Está en la página 1de 20

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan telah didirikan pada tahun 1878

apabila Pemekrisa Jentera yang pertama dilantik. Selepas itu, jabatan ini dikenali
sebagai Jabatan Jentera sehingga tahun 1970. Nama jabatan ini kemudian ditukar
kepada Jabatan Kilang dan Jentera (JKJ). Dengan terwartanya Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan pada tahun 1994, jabatan ini sekali lagi mengubah nama
kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). JKKP kini
merupakan agensi kerajaan utama yang berfingsi memastikan keselamatan,
kesihatan dan kesejahteraan pekerja semasa bekerja.
Untuk mencapai matlamat yang dinyatakan di atas, JKKP melaksanakan tiga
aktiviti penting iaitu perumusan piawaian, penguatkuasaan dan penggalakan. JKKP
dari semasa ke semasa akan menggubal peraturan, kod amalan dan garis panduan
yang berkaitan, untuk membimbing para majikan dan pekerja. Bagi memastikan agar
segala perundangan dan kod amalan yang digubal itu dipatuhi, Jabatan ini
menjalankan aktiviti penguatkuasaan dengan berkesan. Untuk tujuan ini, JKKP
mempunyai pejabat cawangan di setiap negeri kecuali negeri Perlis. JKKP juga
menjalankanaktiviti penggalakan dengan memberi ceramah dan menganjurkan
pameran serta kempen keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Tujuannya
ialah meningkatkan kesedaran majikan, pekerja dan masyarakat mengenai
pentingnya KKP dan untuk mewujudkan satu budaya kerja yang selamat dan sihat.

Objektif JKKP
Penubuhan JKKP mempunyai 3 objektif utama iaitu:
1. Menggubal da mengkaji dari masa ke semasa melalui proses tripartisme
dasar, undang-undang, tata-amalan dan garis panduan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan pekerjaan, sebagai asas memastikaan keselamatan
dan kesihatan semasa bekerja.
2. Menjalankan kegiataan penguatkuasaan dan galakan supaya majikan, pereka
bentuk dan pembekal, pengimport dan pekerja sentiasa mengamalkan
budaya kerja yang selamat dan sihat, dan sentiasa mematuhi kehendak
undang-undang, tata-amalan dan garis panduan yang sedia ada.
3. Membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan galakan, latihan,
penyebaran maklumat dan penyelidikan untuk agensi kerajaan dan bukan
kerajaan IPT, persatuan-persatuan majiakn, pekerja dan professional dalam
usaha untuk meningkatkan lagi taraf keselamatan, kesihatan dan kebajikan
pekerja.

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk
menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya
dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya.
Pihak pengurusan dan pekerja akan sama-sama berusaha untuk mencapai
matlamat dan objektif-objektif dasar ini melalui rundingan dan kerjasama.
Khususnya, dasar Jabatan ialah:

Untuk menyedia dan menyenggarakan suatu tempat dan sistem kerja yang

selamat dan sihat;


Untuk mempastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan,
latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat

dan tanpa risiko kepada kesihatan;


Untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian
berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk mempastikan kejadiankejadian tersebut tidak berulang lagi;

Untuk mematuhi kehendak-kehendak perundangan dan lain-lain keperluan


mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan

tataamalan yang diluluskan;


Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja; dan
Untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu.
Jabatan ini juga yakin bahawa keselamatan dan kesihatan yang dipertingkatkan

secara berterusan mestilah diintegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian kita, dan


penggunaan cara kerja selamat dan sihat adalah faktor utama ke arah mempastikan
kejayaan misi jabatan ini.

Perundangan JKKP
Peraturan-peraturan di bawah Akta Keselamatan dan kesihatan Pekerjaan 1994
(Akta 514) telah mendapat kelulusan Parlimen pada tahun 1963 dan di wartakan
pada Febrauri 1994. Dengan kelulusan akta ini, mulai April 1994 Jabatan Kilang dan
Jentera dikenali Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sementara
sementara pengawai Pemeriksa dikenali sebagai Pengawai Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan.
Di bawah akta ini sector-sektor industry yang terlibat adalah seperti berikut:
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.

