Está en la página 1de 6

Dokumen Rasmi

MPP ASRAMA DESA SMEKEPP


Tatacara Pengendalian Kelas Persediaan Malam
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Semua pengawas bertugas menjaga kelas persediaan menunggu di pintu pagar sekolah.
Selepas 8.30pm, pintu pagar ditutup, semua pengawas pergi ke kelas masing-masing.
Pengawas memberi salam, mengetuai bacaan doa. Semua pelajar berdiri.
Pengawas mengingatkan pelajar adab belajar semasa kelas persediaan malam dan
mengambil kehadiran pelajar.
Pelajar memulakan sesi belajar.
Pengawas memastikan pelajar belajar secara individu, memastikan keadaan terkawal
sekiranya terdapat perbincangan, tiada pelajar tidur dan tiada pelajar keluar tanpa
kebenaran.
Lima minit sebelum masa kelas persediaan tamat, pengawas bertugas mengarahkan
pelajar membersihkan kelas.
Pengawas mengetuai bacaan doa penutup.
Semua pengawas menunggu di korridor tengah sehingga semua pelajar keluar dari
bangunan sekolah.
Semua pengawas bertugas menjadi pelajar terakhir berada di kawasan sekolah, mengunci
pagar sekolah dan balik ke asrama secara berkumpulan.

Dokumen Rasmi
MPP ASRAMA DESA SMEKEPP

Tatacara Pengendalian Majlis Rasmi


1. Pengawas memastikan dewan bersedia untuk majlis, pengawas bertugas harian
hendaklah bersama pelajar yang menyediakan dewan.
2. Pastikan ada kerusi khas untuk semua pengawas duduk.
3. Semua AJK tertinggi pengawas hendaklah duduk sebaris di barisan hadapan di belakang
barisan guru / orang kenamaan.
4. Sekiranya majlis dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar, sediakan kertas konsep majlis,
tentatif, senarai semak persediaan, teks ucapan pengerusi majlis.
5. Pastikan raptai majlis diadakan terutamanya untuk juruacara dan majlis penyampaian
hadiah.
6. Sebelum majlis bermula taklimat disiplin semasa majlis perlu dibuat.
7. Pengawas berbaris di hadapan dewan memastikan pelajar masuk dalam keadaan tertib
dan pakaian yang kemas.
8. Pengawas masuk selepas orang kenamaan/ orang yang diraikan masuk
9. Pengawas duduk di hujung setiap barisan, menjaga pelajar yang duduk sebaris
dengannya.
10. Pengawas yang lain duduk sebaris di barisan depan dan belakang barisan pelajar.
11. Pengawas hendaklah membuat rondaan dari semasa ke semasa untuk memastikan
pelajar berada dalam keadaan yang tertib sepanjang majlis berlangsung.
12. Sekiranya tiada pembahagian tugas, pengawas bertugas harian bertanggungjawab untuk
membuat rondaan.
13. Selepas majlis selesai sepenuhnya, Pengawas berbaris menunggu orang kenamaan
keluar.
14. Pengawas memastikan dewan dikemaskan semula (sekurang-kurangnya kerusi pelajar)
selepas majlis selesai.
15. Pengawas berbaris di pintu dewan memastikan pelajar keluar dengan tertib.

Dokumen Rasmi
MPP ASRAMA DESA SMEKEPP

Tatacara Pengendalian Kes Disiplin Pelajar (Kes-kes kecil)


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.

Pengawas menangkap/ mendapati pelajar melakukan kesalahan, teguran lisan dibuat.


Pengawas mecatatkan kesalahan pelajar dalam buku catatan harian pengawas.
Pengawas merekodkan kesalahan dalam buku log laporan salah laku mengikut tingkatan
Ketua Pengawas/ Timbalan Ketua Pengawas mengambil tindakan susulan terhadap
pelajar. Teguran lisan dan bertulis perlu dilakukan, dan tandatangan pelajar yang telah
meneria teguran lisan atau bertulis perlu didapatkan.
Setelah pelajar melakukan 3 kesalahan kecil, borang salah laku akan diberi.
Berdasarkan borang salah laku tersebut, pelajar yang disahkan melakukan 3 kesalahan
kecil akan diberikan surat makluman pertama yang akan di hantar kepada ibu bapa.
Pelajar yang melakukan 3 kesalahan kecil ini akan dihantar namanya kepada kaunselor
sekolah untuk menjalani sesi kaunseling.
Pelajar yang berterusan melakukan kesalahan kecil sebanyak 5 kali, atau 2 kesalahan
seterusnya setelah diberi surat makluman pertama, akan diberi borang salah laku yang
kedua.
Borang salah laku yang kedua ini akan menyebabkannya menerima surat makluman
kedua yang akan dihantar kepada ibu bapa.
Seterusnya pelajar ini akan diproses oleh Ketua Guru Disiplin mengikut sistem SSDM dan
akan direkodkan sebagai satu kesalahan kecil yang berdaftar kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia
Pelajar yang menerima surat makluman kedua ini akan juga menerima kaunseling dan
nasihat daripada kaunselor, 3 orang ustaz/ ustazah dan 3 orang warden.
Selepas itu, sekiranya pelajar terbabit melakukan dua lagi kesalahan kecil, beliau akan
menerima borang salah laku yang ketiga.
Borang salah laku yang ketiga ini akan menyebabkannya menerima surat makluman
ketiga yang juga akan dihantar kepada ibu bapa.
Selain daripda itu, pelajar ini akan diproses oleh Ketua Guru Disiplin mengikut sistem
SSDM dan akan direkodkan sebagai satu kesalahan kecil (kedua) yang berdaftar kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sekiranya beliau terus melakukan kesalahan kecil, pelajar ini akan terus diproses oleh
Ketua Guru Disiplin dan direkod sebagai kesalahan seterusnya dalam SSDM.
Pelajar yang melakukan kesalahan seterusnya selepas menerima 3 surat makluman akan
dikenakan tindakan SURAT PERJANJIAN PERTAMA.
Kesalahan kecil yang seterusnya akan diproses oleh lembaga disiplin asrama yang akan
menentukan tindakan seterusnya.

