Está en la página 1de 6

LARANGAN MENGAIBKAN SESAMA MUSLIM

(6 Mei 2011 / 2 Jamadil Akhir 1432)











.




Muslimin Yang Dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah kita tingkatkan
ketakwaan kepada Allah SWT, dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan
segala larangan-Nya. Sesungguhnya kebahagiaan dunia dan kesejahteraan akhirat
hanyalah ditentukan oleh iman dan takwa seseorang itu. Mimbar hari ini akan
membicarakan tajuk Larangan Mengaibkan Sesama Muslim
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Firman Allah SWT dalam surah An-Nur itu 19:

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan yang


buruk dalam kalangan orang yang beriman, mereka akan mendapat azab seksa yang
tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat, dan ingatlah! Allah mengetahui segala
perkara, sedangkan kamu tidak mengetahui yang demikian.
Ayat tersebut menyatakan kemurkaan Allah kepada golongan yang suka
memfitnah dan membuat tuduhan kepada orang lain. Islam melarang sama sekali
perbuatan tersebut, kerana boleh mencemarkan maruah. Islam menganjurkan kita
menegur dan menasihati kesalahan dan kesilapan saudara kita tanpa mendedahkan

aibnya. Ini adalah lebih baik daripada menyebarkan kesalahan orang, khasnya
penyebaran fitnah yang tidak jelas kebenarannya. Namun dalam masyarakat kita pada
hari ini, terdapat segelintir daripada kalangan kita yang gemar berjanji untuk menyimpan
rahsia keburukan saudaranya. Tetapi kemudiannya menceritakan kepada orang lain.
Jika setiap orang melakukan perkara yang sama, sudah pasti berita tersebut akan
tersebar dan diketahui oIeh orang ramai.
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Ulama Tafsir menyatakan, ayat tersebut diturunkan untuk menempelak golongan yang
cuba memfitnah Saidatina Aisyah Radhiallahu Anha. Kisah tersebut berlaku ketika Nabi
dan rombongannya dalam perjalanan pulang ke Madinah setelah selesai daripada
peperangan. Rombongan Nabi telah singgah di suatu tempat untuk berehat, sebelum
meneruskan perjalanan. Ketika rehat, Aisyah keluar untuk mencari tempat qada hajat
dengan tanpa disedari oIeh Rasulullah atau sahabat-sahabat yang lain. Akhirnya beliau
tertinggal dan dibawa pulang oIeh seorang sahabat.
Kepulangan Saidatina Aisyah dengan diiringi oIeh Safwan bin Al-Muatthal telah
menggembirakan golongan munafiqin. Mereka merasakan ini adalah peluang terbaik
untuk mencemarkan kemuliaan Nabi dan maruah baginda. Mereka terus menanam
jarum-jarum fitnah dengan menyebarkan tohmahan bahawa Safwan telah melakukan
sesuatu yang tidak baik dengan isteri Rasulullah SAW. Racun-racun fitnah tersebut telah
meresap dalam masyarakat sehingga keadaan menjadi kecoh dengan setiap orang
menceritakan berita atau isu yang sama.
Allah menempelak perbuatan menyebarkan fitnah ini dalam surah An-Nur ayat 14 -15





yang bermaksud:
Sekiranya tidak ada kurniaan Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan
akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar kerana perbicaraan kamu tentang berita
bohong itu. Ingatlah pada waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut
dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui dan kamu
menganggap ianya suatu yang ringan sahaja, padahal di sisi Allah adalah besar.
Mengapa kamu tidak berkata pada waktu mendengar berita bohong itu? Sekali-kali tidak