Pengilangan
Perlombongan dan pengujian
Pembinaan
Pertanian, perhutanan dan perikanan
Kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan
Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi
Perdaganganborong dan runcit
Hotel dan restoran
Kewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatan perniagaan
Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun

Perkhidmatan
Perkhidmatan

JKKP merujuk

ditunjukkan dalam Rajah 1.0

kepada

aktiviti-aktiviti

utama

jabatan

seperti

a. Penyediaan Piawai (Standard)

Perkhidmatan
JKKP

Penyediaan
Piawai

Penguatkuasaan

Promosi &
Publisiti

Menjadi Urussetia
Majlis Negara
Bagi Keselamatan
dan Kesihatan
Pekerjaan

Rajah 1.0 : Perkhidmatan JKKP


i.

Kajian Dasar
Dari semasa ke semasa, JKKP akan menjalankan kajian ke atas dasra
dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang seida ada untuk
meninjau sejauhmana dasar-dasar tersebut telah mencapai tujuan asal
yang dirangkakan. Dasar-dasar tesebut, jika didapat perlu akan dipinda
mengikut kehendak dan keadaan semasa supaya mencapai matlamat
untuk mewujudkan budaya kerja selamat dan sihat di kalangan semua

ii.

majikan dan pekerja melalui pendekatan pengaturan-diri.


Pengubalan Peraturan, Garis Panduan dan Kod Amalan Industri Baru
Untuk membatu pihak industry menyempurnakan tanggungjwab am
mereka dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti yang
dikehendaki oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994,
Jabatan ini telah dan sedang menggubal dan meminda peraturanperaturan yang sedia ada dalam proses menyediakan peraturan-

peraturan, garis-garis panduan dan kod amalan industri yang baru.


b. Penguatkuasaan
JKKP bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan pekerja serta melindungi orang lain daripada bahaya yang
berpunca daripada aktiviti-aktiviti pekerjaan. JKKP menjalankan aktiviti
penguatkuasaan ke atas industry-industri yang diliputi oleh Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta Kiliang dan Jentera 1967 dan
sebahagian daripada Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984,
iaitu yang berkaitan dengan penghantaran, penstoran dan penyelenggaran.

Aktiviti-aktiviti penguatkuasaan yang dijalnkan oleh JKKP ditunjukkan dalam


Jadual 1.1 seperti berikut
Aktiviti
Kelulusan

Penerangan
Mengeluarkan kelulusan dan kebenaran bagi reka
bentuk dan prosedur membaik pulih dandang atau
enjin stim, pengandung tekanan tak berapi dan mesin

Pendaftaran
Pengiktirafan

angkat
Mendaftarkan kilang dan jentera
Persijilan diberi kepada pekerja yang berkebolehan
dalam

bidang

pengendalian

dandang

stim,

pemasangan dan penyelenggaran lif penumpang,


mengawal kadar bising dan habuk, pemeriksaaan dan
pengujian system pengalihudaraan ekzos setempat,
kerja kimpalan ke atas jentera-jentera teretntu dan
Pemeriksaan

penyedian laporan keselamatan.


Melaksanakan
pemekrisaan-pemeriksaan

awal

ulangan, tambahan atau khas ke atas dandangdandang stim, pengandung-pengandung tekanan tak
berapi, mesin-mesin angkat, premis-premis kilang dan
Siasatan
kemalangan

tempat-tempat kerja yang lain


Penyiasatan ke atas kemalangan dan penyakit
dan perusahaan

aduan
Jadual 1.0 : Aktiviti Penguatkuasaan JKKP
c. Promosi dan pubsiti
Bagi meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan di
kalangan majikan dan pekerja, JKKP berusaha untuk memberi penerangan
dan tunjuk ajar supaya semua perundangan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan dapat dipatuhi. Sebagai rakan kongsi dalam melaksanakan dasar
Persyarikatan Malaysia, JKKP berpendapat bahawa semua pelanggan JKKP
perlu diberikan maklumat yang secukupnya mengenai bidang keselamatan
dan kesihatan pekerjaan. Oleh itu, pelbagai aktiviti promosi dan publisiti
dilaksanakan untuk menyebarkan maklumat keselamatan dan kesihatan.
Antara aktiviti dan usaha promosi dan publisiti yang telah dijalnkan oleh JKKP
adalah :

Memberikan ceramah dan penerangan serta latihan yang berkaitan

dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;


