daripada :http://
syafiielsikha.blogspot.com/2013/11/prinsip-ekonomi-islam.html

13

ABSE2103 PRINSIP EKONOMI

Mohd Shah (2002). Institusi Al-Hisbah. Dipeolehi pada 11 Mac 2015


daripada: http://ir.uitm.
edu. my/ 2491/1/MOHD_SHAH_RAZALI_02_24.pdf
Mohamad Ezam Mohd Nor (2010). Penghayatan Prinsip Hisbah dan Urus
Tadbir yang Baik
di

Malaysia.

Diperolehi

pada

11

Mac

2015

daripada

:https://dppwp.wordpress.com/usrah/penghayatan-prinsip-hisbahdan-urus-tadbir-yang-baik-di-malaysia/

14

También podría gustarte