Está en la página 1de 1

Karangan peribahasa "Seperti Kacang Lupakan Kulit"

Ali merupakan seorang budak yang rajin bekerja dan berusaha. Ali berkawan baik dengan seorang
petani muda yang bernama Mat. Mat ialah anak kepada Pak Abu yang menjaga Ali sejak dari kecil lagi. Ibu
bapa Ali sudah lama meninggal dunia setelah terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya. Jadi, Ali
dipelihara oleh Pak Abu kawan baik ayahnya.
Suatu hari, Ali menceritakan cita-citanya kepada Pak Abu yang dianggapnya sebagai ayah kandung.
Ali memberitahu bahawa dia telah diterima menyanyi di syarikat rakaman. Oleh kerana Ali merupakan
penyanyi baru, syarikat tersebut tidak mahu mengeluarkan modal untuknya. Dia memerlukan RM100,00
untuk membuat albumnya. Pak Abu yang menganggap Ali sebagai anak kandung bersetuju menjual tanah
dan meminjam duit demi mencapai impian Ali.
Ali berjaya membuat album dan mendapat sambutan ynag baik. Ali kemudian mengabil keputusan
berhijrah ke bandar dan bekerja di sebuah syarikat rakaman. Ali menjadi kaya dan terkenal. Ali yang
dulunya peramah menjadi sombong dan angkuh dengan kejayaannya.
Selepas beberapa tahun, Ali berkahwin dengan anak seorang ahli korporat terkenal. Ali juga berjaya
membuka syarikat rakamannya sendiri. Pada suatu hari, semasa Ali balik dari membuat persembahan dia
terserempak dengan seorang lelaki ynag berpakaian lusuh. Lelaki itu mengaku dirinya, kawan baik Ali. Ali
yang sombong enggan mengaku lelaki itu sebagai kawannya, walaupun mengenali orang itu. Orang itu
ialah Mat anak Pak Abu. Mat berasa kecewa akan perbuatan Ali.
Beberapa tahun kemudian, Ali ditimpa kemalangan dan menjadi cacat. perniagaannya uga terpkasa
gulung tikar kerana tidak ada seorang artis pun yang sanggup membantu Ali. Isterinya meninggalkan Ali.
Suatu hari, Ali terbaca mengenai kejayaan Mat dalam perusahaan menternak ikan di dalam surat khabar.
Ali pn pergi menemuinya. Mat berasa sedih melihat keadaan Ali.
Sungguhpun Ali pernah mengkhianati Mat, Mat tidak berdendam. Ali meminta maaf kepada Mat
kerana sikapnya "seperti kacang lupakan kulit."

Sumber : http://nzm-lut10.blogspot.my/2014/07/karangan-peribahasa-seperti-kacang.html

También podría gustarte