Menganjurkan kempen dan pameran yang berkaitan dengan keselamatan

dan kesihatan pekerjaan;


Memberikan khidmat kepakaran berkaitan dengan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan kepada agensi awam, swasta, persatuan majikan dan

pekerja, dan juga kumpulan profesional; dan


Mengumpulkan dan menyediakan maklumat yang berkaitan dengan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk rujukan, pinjaman, dan
sebaran.

d. Menjadi Urusetia Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 memberi kuasa kepada
Mentei Sumber Manusia untuk menubuhkan sebuah majlis yang dinamakan
Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Majlis ini akan
membeincang, mengkaji dan menyiasat melalui proses tripartisme mengenal
peraturan

keselamatan

dan

kesihatan

pekerjaan.

Ia

juga

boleh

mengemukakakn syor-syor kepada menteri mengenai perkara-perkara yang


selaras dengan tujuan-tujuan. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
bagi memperbaiki tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di semua
sekotr industry. Seorang pengawai kanan JKKP telah dilantik sebagai
Setiausaha kepada Majlis tersebut.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Majlis adalah seperti
mengadakan

kempen

keselamatan

dan

kesihatan

di

tempat

kerja,

mengadakan lawatan ke tempat kerja, menjalankan aktiviti promosi di


televisyen, radio dan media massa yang lain. Di samping itu, majlis juga
mengadakan anugerah keselamatan dan kesihatan setiap tahun kepada
majikan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pengurusan
keselamatan dan kesihatan. Anugerah juga diberikan kepada tokoh
keselamatan dan kesihatan pekerjeaan sempena dengan kempen yang
diadakan setiap dua tahun.

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH)


Pengenalan
NIOSH di tubuhkan di Malaysia pada tarikh 1 Disember 1992 sebagai kumpulan dari
pelbagai pihak bagi menjaga keselamatan dan kesihatan pekerjadi tempat kerja, di
bawah Kementerian Sumber Manusia.
NIOSH pada awalnya ia bermula sebagai sebuah syarikat berdaftar pada tahun
1965. Lembaga Pengarah NIOSH terdiri daripada 15 ahli Dewan, 10 yang
dilantikolah kerajaan, selebihnya dipilih oleh ahli NIOSH dalam Mesyuarat Tahunan.
Ditubuhkan dengan Grant RM1 juta Pelancaran daripada Kerajaan denganRM50
juta Endowment Fund (RM40 juta dari Pertubuhan Jaminan Sosial (SOCSO)
Malaysia dan 10 juta dari Kerajaan Malaysia). Yang mana akan dilaburkan dan
kembalinya pelaburan tersebut, akan digunakan untuk membiayai sebahagian
operasi dan aktiviti yang dijalankan oleh NIOSH.
Peranan dan Tanggungjawab
NIOSH komited bagi memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat dan sihat
untuk semua pekerja dan orang lain yang terlibat atau yang menerima kesan
daripada operasinya dengan mengambil kira keperluan statutory serta piawaian
Negara dan antarabangsa dan tata amalan yang berkaitan.
Pelaksaan

dan

keberkesanan

polisi

ini

merupakan

tanggungjawab

pengurusan jaluran serta penyertaan dan penglibatan semua pekerja dan NIOSH
akan memastikan bahawa sumber yang mencukupi, latihan dan masa juga
diperuntukkan.
Aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan akan diberikan keutamaan
yang sama dengan objektif utama yang lain. Sistem dan program pengurusan
Keselamatan

dan

Kesihatan

akan

sentiasa

disemak

untuk

memastikan

penambahbaikan yang berterusan.


Pendekatan kemanusiaan akan digunakan oleh NIOSH untuk memupuk
budaya kerja yang selamat dan sihat, iaitu majikan dan pekerja hendaklah berkongsi
tanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih baik.

Hubungan dengan Institusi Pendidikan


Tujuan pada hasil menyelesaikan program yang dianjurkan oleh NIOSH adalah
pelajar akan dapat :

Memahami landasan teori dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran


yang diperlukan untuk secara efektif mengelola isu-isu keselamatan dan

kesihatan dalam organisasi.


Memperoleh pemahaman yang mendalam dan kompetensi dalam amalan-

amalan keselamatan dan kesihatan.


Mendemonstrasikan pengetahuan asas perundangan berkaitan berkenaan

dengan peraturan keselamatan dan kesihatan.