Dokumen Rasmi
MPP ASRAMA DESA SMEKEPP

Tatacara Pengendalian Kes Disiplin Pelajar (Kes-kes khas asrama SMKA Inanam)
Kes-kes khas asrama SMKA Inanam:
Masbuk solat wajib
Ponteng aktiviti asrama
Engkar arahan warden/ guru
Pecah amanah
Pakaian yang tidak mencerminkan imej SMKA
Sikap dan perlakuan yang tidak mencerminkan imej SMKA
1. Pengawas/ warden menangkap/ mendapati pelajar melakukan kesalahan.
2. Borang salah laku diberi
3. Pengawas/ warden memberikan mecatatkan kesalahan pelajar dalam buku laporan
harian.
4. Ketua Warden mengeluarkan surat makluman dan amaran mengikut peringkat terkini
pelajar dalam ranking kesalahan.

Dokumen Rasmi
MPP ASRAMA DESA SMEKEPP

Tatacara Pengendalian Pelajar Balik Bermalam


1. Semua AJK tertinggi MPP dan MPP bertugas harian bergilir-gilir berada di pintu pagar
asrama sebaik sahaja selepas solat Jumaat. Pastikan sekurang-kurangnya 3 orang MPP
berada di pintu pagar asrama sepanjang masa.
2. Pelajar yang masuk ke asrama dari dewan makan atau masjid tidak dibenarkan keluar
melainkan dengan kebenaran pengawas bertugas.
3. Pelajar membersihkan bilik dan ampaian, membawa beg pakaian turun.
4. Pelajar berkumpul di bahagian bawah asrama.
5. MPP memeriksa ampaian dan bilik. Bilik yang belum bersih akan dipanggil untuk
pembersihan lanjutan.
6. Pelajar tidak dibenarkan balik selagi masih terdapat pakaian pelajar bergantung di
ampaian.
7. Pelajar mula meninggalkan asrama, semua pelajar mesti menulis pada catatan keluar /
balik bermalam MPP yang terdapat di pintu asrama..
8. Had masa untuk balik bermalam bagi pelajar dan MPP ialah pada jam 6 petang.
9. AJK tertinggi dan MPP bertugas harian hendaklah menjadi kumpulan pelajar yang terakhir
meninggalkan asrama untuk bermalam pada hari tersebut
10. MPP bertugas yang hendak balik/ keluar awal hendaklah memaklumkan terlebih dahulu
kepada Ketua MPP dan memaklumkan MPP yang akan menggantikan tempatnya.
11. Sekiranya MPP bertugas harian tidak bertugas mengawal pelajar balik bermalam, atau
gagal mencari pengganti, surat tunjuk sebab perlu diberi kepada Ketua MPP dan Ketua
Warden.

Dokumen Rasmi
MPP ASRAMA DESA SMEKEPP

Tatacara Pengendalian Pelajar Kembali ke asrama dari Balik Bermalam


1. Semua AJK tertinggi MPP dan MPP bertugas harian kembali lebih awal daripada pelajar
lain
2. Sekurang-kurangnya 2 orang MPP berada di pintu pagar asrama sepanjang masa pelajar
kembali bermula jam 2 petang 6.30 petang.
3. Pelajar yang masuk ke asrama hendaklah menulis nama dalam buku daftar bermalam
asrama.
4. MPP memastikan pelajar berpakaian kemas sebelum dibenarkan masuk.
5. MPP dikehendaki memeriksa barang yang dibawa masuk apabila diberi arahan.
6. Pelajar yang lewat hendaklah dikira sebagai pelajar yang melakukan kesalahan kecil dan
direkodkan, walaupun telah mendapat kebenaran.
7. Had masa untuk kembali ke asrama daripada balik bermalam bagi pelajar dan MPP ialah
pada jam 6 petang.
8. MPP bertugas yang tidak dapat bertugas hendaklah memaklumkan terlebih dahulu kepada
Ketua MPP dan memaklumkan MPP yang akan menggantikan tempatnya.
9. Sekiranya MPP bertugas harian tidak bertugas mengawal pelajar balik bermalam, atau
gagal mencari pengganti, surat tunjuk sebab perlu diberi kepada Ketua MPP dan Ketua
Warden.

También podría gustarte