harus bagi kita memperkatakan hal ini. Maha suci Engkau (Ya Tuhan kami) ini adalah
pendustaan yang besar.
Sidang Jumaat yang dimuliakan,
Hadis-hadis Rasulullah SAW banyak menceritakan mengenai perintah atau galakan
menyembunyikan keaiban saudara seIslam yang lain. Antaranya, hadis riwayat Imam
Muslim, bahawa Nabi SAW bersabda:
"Seorang muslim yang menutup keaiban orang lain, maka Allah akan menutup
keaibannya pada hari Kiamat".
Hadis ini menceritakan kelebihan bagi sesiapa yang menutup keaiban saudaranya,
maka Allah akan menutup keaibannya pada hari Kiamat.
Perhatikan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oIeh Imam Al-Bukhari dan Muslim
yang bermaksud:
"Setiap umatku dimaafkan melainkan orang yang terang-terangan dan menunjuk-nunjuk
dalam melakukan kemaksiatan yakni Al-Mujaharah. Dan sesungguhnya termasuk AlMujaharah ini ialah orang yang berbangga melakukan kejahatan pada malam hari,
kemudian pada waktu paginya Allah menyembunyikan keaibannya tetapi dia pula
menceritakan kepada orang lain dengan berkata: "Ya fulan! Aku melakukan perbuatan
ini dan itu semalam", padahal ketika dia tidur pada waktu malamnya Allah telah menutup
keaibannya tetapi pada keesokannya dia mendedahkan apa yang telah ditutup oIeh
Allah SWT.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Larangan dan tegahan Islam tentang perkara yang mengaibkan sesama Islam ini,
adalah demi menjaga hubungan silaturrahim dan perpaduan sesama mereka. Musuhmusuh Islam akan bergembira apabila melihat umat Islam benci membenci sesama
mereka, hina-menghina, aib-mengaib dan fitnah-memfitnah. Golongan yang dalam
hatinya ada perasaan benci dan hasad kepada saudara seIslamnya merupakan
golongan yang ada dalam dirinya sifat-sifat munafik. Tidak ada perkara yang tidak boleh
diselesaikan dalam Islam. Islam menganjurkan perbincangan dan pertemuan bagi
menyelesaikan sebarang pertelingkahan dan pergeseran. Mengaibkan saudara seIslam
yang lain, tanpa bukti dan fakta yang tepat merupakan satu jenayah yang sangat besar
kepada perpaduan Islam. Umat Islam sewajarnya melupakan pergeseran yang bersifat

peribadi dan meletakkan kepentingan dan perpaduan ummah lebih daripada segalagalanya.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN
Pengajaran yang dapat dirumuskan daripada khutbah kita pada hari ini ialah:
Pertama: Kehidupan bermasyarakat dan bernegara hendaklah berlandaskan nilai-nilai
akhlak dan nilai budaya yang bertamadun.
Kedua: Umat Islam perlu membina masyarakat dan negara berdasarkan nilai dan ajaran
Al-Quran yang luhur.
Ketiga: Nama baik seseorang muslim serta kehormatannya perlu dilindungi sesuai
dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.
Keempat: Orang atau kumpulan yang menggunakan cara mengaibkan lawan seperti
menculik, mengugut, melakukan rasuah, memfitnah dan sebagainya adalah melakukan
perkara yang diharamkan oIeh Allah SWT. Golongan berkenaan pasti menerima padah
dan akan dicampak oleh Allah ke dalam api neraka.
Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT di dalam Surah Al-Buruj ayat 10:
















Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah dan bahaya
kepada orang-orang yang mukmin sama ada lelaki atau perempuan kemudian mereka
tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka jahannam dan mereka akan
beroleh azab neraka yang kuat membakar".








.


.




.
.

Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. atas segala nikmat dan rahmatNya
yang telah memberikan kita kesempatan hidup di negeri ini dalam suasana aman damai
dan dipermudahkan segala urusan harian kita. Semoga dengan pemberian nikmat dan
rahmat daripada Allah S.W.T. ini menjadikan kita hamba yang dikasihi Allah dan dalam
masa yang sama menjadikan kita hamba yang bersyukur kepada-Nya. Allah s.w.t
berfirman dalam surah Ibrahim, ayat 7 :
!Maksudnya : Dan (ingatlah) tatkala tuhan kamu memberitahu : Demi sesungguhnya
Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi
sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.. Allah
s.w.t. berfirman :

Wahai sidang Jumaat sekalian! Marilah kita bersama-sama membanyakkan selawat ke


atas baginda nabi s.a.w. Barangsiapa berselawat ke atas baginda satu kali, maka Allah
membalasnya dengan pengampunan dan rahmatNya sebanyak 10 kali.



.

. .
! .
!
!

.
!

.
.


.
!


. ...

También podría gustarte