Menunjukkan peranan dan fungsi keselamatan dan profesional kesihatan dan

nilai pendekatan pasukan untuk keselamatan dan amalan kesihatan;


Mengembangkan diperlukan saintifik, kemahiran teknikal yang berkaitan dengan

analisis, penilaian dan tafsiran data.


Menunjukkan pendekatan komunikasi yang berkesan dan kemahiran dalam
bidang keselamatan dan kesihatan

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Manusia (NIOSH) berjanji akan


sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan produktiviti berorientasi pelanggan
seperti berikut
a. Kursus dan Latihan
Latihan merupakan bahagian integral dari Keselamatan & Kesihatan
(Keselamatan dan Kesihatan Kerja). Untuk memastikan kejayaan dari setiap
program Keselamatan dan Kesihatan Kerja di tempat kerja, dan berkesan
latihan yang mencukupi perlu dilaksanakan bagi seluruh mereka yang
bertanggung jawab untuk Keselamatan dan Kesihatan Kerja. Latihan
membolehkan pengurus, penyelia dan pekerja untuk memahami cara kerja
sistem pengurusan keselamatan dan pematuhan undang-undang yang
diperlukan. Mereka kemudian akan memahami tanggung jawab mereka
sendiri dan tindakan yang perlu dilakukan untuk meningkatkan keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja masing-masing.
Memastikan pengesahan kursus yang akan dijalankan dimaklumkan

kepada peserta dalam tempoh dua minggu sebelum kursus bermula


Memastikan pendaftaran peserta pada hari Kursus dijalankan 30 minit
sebelum kursus bermula.

Memastikan prasarana latihan dan semua keperluan serta peralatan


latihan berfungsi dengan baik dan dalam keadaan siap sedia untuk

digunakan dalam tempoh 1 hari sebelum kursus bermula.


Memastikan pengeluaran resit pembayaran dibuat dalam tempoh lima
hari bekerja dari tarikh bayaran diterima.

b. Khidmat Rundingan
Penyebaran maklumat merupakan salah satu fungsi dalam NIOSH yang telah
menjadi diperlukan oleh industri Malaysia. Secara tidak langsung ini
menunjukkan peningkatan tahap kesedaran dalam Keselamatan dan
Kesihatan Kerja di antara pengusaha, pekerja dan institusi pendidikan tinggi.
Pembangunan infrastruktur dan perisian teknologi maklumat tersebut antara
unsur-unsur utama dari menyebarkan maklumat kepada industri serta
masyarakat secara keseluruhan.
NIOSH juga mengatur dan menyertai dalam pelbagai pameran,
seminar dan persidangan yang diadakan kebangsaan serta memberikan
nasihat dan menyokong industri dalam keselamatan mereka dan aktiviti
kempen kesihatan. Sebagai maklumat penting dalam mewujudkan tujuan dari
persekitaran kerja yang sihat dan selamat, NIOSH aktif melakukan kegiatan
Diseminasi Maklumat untuk menjangkau awam dengan harapan untuk
menanamkan budaya kerja yang sihat dan selamat.
Memastikan sebut harga diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh
lima hari bekerja selepas perbincangan bersama pelanggan. Memastikan
laporan akhir diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh selewat-lewatnya
enam minggu selepas tarikh draf laporan dipersetujui oleh pelanggan.

c. Pasport Keselamatan
- Memastikan Kad Passport Keselamatan NIOSH dikeluarkan dalam tempoh
tiga hari bekerja dari tarikh penilaian.
d. Peperiksaan dan Penilaian
- Memastikan keputusan peperiksaan diumumkan dalam tempoh enam minggu
-

dari tarikh peperiksaan


Memastikan sijil kehadiran dikeluarkan dalam tempoh tiga minggu dari tarikh
kursus

e. Pertanyaan dan Aduan


- Memberi maklum balas terhadap setiap pertanyaan dan aduan pelanggan
dalam tempoh dua hari bekerja.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)


Pengenalan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai Jabatan
Kerajaan pada 1 Januari 1971 bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial
Pekerja,1969 dankemudian menjadi sebuah Badan Berkanun mulai 1 Julai 1985.
Mulai 1 Januari 1992 PERKESO telah diasingkan daripada Sistem Saraan
Baru Kerajaan dan Sistem Saraan Baru PERKESO telah diperkenalkan. PERKESO
mentadbirkan skimkeselamatan sosial yang memberi perlindungan kepada para
pekerja terhadap beberapa kejadian luar jangka seperti bencana pekerjaan
termasuk kemalangan semasaperjalanan, keilatan dan kematian.
Objektif skim keselamatan sosial adalah untuk menjamin pembayaran faedah
kepada pekerja dan tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka kepada
pekerja itu.Perkhidmatan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan vokasional
juga disediakan di samping mengambil langkah mencegah kejadian kemalangan
dan meningkatkankeselamatan pekerjaan. Kemudahan pemulihan bertujuan untuk
membolehkan pekerja terbencana kembali bertugas secepat mungkin.

Misi PERKESO
PERKESO adalah komited untuk memastikan keselamatan sosial dan ekonomi
kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja serta tanggungan mereka menerusi
Prinsip Insurans Keselamatan Sosial

Menyediakan perkhidmatan yang cepat, berkualiti serta cekap dan pada kos
yang paling ekonomik (cost-effectiveness) dengan menggunakan teknologi

canggih serta pembangunan sumbermanusia.


Mengkaji struktur faedah yang disediakan dari semasa ke semasa berdasarkan

kepada kemampuan kewangan dan cara serta sistem pemberian faedah.


Seboleh-bolehnya tanpa memerlukan kadar caruman dinaikkan tetapi sebaliknya
usaha-usaha diambil untuk memelihara serta meneguhkan lagi kumpulanwang
PERKESO melalui pengurusankewangan dan pelaburan yang baik.

Memupuk serta menggalakkan kesihatan serta keselamatan pekerjaan di


kalangan pekerja/majikan.

Peranan dan Tanggungjawab

Memberi perkhidmatan yang Berkualiti, Adil, Tepat, Cepat dan Ekonomik kepada

pelanggannya.
Meningkatkan kemahiran serta kepakaran kakitangan PERKESO di samping

penggunaan teknologi canggih bagi meningkatkan perkhidmatannya.


Memelihara serta menguatkan kumpulan wang di bawah tanggungjawab

PERKESO supaya menjadi lebih teguh.


Menghayati nilai-nilai murni di kalangan kakitangan PERKESO.
Bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat dengan keselamatan sosial.

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


PERKESO beriltizam sebagai sebuah organisasi yang sihat dan selamat
berlunaskan prinsip bahawa keselamatan dan kesihatan adalah tanggungjawab
semua. Pengurusan serta kakitangan adalah beriltizam untuk membentuk dan
mengekalkan keselamatan dan kesihatan tempat kerja yang selesa ke arah
membendung kecederaan akibat pekerjaan di samping kerosakan hartabenda dan
nyawa.
Organisasi ini menjamin kejayaan dasar ini dengan :

Memperkembangkan program untuk melatih pekerja mengenai kesihatan dan

pencegahan kemalangan.
Menyemai hemah untuk mengawal tindakan individu yang akan memudaratkan

kesihatan dan keselamatannya serta orang lain.


Sentiasa merapati perubahan piawaian keselamatan dan kesihatan, tren serta

teknik.
Memeriksa secara kerap ke atas kemudahan-kemudahan pejabat untuk
mengenalpasti dan membetulkan apa-apa kelemahan dari segi keselamatan dan
kesihatan.

Mengulangkaji rancangan untuk loji baru atau yang dijangka, kemudahan


kelengkapan pejabat supaya terjamin rekabentuk, pembinaan, pemasangan

serta operasinya adalah mengikut peraturan-peraturan kerajaan.


Pengurusan adalah beriltizam untuk menjamin setiap orang dalam organisasi
memahami serta menerima yang dia mempunyai tugas dan tanggungjawab
terhadap keselamatan dan kesihatannya sendiri dan juga persekitarannya.

Pendaftaran
A. MAJIKAN UTAMA
Majikan yang mengambil pekerja secara terus untuk bekerja dengannya. Semua
pembayaran gaji dan urusan perkhidmatan diuruskan oleh majikan utama ini.
B. MAJIKAN LANGSUNG
Majikan yang wujud di bawah majikan utama untuk menjalankan sesuatu kerja
secara subkontrak. Majikan langsung berhak sepenuhnya kepada pekerja yang
diambilnya untuk bekerja.
C. TANGGUNGJAWAB MAJIKAN
Majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja atau lebih
dikehendaki mendaftar dan membayar caruman setiap bulan kepada PERKESO
mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969. Memastikan semua pekerja
yang diambil oleh majikan langsung telah didaftarkan dan caruman mereka
dibayar.
D. PENDAFTARAN MAJIKAN
Majikan mesti berdaftar di PERKESO dalam tempoh 30 hari dari tarikh
beroperasi. Bagi tujuan pendaftaran, majikan dikehendaki mengisi borang-borang
berikut dengan lengkap dan jelas:
1.
Borang 1 (Borang Pendaftaran Majikan) perlu disertakan dengan 2 salinan
dokumen-dokumen berikut:a) Syarikat Sdn Bhd
- Borang 9 (Akta Syarikat 1965)
- Borang 49 (Akta Syarikat 1965)
b)
c)
d)
e)

Kepunyaan Tunggal / Perkongsian


Borang D (Perakuan Pendaftaran)
Borang A (Perakuan Perniagaan) atau
Pejabat Peguam
Salinan Amalan Guaman daripada Majlis Peguam atau
Klinik
Borang 12 (Akta Perubatan 1971 Kelulusan daripada MMA) atau
Pejabat Audit

- Akta Syarikat 1965 Kelulusan Juruaudit atau


f) Pertubuhan / Persatuan
- Borang 3 (Peraturan) Akta Pertubuhan

1966

(Peraturan-peraturan

Pertubuhan 1984) atau


g) Lain-lain
- Dokumen seperti yang ditetapkan.
2. Borang 2 (Borang Pendaftaran Pekerja)
Ejaan nama dan kedua-dua nombor kad pengenalan pekerja perlu ditulis
sepertimana yang tercatat dalam kad pengenalan pekerja. Borang 1 dan Borang
2 tersebut perlu dihantar ke pejabat PERKESO yang berhampiran. Nombor Kod
Majikan dengan PERKESO akan diperuntukan dan digunakan dalam semua
urusan.
Majikan hendaklah menyelenggara dan menyimpan Daftar Pekerja yang
menunjukkan butir-butir berikut bagi tiap-tiap bulan untuk setiap pekerja:- Nama
- Pekerjaan
- Jumlah caruman di bawah Akta bagi bulan itu
- Bahagian caruman pekerja
- Gaji bulanan
- Elaun
Daftar ini tidak diperlukan lagi jika majikan telahpun menyimpan suatu daftar
yang hampir serupa dan butir-butir yang tersebut di atas telah juga ditunjukkan
dalam daftar itu secara manual ataupun elektronik.
Caruman
Majikan utama perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja yang layak
mengikut kadar yang telah ditetapkan di bawah Akta. Caruman pekerja sebanyak
0.5% perlu dibayar untuk perlindungan di bawah Skim Pencen Ilat dan caruman
majikan sebanyak 1.75% bagi perlindungan di bawah Skim Insurans Bencana
Pekerjaan dan Skim Pencen kilat.
Kedua-dua kadar caruman tersebut adalah berdasarkan kepada jumlah gaji
bulanan yang dibayar kepada seseorang pekerja berkenaan. Caruman perlu dibayar
mulai bulan pertama pekerja itu diambil bekerja.
Jenis dan Kategori Caruman
A.

Jenis pertama

Caruman dibayar oleh majikan dan pekerja untuk Skim Insurans Bencana Pekerjaan
dan Skim Pencen Ilat. Untuk pekerja yang berumur kurang daripada 55 tahun.
Caruman dibayar oleh majikan dan pekerja untuk Skim Bencana Pekerjaan dan
Skim Pencen Ilat.
B.

Jenis Kedua

Caruman dibayar oleh majikan sahaja untuk perlindungan di bawah Skim Insurans
Bencana Pekerjaan. Caruman jenis ini hanya untuk pekerja yang tidak lagi layak
dilindungi di bawah Skim Pencen Ilat.
i.
ii.

Untuk pekerja yang berumur lebih daripada 55 tahun dan masih bekerja;
Untuk pekerja yang berumur lebih daripada 50 tahun ketika mula-mula

iii.

mendaftar dan mencarum dengan PERKESO;


Orang Berinsurans yang menerima pencen ilat yang masih bekerja dan
mendapat kurang daripada 1/3 gaji bulanan purata sebelum mengidap

iv.

keilatan.
Di bawah jenis ini caruman dibayar oleh majikan sahaja untuk perlindungan di
bawah Skim Bencana Pekerjaan.

Bank yang dilantik dikehendaki memindahkan kutipan caruman pada hari bekerja
pertama setiap minggu atau apabila amaun kutipan caruman mencapai jumlah
RM20,000 mengikut mana yang terdahulu ke akaun PERKESO di Malayan Banking
Bhd iaitu Akaun Kumpulan Wang Keselamatan Sosial.
Pertubuhan telah menandatangani perjanjian dengan EDI (M) Sdn Bhd dan Vads
(M) Sdn Bhd bagi memperkenal dan melaksanakan pemindahan maklumat caruman
majikan dan pekerja secara elektronik atau Electronic Data Intercharge (EDI)
menggunakan kaedah konektiviti hos ke hos.
Takrif Gaji
Semua pembayaran berbentuk wang kepada pekerja dianggap sebagai gaji yang
layak dicarumkan dengan PERKESO. Antara pembayaran-pembayaran berkenaan
seperti:i.
ii.
iii.

Gaji pokok
Kerja lebih masa
Komisen

iv.

Bayaran-bayaran sewaktu cuti tahunan, sakit, bersalin, rehat, kelepasan am

v.
vi.

dan sebagainya
Elaun-elaun insentif, kelakuan baik, sara hidup dan sebagainya.
Caj perkhidmatan (Service Charge)

Contoh:
Gaji Pokok

RM1000.00

Elaun kerja lebih masa

RM250.00

Elaun sara hidup

RM100.00

Jumlah gaji

RM1350.00

Caruman yang perlu dibayar kepada PERKESO adalah sebanyak RM30.40


(Rujuk Lampiran A - Jadual Caruman). Walau bagaimanapun, pembayaranpembayaran berikut tidak dianggap sebagai gaji iaitu:

Pembayaran oleh majikan kepada tabung kumpulan wang pencen atau

kumpulan wang simpanan.


Pembayaran ke atas tuntutan perjalanan
Pembayaran ke atas persaraan atau pemberhentian pekerja
Bonus tahunan.

Perlindungan Insurans Bencana Pekerjaan


PERKESO mentadbirkan dua jenis skim keselamatan sosial iaitu Skim Insurans
Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Skim Insurans Bencana Pekerjaan
memberi perlindungan kepada para pekerja daripada bencana pekerjaan termasuk
penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitan pekerjaan.Skim
Pencen Ilat pula memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan
atau kematian akibat sebarang sebab. Objektif kedua-dua skim keselamatan sosial
ni adalah untuk menjamin pembayaran faedah tunai kepada pekerja dan orang
tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka menimpa pekerja berkenaan.
Skim Insurans Bencana Pekerjaan
Skim Insurans Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada pekerja yang
mengalami Bencana Kerja. Bencana Kerja ertinya bencana berlaku pada seorang

pekerja sendiri disebabkan oleh kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang terbit
daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan
yang terhadapnya, Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 terpakai.
Perlindungan
Skim Insurans Bencana Pekerjaan ini memberi perlindungan kepada pekerja
terhadap:a. Kemalangan Semasa Menjalankan Pekerjaannya
Kemalangan semasa menjalankan pekerjaan dan berpunca daripada
pekerjaannya.

b. Kemalangan Semasa Dalam Perjalanan


Di antara tempat kediaman dengan tempat kerjanya.
Di antara tempat kerja dengan tempat makan dalam waktu rehat yang

dibenarkan.
Perjalanan yang berkaitan dengan pekerjaannya. (dengan syarat kemalangan
itu tidak berlaku dalam masa apa-apa perhentian atau apa-apa lencongan
pada waktu perjalanan itu).

c. Kemalangan Semasa Kecemasan


Kemalangan yang berlaku sewaktu kecemasan di premis majikan bagi tujuan
membantu, menyelamat atau melindungi orang-orang yang mendapat
bencana. Contohnya kebakaran.
d. Penyakit Khidmat
Penyakit yang berpunca akibat pekerjaannya. Senarai penyakit dan agen
penyebab penyakit boleh merujuk di Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial
-

Pekerja, 1969. Contoh:


Hilang pendengaran akibat pendedahan bunyi bising yang berpanjangan.
Penyakit sesak nafas atau asma akibat tersedut habuk atau serbuk bagi
pekerja-pekerja di kilang papan, bedak, tepung, dan sebagainya.

Insurans Bencana Pekerjaan

Faedah Perubatan
Faedah Hilangupaya Sementara

Faedah Hilangupaya Kekal


Elaun Layanan Sentiasa
Faedah Pemulihan
Faedah Orang Tanggungan
Faedah Pengurusan Mayat
Faedah Pendidikan

Hubungan Dengan Institusi Pendidikan


Faedah Pendidikan ini merupakan suatu kemudahan pendidikan dalam bentuk
pinjaman atau biasiswa kepada anak tanggungan seseorang orang berinsurans
yang menerima bayaran faedah secara berkala yang memenuhi syarat-syarat
kelayakan yang ditetapkan oleh PERKESO.
Syarat Permohonan
1. Pemohon hendaklah Anak Tanggungan seseorang orang berinsurans yang: Meninggal dunia kerana suatu bencana pekerjaan atau
Meninggal dunia atas apa-apa sebab sebelum berusia 55 tahun dan
memenuhi syarat kelayakan Pencen Penakat; atau
Menerima Pencen Ilat; atau
Meninggal dunia semasa menerima Pencen Ilat; atau
Menerima Faedah Hilangupaya Kekal secara berkala.
2. Belum berkahwin
3. Belum mencapai umur 21 tahun semasa permohonannya diterima oleh
PERKESO
4. Memenuhi syarat-syarat kelulusan akademik yang ditetapkan oleh PERKESO.
5. Telah mendaftar diri untuk mengikuti pengajian di mana-mana Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan di
peringkat ijazah, diploma atau sijil.
6. Bagi pemohon yang menerima pengajian di IPTS, kolej berkenaan hendaklah
telah beroperasi sekurang-kurangnya 2 tahun dan diluluskan oleh Jabatan
Pendidikan Swasta (JPS), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kursus
yang diluluskan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).
7. Bagi pemohon yang menerima pengajian di peringkat Sijil, tempoh pengajian
kursus berkenaan hendaklah sekurang-kurangnya 1 tahun dan kursus yang
diikuti hendaklah mendapat pentauliahan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
(MLVK), Kementerian Sumber Manusia.
8. Pengajian hendaklah keseluruhannya di dalam Malaysia dan bersifat sepenuh
masa.

9. Tidak mendapat tajaan biasiswa/pinjaman atau bantuan penuh pelajaran dari


agensi lain.
10. Kewangan keluarga tidak dapat menampung perbelanjaan pengajiannya.

Kadar Dan Pembahagian Peruntukan Pinjaman


Peruntukan pinjaman bergantung kepada bidang pengajian yang diambil dan
mengikut amalan Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia seperti berikut:Yuran pengajian sebenar meliputi:1.
2.
3.
4.

Yuran masuk dan pendaftaran


Yuran pengajian
Yuran peperiksaan
Perbelanjaan lain
Perbelanjaan sara hidup
Tambang kapal terbang
Perbelanjaan buku
Perbelanjaan alat perkakas
Perbelanjaan penyediaan tesis
Perbelanjaan latihan praktikal/amali
Lain-lain yang ditetapkan oleh PERKESO dari semasa ke semasa.

Pembayaran Balik Pinjaman


1. Peminjam hendaklah membayar balik kesemua wang pinjaman yang telah
diterima daripada PERKESO apabila tamat atau meninggalkan pengajiannya
secara ansuran bulanan.
2. Tempoh pembayaran balik adalah antara 2 hingga 25 tahun, bergantung kepada
jumlah pinjaman yang telah diluluskan. (Sila rujuk Lampiran 1).
3. Bayaran pertama bagi ansuran ini hendaklah bermula pada 1 haribulan bagi
bulan ketujuh (7) daripada tarikh peminjam itu menamatkan atau meninggalkan
pengajiannya atau lebih awal sekiranya telah bekerja sebelum genap tempoh
berkenaan.

Laporan Kemalangan

También podría gustarte